Friday 1 November 2019

[2] Tahu

I know at the time like this, I should have pray more to Allah to show me the way. Aku nak beria sangat berusaha pun kalau Allah kata belum masanya, belumlah. Tapi memang ada sampai satu masa, aku terfikir, perlu jugak untuk aku berusaha dan memulakan langkah lepas tu baru aku bertawakal.

Tapi untuk hal-hal yang ini, sungguhlah aku tak reti. Sungguhlah aku rasa aku yang paling noob dalam bab ni. Di saat orang lain punya pengalaman dua tiga kali, aku yang satu pun aku tak reti. Dan rasanya memang aku takkan pernah reti sebabnya aku memang tak suka meletakkan sesuatu pada yang belum pasti.

Aku takkan memberi rasa sepenuh hati tanpa aku yakin dan pasti apa hujung pangkal jalan cerita. Ya, aku tahu. Hidup ini macam try and error. Siapa kata aku tak try, siapa kata aku tak error. Tapi entah, hati aku ni cukup mahal untuk aku nak beri macam tu je pada sesiapa.

Habis tu? Apa aku akan buat kalau aku suka seseorang. Tipulah kalau kata aku tak pernah menaruh harapan pada seseorang. Pernah tu pernahlah. Tapi memang sampai situ saja. Belum pernah sampai tahap aku bercinta bagai nak rak pada yang aku tak tahu hujung pangkalnya.

Melainkan kalau betul mahu serius dan hati aku terbuka untuk meneruskan perhubungan, aku akan cuba simpan sampai ke akhirnya. Haih. Susah juga punya hati macam aku ni. Hati yang tak suka pada sesuatu yang tak pasti. Kita manusia kan, kadang kita boleh rasa orang tu suka kita atau tidak. Kita boleh beza antara barrier seorang kawan atau mahukan lebih dari itu. Chemistry tu, daya penarik tu, nak tak nak memang akan terhasil. Haih. Susah lah nak cakap benda ni.

Ok berbalik kepada soalan, habis tu kalau aku suka seseorang, aku akan buat apa? Aku akan pendam dan aku akan doubt diri aku dan dia, dia ni betul atau main-main.

Haha sebab baru je. Aku ingat dia suka aku, dan aku senang dengan dia, rupanya dia anggap tak lebih dari untuk mengeratkan silaturahim. Haha. Sudahnya? Aku pulak dicop perasan. Haih tak matan sungguh aku rasa. Kau tahu, aku takkan beria serius dengan seseorang kalau sekadar kawan. Dan kalau aku tak berminat, memang aku langsung tak nak ambil tahu apa yang dibuat sehari-hari.

Ah, anggaplah itu semua pengalaman aku untuk aku tidak terlalu perasan.

Mencabar juga sebenarnya hidup dalam timeline hidup aku. Contohnya macam pertemuan aku dengan seseorang, memang dari awal, aku akan declare umur aku. Haha. Bukan apa, aku tahu tak ramai lelaki suka akan perempuan lagi tua. Mereka suka rasa lebih dominan dan menjadi tempat bergantung harap. Aku faham tu.

Aku? Aku lihat seorang lelaki tu atas dasar kematangan dan cara berfikir. Mungkinlah usia dia muda, tapi kalau kematangan tu ada, wibawa dan karisma tu ada, aku rasa sudah cukup untuk buat aku tertarik. Ewah. Dan lagi pun, aku ni pun bukanlah matang mana. Nama pun anak bongsu dan aku akui pada usia ini, aku memang kurang untuk berdikari. Semuanya macam dah tersedia.

Haih. Entah. Aku tak tahulah.

Benteng antara taknak rasa perasan dan menaruh harapan tu aku rasa sangat sipi-sipi. Nak bercakap terus aku tak berani, Nak kata tidak, aku pulak yang macam ternanti-nanti.

Akhirnya, di sini je lah tempat aku meluah rasa hati.

Kalau kau terbaca pun, itu bermakna betul-betul kau cuba cari.

Aku cuba juga berusaha tapi perempuan kan, kalau melebih dikata semacam terdesak pula.

Entahlah. Aku tak tahu. Ok baru aku tahu kenapa orang lagi selesa untuk buat confession.

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...