Ilmu yang kononnya tersusun kemas dengan tulisan berwarna warni lesap. Ilmu yang kononnya dah teratur rapi untuk dibaca nanti dan indikasi "aku-pernah-dengar" lesap dek resapan air.
Lalu terkial-kial menyelak satusatu muka. Ah. Sesal.
______________________________________________
Seperti yang telah dikisahkan dalam cerita hidup Imam Ghazali.
Sepulangnya dari perguruan, Imam Ghazali membawa ilmu yang dicatatnya atas helaian-helaian kertas dalam sebuah beg. Berjalan pulanglah Imam Ghazali ke tempat asalnya dan membawa beg yang berisi ilmunya.
Di suatu ketika, kafilahnya dirompak. Habis semua beg diperiksa dan waktu giliran Imam Ghazali, " Ambillah apa saja yang kau mahu, namun jangan beg ini,"
Beg itu lantas diselongkar perompak disyaki punya barang berharga namun kesal kerana yang ada hanya helaian-helaian kertas hambar tak berguna bagi mereka.
Lantas ketua perompak menyoal, "Apakah ini dikatakan barang berharga bagimu, apa yang akan kamu lakukan dengan kertas buruk ini"
"Ini," jawab Imam Ghazali. "adalah hasil aku belajar bertahun-tahun selama ini, semua catatan yang aku ambil daripada guruku. Jika kamu rampas nota-nota, maka hilanglah ilmu yang aku pelajari selama ini,"
"Jika begitu, kamu adalah orang yang paling bodoh, catatan yang kamu tulis bukanlah ilmu jika kamu tidak memahami, mengingati serta menghafalnya. Bayangkan sekiranya aku merampas nota-nota ini, bagaimana keadaanmu" Ini bererti ilmumu dapat dicuri," balas ketua perompak.
"Jika begitu, kamu adalah orang yang paling bodoh, catatan yang kamu tulis bukanlah ilmu jika kamu tidak memahami, mengingati serta menghafalnya. Bayangkan sekiranya aku merampas nota-nota ini, bagaimana keadaanmu" Ini bererti ilmumu dapat dicuri," balas ketua perompak.
Imam Ghazali terpegun mendengar hujah si ketua perompak yang telah secara tidak langsung mengajarnya tentang ilmu. Mulai saat itu, Imam Ghazali menghafal dan memahami kembali semua ilmu yang dipelajarinya, supaya ia bukan sekadar catatan ilmu, tetapi ilmu yang membuahkan amal.
____________________________________
Gulp. Lesap sudah pula, namun yang terhadam?
No comments:
Post a Comment