Wednesday 29 October 2014

[Hawa]

Hawa --- al-Hawa (45:23)

-- buat jiwa (diri) yang bergelojak campuran---

sebati, tergaulkan
antara al-hawa dan kebatilan
bertahun-tahun
menanah tak berubatkan
dalam renyuk kehidupan
dan kucar impian
cahaya pengharapan
takkan pernah padam

sujudlah pada Tuhan
yang Maha Menciptakan

sejahteralah
secara keseluruhan (2:208)

___________Muntalaq Bab 1

al-Hawa -

Adakah engkau lihat orang yang mengambil al-hawanya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya selepas didatangi ilmu kepadanya
 [Al-Jatsiyah 45: 23]


Friday 24 October 2014

Costa; kelat

di hadapan ruang Costa
di celahan langkahan pantas
dan sibuknya jalan

ada sesusuk tubuh
yang disebalik kerut muka, uban di kepala
dan mendung tubir mata

punya cerita kehidupan

rintik hujan membasah
sepersalinan lusuh
masih diam di situ
dingin
dan masih
diam

esok di situ jua
menunggu se ada mampu
rezeki-rezeki dari tuhan
yang terselindung
di balik pengharapan

saat ada insan yang berbagi nikmat,

"Thank you. I really appreciate that."

si pakcik tua senyum
walau terlihat kelat

yang ada sedikit,
berbagi seadanya

kerna
dari tubir mata, kubaca
bukan diminta,
meminta-minta


pejalan kaki




Monday 13 October 2014

lesap

Terkedu. Waktu buku nota yang terkandung ilmu-ilmu yang ditimba lembab basah tertimpa resapan air. Habis lembik helaian-helaian kertas terkandung catatan-catatan nota penting. Kembang dan terserak warna pen dakwat basah stabilo variasi warna dan terbentuk corak hambar. Tulisan pen dakwat bebola warna hitam saja yang terbaki, walau hujung pangkalnya entah ke mana. 

Ilmu yang kononnya tersusun kemas dengan tulisan berwarna warni lesap. Ilmu yang kononnya dah teratur rapi untuk dibaca nanti dan indikasi "aku-pernah-dengar" lesap dek resapan air.

Lalu terkial-kial menyelak satusatu muka. Ah. Sesal. 
______________________________________________

Seperti yang telah dikisahkan dalam cerita hidup Imam Ghazali.

Sepulangnya dari perguruan, Imam Ghazali membawa ilmu yang dicatatnya atas helaian-helaian kertas dalam sebuah beg. Berjalan pulanglah Imam Ghazali ke tempat asalnya dan membawa beg yang berisi ilmunya.

Di suatu ketika, kafilahnya dirompak. Habis semua beg diperiksa dan waktu giliran Imam Ghazali, " Ambillah apa saja yang kau mahu, namun jangan beg ini,"

Beg itu lantas diselongkar perompak disyaki punya barang berharga namun kesal kerana yang ada hanya helaian-helaian kertas hambar tak berguna bagi mereka.

Lantas ketua perompak menyoal, "Apakah ini dikatakan barang berharga bagimu, apa yang akan kamu lakukan dengan kertas buruk ini"

"Ini," jawab Imam Ghazali. "adalah hasil aku belajar bertahun-tahun selama ini, semua catatan yang aku ambil daripada guruku. Jika kamu rampas nota-nota, maka hilanglah ilmu yang aku pelajari selama ini,"

"Jika begitu, kamu adalah orang yang paling bodoh, catatan yang kamu tulis bukanlah ilmu jika kamu tidak memahami, mengingati serta menghafalnya. Bayangkan sekiranya aku merampas nota-nota ini, bagaimana keadaanmu" Ini bererti ilmumu dapat dicuri," balas ketua perompak.

Imam Ghazali terpegun mendengar hujah si ketua perompak yang telah secara tidak langsung mengajarnya tentang ilmu. Mulai saat itu, Imam Ghazali menghafal dan memahami kembali semua ilmu yang dipelajarinya, supaya ia bukan sekadar catatan ilmu, tetapi ilmu yang membuahkan amal.

____________________________________

Gulp. Lesap sudah pula, namun yang terhadam?



Sunday 5 October 2014

Threshold stress setiap orang berbeza. Aku? Suka bila threshold stress aku agak tinggi jugak lah (aku rasalah)

ataupun sebab aku kurang ambil kisah? :3

Heh dah mula aku ke tempat lain untuk berkata-kata. Ya lah, di sini ruang kau berbicara yang mana sekitarnya seakan sepi. Suka. Terlari kejap dari mentaliti kepingin simpati.

aidiladha

"Berapa bajet orang yang korang masak?" Sempat bertanya kepada tuan rumah lepas satu jam usai rumah terbuka di rumah kami.

Waktu tu orang ramai datang. Boleh tahan cuak jugak la kalau makanan tak cukup dan waktu makan tengah hari pulak. Haih memanglah suka rakyat2 Malaysia di sini xD

"Ada la dalam 60 orang. Tapi kitorang lebihkan dalam 80 orang jugaklah," jawab tuan rumah tamah melayan tetamu-tetamu yang hadir. Suasana kat ruang tamu dah meriah dengan suara-suara sang perantauan. Eh.

... dan tiba2 macam cuba ingat balik semalam masak berapa orang eh kitorang bajet untuk datang?

"Eh Ina (bukan nama sebenar) semalam kita masak untuk berapa orang eh?"

"Entahlah. Seperiuk besar rendang, seperiuk besar kuah lodeh dan seperiuk sederhana besar kuah kacang."

Jemputan? Entah. Main tekan2 invite kat FB dan whatsapp.

Tapi Alhamdulillah. Tepat jam 1 pm (seperti yang dijadualkan untuk habis), makanan yang terbaki-baki pun habis. Tak kurang tak lebih, Cukup cukup (err bahaya jugak tu sebenarnya)

___________________________________

Situasi lain di belakang tabir.

"Petua orang-orang dulu (dan juga ibadah) kalau masak ni selawat2 insha allah nanti cukup."

"Ha, ingat tak waktu perang khandak pun ada kisah yang mana makanan yang sikit cukup untuk ramai orang," Rendang yang separa siap masih dikacau ligat di atas api.

".... dan waktu tu nabi yang hidangkan makanan dan tak buka pun penutup bekas makanan atas api tu," sambung lagi.

"Ok camtu esok kita kena tutuplah periuk tu. Nak hidang baru buka, gitu?"

Pun boleh.

*******************

Err konon2 itulah sedikit sebanyak #notarayadiperantuanpuiihaha

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...