Wednesday 30 March 2011

Dan bila aku keluar dari kepompong itu
Aku nampak peluang kadang datang cuma sekali
Mati itu pasti, hidup insya-Allah
Cuma yang aku takut, akal mengawal naluri

Aku dan mereka sama
Cuma jalan yang ditempuh berbeza
Yang dikejar pada pengakhiran
Mula dan tengah tertimbun cabaran

Dan kerana itu aku percaya
Menjadi diri sendiri tak pernah salah
Asalkan hati dan tangan tak lepas daripada aturan Allah

Cuma entri yang dah lama aku draftkan

Harus kagum budak ini

Umur baru 13 tahun. Tapi this kid dah struggle untuk a-level. Genius genius. Nasiblah tak satu kelas dengan dia. Kalau tak tercabar ouh. One of his classmate said that he is super genius. Test tak mainlah B, markah 90% ke atas. hukhuk.


Adik, takpe ke belajar tinggi-tinggi semuda itu?
Belum 20-an dah graduate. WOW!

Sunday 20 March 2011

Pedestrian Shelter

Walking to the IELTS class at the north wing on the Saturday morning has been part of our daily routine. Though it is quite far yet we prefer not to spend our money for the taxi. Perhaps taking it as an exercise. Semua orang pun jalan kott.

To cross the big and large road, with non-stop vehicles coming, the government has provided us with the pedestrian bridge. not only one but TWO. We always choose the second blue colour one as it is more environment friendly with a few rubbish rather than the other one.

The bridge for us is for road crossing. Not more than that BUT for this one aunty, the bridge is like her shelter. Every Saturday morning we use that bridge, we see the aunty soundly sleeping on the floor at the side of the bridge. Without bothering about the people. The sound of the vehicle. The smell. The cleanliness. Or even about herself. And I..just watching helplessly.

On the way back after the class has finished, the aunty sometimes is still sleeping.

She perhaps may not have the choice. Limited choice to live the life. Yet for us, even to cross the road, we are given the two choices.

Wednesday 16 March 2011

bukan aku iri atau dengki
cuma aku kesal dengan diri
selalu dalam kepompong bayang-bayang
berselindung disebalik kelemahan dan kekusutan
tak pernah cuba untuk keluar sebab aku tahu aku tak mampu keluar
aku hanya tahu berselindung

aku pernah cuba tapi terkaku
sungguh tiada kata neutral
mungkin memang itu bukan aku
bukan aku yang kau baru kenal
bukan aku yang kau nampak hanya bayang-bayang
cuma kadang aku rasa lebih selesa dalam kepompong aku sendiri
walaupun punya naluri untuk keluar
tunggulah sampai aku punya noktah kata

aku tak salahkan sesiapa
aku hanya kesal
kesal pada diri

******

aku yakin pada DIA

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Bersama kesulitan ada kemudahan."

[Asy-Syarh : 5-6]


Sunday 13 March 2011

ruang dan peluang dan pilihan

Hidup dalam kelompok yang majoritinya bukan beragama Islam buat aku sedar semula sejauh mana pengetahuan aku dalam agama Islam, sejarah pembentukan Islam dan peranan aku sebagai muslimah.

Dan seperti membuka ruang untuk aku lebih mengetahui ilmu yang mendekatkan aku pada agama dan bukan setakat Islam pada nama.

Mungkin ini peluangnya. Aku perlu mencari ruang.



Klik sini untuk maklumat lanjut.

Salah seorang penceramah adalah Kak Afni, kakak usrah yang sangat sporting dan akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. :) Selamat Pengantin Baru!!

Sangat nak pergi. IELTS class hari Sabtu tu. Kalau skip kelas sehari dan pergi bengkel tu boleh kott. Sounds not soo good. Tapi kan peluang ni satu dalam seribu. Mungkin ada lain kali tapi taktau bila.

IELTS class pon penting tapi tiap-tiap minggu pun ada jugak. Memang tertinggal satu slot tapi semuanya bergantung pada diri untuk cover up balik lesson.

Meninggalkan aku lagi dengan pilihan.

Tapi kalau takde kawan nak join skipping, aku reda je lahhh.

Friday 11 March 2011

Kelas pertama semalam buat jantung aku macam nak pecah. Laju je denyut nadi.

Usaha sudah. Ikhtiar sudah dan semalam keputusan.

Terketar-ketar aku pegang slip peperiksaan tu.

Dan dengan perlahan aku tatap...

Alhamdulillah.

Cuma physics yang terasa macam mencucuk dan menikan jantung dengan tajam.

Walaupun markah yang lain macam tak strong dan sepatutnya aku kena kumpul saham berganda sebelum menempuh cabaran berganda-ganda, tapi itulah hasilnya.

Physics oh physics. Ini baru unit 1 belum lagi 2,3,4,5

Aku ada 2 pilihan:
  1. Retest paper physic jun ni dengan bayaran rm195-lecturer cakap memang perlu untuk tambah saham.
  2. Untuk subjek lain, yang mana nak strongkan markah, hold dulu sampai unit 2 dan 3, tapi kalau tak kuat jugak, sila redha untuk retest lagi tahun depan.
Kesimpulannya, aku rasa macam ada batu bedebuk jatuh atas kepala sambil bintang-bintang berterbangan.

Lepas ni, tolong jangan main-main.

Buat kawan-kawan yang akan ambil AS Edexcel bulan Jun ni, semoga berjaya kepada anda dan kita semua. Tapi yang sekali harung AS A2 tu bersedialah anda fizikal dan mental.

Wednesday 9 March 2011

Esok

Dupdapdap. Owh result.

Selamat Hari Jadi Mak!

8 Mac 2011


Selamat Hari Jadi Mak!
Maafkan adik sebab paling lambat wish. Bukan tak ingat cuma terlalu mengejar masa sampai terleka. Ini suara bila jiwa berkata-kata.

  1. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik sehingga adik habis belajar dan mengecap kejayaan.
  2. Semoga cepat menimang cucu. ^^
  3. Terima kasih sebab ajar mengenal alif ba ta dan mengaji <-- Insya-allah al-Quran adalah panduan hidup yang adik akan sentiasa baca dan amalkan.
  4. Terima kasih sebab jahitkan baju kurung along, angah dan adik.
  5. Terima kasih kaitkan topi dengan buat sarung bantal barbie.
  6. Terima kasih buatkan sarung bantal berkaler-kaler.
  7. Terima kasih buatkan bekal untuk bawak masa sekolah rendah.
  8. Terima kasih sebab ikatkan tocang dan sanggul.
  9. Semoga niat menunaikan umrah dan haji dipermudahkan.
  10. Terima kasih ajarkan mengait. Harapan nak buat mafla.
  11. Terima kasih sebab belikan mp3 walaupun memang adik yang mintak. Dan juge laptop.
  12. Terima kasih kerana mendidik kami adik beradik dengan didikan yang baik.

Banyak lagi untuk sebenarnya disenaraikan dan banyak lagi untuk diluahkan.

Selamat Hari Jadi Mak!

Mak saye jawa, ayah pun jawa. Lahir kat Johor.
Tapi kenapa saya tak pandai cakap Jawa? Ish2. Sebab takde usaha nak belajar =.=


Tuesday 1 March 2011

This upcoming 10 Mac is the date that I am waiting for. My result for AS examination will be coming out and I am so thrill right now. My first expectation towards my own potential for the first big exam am seated.

I will start my IELTS class on this Saturday, 5 March. The class will be at North wing which we have to take the shuttle bus early 8.00 in the morning from the south wing and reach there by 9.00 am. It is possible to walk there but maybe we can try for the way back! Harapan~

One question always appear in my head, what is the suitable event to be held by the OASIS club this semester to involve the whole students (including degree student) so that this club is not being deactivated by the student council. Believe me, it is not that easy to organize an event when you think that you are just a minor club yet you have to do something to keep this club alive. =.='.

Last year was GO GREEN WEEK
This year...still brainstorming.
Cultural week, health week, food week....

Dan aku rasa bertambah-tambah kecik bila orang yang sepatutnya jadi sayap kanan hanya cakap berapi-api daripada buat sebarang tindakan. Perlu yakin dengan peribahasa Kecil-kecil cili padi.

On the 8th March, I will have a field visit to MPOB for the issue report that we are supposed to do for Edexcel. The topic is about biofuel and maybe other topic related to the palm oil.

I am worried for my test result. It still does not achieve my expectation. Brain must think something, heart must keep supporting and body must keep working. Go try harder. and hardest

Oh yeah, for the Bath University I mentioned previously, my friends were offered to join the summer camp there. Did I mentioned FRIENDS. Yes. There are 2 participants from UCSI as I heard that one of the college did not send their application.

Maybe it has 4 college participating overall, UCSI, KYUEM, TAYLOR and INTEC. Which one that are not participate I also dont know.




Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...