Saturday, 30 August 2014

Makna-i

"Nanti sebelum mula belajar, sebelum mula baca buku, solat taubat pada Allah, minta pada Dia tunjukkan jalan keluar.."

Perbualan di luar kedai Uncle B fish and chips di kawasan Rusholme dengan kakak Z yang berlaku tanpa dirancang sebenarnya Allah dah susun cantik-cantik

Kakak Z sambung lagi, "...Boleh jadi, susahnya kita menimba ilmu, susahnya kita menghafal ilmu-ilmu sebab dosa-dosa kecil yang hadir tanpa kita sedari. Itu dulu apa yang mak akak kata, yang mak akak selalu pesan,"

Pandangan terus dialih pada orang yang lalu lalang. Entah. Butir-butir jernih yang bertakung di butir mata sempat ditahan daripada terus melimpah.

*diam sejenak

Perbualan disambung. Kali ini lebih mencucuk-cucuk jantung untuk difikir dan dihadam jelas.

*diam dan hadam

Balik ke rumah, cuba aku memaknai perkataan TAUBAT. Allahu. Kenapa perkataan itu masih belum mencucuk jantung. Kenapa perkataan tu tak mampu buat aku sujud lama dan beristigfar banyak.

*pause

dosa-dosa lampau yang tanpa kita sedari atau kita sedari tapi kita buat lagi

Jawapan yang mungkin core problem...

...IKHLAS itu masih perlu disemi rapi

____________________________________________


Sebenarnya aku lupa yang Allah dah bagi dalam manual hidup, cuma aku yang jarang cari,

"maka aku berkata (kepada mereka), Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun,
Niscaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu,
Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu."
[An-Nuh : 9-12]

dan ini, Tadabur of the day yang buat aku terpempan sendiri

Taubat. Minta ampun pada Allah. Nanti kesenangan itu Dia akan beri. Kalau dalam Al-Quran Allah gambarkan hujan, kebun dan sungai sebagai nikmat-nikmat dunia tapi kalau dalam situasi kita sekarang, nikmat dunia boleh Allah manifestasikan dalam pelbagai cara, dalam pelbagai bentuk,

yang kita terkadang lupa

Dia boleh tarik balik nikmat tu

pada bila-bila masa...




Baitur Rizq 1.0 dalam kenangan 

No comments:

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...