Friday 31 May 2019

Silam

Dah lama aku tak menulis kan. Tak sangka, pada tahun 2019 ni, aku masih berlegar-legar dalam dunia blog yang sudah tidak ada membaca. Biarlah, blog ini menjadi diari harian aku. Biarlah menjadi tempat luah-luahan aku. Dunia masa kini tak macam dulu. Heh. Dulu masih aku ingat, saat ketidakpuashatian selalunya dilontarkan dalam Friendster dan Myspace. Lepas tu, FB status. Sempatlah aku melalui zaman menulis-nulis bersembang-sembang di wall FB. Hahah.

Tak lama lepas tu, orang lari pulak ke Twitter, Instagram. Kini, selalu update diri senang terus dalam WhatsApp status. Nasib baiklah 24 saja. Bayangkan status itu bertahan lama. Memang bila buat throwback, keluarlah segala bebelan tidak puas hati yang entah apa apa. Haha.

Sekarang, aku cuma rindu masa silam aku. Aku tak masuk dalam dimensi zaman sekarang. Aku beruntung, dalam kalangan mereka yang hampir sebaya dengan anak buah (bukan kandung) aku, ada beberapa yang masih menerima aku sebagai kawan. Ye lah, dengan jarak 5 tahun, status aku dah macam kakak yang bekerja, bukan sekadar rakan sekelas (yang malas belajar).

Aku tak minta lebih daripada persahabatan ini. Ah, aku tak layak pun sebenarnya. Menagih-nagih persahabatan yang sepatutnya dalam diri aku sekarang aku patut capai yang lebih tinggi. Aku cuma harap, aku beri contoh yang baik buat mereka. Aku tak pernah anggap diri aku dewasa. Aku masih rasa diri aku sebaya. Cumanya, mungkin pengalaman aku lebih sikit dari mereka.

ps: Zu, Athirah, Diana, Mimi - aku taktahu hidup degree aku macam mana kalau takde korang. 

Sangkut

Tiba-tiba hari ni aku search ticket flight ke Manhester. Lebih kurang RM3k. Entahlah. Semenjak dua menjak ni rasa nak pergi ke sana lagi. Cuma kewangan tak mengizinkan. Apatah lagi kat Malaysia sekarang pun aku masih dilanda badai perasaan. Haha. Entahlah.

Perjalanan aku masih belum selesai. Masa yang terbaki-baki ni aku masih kira untuk menamatkan pengajian. Sakit. Waktu hujung-hujung semester ni rasa begitu perlahan masa berlalu. Sampaikan aku dah rasa penat dah nak lalui semua ni. Aktiviti yang aku terlibat pun hanya sekadar untuk mengisi masa-masa lapang aku supaya fikiran aku tak menerawang jauh memikirkan nasib diri. Ya aku tahu. Itu semua dalam fikiran tapi fikiran aku sendiri pun dah tak mampu nak berhenti dari berfikir tentang aku dan masa depan.

Hari tu panjang lebar aku membebel di Facebook tentang Satisfaction dan Self-Accomplishment. Memang bukan mudah aku nak dapat semua tu dah. Orang nampak aku buat itu ini ke sana ke sini. Tapi mereka taktahu yang aku buat semua tu sebab aku rasa nak lari dari kesedihan. Aku cuba menjadi produktif dan proaktif supaya dapat buang rasa bersalah aku pada diri. Rasa bersalah kerana melalui semula masa-masa pembelajaran yang panjang.

Ya. Aku tahu. Semua itu dalam pemikiran. Bukan sekali dua aku dapatkan konsultasi daripada pensyarah aku, seorang Psikologis Klinikal. Berapa banyak kali beliau mengajar aku untuk mengubah cara aku berfikir. Kadang-kadang aku boleh, kadang-kadang aku hanyut juga dalam pemikiran yang entah ke mana ini. Sudah banyak kali beliau kata bahawa umur hanya sekadar angka. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Sudah banyak kali beliau nyatakan aku dah buat yang terbaik dan dia nampak potensi aku. Sudah banyak kali.

Tetapi, aku tetap aku. Selagi pembelajaran ijazah ini tak selesai, selagi itulah aku rasa perjalanan aku masih tersangkut-sangkut. Selagi itulah aku akan bandingkan terkebelakangnya diri aku dengan orang lain. Dah banyak kali aku cuba untuk bertenang, teruskan jalan ini dengan sesuatu yang aku suka, bila bersama yang lain, aku pakai topeng bahagia. Tapi, bila aku kembali seorang diri, pemikiran-pemikiran yang menjatuhkan self-esteem aku, kembali menguasai diri. Aku tewas dalam perasaan kalahnya seorang manusia. Padahal aku patut tahu yang ujian dan cabaran buat aku membesar dan matang dalam kehidupan. Aku tahu.

Aku masih tersangkut dalam rasa bersalah pada diri..

Wednesday 29 May 2019

Ketua

Sebagai seorang pemipin wanita, aku cuba sedaya upaya untuk bersifat cool dan tidak bersikap meroyan dan emosional sekiranya berhadapan dengan situasi yang tercabar.

Ye lah, macam tak pernah dengar suara-suara sekiranya bos anda seorang perempuan,

"Biasalah lah tu, emo, tak kahwin lagi."
"Dah kahwin ke dia? Belum. Biasalah tu. Anak dara tua memang macam tu."
"Perempuan kan, adalah tu masa-masa dia tengah emo."

Bukan apa, ada kala bila reflek balik, mungkin salah aku juga ada perkara terlepas pandang. Semua orang ada fasa berbeza. Nak letak ekspetasi tinggi-tinggi pun, bukan boleh. Orang nak belajar pun dah kira bersyukur la tu. Mungkin sebenarnya kau dulu pun pernah macam tu. Tapi ketua kau sabar. Tak ke?

Akhirnya, aku tarik napas, tenang-tenang, delegate kerja balik kepada orang sepatutnya. Semua orang ada fasa belajar masing-masing. Nak membebel lebih pun, nanti aku jugak yang sakit hati sebab tak memaafkan dan tak reda. Huwaa.

Tapi aku harap sangat dik, bila tanggungjawab tu dah diberi, tolonglah kasi settle sampai habis.

Aku ni, sungguh tak boleh hidup tenang kalau ada urusan tertangguh. Tapi tu lah, orang lain boleh kot bertenang. Semua orang lain, Amalina! Ingat tu.

*Nangis bucu dinding T_T

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...