Wednesday 30 June 2010

pabila hari esok

pabila bermula hari esok
tade lagi televisyen
drama-drama semua selamat tinggal
tade lagi online memanjang
tade lagi makan nasi lauk mak masak
tade lagi makan durian yang ayah bawak balik
tinggal la ko dengan kawan-kawan
survive la ko cam dulu kat sekolah
belajar la ko dengan sungguh-sungguh
capailah impian nak jadi pharmacist tu
jangan la ko pandang belakang dah
pandang je depan
ade lopak,elak
ade longkang,langkah
ade parit,lompat
ade simpang 3,jangan buntu
usaha dan tawakal
jangan lupa pada Yang Esa
jangan lalai pada kehidupan
akhirnya, kau juga yang JUARA

*kemas barang lah oi



Tuesday 29 June 2010

naluri

kadangkala rasa diri ini dipersisihkan
tidak dihargai
tapi aku silap
beri ruang dan peluang
hijab kebenaran pasti akan terbuka
terima kasih kerana masih mengingati

Monday 28 June 2010

GUA TEMPURUNG

Destinasi sebelum mangakhiri zaman menganggur selama 7 bulan, Gua Tempurung. Perjalanan bersama-sama ayahanda dan bonda tercinta, En. Samar dan Puan Jasmi, along, Salfizah Samar dan suaminya, Zulkiflee Rasip. Bro Syazwan,kau jangan jeles yer.ahhah.Terletak di Gopeng, Perak, Gua Tempurung merupakan antara gua batu kapur yang terbesar terletak di Perak. Gua ini dipercayai wujud sejak 400 juta tahun dahulu.


Kerajaan Perak telah mengambil inisiatif untuk menjadikan Gua Tempurung sebagai salah satu destinasi pelancongan yang harus dilawati di Perak. Tangga dan titi telah dibina untuk memudahkan para pelawat untuk menelusuri sejarah tamadun manusia di dalam gua ini.


Sejarah Malaysia juga telah membuktikan Gua Tempurung pernah menjadi tempat persembunyian komunis dari tahun 1950-1960. Selain itu, gua ini juga mempunyai khazanah alam semulajadi iaitu bijih timah dan menjadi tapak perlombongan pada 1970.

APT Consortium Sdn. Bhd. telah menyediakan pakej lawatan untuk memudahkan para pelawat merasai sendiri pengalaman di dalam Gua Tempurung.

LAWATAN BERJALAN KAKI

Golden Flawstone
  • lawatan yang singkat mengambil masa 40 minit perjalanan pergi dan balik
  • perjalanan bermula dari pintu utama ke pelantar 3 dengan menaiki tangga dan titi
Top of The World

  • lawatan yang yang mengambil masa 1 jam 45 minit perjalanan pergi dan balik bersama renjer
  • perjalanan bermula dari pintu masuk ke pelantar 5 dan kembali melalui laluan yang sama
Top of The World & River Adventure

  • aktiviti berkumpulan yang lasak yang memakan masa 2 jam 30 minit pergi dan kembali bersama renjer
  • perjalanan sejauh 1.2 km berjalan kaki mulai pintu masuk gua sehingga Top of The World, menuruni tangga untuk kembali melalui sungai
Grand Tour

  • aktiviti berkumpulan yang lasak memakan masa 3 jam 30 minit pergi dan kembali bersama renjer
  • perjalanan sejauh 1,9 km berjalan kaki mulai pintu masuk gua sehingga pelantar 10 untuk meneruskan aktiviti lasak dan kembali melalui sungai
sumber:flyer dan helaian daripada APT Consortium Sdn. Bhd



Walaupun saya hanya berkesempatan untuk mengikuti pakej 1, namun perasaan kagum tatkala memasuki gua tersebut dan menelusuri perjalanan yang membawa seribu satu erti dalam ketamadunan manusia. Perjalanan memasuki gua ini jelas memerlukan tenaga dan keyakinan yang tinggi kerana perlu memanjat tangga dan merasai berada di kawasan yang tinggi.




Sunday 27 June 2010

super excited

1 julai bakal menjelmakan diri lebih kurang 4 hari lagi.barang-barang masih dalam proses membeli.beli barang memang tak hingat dunie.takpe,nasib baik le cheras tu tak jauh mane.dah 5 tahun aku merantau di johor nun,sekurang-kurangnya 2 tahun dekat le sikit dengan rumah kan.opps..3 tahun lagi kat sane tu kau nak campak mane??takpe yang tu laen cerita.

medical cekup da settle.penat aku jalan kaki ke poliklinik tu.kereta depan mate tapi tak bape biase nak bawak.dalam kata lain,takut.ngess..mujurlah sekangkang kera je.haih

wan nur adilah dan nur amirah rahim sudah selamat sampai di universiti masing-masing.uitm kuala pilah dan uniten kajang.nanti aku akan ikut korang juge.selamat berjuang wahai rakan-rakanku.*suasana melankolik sket*.uitm kuala pilah bakal menjodohkan 3 orang sahabat aku dari sekolah rendah dan menengah.
"wan.do have fun meeting wif nurul aqilah wahab and norfarhana abdullah,"

semalam berbual-bual bersama khairin nazifa,unimate yang dijodohkan oleh nur nabilah alias.semangat dia dah packing segala.dengan periuk nasi dia angkut sume.yes~ boleh tumpang sekaki.beli beras,masak nasi,masak lauk,huh,jadi surirumah pula di sane nanti ya.haha.kami cadang untuk memeriahkan suasana di sane dengan membeli periuk belanga sekali.amacam??berkampung le jawabnya.

sekalung penghargaan pada doty sekali lagi kerana checklistnya banyak membantu dalam membeli dan mempacking barang-barang.keje aku just tambah-tambah di list saje.wee.


Thursday 24 June 2010

0509,transformer generation

batch 0509 merupakan batch yang banyak mengalami perubahan secara simbolik mahupun drastik.hahaha.dari skola lagi aku rase cam ade je perubahan yang rase cam masuk akal tapi pade mase yang same untuk KEBAIKAN atau PENDERITAAN.XD.that's my own opinion.hehs.perubahan yang berlaku secara langsung atau tidak langsung.hehs,tatau le.kebanyakan yang berlaku kat skola

  1. PTS pun da stat tade tuk batch ni.kirenye batch sebelum kire yang terakhir le
  2. last batch yang gune matrix card design lame.next batch da stat design baru
  3. first batch ade student yang masuk pertandingan FORMULA 1 in school (kat skola la)
  4. first batch duduk semua form 5 dalam satu blok (BLOK PELANGI -_-')
  5. SUMBANGSIH digantikan ngan HARI KEUSAHAWANAN dan organize booth kat ASTAKA
  6. first batch yang merase grade yang baru A+,A-,A dalam SPM
  7. last batch yang dapat merase tajaan daripada JPA dan MARA yang byk.pas ni jpa n mara akan focus pada tajaan di universiti tempatan n upstanding uni di luar negare
  8. batch yang berjaye mendapatkan semula ranking top 5 in SBP (alhamdulillah)
  9. MATF di PERSADA (menyahut cabaran BONDA)
  10. GRADUATION day dengan jubah yang cukup dan penuh protokol
banyak lagi le kot.tapi itu je la yang terpikir buat mase sekarang.sebarang tambahan akan dinyatakan kemudian.hehs.melaluk je.

~hamba mengundur diri~

Sunday 20 June 2010

Dedikasi Buat Ayah,Selamat Hari Bapa

Dedikasi buat ayah
SAMAR BIN KIJO
diri ini tak pandai bermadah
seuntai lirik menyampai rasa hati

Ayah

Munsyid : Ae-man

ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....



Saturday 19 June 2010

journey that taken

betulke jalan yang aku pilih ni,FARMASI??hmm..yes,aku yakin betul farmasi.majority kawan2 aku pilih doktor sebagai kerjaya mase depan.huh,buat ape aku nak ikut orang??semuanya bergantung pada minat dan keyakinan untuk menempuh jalan yang kite pilih.aku salute pada mereka yang amek doktor tu,NUR NABILAH ALIAS,NURUL IZZATI SAMSUDIN,SITI JULIANA JAHIDIN.just to name a few.aku nak jadi pengedar ubat @ drug tuk korang.hahaha.

tapi memang sebelum aku nak tick pada bidang yang aku pilih tym isi borang jpa dulu,punyelah banyak aku survey ha.tanye pendapat itu ini sume orang segale.to my bro,MUHAMMAD SYAZWAN SAMAR,sure dy penat bagi explanation kat aku yang keras kepale ni en.nak ikut cakap sendiri je.hahaha.btw,thanks a lot der.antara DOCTOR,DENTIST or FARMASI ni.last2 pilihan akhir juge jadi pujaan hati.hahaha.juge dah wat case study pasal kak as,seorang ahli farmasi.hmm..not bad ler.

aku tau kerja farmasi ni bukan cam doctor.gaji 5 angka beb.tade2.tapi aku pk for the sake of my future n futur family.ha2.jauh tol aku pk.untuk kawan2 yang bakal doc tuh,aku bukan nak condemn ke ape.huh,tak mean pon.cume aku nak motivate diri aku sket.supaya jangan terlalu fikir dan compare kerjaya ngan orang laen.do what you think is the best.yeah~

perjalanan ke arah farmasi ni juge bersame-same rakan seperjuangan
NUR IZZATI RIDZUAN
NURUL KHALISAH KAMAL AZAM
buat mase ni,i repeat,buat mse ni yang aku tau bakal melanjutkan diri dalam bidang yang tak berape nak glam cam doc tu n tade le title DR pas grad n klu nak gak DR tuh kne sambung2 blaja sgale tuh,fuh~ adalah seperti yang di atas tu yer.bersame-samelah kite memartabatkan kerjaya seorang ahli farmasi tuh

kalau bakal2 doc bley senaraikan sebab2 mereka memilih doctor,blo9 doty le neyh,aku juge mahu senaraikan sebab2 aku memilih bidang farmasi ni
  1. mase study tak lame sgt.dalam 5 tahun da abes.tapi depends uni gak.cam kell n zati 6 tahun beb
  2. i preferred chemistry rather than bio
  3. maybe cam ade life remaja sket le.but wutever course it is,it all depends on time managemnt.klu pandai manage,sure bley survive
  4. sure tak menganggur pas grad (k.as kate)
  5. tidak terlalu sibuk in the future (everything included,,hahaha)
  6. aku nak bukak farmasi sendiri,jual ubat kat klinik.pak cik kayo
itu je yang terfikir dalam pale otak.kang terfikir lagi tules2.misi mencapai matlamat.ahhah

antara risalah yang sempat aku cekup pasal farmasi ni

Farmasi Janjikan Peluang Kerjaya Yang Luas

Oleh: Mohd. Yahya Mohamed Ariffin


KERJAYA dalam bidang farmasi terbentang luas. - Gambar hiasan

NEGARA masih kekurangan ahli-ahli farmasi sama ada di sektor kerajaan atau swasta. Jumlah siswazah yang dilahirkan oleh universiti tempatan masih kecil bilangannya. Sehubungan itu, kerajaan telah mewujudkan kursus farmasi di beberapa universiti tempatan, disamping menghantar pelajar ke luar negara bagi mengikuti program ini.

Oleh itu, siswazah sains farmasi tidak menghadapi masalah dalam mendapatkan pekerjaan memandangkan keperluan dan kepentingan yang mendesak.

Antara peluang pekerjaan yang terbuka kepada siswazah sains farmasi ialah sebagai ahli farmasi, pegawai pendaftaran dan pemeriksaan ubat-ubatan di jabatan-jabatan kerajaan, pegawai penyelidik di institusi penyelidikan perubatan dan penyakit.

Mereka juga boleh bekerja sebagai pengurus bahagian pengeluaran, kawalan mutu dan pemasaran di firma-firma perusahaan farmasi, perunding dalam aspek ubatan-ubatan di samping bekerja sendiri.

Kerjaya di bidang ini mampu menawarkan pendapatan yang lumayan sekitar RM1,500 hingga RM2,000 terutama di sektor swasta, di samping ganjaran lain yang menarik.

Bagi yang berminat untuk membuka perniagaan sendiri, bidang farmasi berpotensi untuk berkembang apatah lagi pelbagai langkah telah dilakukan oleh kerajaan untuk menggalakkan rakyat negara ini menceburi bidang perniagaan.

perjalanan dalam mencari identiti diri masih jauh untuk ditempuhi
yakin dan percaya pada diri agar tidak hanyut dibuai mimpi
usah gentar pada cabaran duniawi
yakin pada niat yang satu demi mencapai kebahagiaan hakiki
usah toleh pada masa lampau
namun maralah wahai diri nun jauh ke hadapan
usah dipertikai pada jalan yang dipilih
teruskanlah perjalanan walau dugaan datang silih berganti
usah terlalu memikir pada yang negatif
namun sentiasalah ingatkan pada diri
tentang penyelesaian yang positif
berpegang teguh pada pegangan dan akidah diri
agar tidak sesat ke lembah yang bisa menghancurkan diri



Friday 18 June 2010

yummy durian~

musim durian datang lagi.even baru ade bape bijik aje yang bley dingap,finally sempat gak makan b4 sambung blaja

to all my ex-dormate B2-13 n B1-13 kenangan kite makan durian abes 1 dorm bau memang tak bley lupe.

dari form 1 smpai form 5 resource durian tetap dayah,anes, n falah..yang len tukang merase.yes~ sebab kitorang duk jauh..hahah

tiap kali musim buah,insan-insan yang umah dekat tak penah keberatan nak hulurkan seguni dua buah untuk kami sume merasa..hu~ miss dat moment

stf yang memang kaye ngan pokok buah-buahan (rambutan da kene tebang T_T)
kait buah manggis ngan teh,wahida tym round compound..hahah..kebetulan rezeki..rembat r.kang melepas..sorang 11 biji,total 33..memang tak bagi can orang laen.XD

minta kebenaran puan radziah nak panjat pokok rambutan kat umah dy..fuh~ sedap.bukan pe,tak le dicop mengambil tanpa kebenaran.:D.makan sambil campak2 ke bawah..erkk..keji

musim buah datang lagi ni
WANCUNN,,
balik pilah anta buah kat aku.paling2 tag je la gamba..isk2

~hamba mengundur diri~

Saturday 12 June 2010

mengimbau kenangan

Selangkah GREGARIOUS 0509 mara ke hadapan. 5 tahun bertungkus lumus mengejar
kejayaan menjadi detik manis sepanjang di alam persekolahan. Mengimbau kenangan di STF, jelas terpancar segala jerit perih dalam memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM. Alhamdulillah, berkat doa guru dan usaha GREG, semua bakal mengorak langkah menjadi insan yang berguna pada dunia dan masa hadapan. Insyaallah...

Muka struggle study SPM (struggle ke?happy je aku tengok) sekitar prep malam

FOCUS...fira,mangsa buli aku

BERLAKON...konon aku study hard

AMAN...simbolik si ikan nemo

KALKULATOR...add juge le tuh deskie, mirayem

ADD MATH..berselerak sungguh meja tuh, ety n qis

KHUSYUK...future doctor to be..botox n julie

PANAS...kloni ketandusan kipas angin (anem,kelly,shidot n me)

perjuangan kita masih belum selesai
cabang perjalanan masih jauh di hadapan
demi melakar nama dan kejayaan
sekalung tahniah buat sahabat seperjuangan
menjadi insan berguna demi mengecap kejayaan
memori indah kekal di ingatan
selamat berjuang wahai teman

i said brr..
it's cool in here
i said there must be some GREG in the atmosphere
i said oo..ee..oo..ee..oo
ice3x
oo..ee..oo..ee..oo
ice3x
here we go
GREGARIOUS!!!



Friday 11 June 2010

BAB 10 ~THE END~ cite ni mmg tergantung tak bertali

CHAPTER 10
Setelah melantik ahli kumpulan secara tidak rasmi yang diilhamkan sendiri oleh Prince Alistair mengikut kepala dan kehendaknya sendiri. Berikut merupakan nama dan jawatan ahli kumpulan tersebut:
Kumpulan Pulse
1. Prince Alistair (Ketua)
2. Pathogen (Penolong)
Kumpulan Goshawk
1. Bucess (Ketua)
2. Muju (Penolong)
“Senangnya buat keputusan. Tak bincang dengan kitorang pun,” ujar Muju meluahkan perasaan tidak puas hati.
“Bukan ape, aku buat ni semua untuk mengeratkan silaturahim anta kau dengan Bucess. Dari dulu aku tengok korang ni kalau tak bergaduh, tak sah. Tengok aku ngan Pathogen ni, mesra je,” ujar Prince Alistair sambil memndang kea rah Pathogen.
Pathogen yang dari tadi senyap mengangguk-angguk sambil muka blushing.
“Amboi korang sume ni. Misi dengan Pezakut ni pun belum selesai. Korang nak mulakan misi hati dan perasaan korang pulak. Sudah, kita jumpa di tempat yang sama namun waktu yang berlainan esok ye. Orait sume, disappear,” Prof Amyrus mengusaikan pertemuan.

Cuaca pada malam hari mendung, hujan lebat turun tak henti-henti. Sedang mereka semua tidur, tiba-tiba terdengar satu letupan. Muju sahaja yang tersedar sebab yang lain tidur punyelah pekak badak, tidur dengan selambernye tanpa ada apa-apa yang berlaku. Muju pun curious, nak tahu apa yang terjadi. Jadi, dia memberanikan diri untuk bangun dari tempat peraduan dan keluar dari kilang tersebut. Dengan langkah yang sangat cermat tanpa sebarang bunyi seperti spy kid yag hebat, Muju keluar dari bilik sambil tengok kat katil sebelah. Huh, hampeh betul si Pathogen ni. Masih tak sedar-sedar lagi. Getus hati kecil Muju....

PENUTUP

Dan akhirnya kami semua ketandusan idea disebabkan perkembangan cerita yang semakin tak masuk akal. Masing-masing juga sibuk dengan tugasan akhir tahun (ade ke nye pown). Cerita ni pun tergantung macam tu aje. Untuk pengetahuan, penulis dalam cerita ni akan melanjutkan pelajaran dalam bidang masing-masing. Tujuan menyiarkan cerita ni adalah untuk hiburan semata-mata dan sebagai kenangan masa sekolah menengah yang penuh dengan bende merepek dan tak masuk akal..sekian.

BAB 9

CHAPTER 9

Pathogen pun bangun dan buat muka terkulat-kulat. Segera dia menuju ke round table tempat mereka semua berkumpul.
Dengan perlakuan cam orang tiada perasaan, Pathogen dengan peraknya pergi ke round table tersebut.
“Ini macam...,” Pathogen bersuara.
“...hologram,” sampuk Bucess.

“Yes, ini hologram makmal Pezakut bin Kuda Laut,” Prof. Amyrus menyiakan. “Saya dalam peramcangan untuk menceroboh masuk ke dalam makmal Pezakut tanpa dikesan,” sambungnya lagi.

Prof Amyrus menekan sebiji punat yang bewarna merah di atas meja tersebut. Hologram makmal Pezakut bertukar menjadi trailer hidup Pezakut. Pergh, banyak sugguh kejahatan yang telah dilakukan Pezakut dalam diam. Semua mata tertumpu pada hologram tersebut tanpa berkelip mata sekali pun.

“Apa yang kamu lihat ni sebahagian daripada rancangannya. Rancangan dia yang paling besar adalah untuk menakluki Planet Gutan dan Bumi. Kesemua hidupan akan dihapuskan perlahan-lahan dan akan digantikan dengan klon yang diciptanya. Sebab itu aku perlu menghalang kegiatannya. Caranya adalah dengan menceroboh makmal Pezakut dan menghapuskan data-data yang dia simpan untuk aktiviti mengklonnya itu,” panjang lebar Prof. Amyrus menerangkan.

Semua orang terangguk-angguk faham macam dalam lagu ahli fiqir.

“Dan atas sebab tu lah, beta hadir ke mari dengan misi untuk membantu Planet Gutan yang telah lama menjadi sahabat planet kami. Dan beta pasti, Prof Amyrus juga tahu tujuan beta ke sini,” sambung Prince Alistair.

Prof. Amyrus mengangguk-ngangguk sedangkan yang lain terbangak-bangak melihatkan cara Prince Alistair bercakap. Tak sangka mamat ni boleh bercakap dengan gaya berkaliber.

“Aku yakin insiden kilang aku yang terbakar ni disebabkan Pezakut yang jadi Tok dalangnya kerana dia tahu aku akan jadi penghalang untuk meneruskan rancangan jahatnya itu. Aku juga silap kerana membina kilangku dengan barang yang mempunyai specific heat capacity yang rendah. Namun kali ini aku sudah tukar dengan material yang tidak mampu didetect oleh pancaindera. Sebab itulah kamu tidak dapat menyentuh kilang ini kecuali kamu berada di dalam,” jelas Prof Amyrus. Dia tak sedar pun keempat-empat budak tu tak dengar apa yang dibebelkan. Sibuk membuat hal masing-masing.

“Hish, aku cakap sorang-sorang pulak. Aku ada benda penting untuk disampaikan dan memerlukan respon kamu semua untuk melaksanakannya,” Prof Amyrus meninggikan sedikit suaranya untuk menarik perhatian keempat-empat mereka. Semua mata tertumpu pada Prof. Amyrus.

“Alamak, nervous lak. Serius betul pulak dorang ni,” desis Prof. Amyrus. “Pezalut telah mengklon 50% penduduk Planet Gutan. Mereka semua mempunyai genetic yang sama tetapi otak mereka telah deprogram untuk pembunuh pemilik DNA asal. Nyawa penduduk Gutan dalam bahaya. Sekarang ini Pezakut sedang beralih pada Bumi dan DNA manusia yang pertama yang diambil ialah kamu,” ujar Prof. Amyrus sambil memandang tepat ke arah Muju. Muju terkebil-kebil. Sempat pulak si Pezakut tu ambil DNA dia.

Prof. Amyrus meneruskan bicara, “Aku sudah ada idea yang baik punyer cilok dan aku memerlukan kamu untuk melaksanakan misi ini.”

BAB 8

CHAPTER 8

Malam pun tiba. Selepas menunaikan solat maghrib berimamkan Prince Alistair yang hensem tuh, diorang menapakkan kaki untuk dinner. Punyelah berselera diorang makan lemak tempoyak cilia pi yang Muju masak. Macamlah tu je populasi lemak tempoyak yang ada kat dunia ni. Lepas makan, apalagi bertenggeklah due ekor Pathogen dan Prince Alistair tu. Si Muju pula, konon nak tunjuk baik, basuh ler pinggan yang ade. Bucess yang kebosanan tahap cipanzi mati anak sengaje je duduk dekat Muju. Yang minah sewel tu, entah apa khusyuk sengat basuh pinggan macam tengah study Science Bab 4 Form 3, tak sedar Bucess sedang leka memandangnya.
“Hmm..walaupun muka orang macam tak cukup saraf, marah macam mak ayam marah kat cacing, die ni boleh tahan gak, except bibir yang cam nak cium orang tak memasal tu la, ala-ala Angelina Jolie tak cukup chromosome,” tersengih En. Bucess yang seekor tuh. Peh, kutuk orang cam hensem sangat.

Muju yang sedang khusyuk basuh pinggan perasaan bagai ada sepasang mata sedang memerhatikannya. Lantas kepalanya toleh ke belakang. Huh, patutlah..ade kerang busuk rupenye.
“Yang ko tersengih ni pehal lak?” Muju bersuara.
“Takde, saya suka tengok awak, manis je tapi kalau pakai tudung lagi cantik kot,” Bucess membalas.
“Eh, suka hati kau je nak komen orang,” Bucess hanya membalas dengan senyuman meleret cam badut sarkas kepala dongga. “Ah, malas aku layan ko!” sambung Muju lagi.
Muju lantas membasuh dan mengelap tangannya dan meninggalkan Bucess yang terpinga-pinga.
Ding dong ding dong

“Perhatian kepada Muju, Alistair, Pathogen dan Bucess, anda dikehendaki ke ruang tamu sekarang. Harap maklum,” bergema suara PA system.
“Pergh, tak payah la nak war announcement segala bagai. Taulah Prof. Amyrus ni nak show off kilang dia yang gempak nih,” ujar Muju tak puas hati.
Mereka berjalan ke ruang tamu dan tersergahnlah tempat yang lip-lap gitu. Pathogen yang perak sikit tak sabar-sabar dan terus berlari ke tempat tersebut.
Doom..pap..Pathogen terjatuh.
Prof. Amyrus yang berada di ruang tamu tersebut bergegas ke tempat kejadian.
“Maaflah ye. Sliding door ni dah lambat sikit detect motion pasal terbakar ari tu. Tu la tak terbuka-buka sampai jatuh ha Pathogen ni,” lancer Prof. Amyrus menerangkan tanpa sekelumit pun rasa bersalah.
“Pathogen, u ok tak?” Prof Amyrus buat-buat la bimbang dengan keadaan Muju disebabkan ramai mata=mata yang memandangnya.
“Kuang asam nye pintu. Malu aku tak pasal=pasal jatuh free camni. Ah, nak wat pe ni..huh, pura-pura pengsan je lah,” ujar Pathogen dalam hati dan terus memejamkan matanya kuat-kuat.
Berharap benar kalau Prince Alistair angkat dia. Tapi lame benar tunggu tiada apa-apa respons pun. Cis, diorang sampai hati blah camtu je.

BAB 7

CHAPTER 7

Tatkala mereka masuk, ternampaklah segala specimen katak, ular, tikus dan sebagainya. Apabila lalu kat satu dinding ni, tetibe Prince Alistair stop dan pandang satu gambar kat dinding tu.

“Bukankah ini...,”
“Ezzati Kedekut,” sampuk Prof Amyrus.

Maka segala kornea-kornea mata pun tertancap ke gambar tuh.

“Tak sangka dia ni masa muda dulu lagi hensem daripada aku,” luah Prince Alistair yang merasa tercabar dengan kehenseman Pezakut.

“Entah-entah suntik botox je, awak tak pe natural hensem,” jawab Pathogen ala-ala mengampu gitu. Itulah bak kata orang, kalau dah mabuk bercinta semuanya jadi indah. Prince Alistair yang mendengarkan jawapan it uterus memandang ke arah Pathogen dan menghadiahkan senyuman paling ikhlas buat Pathogen. Kembang hati pabila pujaan hati memuji. Sangker je lebih. Apalagi, abis la melompat segala nerves dalam badan si Pathogen tuh. Pipi yang dok gatal pun macam ok jer plus boleh blushing lak tuh. Merahnya kalah solekan Geisha Jepun tuh.

“Adus...senyuman killer macam Lee Dong Wok ditambah lagi dengan lesung pipit, mau tak pengsan aku,” Pathogen bermonolog sendiri.
Muju pulak buat muke tak puas hati apabila terlihatkan foto Pezakut. Geram betul dengan saintis giler tuh. Bucess yang terperasan dengan perubahan riak muka Muju, gatal-gatal pi letak tangan pada bahu Muju. Konon nak bagi dia bertenang dan relaz tapi lain pulak respon dia dapat. Muju dengan terkejut ngan action terus menepis tangan Bucess. Maka terjadilah action=reaction, the resultant force=40N.

“Hoi, apa lak angin ko nih, sesedap gulai tempoyak je nak pegang bahu aku,” tempelak Muju sambil menunjukkan buku limanya.
Bucess menarik kedua-dua belah tangannya ke belakang, surrender sebelum kena serang.

“Saya cuma nak bagi awak relax jer, muka tension benor sampai berkerut dahi tuh, kalah datuk saya yang sudah dekat 100 tahun,” explain Bucess.
Prof. Amyrus menggeleng-geleng melihat telatah keempat-empat makhluk tersebut. Dua orang macam merpati dua sejoli, dua orang lagi macam anjing dengan kucing. Nilah manusia zaman sekarang. Teringat pulak die zaman muda-muda dahulu, spe la tak kenal dirinya Amyrus, gadis gilaan ramai jejaka sampai tercipta lagu Penasaran. Prof. Amyrus sengih sorang-sorang. Ceh, perasan tak sedar diri lak orang tua nih. Eh, apa aku buat nih. Prof. Amyrus tersedar daripada lamunanya.

“Kamu ni tak penat ke berlari jauh-jauh tadi?” Tanya Prof amyrus yang pelik dengan energy terlebih diorang.

Mereka yang dah leka dengan hal sendiri baru tersedar. Jauh juga mereka lari tadi. Kalah atlet Olimpik. Masa tu jugak le masing-masing mula memicit-micit badan yang terasa lenguh. Prof. Amyrus geleng kepala wat kali kedua.

“Dahla, apa-apa pun kamu semua pi bersihkan diri dulu, malam ni kita kumpul kat Dining Hall untuk makan malam,” arah Prof. Amyrus.

Prince Alistair dan Pathogen melangkah ke arah timur laut. Muju dan Bucess lak pergi ke selatan. Baru je melangkah beberapa tapak, Muju pun bersuara.

“Nanti, apasal plak ko ikut aku nih..ada ke aku cakap nak ajdi belangkas ko,” ujar Muju sambil menahan Bucess daripada mara ke hadapan.

“Abis, dah Prince Alistair yang sangker macho tu pi ikut Pathogen, saya ikut la awak,” terang Bucess dengan muka kesian, ala-ala kucing dalam cerita Shrek. Apalagi mencerun mata Muju apabila mendengar Bucess meluahkan perasannya.

“Dah sangat fius otak kau tu dah putus, ko ingat kite ni covalent bond ke nak share-share bilik, jerkah Muju serentak itu juga dia mengarah.

“Pathogen, ko sini dengan aku. Prince Alistair biar dengan Bucess. Amboi, bayak lemak ko!”

Pathogen pun mula la keluar muncung itiknya sambil berjalan kea rah Muju, agaknya boleh sangkut hanger baju..

“Ala, orang nak bermanja dengan prince charming pun tak boleh, kacau betullah, kalu bab mengarah ni dia memang nombor satu. Kalah pengarah filem Yusof Haslam tuh,” gumam Pathogen.

Prince Alistair pun melangkah macam tak semangat jer. Ada chance terlepas pulak. Bucess hanya mampu menjongketkan bahu tanda tidak mengerti insiden yang berlaku. Huh, dasar muka blur.

BAB 6

CHAPTER 6

Pathogen nangis dah dekat sebesen sambil garu pipinya. Dia cite ler apa yang berlaku kat dia. Huh, betapa cruelnya Pezakut. Kalaulah Muju ada M16 masa tu... tengok syok menyiasat ala-ala CSI, baru Muju tersedar si Bucess tu takde.

“Aik, mamat ni cam biskut tol,”

Rupa-rupanya, masa tengah tengok-tengok makmal tu, si Prince Alistair tarik Bucess. Bucess terkejut berpeluh-peluh macam baru lepas lari 100m. Prince Alistair pun terangkan semua benda kat Bucess.

“Owh, kok gitu cerintanya,” Bucess berkata ala-ala endon dek terpengaruh dengan sinetron Bawang Putih Bawang Merah.

Kedua-dua mereka bergegas ke tempat Muju dan Pathogen, karang risau lak minah dua orang tuh. Sebelum Pezakut datang kembali ke makmal tersebut, mereka berempat lari bagai lipas kudung samapi oxygen tak cukup bernafas. Diorang pun lari le ke hutan yang berdekatan di Planet Gutan tu sebelum Pezakut cekup diorang. Punya la lama diorang lari, tau-tau je hari dah senja. Dah terlepas solat Asar. Dalam masa yang sama, Pezakut jerit giler-giler dengan kehilangan bahan eksperimennya itu.

Langkah kaki mereka akhirnya membawa mereka ke sebuah kilang yang sudah hangus terbakar. Walaupun agak pelik dengan keadaan kilang tersebut, namun Muju dan Bucess memberanikan diri untuk mara ke kilang tersebut. Perlahan mereka cuba menyentuh dinding kilang itu, namun pelik, kilang itu hanya seperti baying-bayang yang tiada zarah mahupun jisim.

“Ah, aku kenal kilang ini, TIDAK!!!” jerit Muju. Ingatannya pada letupan yang menyebabkannya terkena free radical jelas terbayang di minda.

“Maafkan aku, kalu bukan kerana kilang aku, kamu berempat tidak akan susah begini,” jelas Prof. Amyrus ayng muncul tiba-tiba dari kilang tersebut.

“Tapi kenapa saya tidak dapat menyentuh kilang ini sedangkan...ahh, ia begitu mustahil.” Protes Bucess tak puashati.

“Panjang ceritanya, mari masuk ke dalam,” pelawa Prof Amyrus lalu menjemput mereka masuk.
Tanpa berkata banyak, mereka berempat masuk ke dalam kilang itu demi merungkai jawapan yang terbuku dalam hati dan perasaan.

Thursday 10 June 2010

BAB 5

CHAPTER 5

Dalam keadaan yang huru-hara itu, Pathogen yang cute kelihatan gabra sekali. Prince Alistair yang diharap akan membantunya hanya mementingkan diri sendiri.

Bisik hati kecil Pathogen, “Tak gentleman langsung, nak jadi lutsinar gak!!!”
Pezakut yang kejam, tiba-tiba ternampak Pathogen yang blur. Muka harapan hanya tinggal impian. Pezakut yang curiga dengan tindakan Pathogen segera menangkap Pathogen. Sudah terang lagi bersuluh, Pezakut memang seorang yang kejam dan kedekut. Pezakut menyuntik air borne ke pipi Pathogen. Arghhh!!! Nampaknya sekarang Pathogen telah diserang sexual transmitted diseases (STD). Disebabkan suntikan tersebut, perlakuan Pathogen menjadi semakin blur dan Pathogen hanya mampu ketawa kerana geli disuntik pipi. Dia tidak mengerti kondisinya sekarang. Muju baru sahaja pulang ke bumi bersama Bucess dengan menaiki space ship milik Pezakut. Namun dia berasa tidak sedap hati kerana Pathogen tidak berada sama. Itu le yang memusykilkan semacam. Muju pun wat decision pi balik Planet Gutan nak cari Pathogen. Masalah betol bile si Bucess tu miang-miang kucing nak ikut sekali. Nasib le muke ala-ala Lee Dong Wok, kalau tak takdenye nak bawak. Semasa mereka tiba di Planet Gutan, keadaan planet tersebut menjadi huru-hara tanpa membunag waktu, Muju bergegas ke makmal Pezakut kerana perasaannya yang sangat risau terhadap keselamatan Pathogen. Setibanya di makmal tersebut, Pezakut tiada.

“Mane le orang tua tak sedar diri tu pegi,” bisik hati Muju.

Bucess pulak masih dengan muka blurnya yang tak kena tempat. Tiba-tiba, masa tengah meninjau makmal Pezakut, Muju Nampak ada satu lembaga yang sedang terkinja-kinja sambil menggaru pipi. Sejak bila pulaklah Pezakut bela monyet ni. Muju pun mara kea rah lembaga tersebut dalam jarak yang lebih dekat. Ceh, macam CSI le pulak. Ingatkan apa, rupa-rupanya monyet tu ialah Pathogen..OMG What happen to you Pathogen??

Tuesday 8 June 2010

BAB 4

CHAPTER 4

Prince Alistair telah berjaya menyeludup masuk ke dalam markas rahsia Pezakut. Prince Alistair secara tidak sengajanya telah terjumpa dengan Mc. Gemox a.k.a Pathogen yang telah berubah menjadi gadis yang cute tuh.

“Ah, my mission is more important,” bisik hati kecil Prince Alistair lantas meninggalkan Pathogen terpinga-pinga. Tanpa membuang masa, Prince Alistair mengeluarkan pakaian daripada Fireboltnya iaitu sepasang jubah yang mampu melutsinarkan dirinya. Infra red spec lantas dipakai dan terserlahlah semua infra red. Pathogen rupa-rupanya telah terperasan dengan kehadiran Prince Alistair. Dan pandangan mereka bertembung. Boom!! Satu letupan yang kuat telah terhasil daripada pandangan tersebut. Kedua-dua mereka terpelanting dan serentak dengan itu penggera keselamatan berbunyi. Wajah Pathogen yang cute tu seperti begitu megharap agar Prince Alistair menyelamatkan diri. Prince Alistair tiada pilihan lain melainkan untuk terus bersembunyi di sebalik jubah lutsinarnya.

“What’s going on here?” suara Pezakut yang nyaring memenuhi ruang markas rahsia tersebut.

Dalam perasaa gementar, Pathogen menjadi menjelaskan bahawa bunyi itu terhasil daripada luar. Sememangnya letupan tersebut tidak dapat dikesan oleh alat-alat keselamatan yang dipasang Pezakut kerana terlalu asing dan sukar untuk ditafsirkan. Pezakut hanya mengangguk namun dalam hatinya kuat mengatakan ada satu aura yang seperti dikenalinya. Prince Alistair yang menyaksikan perbualan Mc. Gemox dan Pezakut terdiam sejenak. Otaknya ligat berfikir.

1. Mengapakah pandangan mereka menghasilkan letupan?
2. Mengapakah Pathogen mahu melindunginya sedangkan Prince Alistair adalah penceroboh markas tersebut?

Dikeluarkan oleh Oxford University:

1. Apabila mata bertemu mata, maka akan terhasil ion yang dikeluarkan oleh hati hasil reaksi perasaan suka. Ion yang dikeluarkan oleh lelaki akan bercantum dengan ion yang dikeluarkan perempuan dan membentuk ionic compound. Charge ion bergantung kepada debaran hati. Semakin tinggi debaran hati, semakin tinggi charge ion yang dihasilkan. Jika ion yang terhasil itu berchrage yang cukup besar, maka satu reaksi letupan akan berlaku apabila ionic compound apabila ionic compound terhasil.

2. Pathogen tergolong dalam golongan yang berhati baik dan mudah membantu orang lain. Walaupun hatinya sebesar kuman, namun baik hatinya mengalahkan hati gajah. Pathogen tahu, sesuatu yang buruk bakal berlaku kepada Prince Alistair yang cute tuh. Kalau dia mendedahkan perihal Prince Alistair kepada Pezakut. Namun begitu, perlindungan yang diberokan Pathogen tidak cukup kerana ionic compound yang baru terhasil mungkin dapat dikesan oleh Pezakut. Ionic compound ini mudah dikesan kerana ionic compound ini terhasil daripada debaran hati (perasaan suka) yang cukup kuat dan bukan calang-calang orang dapat mengasilkannya.

Monday 7 June 2010

BAB 3

CHAPTER 3

Pezakut sememangnya seorang professor yang amat terkenal suatu ketika dahulu. Pezakut terkenal dalam aktiviti klon-mengklon mutan-mutan di Planet Gutan. Namun kewujudan Profesor Amyrus yang kononnya terkenal di Bumi telah menyebabkan saham Pezakut jatuh. Arggh!! Popularitinya makin merudum. Perihal Muju dan Bucess pula. Akibat daripada radical berbahaya iaitu caseinogens menyebabkan hidung dan mata sebelah kiri Muju bertukat tempat. Bucess amat terkejut. Dia tidak menyangka mereka berdua menerima nasib yang sama. Bucess pun menyanyi la lagu Exist, “Siapalah aku ini untuk meminta buih...” Belum sempat dia menghabiskan nyanyian, Pezakut menyampuk dan menawarkan diri untuk membantu kedua-dua mereka melakukan surgerykerana dia kesian dan tak menahan dengar suara Bucess. Mereka pun menjalani surgery di sebuah makmal rahsia. Dalam surgery tu, Pezakut sempat mengambil DNA Muju dan Bucess, nak wat klon lagi le tu. Hm.. tak insaf-insaf. Muju dan Bucess jadi la lawa dan kacak mengalahkan pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie. Rupa-rupanya Pezakut telah Berjaya membetulkan chromosome diorang dengan teknik radiation. Huhu..

Dalam masa yang sama, Mc. Gemox yang telah berubah menjadi pathogen sehingga sebesar zarah masih setia bersama Muju. Akibat daripada surgery Pezakut ke atas badan Muju telah memberi impak yang sama kepada Mc. Gemox. Sekarang Mc. Gemox telah bertukar menjadi seorang gadis yang comel sekali di alam semesta. Keadaan di Planet Gutan pula menjadi semakin parah. Keadaan menjadi huru hara sejak meletupnya kilang Prof. Amyrus. Penyakit-penyakit pelik semakin menjadi-jadi. Ramai yang retarded disebabkan caseinogens tersebut. Berita huru-hara inti telah tersebar ke planet bersebelahan yang digelar sebagai Planet abcdefghijklm (Alphabet). Putera Planet Alphabet, Prince Alistair telah dating ke Planet Gutan menaiki Fireboltnya yang power untuk menyelamatkan keadaan. Prince tu pun memulakan penyiasatannyadan mendapati sesuatu yang pelik terhadap rancangan bantuan Pezakut yang kononnya untuk menyelamatkan Muju dan Bucess. Penyiasatan Prince Alistair telah membawanya ke markas rahsia Pezakut

ilham pujangga di usia 18...


18 tahun menginjakkan diri,
rasanya baru bermula titik perjuanganku di alam fana,
baru sahaja aku mengenal erti sebenar yang penuh ranjau dan onak duri,
seringkali aku terasa kerdil dengan kekurangan diri,
namun dunia telah membuka mata hati
untuk memandang lebih jauh dan teliti,
bersyukur dengan nikmat yang telah Kau beri.
bukan kebahagiaan dunia semata-mata yang aku cari,
bukan kemewahan yang melimpah-limpah yang bakal menutup mata hati,
namun biarlah kebahagiaaan hakiki di syurga hakiki,
dengan bertambah umur ku ini ya Allah,
aku mohon pada-Mu untuk menjaga hati ini,
bimbinglah aku ke jalan yang Kau redai
aku bersyukur pada-Mu ya Allah kerana telah meminjamkan nikmat yang begitu besar,
hindarkan diriku daripada perbuatan lalai dan sia-sia,
amin ya rob..

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...