Saturday 10 August 2019

Irfan

Ada scene dalam KKKG ni, Kajol menangis pada orang yang terbaring. Irfan yang waktu tu tiba2 dtg dr dapur tanya, "Kenapa dia nangis? Dia mati?"

"Irfan, Irfan tau tak mati tu apa?" Saja aku tanya.

"Mati tu kena tembak?"

"Bukan," aku jawab.

Irfan teka lagi, "Mati tu kena cucuk?"

"Bukanlah Irfan. Mati tu, tak hidup kat dunia lagi."

"Mati tu kena angkat?" Irfan bertanya.

Aku pulak pelik. Macam mana Irfan dapat idea tu.

"Angkat ke mana Irfan?"

"Angkat ke tempat lain."

You almost there kid.

Kadang-kadang waktu umur macam ni lah kita kena mula sembang dengan kanak-kanak macam orang dewasa. Sembang untuk bagi dia faham makna kehidupan. Sembang untuk bagi dia berfikir. Sebab waktu ni, otak dah boleh mula mencerna maklumat. Kalau kita tak bagi maklumat yang betul, kita tak boleh salahkan kalau dia cari maklumat kat tempat lain.

Aku terkesan macam mana Ko Ji Yong dalam Return of Superman bercakap dengan anaknya, Seungjae. Dengan usia 4 tahun, Seungjae dah boleh mencerna maklumat macam orang dewasa. Sebabnya, mak dan ayahnya dah biasa bersembang dengan memberi input dan teori yang betul.

Pada masa yang sama, Seungjae masih macam kanak-kanak biasa. Bermain, meneroka dunia. Cuma yang membezakan adalah sisi pandang dia melihat dunia.

Tapi tu lah, Irfan cuma anak buah aku je, yang mana sekali tak sekala pun aku boleh jumpa. Tugas mendidik dan membesar masih terletak pada ibu dan ayahnya untuk mencorakkannya. Mungkin Irfan dan Irdina adalah medan untuk aku bersedia membesarkan anak sendiri pula nanti.

Bila? Entah.

Paling-paling aku rasa mungkin kematian akan menjemput aku dahulu.

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...