Wednesday, 15 May 2013

Mutabaah amal vs murtabak amal

Usai kuliah subjek Fisiologi pada jam 5 petang, Iman dan Mira bergegas ke bangunan Student Activity yang betul-betul terletak berhadapan dengan bangunan kuliah mereka.

"Eh, hari ni tak Kahfi lagi. Dah nak petang ni."

Bicara pengerusi majlis yang memperkenalkan calon presiden seterusnya tak berapa menarik perhatian Iman. Mutabaah amal yang satu ini mesti dilangsaikan hari ni kalau tak, murtabak amal la hai jadinya.

"Weyh, pinjam handphone kau. Nak baca Kahfi. Wuu. Hari ni belum Kahfi lagi." Hampir terjatuh kertas undi yang Mira pegang sebab terkejut dengan sergahan rawak Iman. Ha, calon presiden kedua ni boleh tahan jugak karismanya. Fuh, berkaliber dan berwawasan




"Kalau ye pun, cakap pelan2 boleh tak cik Iman. aku tengah fokus manifesto calon presiden ni ha. Dah apasal handphone kau bukan ade download apps Quran jugak ke?" Kali ni nampaknya pengundi-pengundi tak lekang pandangan dengan calon presiden yang kedua ni. Latarbelakang yang menarik. Hmm, Rasanya bakal dapat tanda pangkah majoriti ni.

"Err err, handphone aku takde cover, handphone kau ade cover. Ngee." Iman sempat tarik senyuman segaris sambil buat muka mahu dilempang laju-laju.

"Banyak la kau punya cover. Ha ye lah ye lah. Nah, cepat baca dah nak masuk maghrib ni. Lepas maghrib dah kira Sabtu dah.

"Eh, camtu eh?"

"Ha ye la kan?"

"Ok ok. Aku baca aku baca."


Selang 5 ayat, Iman menala pandangan pada pengerusi majlis dan calon presiden yang terakhir diperkenalkan. Tak fokus pun dekat pengerusi majlis tu. Saja konon nak buat syarat supaya orang lain tak pandang pelik.

Ayat yang ke 20, Iman dah pusing badan ke arah Mira.

"Weyh, aku rasa macam lain lah. Kenapa eh kalau nak buat benda baik, macam baca Kahfi ni dalam situasi ramai orang rasa macam aasing sangat? Rasa macam orang akan pandang eleh-nak-tunjuk-baik-la-tu. Tapi kalau.."


"Tapi kalau scroll fb guna smartfon satu jam depan orang ramai pun tak rasa apa? Macam tu ke kau nak cakap?" Belum sempat Iman habiskan dialog, Mira dah semangat nak habiskan ayat yang macam dah terbuku dalam kepala Iman.

"Eh, mana kau tahu?"

"Der, ingat kau sorang je dah banyak makan garam?" Sinis je bunyi tapi mungkin sebab perpindahan rasa tu cepat teralir bila dah banyak dipraktikkan. Perpindahan rasa? Hmm. Tujuan usrah dalam definisi yang lain. Nais.


Sesi soal jawab dengan calon presiden sudah lama berlalu. Jawapan semua calon tak pernah menghampakan pengundi-pengundi. Ah, siapa lagi yang nak memilih ketua kalau bukan masyarakat di kawasan kecil ni. Apatah lagi pengundinya semua komuniti asing di kawasan ini. Nak tak nak, kenalah ambik tahu pengurusan Persatuan Pelajar Malaysia yang satu ni, untuk kebaikan semua katanya.

Iman tak segera sambung perbincangan. Bimbang kalau-kalau mengganggu pengundi lain walhal dia dah cuba guna tona suara tahap tikus berkomunikasi. Smartfon milik Mira dah bertukar tangan.

Senyap. Soalan retorik itu dibiarkan tak berjawab.

Fokus Iman kini teralih tatkala pengerusi majlis menyuruh pegundi menanda calon presiden yang menjadi pilihan. Siap menanda, kertas tersebut dilipat dan diletak dalam kotak yang disua oleh gadis yang ditugaskan untuk mengutip kertas undi.

"Weyh, aku sambung baca Kahfi balik nanti kat rumah lah..." Iman memutuskan. Walaupun macam rasa kelat sebab kenapa perasaan "asing" bila buat baik itu ada tapi bukan mudah pun nak rendam balik jadikan ia sesuatu yang biasa. Boleh. Jika kuat dalam mujahadah ni.

Keputusan presiden persatuan untuk semester tahun depan dah pun diumumkan. Memang calon kedua itu yang menang undi. Diharap pengurusan Persatuan Pelajar Malaysia ini akan bergerak dengan matlamat yang lebih murni dalam penyatuan pelajar Malaysia di bumi asing ini. Lagi manis kalau si presiden tak lupa yang dia juga khalifah yang dipilih untuk mentadbir masyarakat kecil ini.

___________________________________________

Manusia itu sebenarnya suka dipandang apabila sedang berbuat baik kan? Baca Kahfi dengan main smartfon mana lagi baik eh? Der, yang tu tak payah tanya lah. Sah2 la semua orang tahu jawapan.

Tapi kalau nak lakukan kebaikan sampai bimbang ada orang kata eleh-nak-tunjuk-baik-lah-tu yang tu sebenarnya lebih concern pandangan orang ke pandangan Allah? Kali ni panahan tu dah tertusuk kat jantung sendiri.

Ataupun sebenarnya yang putih suci tu dah jadi asing dan yang tak berapa nak putih tu dah jadi biasa? Mungkin. Sebab Rasulullah pun ada bersabda,

Sabda Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA,
"Islam itu permulaannya adalah asing, dan nanti akan kembali menjadi asing, seperti permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu." (Muslim)

Jadi, ah tak rugi pun sebenarnya jadi yang asing tu sebab untung beb, untung. Untung apa? Heh, jom bukak surat cinta kalau nak tau untung yang macam mana.


 
*nama dan watak adalah rekaan semata-mata
*diolah mengikut kesesuaian keadaan. kuikui

 

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...