Thursday, 17 May 2012

Tersepit

Apa yang akan anda lakukan apabila disuruh untuk mengubahsuai rumah yang anda tinggal sekarang namun dalam masa terdekat anda akan meninggalkan rumah tersebut. Anda disuruh oleh seorang individu yang prihatin dengan rumah tersebut yang banyak rosak dan perlu diperbaiki.

Namun anda bukan seorang, ada beberapa kawan serumah anda yang akan turut membaiki rumah tersebut tapi lain orang lain pendapatnya.

Si A kata, "Alah, buat apa kita nak sebok-sebok baiki rumah ni sedangkan kita takkan tinggal kat sini lepas ni?"

Si B pulak kata, "Diorang yang nak duduk sini, diorang lah yang baiki sendiri."

Si C mencelah, "Aku ok je nak tolong. Asalkan dorang tolong sekali."

"Takpelah, dah alang2 kita juga yang sebabkan kerosakan ni semua, jadi kitalah bertanggungjawab, " kata D.

Pada ketika itu, anda rasa berbelah bagi. Kalaupun nak dirikan rumah ni sorang, anda takkan mampu. Namun anda tidak keseorangan sebab ada lagi individu yang prihatin untuk membantu.

Jauh dalam hati anda, anda harap rumah itu siap dibaiki namun dengan cara sepakat.
jauh dalam hati anda, anda nak keluar dari rumah tu dengan hati yang tenang. Demi kebaikan penghuni selepasnya.
Jauh dalam hati anda, anda seperti sudah mahu tutup mata, pekakkan telinga dan lepas tangan daripada semua perkara.
Jauh dalam hati anda, anda menyimpan perasaan putus asa.
Dan jauh dalam hati anda, anda sudah muak dengan urusan yang terbengkalai.

Kalau diberi peluang untuk memilih, cara paling senang, pergi tanpa siapkan apa-apa pun.
Tapi adakah hati akan selesa? Baru dicabar dengan jalan yang susah, hati memberontak untuk putus asa.

Sebab apa?

Sebab jalan menuju kebaikan itu susah, sukar, payah, perlu pengorbanan.
Tambah sukar apabila anda berada dalam perjuangan dunia antara masa kini dan masa hadapan.

Dan lagi satu, sebab harga tiket untuk ke syurga itu mahal.


Wahai orang-orang yang beriman, Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

Muhammad : 7


Tak semua perkara yang dikhabarkan akan ditafsir dengan sempurna.

No comments:

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...