"Akak, akak nak tau tak. Adik ada terbaca satu artikel ni. Boleh jadi, dalam golongan-golongan yang masuk neraka, ramai antara mereka daripada kalangan pendakwah," random pengisian seorang adik lelaki kepada kakaknya yang pada waktu itu orang lain sibuk berbual topik lain.
Aku yang pada ketika itu konon-konon tengah tengok tv sebenarnya sibuk juga memasang telinga dengan perbualan adik beradik merangkap sepupu tadi.
"Oh ye? Kenapa tu dik?" Mungkin si kakak ingin mendengar penjelasan lanjut. Ye lah, macam serkap jarang pula dengan golongan pendakwah padahal mereka antara golongan yang bekerja keras menyebarkan Islam.
Aku yang pada ketika itu curious nak tahu jawapan pun sibuk memasang telinga.
"Dia kata dalam ni, antara sebab utama adalah perasaan riak." Adik lelaki berhenti sekejap. Mungkin artikel itu dibaca sepintas lalu di laman FB atau di surat khabar.
"Akak," sambung adik lelaki "riak tu apa ya?"
Dari situ aku dapat rasakan yang si adik bukan sahaja membuak-buak rasa ingin tahu namun rasa ingin belajar tentang Islam tu ada dalam diri.
Si kakak menjawab bersahaja, "Riak tu sifat menunjuk-nunjuk. Macam berlagak dengan apa yang dibuat. Terutama kalau buat kebaikan."
"...dan riak juga sebab tak ikhlas buat sesuatu kerana Allah," tapi jawapan itu aku balas dalam hati saja. Hmm
Telinga aku lepas tu dah fokus ke lain dan mungkin juga perbualan kakak-adik tu berakhir di situ.
______________________________________
Puzzle soalan itu bersambung lagi untuk aku sebenarnya. Antara curiuos dengan tuduhan golongan pendakwah banyak masuk neraka (sumber artikel berkenaan tak dapat pulak nak dikenalpasti memandangkan aku cuma curi dengar. heh) dan kenapa disabitkan macam itu sekali sedangkan golongan pendakwahlah yang mewarisi penyampaian risalah Rasulullah.
Kenapa, kenapa? That claim is just so bias. Tak adil!
_____________________________________
Tapi puzzle soalan tu semacam dicantum satu-satu saat terbaca buku dari Denyut Nadi Dakwah, tulisan Dr Majdi Al- Hilali, yang mana topik pertama yang dibincangkan di situ ialah IKHLAS
IKHLAS
Banyak huraian yang dinayatakan dalam buku tu kenapa ikhlas disabitkan antara yang pertama dalam denyut nadi dakwah.
Antara satu kisah yang mana diceritakan apabila Umar Al-Khattab melihat Muaz bin Jabal menangis di kubur Rasulullah dan bertanya kepada Muaz kenapa dia menangis, lalu Muaz menjawab, "Aku telah mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Sesungguhnya sedikit daripada riak adalah syirik dan sesungguhnya Allah menyukai orang bertakwa yang menyembunyikan amalan, yang apabila mereka tiada, manusia tidak merasai kehilangannya dan sekiranya mereka hadir, mereka tidak dikenali. Hati-hati mereka adalah lampu penyuluh petunjuk, mereka selamat daripada segala kegelapan debu."dan lagi diceritakan bertapa sahabat-sahabat, tabi'tabiin dan golongan terdahulu seboleh-boleh mahu menyembunyikan amal ibadah mereka daripada orang ramai.
Seperti pertanyaan Aisyah r.a kepada Nabi "Wahai Rasulullah, mereka memberikan pemberian dan mereka takut? Sepatutnya orang yang mencuri, berzina dan meminum araklah yang takut pada Allah." Baginda bersabda, "Tidak, wahai anak perempuan Abu Bakar, tetapi orang yang solat, berpuasa, dan bersedekahlah yang takutkan Allah s.w.t (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Hatim)
Seperti Musawwir bin Makramah yang tidak berupaya mendengar ayat Al-Quran kerana begitu takut.
Seperti As-Sarri yang merasakan sepanjang 40 tahun Allah memandangnya dalam keadaan marah dan amalan-amalan beliau menjadi bukti.
Seperti yang diceritakan Hasan Al-Basri terdapat seorang lelaki yang tidak ketawa selama 40 tahun.
Seperti Abu Ayyub As-Sakhtiani (yang diceritakan oleh Salam bin Abi Mut'ei) yang bangun di tengah malam senyap-senyap dan apabila hampir menjelang subuh, dia akan mengangkat suaranya seolah-olah baru bangun ketika itu.
Seperti Mansur bin Muktamin yang banyak bersembahyang malam dan puasa pada siangnya. Namun pada siang hari, beliau akan bercelak, meminyakkan rambut dan mengilatkan bibir seolah-olah beliau tidak melakukan amalan yang banyak di malam hari.
Allahu. Banyak lagi kisah. Kisah mereka yang menyembunyikan ketaatan untuk menjadi ubat kepada riak. Ubat kepada ujub dan takbur.
________________________________
Ni baru hapdet status baik dapat like banyak dah kembang semangkuk. Belum lagi dikenali ramai tu. *Fuh, menembak diri sendiri tepat ke jantung
________________________________
Teringat satu video lepat dan anaknya Aminah.
"Amboi, cantik anak aku. Demam-demam pun cantik lagi," saja Lepat memuji anaknya, Aminah yang waktu itu terbaring di atas sofa sebab demam. Nak motivasi lah sikit perasaan budak kecil rasanya.
"Ini bukan Aminah punya. Ini semua Allah yang punya," jawab Aminah dengan innosennye.
Terpempan si ayah dengan jawapan anak. Tiada pulak didraf skrip untuk Aminah baca sebelum merakam situasi berkenaan melalui handphone-nya
Allahu. Macam tu sekali kau dik kau merendah diri dan mengembalikan semula pujian pada Allah. *terpempan juga diri
_________________________________
Nah, puzzle tu dah cantum sendiri kan.
Well, second lesson learnt, adik sepupu lelaki tu sebenarnya pada masa yang sama menunjukkan yang dakwah boleh dilakukan di mana-mana pun kan. Good job, adik! Huu
No comments:
Post a Comment