Saturday 20 June 2020

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writing. Despite the pain and difficulties I am facing, I believe that writing is still my forte, my kind of escapism when I have no one to talk to. This writing made me realize that I still have myself.

When spoken words are too painful to be expressed, I can always come back to the white canvas that I can freely express anything without being judged. It is only between me and my own thoughts. Last time when I was so down and depressed, I am so worried that I lost my sense of writing. I love to write by the numb feeling made me hate my own talent. Same with reading. I love reading and seeking knowledge but because I hate myself and what happens to me, I just stop completely. I lost my interest in anything.

But I'm glad, after 4 years, I get back my writing skills. I slowly developed my interest to write and explore. After years of struggling with my own thoughts, I would say that now it is time for me to prove to myself that I am superwoman. Stop comparing myself with other people. I am unique. I am not a failure. I am a survivor.

I am not a failure. I am survivor

Empat tahun kemudian

Pejam celik pejam celik, dah nak habis dah degree aku. 4 tahun bukan lama dan bukan jugak sekejap bagi aku. Entah. Aku macam tak percaya, saat aku melangkah masuk semula ke alam degree pada usia 24 tahun, aku memang dah berkira-kira yang aku hanya akan bergraduasi 4 tahun akan datang iaitu pada ketika usia aku 28 tahun.

Satu usia yang sudah tua bagi aku yang mana bila aku fikir balik, lagi dua tahun aku nak menginjak ke 30 tahun. Namun, aku masih belum capai apa-apa. Financially. Aku tahu, duit atau material bukanlah end goal aku. Tapi aku tahu, sekurang-kurangnya dengan sedikit duit, aku boleh berbakti kembali kepada kedua ibu bapa aku.

Alhamdulillah, aku patut bersyukur, walaupun aku bukanlah daripada keluarga yang melimpah harta, tapi kami sekeluarga cukup makan pakai. Tak pernah apa yang aku inginkan, aku tak dapat. Kerja keras ayah waktu muda dan duit persaraan juga cukup untuk tampung keperluan kami sekeluarga. Aku patut bersyukur dalam hal tu. Bila mana orang lain pada usia tua, perlu masih bekerja. Untuk kami anak-beranak, ayah dah boleh berehat dan buat apa yang ayah suka.

Untuk aku pula, perjalanan yang panjang ini, adalah satu jalan yang aku taktahu nak rasa apa. Tipulah kalau aku tak kecewa. Tipulah kalau aku tak rasa benci pada diri sendiri. Tipulah kalau aku tak pernah rasa macam nak hilang je dari dunia dan tak perlu hadapi semua ni.

Tapi aku cuba hadapi dengan langkah yang aku pun tak tahu dari mana aku dapat kekuatan. Kawan-kawan aku yang lain, nampak aku macam seorang yang kuat. Dengan penglibatan aku dalam aktiviti sukarelawan dan kepimpinan, mereka nampak, aku macam tiada apa. Mereka nampak, aku macam kuat dan tabah hadapi semua cabaran. Mereka nampak kejayaan aku dapat anugerah itu ini adalah tanda aku dah bangkit daripada kejatuhan.

Tapi itu apa yang mereka nampak dan rasa. Dan memang, aku, yang tak suka rasa disimpati, memang nak orang nampak aku yang itu. Amalina yang kuat. Amalina yang tak mudah kecewa. Amalina yang cepat bangkit daripada kekecewaan. Entah. Mungkin aku punya ego tinggi. Mungkin juga aku keras kepala taknak rasa diri lemah. Mungkin juga ada sisi tabah dan putus asa dalam diri aku. Aku pun tak tahu. Aku pun tak pasti. Yang aku pasti, aku dah lepas dah perjalanan yang panjang dan berliku ini.

Tapi ini semua baru permulaan. Permulaan kepada perjalanan yang aku tak pasti ke mana pula aku akan melangkah lepas ini. Waktu ini jugalah aku dah rasa macam terlalu tua dan lambat untuk ini semua. Dengan bebanan hutang yang kerap menghantui, kadang aku rasa macam tak tahu nak mengadu ini semua pada siapa.

Aku cuma ada Allah dan ruang penulisan ini.


Saturday 25 April 2020

Monolog; Ramadan MCO

Ramadan yang berbeza. Tak pernah terlintas sebelum ini akan ada satu masa yang kita tak dapat bertarawikh di masjid secara berjemaah, berbulatan tadarus di surau atau masjid berdekatan apatah lagi membeli juadah berbuka di bazar Ramadan. Antara perkara yang begitu sinonim dengan suasana Ramadan di Malaysia. Tahun ini beza; luar dalam dalam, yang tersirat mahupun yang tersurat.

Kelainan bulan Ramadan tahun ini dirasai seluruh dunia. Covid-19 ternyata mengubah corak kehidupan masyarakat di bulan ibadah, bagi Muslim khususnya. Dengan kuarantin dan perintah kawalan pergerakan dan kewaspadaan pada zarah viral yang tak telus pancaindera, kita belajar untuk menjalani bulan Ramadan dengan cara yang berbeza.

Dunia sedang berehat. Memberi peluang sang penghuni memanfaat bulan penuh barakah dengan ibadah bersendiri. Kurangnya masa bukan lagi alasan. Kesibukan dunia bukan lagi sebab melengahkan. Waktu ini, mungkin kita sedar, masa itu; jika disusun atur dengan cermat, betapa kita punya masa untuk segala sesuatu. Teringat satu kata-kata, kita sebenarnya mungkin bukan sibuk, cuma kita tidak meletakkan sesuatu sebagai prioriti. Dan prioriti kita pada bulan Ramadan tahun ini, pastilah beribadah, bukan?

Nah, Ramadan tahun ini mengajar kita banyak perkara. Emosi, rohani, fizikal, mental. Semua bahagian kendiri teruji.

Kita kuat untuk lalui semua ini, okay?
 

Friday 24 April 2020

Ramadan @ MCO

Ramadan @ Movement Control Order due to Covid-19

This year's Ramadan is different. Every part of the world is struggling with the Covid-19 pandemic and it is clearly affected individual in different aspects of their life. This year, on the year 2020, maybe the first time in history of my life, there is no tarawikh prayer that is conducted at the mosque. Everyone has to stay in their home to help Covid-19 from spreading widely. The effort has shown a good improvement that the cases of covid-19 in Malaysia do not increase so fast. Despite the cases is still increasing, but the overall cases is still under control. Thanks to Ministry of Health Malaysia for doing a very good job in making sure that Malaysia is not one of the countries that contribute to the large number of death.

This is also the time of the year that I will finally end my undergraduate degree. A mixed feeling I would say. I did not expect too much. Current people around me will see me as someone that have good achievement, with the awards that I received and my performance, I would rather be seem as a someone excellent. But deep inside, I still feel unaccomplished. I still feel heartbroken that I am not as excellent as friends of my age. I still feel that I am way too backward from them when they already achieved something in the next phase of their life, but in fact, I am still stuck here, looking forward for my future.

It is a mixed feeling. Sometimes I feel happy, sometimes I feel sad. Sometimes, I just feel nothing. It is more towards the negative emotion. The struggle within me, is hard to express. I know what everything that happen for a reason, but at some point of my life, my mind cannot stop from thinking that I am not good enough. I am a burden and I do not worth anything.

This is how MCO affected me, affected my emotion when I start overthink over the future. The country's economy will be affected at least in the upcoming years and me, when I want to start my career life, I have to consider a lot of thing.

Have faith. Bumi Allah itu luas, kan Amalina. Don't be afraid too much. Have faith. May He guides you to the right path. Don't compare yourselves with other people.

It is even hard for me to accept myself that I don't even give any chance for people to know or accept me. And that summarize,, why I am still single. Lol 

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...