Tiba-tiba hari ni aku search ticket flight ke Manhester. Lebih kurang RM3k. Entahlah. Semenjak dua menjak ni rasa nak pergi ke sana lagi. Cuma kewangan tak mengizinkan. Apatah lagi kat Malaysia sekarang pun aku masih dilanda badai perasaan. Haha. Entahlah.
Perjalanan aku masih belum selesai. Masa yang terbaki-baki ni aku masih kira untuk menamatkan pengajian. Sakit. Waktu hujung-hujung semester ni rasa begitu perlahan masa berlalu. Sampaikan aku dah rasa penat dah nak lalui semua ni. Aktiviti yang aku terlibat pun hanya sekadar untuk mengisi masa-masa lapang aku supaya fikiran aku tak menerawang jauh memikirkan nasib diri. Ya aku tahu. Itu semua dalam fikiran tapi fikiran aku sendiri pun dah tak mampu nak berhenti dari berfikir tentang aku dan masa depan.
Hari tu panjang lebar aku membebel di Facebook tentang Satisfaction dan Self-Accomplishment. Memang bukan mudah aku nak dapat semua tu dah. Orang nampak aku buat itu ini ke sana ke sini. Tapi mereka taktahu yang aku buat semua tu sebab aku rasa nak lari dari kesedihan. Aku cuba menjadi produktif dan proaktif supaya dapat buang rasa bersalah aku pada diri. Rasa bersalah kerana melalui semula masa-masa pembelajaran yang panjang.
Ya. Aku tahu. Semua itu dalam pemikiran. Bukan sekali dua aku dapatkan konsultasi daripada pensyarah aku, seorang Psikologis Klinikal. Berapa banyak kali beliau mengajar aku untuk mengubah cara aku berfikir. Kadang-kadang aku boleh, kadang-kadang aku hanyut juga dalam pemikiran yang entah ke mana ini. Sudah banyak kali beliau kata bahawa umur hanya sekadar angka. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Sudah banyak kali beliau nyatakan aku dah buat yang terbaik dan dia nampak potensi aku. Sudah banyak kali.
Tetapi, aku tetap aku. Selagi pembelajaran ijazah ini tak selesai, selagi itulah aku rasa perjalanan aku masih tersangkut-sangkut. Selagi itulah aku akan bandingkan terkebelakangnya diri aku dengan orang lain. Dah banyak kali aku cuba untuk bertenang, teruskan jalan ini dengan sesuatu yang aku suka, bila bersama yang lain, aku pakai topeng bahagia. Tapi, bila aku kembali seorang diri, pemikiran-pemikiran yang menjatuhkan self-esteem aku, kembali menguasai diri. Aku tewas dalam perasaan kalahnya seorang manusia. Padahal aku patut tahu yang ujian dan cabaran buat aku membesar dan matang dalam kehidupan. Aku tahu.
Aku masih tersangkut dalam rasa bersalah pada diri..
No comments:
Post a Comment