Friday 23 July 2010

dalam mimpi, aku terjaga

semalam mimpi jumpa arwah atuk sebelah ayah
time jumpe atuk dalam mimpi tu, aku sempat cakap camni
"eh,atok da sehat dah?" sambil salam tangan atuk
atuk tak jawab tapi tanya camne aku sekarang sambil tepuk2 bahu aku

belum sempat aku nak sembang dengan atuk lama-lama, aku terus terjaga
astagfirullah, macam dalam mimpi (memang mimpi pun) dapat jumpe atuk
tak sampai 5 minit mimpi atuk datang (tah aku rasa cam diri di bawah sedar siap boleh tyming lagi), aku terjaga
sedekah al-fatihah untuk atuk..

entah kenapa rasa sayu je hati ni. sebak sangat sebab tak penah selama ni aku mimpi dapat bercakap dengan orang yang telah meninggal dunia.
atuk meninggal di mekah ketika menunaikan haji. 2 feb 2002, 10 zulhijjah

orang kata mimpi tu mainan tidur
tapi tak mustahil juga ada hikmah di sebaliknya..entahlah
aku rasa macam "diziarahi" oleh atuk
aku doakan arwah atuk dan saudara mara yang telah pergi mengadap ilahi
semoga roh mereka dicucuri rahmat

al-fatihah...

~mati itu pasti, hidup insyaallah~

Monday 19 July 2010


stok kasut untuk masa hadapan demi mengiringi langkah kejayaan..ceh~

dapur kosong

c..demi bajet,makan biskut pun jalan

convenient la kerusi ni..terima kasih jpa

*err..bile elaun nak masuk ni..duit aku da pokai~

Tuesday 13 July 2010

C-10-9

Merekalah housemate aku yang sama-sama berjuang kat bumi CHERAS ni.hahah.

semangat je datang kelas awal

kuliah on the go

nadia shafina-dentistry
khairin nazifa-dentistry
farah syakirah-farmasi
anis nasyitah-farmasi

amalina-farmasi

Saturday 10 July 2010

baru sekarang aku sedar betapa sukarnya duduk berjauhan dengan keluarga,kalau dulu waktu sekolah menengah,makan semua sedia depan mata.malas atau rajin je menentukan perut ini akan diisi atau tak.breakfast,lunch,tea,dinner,supper.semuanya lengkap disediakan.plus boleh amek extra kalau ade lebih.tapi sekarang,baru aku tau.kat rumah pun nasi tiap-tiap hari ade..tapi sekarang...
makan 5 ringgit sehari je pun rase cam membazir.makan roti biskut je pon rase cam ok je.kuliah dah seminggu stat.sisa-sisa karat masih terbelenggu dalam otak.minggu depan practical lab.boleh try chemical2 tuk cuci karat dalam otak tuh..


Sunday 4 July 2010

bermula satu perjalanan...

khamis lepas mendaftar di ucsi.isnin baru start orientation.first intake pada 1 julai hanya 16 orang,10 farmasi dan 6 orang dentist.pendaftaran 3 julai mungkin akan ramai lagi pelajar tajaan jpa yang akan mendaftar.

sangat berterima kasih pada jpa kerana telah menyediakan penginapan yang cukup selesa di Angkasa Condo.alhamdulillah semua roommate melayu dan sangat-sangatlah sporting.dunia ni memang kecik je kan rakan-rakan.cerita kite semua saling berpaut-paut.terima kasih pada fb yang telah menjadi bukti dalam bicara.ngess

noor khairin nazifa
anis nasyitah
farah syakirah ahmad
nadia shafina

3 orang ganu,seorang kl dan seorang perak (me)

kedudukan GIANT yang berdekatan dengan condo memudahkan kami sumua untuk membeli belah.wee~
keperluan rumah sikit-sikit dah beli dan kalau gas dah pasang,memang kami akan memasak.yeay!
buat masa ni,kami hanya beli dan makan.ataupun makan apa yang ada.
tiada wifi di condo.sangat sedih.mungkin dalam perancangan memasang streamyx untuk kemudahan bersama-sama dan melepaskan kebosanan di rumah.hehs

duduk rumah ni kene sangat aware dan berhati-hati
depan waka-waka,nepal,bangladesh.rasa macam kita pula yang orang asing di sini.hailah~

rakan-rakan lain akan mendaftarkan diri di INTEC pada hari ini.good luck guys!

rumah masih belum disapu dan dimop.menunggu kepulangan nadia bersama-sama alatan perkakasan rumah.HAHA

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...