Saturday 20 November 2010

[2]

Dua tiga kali aku fikir. Betul ke aku boleh naik pengangkutan awam sendiri. Di kota metropolitan ni. Kalau berteman takpe juga. Fikir lagi. Aku jadi gelabah. Bukan tak biasa tapi bukan aku sendiri. Seorang tanpa berteman. Tapi sampai bila aku nak bergantung pada orang lain. Ini takut. Itu takut. Semua takut. Usaha tu lebih penting dari hasil.

Sampai kat transit, aku fikir-fikir lagi. Lepas ni kena tukar pula. Takde ke yang satu arah je. Semua stesen dia lalu. Berhenti kat mana-mana stesen je. Tapi dunia ni tak semudah itu. Bukan macam makan bubur. Telefon sel kan ada. Kalau rasa sesat tanya je along. Walaupun kadang-kadang aku terfollow the flow.

Masih menunggu. Masih berfikir dan masih bercelaru.

Seorang insan bertongkat datang dari belakang. Aku hanya lihat dengan ekor mata. Diraba-raba jalan dengan tongkat yang setia di tangan. Mata celik tapi hakikatnya hanya Tuhan yang tahu. Kita yang melihat pun boleh interpretasikan. Kita dikurniakan mata, akal dan pancaindera yang sempurna boleh konklusikan.

Tren sampai. Insan bertongkat masih meraba-raba jalan untuk masuk ke dalam. Aku kurang selidik ada sesiapa tak memimpinnya. Perlahan aku masuk sambil memberi laluan. Aku kagum. Aku yang celik ni punya pelbagai perasaan. Takut. Cuak. Gelabah. Tapi dia yang istimewa tabah meneruskan kehidupan.

Hujung mata aku tak lari dari memerhatikan insan istimewa itu.

Belajar daripada apa yang diperhatikan.

[1]

Kerusi ditarik dan aku pun duduk di situ. Di sebelah kiri meja ada satu family Cina dengan seorang wanita Indonesia. Orang gaji mungkin. Meja sebelah kanan, seorang ibu dan ayah sabar melayan anak-anak yang masih kecil. Nak air, diberi. Nak makan yang itu, disuapkan. Inilah ragam kota. Suasana di satu gerai yang buat aku menjadi pemerhati setia.

Ah Beng (bukan nama sebenar) datang ke meja sambil menyuakan satu raga.

Mau tengok CD baru?

Tak mahu. Itu jawapan aku.

Kalau dulu CD bukan asli bersepah-sepah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pasar malam, tepi jalan, kedai CD. Cakap saja nak cerita yang bagaimana. 

Walau kualiti hanya setaraf wayang pun janji beli. Janji orang tengok, aku pun tengok. Itu dulu. Sekarang kalau kau ada internet, memang semua di hujung jari. Purbakala, orang yang cari CD bukan asli tu. Pasar malam. Kualiti tak jamin tapi asal ada gambar.

Tapi sekarang susah mau cari makan maa. Kita yang kena cari pelanggan lo.

Memang itu hakikat. Cari makan dari makanan orang lain.

Ah Beng masih gigih jalan dari meja ke meja. Berharap hasil jualannya laku walaupun hanya 1 dalam 1000. Raga biru ala-ala bakul jual kuih-muih itu disua pada insan di meja hadapan.

Lihat kejap. Belek-belek. Dia ambil satu.

Not kaler merah diberi. Baki 3 not kaler biru dipulangkan.

Ah Beng pun meneruskan usaha penjualan.

Eh, kejap! Nak plastik letak ini CD, sambil panggil Ah Beng kat meja makan tu semula.


Sunday 7 November 2010

Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang
Kalau tiada ombak masakn pantai berubah

Esok jangan biar otak beku
Esok jangan biar tangan kaku
Kaki biar sederap langkah
Hati jangan biar bernoktah
Mulut jangan sampai memangkah

Saat hati bersepadu
Naluri terus jitu
Minda dan akal menjadi satu
Mulakan dengan lafaz Bismillah

Dan esok,
Kaki kemas di garisan
Tembakan dilepaskan
Hati, janganlah kau rebah

Thursday 4 November 2010

ini bukan aku

Hidup ni bukan selalu kat atas. Aku kene terima tu. Kita kene terima. Aku bukan iri ape lagi nak hasad dengan orang lain. Tapi memang tak dapat dinafikan, timbul satu perasaan yang aku sendiri pun susah nak rungkaikan. Bosan ke? Tak. Putus asa? Oh, lagi tidak! Mungkin sedikit terkilan. Terkilan sebab lihat orang lain bahagia dengan kehidupan UNIVERSITInya. Paling tak pun, kehidupan A-LEVELnya. Program direncana berduyun-duyun bak cendawan tumbuh lepas hujan. Kawan berkepuk-kepuk dalam genggaman. Oh, hiperbola. Tapi komuniti kat sini, batch aku sendiri dikira dengan jari tangan dengan kaki pun masih kurang.

Tapi,,,kenapa aku nak fikir NEGATIVE? POSITIVE kan ada. Aku kena yakin inilah jalan terbaik yang Allah dah aturkan. Aku masih lagi berpijak di bumi Malaysia, oh tanah airku, tanah tempat tumpah darahku~ Bukan kat mana-mana lagi. Masih majoriti penduduknya Islam dan Melayu. Kalau kat sini aku dah jatuh, aku dah putus asa, apa lagi kat tempat yang aku tak pernah jejak.

Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Aku kena yakin tu. Bukanke memang ini yang aku impikan? Takkan nak melangkah ke belakang semula? Tak. Teruskan perjalanan ini. Walaupun kadangkala men-tidakmenyeronok-kan. Jiwa kena tetap dan teguh. Jangan biar artherioclerosis menyebabkan heart attack. Jangan biar adrenaline meningkat lalu menyebabkan stress sekali gus high blood pressure. Setiap tindakan perlu ada negative feedback supaya tak terus malarat dan melarat dan melarat.

Ya, heart beat aku masih lagi baik. Harap tak terkena angina apatah lagi myocardial infarction. Selagi ventricle masih lagi contract, selagi aorta masih push blood to the whole part of the body, aku akan pastikan setiap cells akan menerima oxygen dan nutrient yang sufficient..

*maaf kerana menggunakan bahasa pasar malam, rojak pasembur dan sebagainya. Otak masih dihantui minggu exam. Esok gempur STUDY bayank. hailah~

Tuesday 2 November 2010

exam mode

Minggu depan buat julung-julung kalinya saya akan menduduki peperiksaan secara "formal" di ucsi. Ikutkan usaha, memang masih tidak pernah cukup. Buku di sebelah tapi laptop masih di depan mata. Bukan mustahil nak score tapi usaha masih sekecil kuman.

"A-level bukan honeymoon macam SPM," kata Dr. Nalina, lecturer chem saya.

Tak pernah terlintas SPM tu honeymoon. Jadi, A-Level ini tahap ape sebenarnya?

Hati,
Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Mulut kata boleh, hati pun mau ikut sama.


9/11/10 (Tuesday)
9.00-10.30 am ~ Biology 1
2.00 - 3.30 pm ~ Core Maths 1

10/11/10 (Wednesday)
2.00-3.30 pm ~ Core Maths 3

11/11/10 (Thursday)
9.00-10.30 am ~ Chemistry 1

12/11/10 (Friday)
9.00-10.30 am ~ Physics 1

16/11/10 (Tuesday)
Core Maths 2



Usaha dan tawakal bergerak seiring. Semoga kita semua dikurniakan kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Insya-Allah.

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...