Sunday, 17 February 2013

[Satu, 2013]

Cuma cerita lama yang baru teringat untuk dikarangkan. Cerita jaulah bersama sahabat yang bagi orang lain mungkin biasa-biasa.

Tapi sebenarnya yang biasa itulah yang punya banyak makna, yang buat orang lain terlepas pandang. Berjalan sahaja tak berguna, bergambar sahaja itu terlalu biasa namun mesti lagi manis dan indah andai hikmah perjalanan itu yang dicerna.

Kembara jiwa mengenal Pencipta.

Rencana ke Ireland bukan untuk suka-suka. Sekelumit harapan agar sedikit cuti ini dapat dimanfaatkan. Orang kata, sambil menyelam minum air. Bertebaran di muka bumi Allah sambil mengambil ibrah perjalanan. Ah, terlalu cliche ayat ini. Booo.

Engkau belum cukup kenal dengan seseorang selagi engkau belum kembara bersamanya kerana dalam perjalanan nanti, di situlah kesabaran dan segala macam perasaan akan tercabar untuk diluahkan.

Eh, tapi yang cliche inilah yang orang tak pandang.

Heh, bila yang baru jumpa terasa sangat rapat dan yang sudah lama jumpa terasa janggal.
Heh, bila kesabaran yang sikit dicabar dan amarah diri cuba dilapik dengan air mata.
Heh, bila keputusan tak semestinya semua sepakat.
Heh, bila yang satu salah wajar dikongsi semua biar sama rata.

Sabar. Sukar memupuk sabar walaupun Allah berfirman,

... Maka jika di antara kamu ada seratus orang yang sabar, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus (orang musuh), dan jika di antara kamu ada seribu orang (yang sabar), nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan seizin Allah. Allah beserta orang-orang yang sabar.
 [Al-Anfal : 66]

Pang.

dan heyy, yang belum pernah bersua ikhlas dengan kedatangan dan bermalam di rumah tanpa apa-apa balasan. Manis.

Tautan apakah itu yang menyatukan? Hint: Jawapan ini terlalu cliche lagi.

Tapi ramai yang tak tahu, dalam angin sejuk ini, dalam salji memutih ini, ada jiwa yang terlalu rindu pada terik mentari, lekit peluh dek dihambat panas siang hari.

Hmm. Peringatan untuk diri. Ke mana jua kaki ini melangkah, niat biar kerana Allah sebab entah esok lusa meteorite macam semalam punya semalam atau lebih dahsyat boleh saja gedebum jatuh menghempap kita. Nauzubillah.
__________________________________________________


Kembara pemudi Al-Kahfi
20 Disember 2012
Galway, Ireland
Alhamdulillah, tiket pulang ke Malaysia sudah ditempah. Dengan izin Allah, diharap semuanya berjalan lancar sebelum kembalinya gagak ke sarang. Eh.
Peperiksaan, kesihatan dan semuanya diharap sihat sejahtera.

Entri tidak berisi sebab tiba tiba ketandusan idea untuk menulis.

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...