Sunday 31 October 2010

Rayyan Fantasi, Ramlee Awang Murshid
4 November 2010
Aku nantikan

Eh,yakin je. Entah. Mungkin.
Saspen apa yang 4 Nov incik RAM

Saturday 30 October 2010

turning point

Sedikit aku menyimpang
Menyimpang bukan pada jalan yang patut aku tuju
Tersasar dari laluan yang sebetulnya patut aku pilih
Kenapa dunia yang aku cinta
Kenapa dunia yang aku cari
Sedangkan aku tahu yang di dunia tak kan abadi

Cinta hakiki hanya untuk diri-Mu
Ingin aku kecapi syurga yang Kau miliki
Merasai nikmat yang kau janji untuk mereka yang taat dan patuh
Tapi aku di sini masih berjalan
Masih lagi bertatih
Aku tak mahu ketinggalan di belakang
Biar aku seiring dengan mereka yang Kau sayang

Aku ini lemah
Mudah tersungkur tatkala nikmat dunia menghampiri
Tak mahu, tak mahu, tak mahu
Aku kena kuat untuk buktikan aku bukan mudah untuk hanyut dengan duniawi
360 turning point bukan mudah
Tapi bukan mustahil
Berubah kepada yang baik bukan jenayah *changing for good is ain't a crime

---------------------------------------------------------

Aku jumpe blog yang sangat menarik. Terima kasih doty kerana memperkenalkan. Walaupun bukan officially tapi aku suke blog tuh. Even si tukang blog aku tak kenal. Tapi cukup memberi inspirasi. Aku je kot yang jauh ketinggalan. Ahah. Nanti aku melawat lagi blog tu. Aku kena ada determination yang kuat. Yeah, that's it. Jangan putus asa. Takde gunenya berada di takuk lama. Orang study kite study. Orang baca, kita baca. Tapi tak tahu apa-apa. Tak ambil pusing.

Aku perlu mula dengan membaca. Syllabus or out of syllabus. Rasa macam otak benak sebab tak banyak membaca. Patutnya aku pegang buku ilimiah. Bila orang tanya, kenal tak Hassan Al-Banna? Kenal. Apa sumbangan beliau? Err..tak tahu. Kenal tak BIG BANG? Kenal. Siap name ahli aku boleh sebut. Nauzubillah. Turning point kena start dari sini. Bukan tak tahu benda ni. Tapi biasalah. Manusia. Aku pun manusia yang selalu abaikan yang aku rasa out of syllabus. Exam-oriented study. Tak baca kalau tak masuk exam. Tak endah kalau tak kuar dalam paper. Haih.




bukan sendirian berhad

Aku merepek lagi. Perasaan di bawah sedar. Ape yang terlintas aku tulis. Ape yang terfikir, aku coretkan. Bukan nak melayan jiwang tapi itu memang kebenaran. Haih. Perasaan. Kenapa nak pertikaikan. Bukan hati memang dijadikan untuk berperasaan ke. Suka. Menyampah. Meluat. Sakit hati. Semua tu anugerah yang tidak ada pada haiwan atau makhluk lain melainkan insan yang bernama manusia.

Macamana nak menzahirkan perasaan dalam hati? Luahkan? Secara lisan? Pen dan kertas? Atau mungkin tak perlu sebab hati ni adalah penjaga rahsia yang sangat baik. Tapi kalau meletup kang camne. Tak ke haru sakit cam nak mati. Ah, tak payahlah nak kejar sesuatu yang akan buat kau jatuh. Tak payahlah nak mengharap pada sesuatu yang tak pasti.

Yang penting kau kena yakin kau ada tempat untuk luahkan perasaan yang akan dengar apa yang ingin kau cakap. Apa yang ingin kau luahkan atau kau nak mengadukan. Kau kena yakin yang kau Dia takkan abaikan apa yang kau ingin perkatakan. Dia takkan biarkan kau keseorangan. Dia takkan buat kau terkapai-kapai. Kau kena yakin yang Dia akan bantu kau. Mungkin impaknya bukan hari ini. Tapi satu hari akan datang yang Dia telah janjikan.

Kau kena yakin dengan ketentuan Yang Maha Esa. YAKIN. Insya-Allah kau akan temui jalan yang kau inginkan


Thursday 28 October 2010

Sihatkah saya?


Ouch! Sakit jari hantu aku kena tembak. Kononnya nak derma darah. Dalam hati ni ha, berkobar-kobar nak bantu orang sakit, memperbanyak storage darah kat hospital-hospital di Malaysia. Padahal dalam hati pffftttt..

"Mampu ke aku melakukannya?" bisik hati kecilku.

Tapi dek kerana masalah dalaman, niat murni aku tu terpadam begitu sahaja. Lain kali ya nurse, kita jumpa lagi. Saya mahu jadi penderma tetap macam abang saya. Yakin menderma darah tak kira masa dan tenaga. Haha.

Bone test pun apa kurangnye. Sepanjang tah bape bulan duk kat umah. Melantak susu bape paket dah. Cam addicter dah gamaknye.

"Ok dik, nampaknye adik berada di tahap kurang berisiko untuk dapat osteoperosis. Tapi teruskan juga minum susu sebab lepas umur 30 tahun, perkembangan tulang agak terbantut,"

...dan adik pun tau camaner risikonye cam dalam iklan anlene tu kan. Krak!

Sambung lagi, "Adik boleh cube minum anlene regular. Tak pun anlene coklat."

...anlene mahal le kak. Saya mampu beli dutch lady je.

"Digalakkan susu tepung ye dik. Bancuh ngan air suam-suam kuku. Jangan panas mendidih yer."

...baik kak, memang saya minum dua hari sekali. Saya suka minum susu.



Tuesday 26 October 2010

e=mc²


Cantik lampu kat luar tu. Walaupun kecik dan berbalam-balam tapi cukup untuk mengindahkan suasana malam kat luar tu. Tapi sebanyak mana pun lampu yang menerangi malam tu, takkan dapat menandingi keindahan suluhan cahaya sang bulan. Jauh. Nampak kecil. Namun tak pernah membosankan. Semaju mana pun teknologi berkembang, lampu neon, krypton, radon tapi tak boleh menandingi suluhan sang bulan yang satu ni. Takkan luput dan takkan padam ditelan zaman sampailah waktu yang telah ditetapkan.

Waktu itu pasti akan tiba. Bumi pasti akan terbongkar. Gunung-gunung hancur berterbangan bagai debu yang bertaburan. Planet bukan lagi atur berputar pada orbit. Dan cahaya bulan pun sudah termalap. Saat manusia tidak lagi pedulikan orang lain. Diri sendiri lebih penting. Lari..lari..lari...entah ke mana arah yang akan dituju.

Suasana malam kembali menyergah fikiran yang jauh di awangan. Kembali berfikir apa sebenarnya yang dicari. Kembali mencari arah tujuan diri. Semalam adalah pengalaman, hari ini aalah kenyataan dan esok adalah harapan.

Ya Allah, jika Engkau mentakdirkan aku mati, maka matikanlah aku sebagai para syuhada dalam perjuangan-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Kau peliharalah hatiku ini Ya Allah. Tunjukkanlah aku ke jalan yang diredai-Mu. Suluhkan pada diriku cahaya keimanan agar aku tak jatuh ke jurang semu.

Monday 25 October 2010

akta C1009

  1. Sentiasa bersemangat dalam setiap perkara
  2. Bersatu padu dalam membeli barangan rumah
  3. Menjadi secret stalker yang terbaek
  4. Sentiasa merujuk pada yang pertama
Jalan ni masih panjang lagi untuk dituju
Terima kasih sahabat

Semoga berjaya untuk exam akan datang
Kite pastikan dapat pakai TRENCH COAT
SHAWL lilit kat leher
COAT bulu-bulu

*impian tu bukan sekadar mimpi



Friday 22 October 2010

Mencari TITIAN KASIH

Mencari TITIAN KASIH








Tika saat itu
Senyuman terukir di wajah
Tika saat itu
Keceriaan hadir bersama kebahagiaan
Kasih sayang disimpul menjadi satu
Biarpun bangsa dan agama bukan sehaluan
Biarpun tiada ikatan kekeluargaan
Sifat kemanusiaan menjadi tonggak pertemuan
Buat insan yang memerlukan

Hari itu, 16 Oktober 2010
Hati anak kecil girang
Diri mereka tidak pernah disisihkan
Jauh sekali diabaikan
Pertemuan yang begitu singkat
Menyatukan hati antara insan
Menyulam perasaan kasih
Walaupun baru pertama kali pertemuan itu direncanakan

Jauh di sudut hati anak kecil
Tersirat satu kisah duka
Sakit untuk dipendam
Namun sukar untuk diluahkan
Hati yang suci bersih itu tetap tabah menempuh kehidupan
Dengan harapan esok hari takkan mendung lagi seperti semalam

Alangkah indahnya pertemuan itu
Menyimpul ikatan kemanusiaan
Menyulam ikatan kekeluargaan
Detik masa berlalu terasa begitu pantas
Hingga terleka masih ada jalan yang perlu dituju
Bukan niat untuk menambahkan kesedihan dengan perpisahan
Biarlah pertemuan singkat menimbulkan sedikit kebahagiaan

Kenangan itu disimpan rapi dalam hati
Menjadi memori yang kekal abadi
Doa kami sentiasa mengiringi
Semoga impian adik-adik sekalian menjadi realiti
Tabahlah dalam kehidupan
Sekiranya diizinkan Tuhan, kita kan bertemu kembali

*gambar agak serabut.takpelah yang penting mesej yang nak disampaikan

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...