Sunday 18 October 2015

#tulisan

"Jangan pernah berhenti menulis"

Sebaris ayat yang dikongsi Dr Umi Kalthum Ngah di Bengkel Penulisan Gaya Bebas seakan mula menusuk jiwa saat pulang ke rumah. Waktu ketika suasana bersekitar antara aku dan fikiran. Mengarang baris-baris ayat yang terhambur daripada fikiran. Sebaris ayat yang dikongsi daripada seorang sasterawan negara kepadanya suatu ketika dahulu ketika di saat beliau mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan.

Kini, ayat semangat itu disuntik pula pada jiwa-jiwa pelapis karya yang diharap akan ada semangat baru untuk menyusun tulisan-tulisan. Sekurangnya-kurangnya untuk aku yang sudah lama menyepi dalam ruang bicara yang mana saat sekitarnya sepi.

" Idea hanya akan keluar apabila anda rasa ditekan," antara lagi bait-bait perkongsian Dr Umi ketika aktiviti pertama usai dijalankan. Boleh tahan rasa ditekan apabila perkataan demi perkataan diucap oleh Dr Umi dan peserta perlu membentuk ayat atau cerita sambungan daripada ayat tersebut. Syaratnya, pen harus sentiasa berlari-lari di atas kertas.

Memang benar. Saat otak dipaksa untuk bermain aksara dan menghambur idea spontan, yang terkeluar lagi mengesankan jiwa. Sesuatu yang tidak dijangka dan terus merangka-rangka idea seterusnya. Sebagai pemanasan, aktiviti ini memang menjana idea pelbagai yang sudah lama tidak dimuntahkan.

Melalui buku Keajaiban Haiwan yang Mengubah Dunia, diceritakan bagaimana ilham buku itu ditulis daripada cabaran Prof Emeritus ..... (alamak lupa dah nama beliau) agar tulisan thesis dan ilmu-ilmu daripada pengkajian dapat dikongsi dengan masyarakat di luar.

"Benar, thesis yang kita tulis mungkin disiar di jurnal-jurnal, menjadi rujukan pengkaji-pengkaji seterusnya. Tapi sayang bukan, jika ilmu itu tidak dipanjangkan pada masyarakat luar. Sayang bukan jika tulisan-tulisan tersebut tidak diterjemah dalam bahasa mudah untuk difahami untuk rujukan segenap generasi." Begitulah ayat Dr Umi yang sudah diubahsuai mengikut kesedapan rasa diri sendiri. Heh.

Hasilnya, sebuah karya yang ditulis bersama pelajarnya Zulkifli Zainal Abidin (kini sudah mendapat Ph.D) dengan 100% illustrasi berwarna.

"Nina, (panggilan cucu Dr Umi kepadanya, mungkinlah camtu ejaannya) my friend in school showed me this book (referring to Keajaiban Haiwan yang Mengubah Dunia) and suggested me to read it as well. You know what, she told me that this book is very good and I must read it," teruja cucu Dr Umi yang berumur 10 tahun kalau tak silap menceritakan perihal tersebut kepada ninanya.

Lihat, ilmu yang kita rasa perlu pada tahap pengkajian dan penganalisian orang dewasa mampu digarap oleh anak sekecil itu. Konsepnya mudah, menggunakan konsep penceritaan dan bahasa yang mudah digarap segenap lapisan.

Dalam al-Quran pun Allah menggunakan teknik penceritaan kepada kita. Macam kisah dalam Surah Yusuf Nabi Yusuf . Macam dalam Surah al-Kahfi. Macam dalam kisah Musa dan Firaun. Macam dalam kisah Nabi Sulaiman dan Balqis. Banyak lagi.  

...bersambung lah sikit lagi nanti kehkeh


1 comment:

Anonymous said...

Amboi dia...

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...