Showing posts with label Cerpen: Tidak Berpijak di Bumi yang Nyata. Show all posts
Showing posts with label Cerpen: Tidak Berpijak di Bumi yang Nyata. Show all posts

Friday, 11 June 2010

BAB 10 ~THE END~ cite ni mmg tergantung tak bertali

CHAPTER 10
Setelah melantik ahli kumpulan secara tidak rasmi yang diilhamkan sendiri oleh Prince Alistair mengikut kepala dan kehendaknya sendiri. Berikut merupakan nama dan jawatan ahli kumpulan tersebut:
Kumpulan Pulse
1. Prince Alistair (Ketua)
2. Pathogen (Penolong)
Kumpulan Goshawk
1. Bucess (Ketua)
2. Muju (Penolong)
“Senangnya buat keputusan. Tak bincang dengan kitorang pun,” ujar Muju meluahkan perasaan tidak puas hati.
“Bukan ape, aku buat ni semua untuk mengeratkan silaturahim anta kau dengan Bucess. Dari dulu aku tengok korang ni kalau tak bergaduh, tak sah. Tengok aku ngan Pathogen ni, mesra je,” ujar Prince Alistair sambil memndang kea rah Pathogen.
Pathogen yang dari tadi senyap mengangguk-angguk sambil muka blushing.
“Amboi korang sume ni. Misi dengan Pezakut ni pun belum selesai. Korang nak mulakan misi hati dan perasaan korang pulak. Sudah, kita jumpa di tempat yang sama namun waktu yang berlainan esok ye. Orait sume, disappear,” Prof Amyrus mengusaikan pertemuan.

Cuaca pada malam hari mendung, hujan lebat turun tak henti-henti. Sedang mereka semua tidur, tiba-tiba terdengar satu letupan. Muju sahaja yang tersedar sebab yang lain tidur punyelah pekak badak, tidur dengan selambernye tanpa ada apa-apa yang berlaku. Muju pun curious, nak tahu apa yang terjadi. Jadi, dia memberanikan diri untuk bangun dari tempat peraduan dan keluar dari kilang tersebut. Dengan langkah yang sangat cermat tanpa sebarang bunyi seperti spy kid yag hebat, Muju keluar dari bilik sambil tengok kat katil sebelah. Huh, hampeh betul si Pathogen ni. Masih tak sedar-sedar lagi. Getus hati kecil Muju....

PENUTUP

Dan akhirnya kami semua ketandusan idea disebabkan perkembangan cerita yang semakin tak masuk akal. Masing-masing juga sibuk dengan tugasan akhir tahun (ade ke nye pown). Cerita ni pun tergantung macam tu aje. Untuk pengetahuan, penulis dalam cerita ni akan melanjutkan pelajaran dalam bidang masing-masing. Tujuan menyiarkan cerita ni adalah untuk hiburan semata-mata dan sebagai kenangan masa sekolah menengah yang penuh dengan bende merepek dan tak masuk akal..sekian.

BAB 9

CHAPTER 9

Pathogen pun bangun dan buat muka terkulat-kulat. Segera dia menuju ke round table tempat mereka semua berkumpul.
Dengan perlakuan cam orang tiada perasaan, Pathogen dengan peraknya pergi ke round table tersebut.
“Ini macam...,” Pathogen bersuara.
“...hologram,” sampuk Bucess.

“Yes, ini hologram makmal Pezakut bin Kuda Laut,” Prof. Amyrus menyiakan. “Saya dalam peramcangan untuk menceroboh masuk ke dalam makmal Pezakut tanpa dikesan,” sambungnya lagi.

Prof Amyrus menekan sebiji punat yang bewarna merah di atas meja tersebut. Hologram makmal Pezakut bertukar menjadi trailer hidup Pezakut. Pergh, banyak sugguh kejahatan yang telah dilakukan Pezakut dalam diam. Semua mata tertumpu pada hologram tersebut tanpa berkelip mata sekali pun.

“Apa yang kamu lihat ni sebahagian daripada rancangannya. Rancangan dia yang paling besar adalah untuk menakluki Planet Gutan dan Bumi. Kesemua hidupan akan dihapuskan perlahan-lahan dan akan digantikan dengan klon yang diciptanya. Sebab itu aku perlu menghalang kegiatannya. Caranya adalah dengan menceroboh makmal Pezakut dan menghapuskan data-data yang dia simpan untuk aktiviti mengklonnya itu,” panjang lebar Prof. Amyrus menerangkan.

Semua orang terangguk-angguk faham macam dalam lagu ahli fiqir.

“Dan atas sebab tu lah, beta hadir ke mari dengan misi untuk membantu Planet Gutan yang telah lama menjadi sahabat planet kami. Dan beta pasti, Prof Amyrus juga tahu tujuan beta ke sini,” sambung Prince Alistair.

Prof. Amyrus mengangguk-ngangguk sedangkan yang lain terbangak-bangak melihatkan cara Prince Alistair bercakap. Tak sangka mamat ni boleh bercakap dengan gaya berkaliber.

“Aku yakin insiden kilang aku yang terbakar ni disebabkan Pezakut yang jadi Tok dalangnya kerana dia tahu aku akan jadi penghalang untuk meneruskan rancangan jahatnya itu. Aku juga silap kerana membina kilangku dengan barang yang mempunyai specific heat capacity yang rendah. Namun kali ini aku sudah tukar dengan material yang tidak mampu didetect oleh pancaindera. Sebab itulah kamu tidak dapat menyentuh kilang ini kecuali kamu berada di dalam,” jelas Prof Amyrus. Dia tak sedar pun keempat-empat budak tu tak dengar apa yang dibebelkan. Sibuk membuat hal masing-masing.

“Hish, aku cakap sorang-sorang pulak. Aku ada benda penting untuk disampaikan dan memerlukan respon kamu semua untuk melaksanakannya,” Prof Amyrus meninggikan sedikit suaranya untuk menarik perhatian keempat-empat mereka. Semua mata tertumpu pada Prof. Amyrus.

“Alamak, nervous lak. Serius betul pulak dorang ni,” desis Prof. Amyrus. “Pezalut telah mengklon 50% penduduk Planet Gutan. Mereka semua mempunyai genetic yang sama tetapi otak mereka telah deprogram untuk pembunuh pemilik DNA asal. Nyawa penduduk Gutan dalam bahaya. Sekarang ini Pezakut sedang beralih pada Bumi dan DNA manusia yang pertama yang diambil ialah kamu,” ujar Prof. Amyrus sambil memandang tepat ke arah Muju. Muju terkebil-kebil. Sempat pulak si Pezakut tu ambil DNA dia.

Prof. Amyrus meneruskan bicara, “Aku sudah ada idea yang baik punyer cilok dan aku memerlukan kamu untuk melaksanakan misi ini.”

BAB 8

CHAPTER 8

Malam pun tiba. Selepas menunaikan solat maghrib berimamkan Prince Alistair yang hensem tuh, diorang menapakkan kaki untuk dinner. Punyelah berselera diorang makan lemak tempoyak cilia pi yang Muju masak. Macamlah tu je populasi lemak tempoyak yang ada kat dunia ni. Lepas makan, apalagi bertenggeklah due ekor Pathogen dan Prince Alistair tu. Si Muju pula, konon nak tunjuk baik, basuh ler pinggan yang ade. Bucess yang kebosanan tahap cipanzi mati anak sengaje je duduk dekat Muju. Yang minah sewel tu, entah apa khusyuk sengat basuh pinggan macam tengah study Science Bab 4 Form 3, tak sedar Bucess sedang leka memandangnya.
“Hmm..walaupun muka orang macam tak cukup saraf, marah macam mak ayam marah kat cacing, die ni boleh tahan gak, except bibir yang cam nak cium orang tak memasal tu la, ala-ala Angelina Jolie tak cukup chromosome,” tersengih En. Bucess yang seekor tuh. Peh, kutuk orang cam hensem sangat.

Muju yang sedang khusyuk basuh pinggan perasaan bagai ada sepasang mata sedang memerhatikannya. Lantas kepalanya toleh ke belakang. Huh, patutlah..ade kerang busuk rupenye.
“Yang ko tersengih ni pehal lak?” Muju bersuara.
“Takde, saya suka tengok awak, manis je tapi kalau pakai tudung lagi cantik kot,” Bucess membalas.
“Eh, suka hati kau je nak komen orang,” Bucess hanya membalas dengan senyuman meleret cam badut sarkas kepala dongga. “Ah, malas aku layan ko!” sambung Muju lagi.
Muju lantas membasuh dan mengelap tangannya dan meninggalkan Bucess yang terpinga-pinga.
Ding dong ding dong

“Perhatian kepada Muju, Alistair, Pathogen dan Bucess, anda dikehendaki ke ruang tamu sekarang. Harap maklum,” bergema suara PA system.
“Pergh, tak payah la nak war announcement segala bagai. Taulah Prof. Amyrus ni nak show off kilang dia yang gempak nih,” ujar Muju tak puas hati.
Mereka berjalan ke ruang tamu dan tersergahnlah tempat yang lip-lap gitu. Pathogen yang perak sikit tak sabar-sabar dan terus berlari ke tempat tersebut.
Doom..pap..Pathogen terjatuh.
Prof. Amyrus yang berada di ruang tamu tersebut bergegas ke tempat kejadian.
“Maaflah ye. Sliding door ni dah lambat sikit detect motion pasal terbakar ari tu. Tu la tak terbuka-buka sampai jatuh ha Pathogen ni,” lancer Prof. Amyrus menerangkan tanpa sekelumit pun rasa bersalah.
“Pathogen, u ok tak?” Prof Amyrus buat-buat la bimbang dengan keadaan Muju disebabkan ramai mata=mata yang memandangnya.
“Kuang asam nye pintu. Malu aku tak pasal=pasal jatuh free camni. Ah, nak wat pe ni..huh, pura-pura pengsan je lah,” ujar Pathogen dalam hati dan terus memejamkan matanya kuat-kuat.
Berharap benar kalau Prince Alistair angkat dia. Tapi lame benar tunggu tiada apa-apa respons pun. Cis, diorang sampai hati blah camtu je.

BAB 7

CHAPTER 7

Tatkala mereka masuk, ternampaklah segala specimen katak, ular, tikus dan sebagainya. Apabila lalu kat satu dinding ni, tetibe Prince Alistair stop dan pandang satu gambar kat dinding tu.

“Bukankah ini...,”
“Ezzati Kedekut,” sampuk Prof Amyrus.

Maka segala kornea-kornea mata pun tertancap ke gambar tuh.

“Tak sangka dia ni masa muda dulu lagi hensem daripada aku,” luah Prince Alistair yang merasa tercabar dengan kehenseman Pezakut.

“Entah-entah suntik botox je, awak tak pe natural hensem,” jawab Pathogen ala-ala mengampu gitu. Itulah bak kata orang, kalau dah mabuk bercinta semuanya jadi indah. Prince Alistair yang mendengarkan jawapan it uterus memandang ke arah Pathogen dan menghadiahkan senyuman paling ikhlas buat Pathogen. Kembang hati pabila pujaan hati memuji. Sangker je lebih. Apalagi, abis la melompat segala nerves dalam badan si Pathogen tuh. Pipi yang dok gatal pun macam ok jer plus boleh blushing lak tuh. Merahnya kalah solekan Geisha Jepun tuh.

“Adus...senyuman killer macam Lee Dong Wok ditambah lagi dengan lesung pipit, mau tak pengsan aku,” Pathogen bermonolog sendiri.
Muju pulak buat muke tak puas hati apabila terlihatkan foto Pezakut. Geram betul dengan saintis giler tuh. Bucess yang terperasan dengan perubahan riak muka Muju, gatal-gatal pi letak tangan pada bahu Muju. Konon nak bagi dia bertenang dan relaz tapi lain pulak respon dia dapat. Muju dengan terkejut ngan action terus menepis tangan Bucess. Maka terjadilah action=reaction, the resultant force=40N.

“Hoi, apa lak angin ko nih, sesedap gulai tempoyak je nak pegang bahu aku,” tempelak Muju sambil menunjukkan buku limanya.
Bucess menarik kedua-dua belah tangannya ke belakang, surrender sebelum kena serang.

“Saya cuma nak bagi awak relax jer, muka tension benor sampai berkerut dahi tuh, kalah datuk saya yang sudah dekat 100 tahun,” explain Bucess.
Prof. Amyrus menggeleng-geleng melihat telatah keempat-empat makhluk tersebut. Dua orang macam merpati dua sejoli, dua orang lagi macam anjing dengan kucing. Nilah manusia zaman sekarang. Teringat pulak die zaman muda-muda dahulu, spe la tak kenal dirinya Amyrus, gadis gilaan ramai jejaka sampai tercipta lagu Penasaran. Prof. Amyrus sengih sorang-sorang. Ceh, perasan tak sedar diri lak orang tua nih. Eh, apa aku buat nih. Prof. Amyrus tersedar daripada lamunanya.

“Kamu ni tak penat ke berlari jauh-jauh tadi?” Tanya Prof amyrus yang pelik dengan energy terlebih diorang.

Mereka yang dah leka dengan hal sendiri baru tersedar. Jauh juga mereka lari tadi. Kalah atlet Olimpik. Masa tu jugak le masing-masing mula memicit-micit badan yang terasa lenguh. Prof. Amyrus geleng kepala wat kali kedua.

“Dahla, apa-apa pun kamu semua pi bersihkan diri dulu, malam ni kita kumpul kat Dining Hall untuk makan malam,” arah Prof. Amyrus.

Prince Alistair dan Pathogen melangkah ke arah timur laut. Muju dan Bucess lak pergi ke selatan. Baru je melangkah beberapa tapak, Muju pun bersuara.

“Nanti, apasal plak ko ikut aku nih..ada ke aku cakap nak ajdi belangkas ko,” ujar Muju sambil menahan Bucess daripada mara ke hadapan.

“Abis, dah Prince Alistair yang sangker macho tu pi ikut Pathogen, saya ikut la awak,” terang Bucess dengan muka kesian, ala-ala kucing dalam cerita Shrek. Apalagi mencerun mata Muju apabila mendengar Bucess meluahkan perasannya.

“Dah sangat fius otak kau tu dah putus, ko ingat kite ni covalent bond ke nak share-share bilik, jerkah Muju serentak itu juga dia mengarah.

“Pathogen, ko sini dengan aku. Prince Alistair biar dengan Bucess. Amboi, bayak lemak ko!”

Pathogen pun mula la keluar muncung itiknya sambil berjalan kea rah Muju, agaknya boleh sangkut hanger baju..

“Ala, orang nak bermanja dengan prince charming pun tak boleh, kacau betullah, kalu bab mengarah ni dia memang nombor satu. Kalah pengarah filem Yusof Haslam tuh,” gumam Pathogen.

Prince Alistair pun melangkah macam tak semangat jer. Ada chance terlepas pulak. Bucess hanya mampu menjongketkan bahu tanda tidak mengerti insiden yang berlaku. Huh, dasar muka blur.

BAB 6

CHAPTER 6

Pathogen nangis dah dekat sebesen sambil garu pipinya. Dia cite ler apa yang berlaku kat dia. Huh, betapa cruelnya Pezakut. Kalaulah Muju ada M16 masa tu... tengok syok menyiasat ala-ala CSI, baru Muju tersedar si Bucess tu takde.

“Aik, mamat ni cam biskut tol,”

Rupa-rupanya, masa tengah tengok-tengok makmal tu, si Prince Alistair tarik Bucess. Bucess terkejut berpeluh-peluh macam baru lepas lari 100m. Prince Alistair pun terangkan semua benda kat Bucess.

“Owh, kok gitu cerintanya,” Bucess berkata ala-ala endon dek terpengaruh dengan sinetron Bawang Putih Bawang Merah.

Kedua-dua mereka bergegas ke tempat Muju dan Pathogen, karang risau lak minah dua orang tuh. Sebelum Pezakut datang kembali ke makmal tersebut, mereka berempat lari bagai lipas kudung samapi oxygen tak cukup bernafas. Diorang pun lari le ke hutan yang berdekatan di Planet Gutan tu sebelum Pezakut cekup diorang. Punya la lama diorang lari, tau-tau je hari dah senja. Dah terlepas solat Asar. Dalam masa yang sama, Pezakut jerit giler-giler dengan kehilangan bahan eksperimennya itu.

Langkah kaki mereka akhirnya membawa mereka ke sebuah kilang yang sudah hangus terbakar. Walaupun agak pelik dengan keadaan kilang tersebut, namun Muju dan Bucess memberanikan diri untuk mara ke kilang tersebut. Perlahan mereka cuba menyentuh dinding kilang itu, namun pelik, kilang itu hanya seperti baying-bayang yang tiada zarah mahupun jisim.

“Ah, aku kenal kilang ini, TIDAK!!!” jerit Muju. Ingatannya pada letupan yang menyebabkannya terkena free radical jelas terbayang di minda.

“Maafkan aku, kalu bukan kerana kilang aku, kamu berempat tidak akan susah begini,” jelas Prof. Amyrus ayng muncul tiba-tiba dari kilang tersebut.

“Tapi kenapa saya tidak dapat menyentuh kilang ini sedangkan...ahh, ia begitu mustahil.” Protes Bucess tak puashati.

“Panjang ceritanya, mari masuk ke dalam,” pelawa Prof Amyrus lalu menjemput mereka masuk.
Tanpa berkata banyak, mereka berempat masuk ke dalam kilang itu demi merungkai jawapan yang terbuku dalam hati dan perasaan.

Thursday, 10 June 2010

BAB 5

CHAPTER 5

Dalam keadaan yang huru-hara itu, Pathogen yang cute kelihatan gabra sekali. Prince Alistair yang diharap akan membantunya hanya mementingkan diri sendiri.

Bisik hati kecil Pathogen, “Tak gentleman langsung, nak jadi lutsinar gak!!!”
Pezakut yang kejam, tiba-tiba ternampak Pathogen yang blur. Muka harapan hanya tinggal impian. Pezakut yang curiga dengan tindakan Pathogen segera menangkap Pathogen. Sudah terang lagi bersuluh, Pezakut memang seorang yang kejam dan kedekut. Pezakut menyuntik air borne ke pipi Pathogen. Arghhh!!! Nampaknya sekarang Pathogen telah diserang sexual transmitted diseases (STD). Disebabkan suntikan tersebut, perlakuan Pathogen menjadi semakin blur dan Pathogen hanya mampu ketawa kerana geli disuntik pipi. Dia tidak mengerti kondisinya sekarang. Muju baru sahaja pulang ke bumi bersama Bucess dengan menaiki space ship milik Pezakut. Namun dia berasa tidak sedap hati kerana Pathogen tidak berada sama. Itu le yang memusykilkan semacam. Muju pun wat decision pi balik Planet Gutan nak cari Pathogen. Masalah betol bile si Bucess tu miang-miang kucing nak ikut sekali. Nasib le muke ala-ala Lee Dong Wok, kalau tak takdenye nak bawak. Semasa mereka tiba di Planet Gutan, keadaan planet tersebut menjadi huru-hara tanpa membunag waktu, Muju bergegas ke makmal Pezakut kerana perasaannya yang sangat risau terhadap keselamatan Pathogen. Setibanya di makmal tersebut, Pezakut tiada.

“Mane le orang tua tak sedar diri tu pegi,” bisik hati Muju.

Bucess pulak masih dengan muka blurnya yang tak kena tempat. Tiba-tiba, masa tengah meninjau makmal Pezakut, Muju Nampak ada satu lembaga yang sedang terkinja-kinja sambil menggaru pipi. Sejak bila pulaklah Pezakut bela monyet ni. Muju pun mara kea rah lembaga tersebut dalam jarak yang lebih dekat. Ceh, macam CSI le pulak. Ingatkan apa, rupa-rupanya monyet tu ialah Pathogen..OMG What happen to you Pathogen??

Tuesday, 8 June 2010

BAB 4

CHAPTER 4

Prince Alistair telah berjaya menyeludup masuk ke dalam markas rahsia Pezakut. Prince Alistair secara tidak sengajanya telah terjumpa dengan Mc. Gemox a.k.a Pathogen yang telah berubah menjadi gadis yang cute tuh.

“Ah, my mission is more important,” bisik hati kecil Prince Alistair lantas meninggalkan Pathogen terpinga-pinga. Tanpa membuang masa, Prince Alistair mengeluarkan pakaian daripada Fireboltnya iaitu sepasang jubah yang mampu melutsinarkan dirinya. Infra red spec lantas dipakai dan terserlahlah semua infra red. Pathogen rupa-rupanya telah terperasan dengan kehadiran Prince Alistair. Dan pandangan mereka bertembung. Boom!! Satu letupan yang kuat telah terhasil daripada pandangan tersebut. Kedua-dua mereka terpelanting dan serentak dengan itu penggera keselamatan berbunyi. Wajah Pathogen yang cute tu seperti begitu megharap agar Prince Alistair menyelamatkan diri. Prince Alistair tiada pilihan lain melainkan untuk terus bersembunyi di sebalik jubah lutsinarnya.

“What’s going on here?” suara Pezakut yang nyaring memenuhi ruang markas rahsia tersebut.

Dalam perasaa gementar, Pathogen menjadi menjelaskan bahawa bunyi itu terhasil daripada luar. Sememangnya letupan tersebut tidak dapat dikesan oleh alat-alat keselamatan yang dipasang Pezakut kerana terlalu asing dan sukar untuk ditafsirkan. Pezakut hanya mengangguk namun dalam hatinya kuat mengatakan ada satu aura yang seperti dikenalinya. Prince Alistair yang menyaksikan perbualan Mc. Gemox dan Pezakut terdiam sejenak. Otaknya ligat berfikir.

1. Mengapakah pandangan mereka menghasilkan letupan?
2. Mengapakah Pathogen mahu melindunginya sedangkan Prince Alistair adalah penceroboh markas tersebut?

Dikeluarkan oleh Oxford University:

1. Apabila mata bertemu mata, maka akan terhasil ion yang dikeluarkan oleh hati hasil reaksi perasaan suka. Ion yang dikeluarkan oleh lelaki akan bercantum dengan ion yang dikeluarkan perempuan dan membentuk ionic compound. Charge ion bergantung kepada debaran hati. Semakin tinggi debaran hati, semakin tinggi charge ion yang dihasilkan. Jika ion yang terhasil itu berchrage yang cukup besar, maka satu reaksi letupan akan berlaku apabila ionic compound apabila ionic compound terhasil.

2. Pathogen tergolong dalam golongan yang berhati baik dan mudah membantu orang lain. Walaupun hatinya sebesar kuman, namun baik hatinya mengalahkan hati gajah. Pathogen tahu, sesuatu yang buruk bakal berlaku kepada Prince Alistair yang cute tuh. Kalau dia mendedahkan perihal Prince Alistair kepada Pezakut. Namun begitu, perlindungan yang diberokan Pathogen tidak cukup kerana ionic compound yang baru terhasil mungkin dapat dikesan oleh Pezakut. Ionic compound ini mudah dikesan kerana ionic compound ini terhasil daripada debaran hati (perasaan suka) yang cukup kuat dan bukan calang-calang orang dapat mengasilkannya.

Monday, 7 June 2010

BAB 3

CHAPTER 3

Pezakut sememangnya seorang professor yang amat terkenal suatu ketika dahulu. Pezakut terkenal dalam aktiviti klon-mengklon mutan-mutan di Planet Gutan. Namun kewujudan Profesor Amyrus yang kononnya terkenal di Bumi telah menyebabkan saham Pezakut jatuh. Arggh!! Popularitinya makin merudum. Perihal Muju dan Bucess pula. Akibat daripada radical berbahaya iaitu caseinogens menyebabkan hidung dan mata sebelah kiri Muju bertukat tempat. Bucess amat terkejut. Dia tidak menyangka mereka berdua menerima nasib yang sama. Bucess pun menyanyi la lagu Exist, “Siapalah aku ini untuk meminta buih...” Belum sempat dia menghabiskan nyanyian, Pezakut menyampuk dan menawarkan diri untuk membantu kedua-dua mereka melakukan surgerykerana dia kesian dan tak menahan dengar suara Bucess. Mereka pun menjalani surgery di sebuah makmal rahsia. Dalam surgery tu, Pezakut sempat mengambil DNA Muju dan Bucess, nak wat klon lagi le tu. Hm.. tak insaf-insaf. Muju dan Bucess jadi la lawa dan kacak mengalahkan pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie. Rupa-rupanya Pezakut telah Berjaya membetulkan chromosome diorang dengan teknik radiation. Huhu..

Dalam masa yang sama, Mc. Gemox yang telah berubah menjadi pathogen sehingga sebesar zarah masih setia bersama Muju. Akibat daripada surgery Pezakut ke atas badan Muju telah memberi impak yang sama kepada Mc. Gemox. Sekarang Mc. Gemox telah bertukar menjadi seorang gadis yang comel sekali di alam semesta. Keadaan di Planet Gutan pula menjadi semakin parah. Keadaan menjadi huru hara sejak meletupnya kilang Prof. Amyrus. Penyakit-penyakit pelik semakin menjadi-jadi. Ramai yang retarded disebabkan caseinogens tersebut. Berita huru-hara inti telah tersebar ke planet bersebelahan yang digelar sebagai Planet abcdefghijklm (Alphabet). Putera Planet Alphabet, Prince Alistair telah dating ke Planet Gutan menaiki Fireboltnya yang power untuk menyelamatkan keadaan. Prince tu pun memulakan penyiasatannyadan mendapati sesuatu yang pelik terhadap rancangan bantuan Pezakut yang kononnya untuk menyelamatkan Muju dan Bucess. Penyiasatan Prince Alistair telah membawanya ke markas rahsia Pezakut

BAB 2

CHAPTER 2

Namun begitu, keadaan Mc. Gemox tidak kekal lama kerana chemical yang disuntik masih dalam tempoh kajian. Kesannya, Mc. Gemox telah berubah menjadi spesies pathogen yang lain. Professor amyrus seakan-akan tidak mahu bertanggungjawab. Muju pula semakin konfius sama ada mahu tinggal dengan ibu dan bapa angkatnya kerana mereka juga bagai lepas tangan terhadap perkara yang berlaku kepada Mc. Gemox. Huh, nampaknya kehidupan Muju semakin bercelaru. Mak Cik Bo dan Pak cik Tox, iaitu bapa angkat Muju menyedari muka Muju yang penuh dengan kekeliruan. Mana tidaknya, setiap saat, dahi Muju berkerut mengalahkan Menteri Pasola yang memikirkan masalah negara. Dalam kehidupan Muju yang semakin bercelaru di Planet Gutan, tiba-tiba Muju terjumpa seorang jejaka berkepala botak dan berkumis nipis sewaktu Muju membeli itik untuk makan tengah hari. Jejaka itu bernama Buyot Bucess.

Sedang dia tersyok tengok jejaka “kacak”nya tersebut, tiba-tiba kilang ubat Prof. Amyrus yang berdekatan telah meletup menyebabkan Muju terkena free radicals yang berbahaya dipanggil caseinogen. Lalu keadaan Muju bertambah buruk dengan tak rasminya. Lelaki botak yang berdekatan itu pun terkena efek sekali. Mereka berdua jatuh pengsan dengan stunt yang hebat sekali. Insiden itu disaksikan oleh Ir. Ezzati Kedekut (Pezakut). Memang sah la dia punya kedekut, sedikit pertolongan pun dia tak nak berikan. Namun, apabila wartawan dating membuat liputan mengenai insiden tersebut, barulah Pezakut gatal-gatal nak tolong. Kononnya mahu tunjuk baik dan tambah pahala. Padahal hatinya lagi busuk mengalahkan bau ammonia gas. Pezakut pun membawa kedua-dua mereka balik ke makmalnya. Di sana, Pezakut telah memberikan treatment yang paling bagus habis la. Padahal bagi ubat sikit je. Kedekut tahap cipan le tu.

Sudah jatuh ditimpa tangga, Prof. Amyrus terpaksa mencari inisiatif lain untuk menaggung diri. Pezakut pula sebenarnya merupakan professor klon yang tak berapa nak klon. Kononnya ingin menjadi seperti Prof. Amyrus yang terkenal. Tanpa diketahui, Pezakut merupakan dalang kepada letupan kilang ubat Prof. Amyrus dan tujuan dia menyelamatkan muju dan Bucess pun bersebab. Mc. Gemox pula tetap setia bersama Muju apabila bertukar menjadi pathogen.

Sunday, 6 June 2010

BAB 1: TIDAK BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA

TIDAK BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA

Sebuah cerpen fiksyen Sains yang dikarang oleh penulis terkenal:
· Acloronitryl Butadine Styrene (Best Author World Book Festival, 2008)
· Profesor Julia Cun Melecun (Author of Secret of Love, 2006)
· Dr. Zapiniah Reddy de Bluey (Author of Trilogy, Best Novel 2008)
· Miss Amal Sapphire (Author of Mane Selipar Toiletku, Cute Novel, 2010)

PENGENALAN

Penulisan cerpen ini tercetus pada tahun 2008, apabila empat orang pelajar sebuah sekolah berasrama penuh sudah ketandusan idea untuk menghabiskan masa mereka selepas tamatnya peperiksaan diagnostic. Kertas kajang sekolah yang masih berbaki menjadi tempat untuk mencurahkan segala idea yang terbuku dalam fikiran keempat-empat pelajar tersebut. Bermulalah sebuah kisah yang penuh dengan aksi dan penulisan yang sukar ditafsirkan.
Amaran: Disebabkan ini adalah cetusan idea daripada empat orang individu yang berlainan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan anda dalam memahami bahasa yang kami gunakan.
CHAPTER 1

Pada suatu masa dahulu, tinggal sepasang suamii isteri di Planet Gutan (gumuk+mutan). Mereka berasa sangat sunyi kerana tidak dikurniakan cahaya mata. Mereka pun turun ke bumi untuk mengambil anak angkat dari bumi dan akhirnya mereka bertemu dengan anak gadis pasangan yang miskin. Gadis tersebut mempunyai 47 chromosomes, matanya sedikit kurang normal, tubuhnya pendek dan dia mengalami masalah otak. Di kampong itu, gadis tersebut digelar Mutan Julie (Muju). Namun begitu, Muju tidaklah sebengis dan sehuduh yang disangkakan. Dalam keadaannya yang begitu miskin, Muju masih ingin meneruskan kehidupan dan berusaha untuk membuang 1 chromosomenya yang telah terlebih itu.

Kehidupan Muju yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, memaksanya untuk bekerja kuat. Muju bekerja di lading ternakan. Sesekali semasa bekerja, Muju berbual-nual bersama ayam-ayam ternakannya tentang nasib dirinya yang terlebih chromosome. Salah seekor ayammnya yang diberi nama Mc. Gemox sering menjadi teman bualnya. Mc. Gemox menerima nasib yang samamacam Muju kerana ayam itu disyaki sebagai pathogens. Mereka sama-sama menangisi nasib masing-masing. Lalu pasangan suami isteri alien itu berasa simpati dan ingin megambil Muju sebagai anak angkat memandangkan Muju amat sesuai tinggal di planet mereka kerana keadaanya itu. Terbanglah pasangan suami isteri itu bersama Muju dan Mc. Gemox ke Planet Gutan. Di sana, Mc. Gemox pula telah disuntik dengan sejenis chemical khas yang dicipta oleh saintis terulung planet mereka iaitu Profesor Amalina Yang Kurus (Amyrus). Mc. Gemox telah berubah menjadi seorang gadis yang comel.

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...