Thursday, 23 February 2012

[6]

Jumaat

Sebolehnya aku mahu cepat sampai ke LRT Masjid Jamek. Along mungkin sudah lama menunggu aku di situ.

"Eh, kau kat mane?" suara Wan di hujung talian.

"Err. Baru nak naik teksi ni. Ko solat Jumaat dulu kat masjid Jamek sempat lagi ni. Baru masuk Zohor pun."

Keluar dari pintu pagar Angkasa, satu teksi pun tak kelihatan. Hari Jumaat kan. Solat Jumaat. Pemandu teksi bangsa lain pun mesti tak menang tangan menghantar warga kota ke sana sini ke destinasi masing-masing.

Mulanya, aku bercadang untuk naik teksi di perhentian bas itu. Namun, bas Rapid KL yang berhenti seakan-akan menunggu aku dengan menawarkan tambang RM1 berbanding dengan menaiki teksi, RM5.

Hujan renyai ketika itu. Beberapa orang warga asing yang mana pada perkiraan aku mahu solat Jumaat terkejar-kejar ke bas tersebut. Aku juga tidak melepaskan peluang untuk berlari-lari anak bersama untuk menaiki bas itu.

Sebelum menaiki tangga bas, sempat aku bertanya pada pemandu bas tersebut sama ada bas itu berhenti di LRT BTS atau tak. Dan dia mengiakan.

Selangkah aku naik, aku berkira-kira untuk turun semula. Semua penumpang adalah lelaki. Semua. Namun, apalah dayaku untuk turun semula sedangkan bas sudah mahu bergerak.

Aku tetapkan diri untuk berdiri di depan dekat dengan pemandu bas. Aku buat muka segagah mungkin agar tak kelihatan seperti kecuakkan. Hati memujuk, mereka semua ini dalam perjalanan menuju Allah.

Alhamdulillah. Selamat sampai pun kat LRT BTS. Terus swipe Touch n Go. Destinasi, Masjid Jamek. Keluar dari LRT, pemandangan bawah ke masjid penuh ketika itu. Sangat penuh. Hingga ke keluar masjid. Satu pasangan warga asing sempat menjengah ke bawah dan seperti terpaku seketika.

Aku harap yang mereka lihat dan fikir adalah syumulnya agama Islam. Seluruh muslimin berhenti sebentar dengan urusan kerja dan bersama-sama bersujud kepada Yang Maha Esa. Terus aku cepatkan langkah kaki turun ke eskalator bimbang Along sudah terlalu lama menunggu.

Tapi langkah dan pandangan aku seakan-akan terhenti setelah melalui kawasan berhampiran kaunter tiket. Penuh muslimin bersujud. Di laluan pejalan kaki sebelah jalan raya juga. Aku tahu, mungkin ini perkara biasa bagi warga kota bagi tiap-tiap tengah hari Jumaat. Tapi tidak bagi aku. Suasana ini yang pertama kali aku lihat.

Dan ketika itu, ayat hafazan tingkatan 5 yang menjadi silibus pelajaran, seakan-akan kepingan puzzle minta diselesaikan.



Wahai orang-orang yang beriman ! Apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi, carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung.

[Al-Jumu'ah : 9-10]


Islam itu cara hidup.

Friday, 10 February 2012

Entah.

I just prefer doing something that no one will ever know.

Kan dah kata,
Manusia beku yang halimunan


Air tangan manusia seni

Susunan lagu yang pada mulanya aku rasa macam camca merba
Satu baris merangkak-rangkak aku cuba olahkan
Terlalu metafora. Seperti mahu dibuka semula buku rujukan kajian komsas belek2 yang mana satu hiperbola yang mana satu perbandingan

Berkali-kali dengar aku mula jadi manusia ingin tahu. Makna terselit di baris lagu.
Dan pastilah zaman menekan keyboard hanya perlu bertanya pada saudara Google.
Oh, memang ada insan sang pentafsir. Diolah setiap rangkap, dikupas setiap baris.
Sedikit-sedikit aku dapat gambaran. Bolehlah aku buat kesimpulan mengikut pemahaman aku sendiri.

Lagu apa?

Lagu ini.


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

.....................................




Saturday, 4 February 2012

Racun hati

Tak sukar bercakap yang baik-baik
Tapi sukar untuk bercakap yang tak baik-baik
yang tersurat tu konon tak selari dengan niat
tapi yang negatif takut terjadikan amalan

Sedangkan bakteria dalam badan pun boleh jadi resistant
Inikan pula penyakit keruh dalam hati
Yang pahit pada pandangan
Simpan kemas-kemas dalam hati
Takut kalau diutarakan akan jadi umpatan

*daripada manusia beku yang halimunan, penakut sebab hanya tau monolog dalaman

Tergamak

Khianat manusia kerana iri
Dengki manusia kerana benci
yang haram jadi halal
yang najis jadi wangi
Semuanya demi memenuhi kepuasan hati
Entah di mana rasa bersalah dalam diri
Tergamak merendahkan martabat akal yang diberi
Biar Allah saja yang mengadili...

Al-Fatihah...

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...