Monday, 22 July 2013

[Dua, 2013]

Pernah dulu aku katakan pada diri
--- medium ini untuk aku menulis, cerita perjalanan yang aku kutip satusatu dalam kehidupan
--- juga medium dakwah, sikit. walau lebih pada peringatan diri.

walau tak semua tahu, tak semua baca, tak semua ambil kisah
heh, sebab ada sesetengah perkara,---
yang terbaca itulah yang betul betul terperihatian kisah hidup kita

ke mana melangkah kaki kita, ke mana jejak perjalanan kita

ah, kalau dulu kawan lama datang, boleh disua album gambar berkotak sambil cerita anak beranak yang ni aku ke mana-mana
atau juga album gambar berkotak yang kau boleh terkekek ketawa lihat masa kecil yang tembam dan montel

tapi sekarang dunia gadjet, nah kau boleh kongsi serata dunia, tapi itulah---
untuk yang terjumpa, itulah yang terperihatian


Kalau istana di Tanah Melayu, pembinaan kayu dan tanggam yang jadi kemegahannya. Kalau istana di Cardiff ni, ah tentu macam dalam cerita Merlin yang bumbungnya berketak-ketak macam tu dan ada tinggalan seperti parit kontang di sekeliling istana.


Motifnya supaya kami kelihatan seperti di dalam istana sambil memanjat menggunakan tangga rahsia. Eh bukan seperti. Betul.


Yang ni? Motif candid bermain main di padang. Haha. Kak Dewi yang tangkap. 


Gambar motif kaver album ini tiadalah sebab lain melainkan untuk syok sendiri. Eh.


Sebenarnya nak tunjuk pemandangan belakang di White Chapel yang mana suasananya macam Jalan Tar, ada shawl wide murah borong cantik, jubah plain, sayur mayur, ah semua ada.


 Ini? Ini Rumah Wafaa di London yang kami tumpang. Waktu ni orang kata, hmm sisterhood bonding, kut. Sebab tumpang atas kepercayaan kita-Malaysian dan kita-saudara.


Kalau lah patung lilin itu manusia betul, mungkin mereka ini telah menempelak menempeleng dengan jayanya beliau. Siapa beliau? Kamal Attartuk yang menjatuhkan Khalifah Islam pada 1924. Ah, dibutakan apa sejarah sehingga beliau di situ?


Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakyat Malaysia dan sesiapa yang mengenali diri kami. Buat tenaga pengajar di kolej persediaan, sekolah menengah, sekolah rendah, tadika. Daripada: Pelajar tahun satu University of Manchester.

[Salam Perantauan] Eh

Buat anak kecil penghuni sorga,

Dunia belum buta untuk melihat
Dunia belum tuli untuk mendengar
Dunia belum bisu untuk berbicara
Dunia belum jahil menilai

Kau kata pada dunia, keamanan yang kau mahukan
Kau kata pada dunia, mereka itu ekstrimis
Kau hebahkan pada dunia yang mereka ingin hancurkan tanah yang kononnya kau punya
Kau kata kau punya keluarga, kau punya anak isteri yang kau bimbangkan
Takut mereka mati dibedil peluru-peluru kecil yang kau balas dengan hujan peluru berterusan.

Kau balas?
Atau kau yang mulakan.

Penakut.

Anak kecil kami dididik dengan semangat juang
Kalau batu kerikil kecil itu yang kau takutkan
--- kau memang pengecut
Kalau semangat juang ini yang kau takutkan
--- kau hanya mampu menghapus jasad
sebab semangat itu tak kan pernah hilang

Anak kami hatinya kental
Perginya mengetuk pintu syurga
--- jemputan Yang Maha Esa

Teruslah kau khabarkan pada dunia apa yang kau mahukan
Rasa peri kemanusiaan sudah lama hilang
Sampai tak terdetik seinci rasa kasihan
Entah macam mana kau simpan rasa angkuh
Campak jauh pengharapan insan
..............

- Jun 2013
______________________________

Ramadan pun bertandang
saudaraku dan adikku, kau di sana masih cekal berjuang!

Allah.

dan aku di sini
dengan pengharapan Ramadan
dengan titipan doa

Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada mereka seperti yang Engkau kehendaki, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui atas segala sesuatu.

- Julai 2013
Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang yang sabar.
Dan kamu benar-benar mengharapkan mati (syahid) sebelum kamu menghadapinya; maka (sekarang) kamu sungguh, telah melihatnya dan kamu menyaksikannya.

[Ali Imran: 142-143]

******************

Ya Allah, jika Engkau mentakdirkan aku mati, maka matikanlah aku sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.










  

Monday, 8 July 2013

Membeli tapi tak meletakkan prioriti? Hmm

Klik klik

Ah. Kelihatan sungguh macho dan bergaya kamera gedabak terkalung pada leher. Bukan hanya macho, tapi kualiti gambar yang dihasilkan tak pernah menghampakan. Kamera itu yang utama, tapi elemen kreatif dan inovatif itu lah yang macam menjadikan impian gambar osem pujian ramai berjaya.

Pujian ramai? Eh, jap. Ke kepuasan diri atau sebab minat? Hmm...

________________________________________

Bukan menyesal kerana membeli. Tak. Sebab kalau dibiar membiak perasaan menyesal takut nanti sambil guna pun penuh dengan penyesalan sekali gus terus tak menepati niat asal membeli. Eh, Niat asal membeli? Ada eh?

Itulah sebab saya tak gemar barang branded apatah lagi yang harganya mak aii fikir dua tiga kali nak bayar. Entah, mungkin dah biasa beli baju di pasar lambak hari ahad di Slim River dan pabila dipakai masyarakat bertanya, "Eh, kool nye baju ko. Beli mana?"

Sambil dengan tersipu-sipu menjawab namun ada terselit perasaan ah-lantaklah-apa-orang-nak-kata saya jawab, "Kat pasar lambak je."

Dan sampai besar pun bila tangan gatal rasa nak beli barang branded tapi akhirnya tak sedap pakai, waktu tu lah timbul penyesalan beranak ranak dalam hati. "Ah, lagi sedap kasut yang aku beli kat pasar malam tu. Jangka hayat lebih kurang je." Eh.

Tapi heyyy di sini tiada unsur meng-eleh-kan mereka yang suka barangan berjenama. Ada orang rambut hitam, ada orang muka runcing dan ada orang pandai gerakkan telinga. Kesimpulannya, setiap orang ada niat masing-masing kenapa dan kenapa barang berjenama atau tak yang menjadi pilihan mereka.

_______________________________________

Pulang ke pangkal jalan dengan persoalan pokok yang ingin disampaikan.

...dan ini peringatan sebab asal membeli (padahal nak sedapkan hati kan dah melabur begitu banyak yang mana uang tu boleh disalurkan tempat yang haq)

Contoh kes stadi :

Rasa terpanggil apabila terlihat gambar musim panas yang satu ini. Oh. Osem dan menarik dengan efek bokeh dan editting yang sharp sesuai dengan suasana musim di negara itu pada waktu itu. Hmm. Tapi tak berapa manis bila teringat yang menangkap gambar itu kaum lelaki sedangkan si-ditangkap gambarnya wanita.

Tapi heyy heyy cop cop bukan nak menuduh "aiyok aiyok hang salah. Hang telah lari daripada fitrah. Hang ni dah kenapa? Tanak kawan hang." Tak tak. Cuma nak cakap, lain kali kalau kita dah pro, meh kita tangkap gambar awak. Hik. Bajet sesaat dua.

Sebab apa? Sebab kita pun suka lah tangkap gambar konon2 oh oh tee dee sambil henfon disua pada mangsa i.e "Anih, tolong tangkap gambar aku." Anih buat muka satu pence sambil mengambil henfon dan menangkap gamba kita sampai kita kata, ok yang ni pose nampak elegan. Alahaii peluh besar. Mainstream betul budak ni main oh oh tee dee.

Tapi lepas tu takde lah rasa nak post okayh  di stegrem mahupun di mukakitab.

Nah, ambil ni sebagai ultimate peringatan untuk diri

"Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu, dan Dia tidak akan meminta hartamu."

[Muhammad 47:36]

Dan hari tu, ini ada pesanan penaja daripada seorang akhawat (akhawat gitewww) pabila saya menyatakan kamera idaman sudah berada di tangan. "Nah, ngko baca ni," katanya.

Apa? Dai'e Ada Jahiliyyah..?? *jatuh kerusi by inche gabbana

Heh sebab tak nak lah termasuk dalam golongan rugi yang macam Allah telah firmankan ni,


... Katakanlah, "Sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarganya pada hari kiamat." Ingatlah! Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.

[Az-Zumar 39:15]

Gulp.

____________________________________________


Ah mana mungkin si penggemar menangkap gambar mahu melepaskan momen2 macam ini.
Model: Ranran-chan
Gambar sekadar hiasan

Huu. Tanak terkeluar daripada jahiliyyah buang masa tapi termasuk balik ke dalam hobi yang kononnya tampak baik belaka tapi sebenarnya ada lubang jahiliyyah di situ. U_U


Wednesday, 15 May 2013

Mutabaah amal vs murtabak amal

Usai kuliah subjek Fisiologi pada jam 5 petang, Iman dan Mira bergegas ke bangunan Student Activity yang betul-betul terletak berhadapan dengan bangunan kuliah mereka.

"Eh, hari ni tak Kahfi lagi. Dah nak petang ni."

Bicara pengerusi majlis yang memperkenalkan calon presiden seterusnya tak berapa menarik perhatian Iman. Mutabaah amal yang satu ini mesti dilangsaikan hari ni kalau tak, murtabak amal la hai jadinya.

"Weyh, pinjam handphone kau. Nak baca Kahfi. Wuu. Hari ni belum Kahfi lagi." Hampir terjatuh kertas undi yang Mira pegang sebab terkejut dengan sergahan rawak Iman. Ha, calon presiden kedua ni boleh tahan jugak karismanya. Fuh, berkaliber dan berwawasan




"Kalau ye pun, cakap pelan2 boleh tak cik Iman. aku tengah fokus manifesto calon presiden ni ha. Dah apasal handphone kau bukan ade download apps Quran jugak ke?" Kali ni nampaknya pengundi-pengundi tak lekang pandangan dengan calon presiden yang kedua ni. Latarbelakang yang menarik. Hmm, Rasanya bakal dapat tanda pangkah majoriti ni.

"Err err, handphone aku takde cover, handphone kau ade cover. Ngee." Iman sempat tarik senyuman segaris sambil buat muka mahu dilempang laju-laju.

"Banyak la kau punya cover. Ha ye lah ye lah. Nah, cepat baca dah nak masuk maghrib ni. Lepas maghrib dah kira Sabtu dah.

"Eh, camtu eh?"

"Ha ye la kan?"

"Ok ok. Aku baca aku baca."


Selang 5 ayat, Iman menala pandangan pada pengerusi majlis dan calon presiden yang terakhir diperkenalkan. Tak fokus pun dekat pengerusi majlis tu. Saja konon nak buat syarat supaya orang lain tak pandang pelik.

Ayat yang ke 20, Iman dah pusing badan ke arah Mira.

"Weyh, aku rasa macam lain lah. Kenapa eh kalau nak buat benda baik, macam baca Kahfi ni dalam situasi ramai orang rasa macam aasing sangat? Rasa macam orang akan pandang eleh-nak-tunjuk-baik-la-tu. Tapi kalau.."


"Tapi kalau scroll fb guna smartfon satu jam depan orang ramai pun tak rasa apa? Macam tu ke kau nak cakap?" Belum sempat Iman habiskan dialog, Mira dah semangat nak habiskan ayat yang macam dah terbuku dalam kepala Iman.

"Eh, mana kau tahu?"

"Der, ingat kau sorang je dah banyak makan garam?" Sinis je bunyi tapi mungkin sebab perpindahan rasa tu cepat teralir bila dah banyak dipraktikkan. Perpindahan rasa? Hmm. Tujuan usrah dalam definisi yang lain. Nais.


Sesi soal jawab dengan calon presiden sudah lama berlalu. Jawapan semua calon tak pernah menghampakan pengundi-pengundi. Ah, siapa lagi yang nak memilih ketua kalau bukan masyarakat di kawasan kecil ni. Apatah lagi pengundinya semua komuniti asing di kawasan ini. Nak tak nak, kenalah ambik tahu pengurusan Persatuan Pelajar Malaysia yang satu ni, untuk kebaikan semua katanya.

Iman tak segera sambung perbincangan. Bimbang kalau-kalau mengganggu pengundi lain walhal dia dah cuba guna tona suara tahap tikus berkomunikasi. Smartfon milik Mira dah bertukar tangan.

Senyap. Soalan retorik itu dibiarkan tak berjawab.

Fokus Iman kini teralih tatkala pengerusi majlis menyuruh pegundi menanda calon presiden yang menjadi pilihan. Siap menanda, kertas tersebut dilipat dan diletak dalam kotak yang disua oleh gadis yang ditugaskan untuk mengutip kertas undi.

"Weyh, aku sambung baca Kahfi balik nanti kat rumah lah..." Iman memutuskan. Walaupun macam rasa kelat sebab kenapa perasaan "asing" bila buat baik itu ada tapi bukan mudah pun nak rendam balik jadikan ia sesuatu yang biasa. Boleh. Jika kuat dalam mujahadah ni.

Keputusan presiden persatuan untuk semester tahun depan dah pun diumumkan. Memang calon kedua itu yang menang undi. Diharap pengurusan Persatuan Pelajar Malaysia ini akan bergerak dengan matlamat yang lebih murni dalam penyatuan pelajar Malaysia di bumi asing ini. Lagi manis kalau si presiden tak lupa yang dia juga khalifah yang dipilih untuk mentadbir masyarakat kecil ini.

___________________________________________

Manusia itu sebenarnya suka dipandang apabila sedang berbuat baik kan? Baca Kahfi dengan main smartfon mana lagi baik eh? Der, yang tu tak payah tanya lah. Sah2 la semua orang tahu jawapan.

Tapi kalau nak lakukan kebaikan sampai bimbang ada orang kata eleh-nak-tunjuk-baik-lah-tu yang tu sebenarnya lebih concern pandangan orang ke pandangan Allah? Kali ni panahan tu dah tertusuk kat jantung sendiri.

Ataupun sebenarnya yang putih suci tu dah jadi asing dan yang tak berapa nak putih tu dah jadi biasa? Mungkin. Sebab Rasulullah pun ada bersabda,

Sabda Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA,
"Islam itu permulaannya adalah asing, dan nanti akan kembali menjadi asing, seperti permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu." (Muslim)

Jadi, ah tak rugi pun sebenarnya jadi yang asing tu sebab untung beb, untung. Untung apa? Heh, jom bukak surat cinta kalau nak tau untung yang macam mana.


 
*nama dan watak adalah rekaan semata-mata
*diolah mengikut kesesuaian keadaan. kuikui

 

Sunday, 17 February 2013

[Satu, 2013]

Cuma cerita lama yang baru teringat untuk dikarangkan. Cerita jaulah bersama sahabat yang bagi orang lain mungkin biasa-biasa.

Tapi sebenarnya yang biasa itulah yang punya banyak makna, yang buat orang lain terlepas pandang. Berjalan sahaja tak berguna, bergambar sahaja itu terlalu biasa namun mesti lagi manis dan indah andai hikmah perjalanan itu yang dicerna.

Kembara jiwa mengenal Pencipta.

Rencana ke Ireland bukan untuk suka-suka. Sekelumit harapan agar sedikit cuti ini dapat dimanfaatkan. Orang kata, sambil menyelam minum air. Bertebaran di muka bumi Allah sambil mengambil ibrah perjalanan. Ah, terlalu cliche ayat ini. Booo.

Engkau belum cukup kenal dengan seseorang selagi engkau belum kembara bersamanya kerana dalam perjalanan nanti, di situlah kesabaran dan segala macam perasaan akan tercabar untuk diluahkan.

Eh, tapi yang cliche inilah yang orang tak pandang.

Heh, bila yang baru jumpa terasa sangat rapat dan yang sudah lama jumpa terasa janggal.
Heh, bila kesabaran yang sikit dicabar dan amarah diri cuba dilapik dengan air mata.
Heh, bila keputusan tak semestinya semua sepakat.
Heh, bila yang satu salah wajar dikongsi semua biar sama rata.

Sabar. Sukar memupuk sabar walaupun Allah berfirman,

... Maka jika di antara kamu ada seratus orang yang sabar, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus (orang musuh), dan jika di antara kamu ada seribu orang (yang sabar), nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan seizin Allah. Allah beserta orang-orang yang sabar.
 [Al-Anfal : 66]

Pang.

dan heyy, yang belum pernah bersua ikhlas dengan kedatangan dan bermalam di rumah tanpa apa-apa balasan. Manis.

Tautan apakah itu yang menyatukan? Hint: Jawapan ini terlalu cliche lagi.

Tapi ramai yang tak tahu, dalam angin sejuk ini, dalam salji memutih ini, ada jiwa yang terlalu rindu pada terik mentari, lekit peluh dek dihambat panas siang hari.

Hmm. Peringatan untuk diri. Ke mana jua kaki ini melangkah, niat biar kerana Allah sebab entah esok lusa meteorite macam semalam punya semalam atau lebih dahsyat boleh saja gedebum jatuh menghempap kita. Nauzubillah.
__________________________________________________


Kembara pemudi Al-Kahfi
20 Disember 2012
Galway, Ireland
Alhamdulillah, tiket pulang ke Malaysia sudah ditempah. Dengan izin Allah, diharap semuanya berjalan lancar sebelum kembalinya gagak ke sarang. Eh.
Peperiksaan, kesihatan dan semuanya diharap sihat sejahtera.

Entri tidak berisi sebab tiba tiba ketandusan idea untuk menulis.

Tuesday, 20 November 2012

Isu Palestin: Pembalikan perspektif dua dimensi [2]

Seorang remaja lelaki berkopiah kecil yang cukup untuk menutup sebahagian kecil bahagian kepala memakai mafla palestin sambil memegang bendera Palestin. Dengan lantang dia menyatakan ke-tidakpuashatian-nya terhadap tindakan tentera dan pihak atasan yang dengan terang benderang menindas penduduk Palestin.

Walhal pada ketika itu, masyarakat dengan gahnya memegang bendera berbentuk bintang berbucu enam dengan jalur biru di atas dan bawah sambil bersorak-sorak tanda ini adalah hari mereka.

Beberapa orang polis menghampiri remaja lelaki tadi sambil meminta pasport untuk pengenalan diri namun remaja tersebut bertegas tidak mahu memberikan pasport miliknya.

Akhirnya, remaja lelaki itu ditangkap dan ditahan di lokap atas dakwaan menggigit nyam nyam anggota polis tersebut. -.-'

sumber video



____________________________________________

Figura remaja lelaki itu ada di sini, di Manchester ini. Lelaki memakai kopiah kecil di kepala. Dia tinggi, selalu menjadi orang yang dilihat dulu apabila masuk ke dewan kuliah. Signifikan.

Dan dia ahli kumpulan anis nasyitah. ehehehe

Ehem.

Mulanya semacam ada pandangan negatif pada lelaki tersebut. Hmm. Dengan konflik Palestin-Israel yang tidak berkesudahan, pastinya ada timbul sedikit rasa waspada bila kita sendiri berdepan dengan salah sorang kaum mereka.

Bayangkan. Bila dunia digembar gemburkan yang Islam is Terrorist, pasti masyarakat yang tak pernah langsung jumpa Islam akan rasa gentar dengan umat Islam.

Oh. Matilah lah aku kena pancung dek ke-terrorist-an Islam itu. Macam dalam video ini, seorang muallaf yang menyatakan rasa takutnya masuk ke dalam sebuah masjid (ketika itu dia dalam pencarian agama) kerana takut dibelasah, dipukul dengan umat Islam yang ganas itu.

Namun sebaliknya berlaku dan akhirnya beliau masuk Islam. :')


Berbalik kepada cerita lelaki berkopiah kecil tadi.

Namun hanya anisnasyitah sahaja yang berbual-bual dengan si lelaki tersebut. Groupmate lah katakan. Katanya, dia normal, boleh bergelak ketawa sipi sipi dengan ahli kumpulan yang lain. Cuma jarang sembang dengan masyarakat dan selalu dianggap signifikan oleh anis dan rakan-rakannya. Eh.

_____________________________________


Bukan apa, cuma kadang terfikir dua tiga empat kali. Mungkinkah ada sekelumit masyakat Israel yang sebenarnya rasa apa yang dilakukan pemimpin mereka tidak wajar.

Ada yang cuba mahu menolak tindakan penindasan terhadap Palestin tapi akhirnya mereka sedar yang mereka sendiri akan ditindas.

Kalau anak kecil pun mereka ada hati untuk diperlakukan macam jasad tiada nyawa. Inikan pula rakyat mereka yang terang-terangan cuba menentang pemerintah.

Rasanya mungkin ada.

Mungkin tak berani.
Atau yang menentang, mungkin dah lama dihapuskan.
Atau sebenarnya memang hati mereka semua dah lama ditanam supaya bencikan Islam? Palestin?


Huh. Keluhan tidak berjawapan.

***********************


Epilog

Mungkinlah yang menolak penindasan terhadap Palestin adalah lelaki rakan sekuliah itu?
Atau sebenarnya lelaki itu ada agenda jarum peniti mahu mencucuk-cucuk anis kawan kita tu?
...............................................


Saturday, 17 November 2012

Apabila leka dengan nikmat...

Leka. Alpa.

Sifat manusia yang selalu mudah terpedaya dengan nikmat yang hanya sementara. Walhal diberikan kepada kita untuk diuji sejauh mana kita mahu bersyukur dan bagaimana kita menggunakan nikmat tersebut.

__________________________________

Tiba-tiba USB port handphone rosak. Belum sampai sebulan pakai. Belum sempat save semua gambar.

Mujur masih dalam tempoh warranty, hantar ke kedai untuk dibaiki.

Empat hari juga ambil masa untuk dibaiki.

Kurang gangguan hati dan membuang masa semasa tiada handphone.

Rupanya bila siap dibaiki, handphone telah diformat semula. Semuanya.

Hilang gambar, hilang nombor telefon, hilang perbincangan kumpulan.

____________________________________

Itu cara Allah untuk mengingatkan.

Itu baru sedikit nikmat yang ditarik. Aplikasi masih boleh di-install semula, Nombor telefon boleh disimpan semula. Hanya memori gambar saja yang tiada gantinya.

Macam mana pula kalau mata, telinga dan segenap milik Dia ni diambil semula. Tanpa boleh di backup semula. Tanpa boleh di-restore semula. Tanpa boleh di-install semula.

Mungkin ketaksuban aku pada harta dunia buat aku lupa pada ayat ini,


Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah PERMAINAN dan SENDA GURAUAN, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan seperti hujan dan tanam-tanamannya mengagumkan para petani ; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning dan kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan keampunan dari Allah serta keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah KESENANGAN YANG PALSU.

[Al-Hadid : 20]


Ha. Hambek aku! Dush!

Teringat pengisian usrah minggu lepas

Harta manusia hanya ada tiga sahaja
  1. Apa yang kita makan sehingga habis
  2. Apa yang kita pakai sehingga lusuh
  3. Harta yang kita sedekahkan
___________________________________

Muhasabah diri minggu ini. Cepat siapkan coursework yang terbengkalai -.-'

Saudaraku di Palestin, doa kami sentiasa bersama kalian. Walaupun kami di sini hanya mampu menyertai demo bantahan, kami harap semangat ini sampai pada kalian...

Sunday, 11 November 2012

Normal vs Abnormal

Dalam perjalanan pulang dari majlis merdeka raya di Students Union bulan lepas, sempat aku utarakan persoalan yang bermain di benak hati.

"Weyh, korang tak rasa ke kita abnormal sebab tak berbual-bual pun dengan first year yang lain. Balik-balik sembang dengan fakriah, elya, kak adlina, lisa. Err, tengok si polan binti si polan tu macam biasa je berkenalan dengan si polan bin si polan tu. Ke nanti dicop sombong?"

Eh.

"Kita ni satu batch patutnya kenalah berkenal-kenalan lah kan?"

Err. Maksud saya kami hanya berkenalan dengan kaum hawa sahaja.

...................

Sepi sekejap sambil yang lain cuba mencari jawapan.

"Hmm. Mungkin sebab kita ni nampak terlalu preservative kot. Macam alam kaku sikit."



Dan pada malam tu, semasa perbincangan dengan kak nurul, kak liyana dengan kak fauzana, soalan yang sama saya utarakan.

Jawapan kak fauzana (seorang postgrad yang belajar di UK dan sudah berkahwin),

"Tak salah rasanya kalau korang menjaga pergaulan. Rasanya lagi elok orang tengok. Kalau diperkenalkan atau orang yang memulakan perbualan, itu lain cerita. Mestilah kena jawab. Jangan sampai terlalu di dalam kotak sangat. Yang tu tak boleh, yang ni tak boleh. Sama lah konsepnya macam bekerjasama dalam satu kumpulan."

It is not a crime to be a preserve person.   

Tapi, soalan sama berulang, tidak normalkah aku ini?

Copy paste daripada status seorang individu daripada kuliah Nouman Ali Khan. Oh. Maaf saya tak tengok kuliah tu lagi, boleh cedok2 je perkongsian orang.

Dan maaf kerana tidak meletakkan siapa punya status ini. :S

"Man,please. If you do have dignity in yourself, lower your gaze and stop having a glimpse towards woman body. After the ayat 'laataqrabuzzina' Allah used the words Fahishah. The root word of fahsha' means wild animal. But Fahsha' itself means human with the character of wild animal. Then Allah mention after this ayat, about killing somebody physically. And get closer to zina by not protecting your gaze is the act of killing your dignity and iman which is worst than killing someone physically.'

Insyaallah konsep dia sama je dengan apa yang saya cuba sampaikan di sini.

*************************

Errgh. Padahal selalu feeling-feeling perasan dengan perasaan sendiri lepas tu cerita kat kawan. Lepas tu kata, 

"Ah, perasan je aku ni. Astagfirullah. Taubat taubat."

Lepas tu tolak kawan sampai jatuh sebab rasa macam nak lempang diri sendiri. Maaf kawan.

Wednesday, 7 November 2012

Bila sejarah itu akan berulang?

Sejarah telah memanipulasikan kita. Tidak. Kita lah yang telah dimanipulasikan oleh sejarah. Sejarah Islam adalah sejarah kita. Sorotan sejarah yang telah melahirkan Islam dan iman dalam hati kita.

Pengorbanan besar Nabi Muhammad di Mekah
Penghijrahan baginda ke Madinah (15 nov ni awal muharam)
Pemerintahan khulafak ar-rasyidin
Disambung kerajaan Umayyah
Mencapai Uztaziyatul Alam di zaman Abbasiyah
Serangan tentera Mongol yang diketuai oleh Hulagu Khan
800 tahun kemudian, Sultan Muhammad Al-Fateh bangkit
Penaklukan Constantinople
Turki Uthmaniyah teruskan sistem khalifah

1924 - Runtuhnya sistem khalifah

Itu belum masuk cerita Salahudin al-Ayyubi
Mustapha Kamal Atartuk yang telah mesekularkan Turki Uthmaniyah
Apa itu Pensyaratan Curzon
Lawrence of Arabia
Perang Salib

Tak sampai 100 tahun pun kita dengan sistem khalifah yang terakhir.

Dan kalau bukan sejarah yang kita belajar di sekolah tak terikat dengan silibus yang berat sebelah, atau terlalu stereotaip sehingga pelajar boleh tersengguk sengguk dalam kelas atau jawapan skema salin dari buku teks...

Mesti pelajar tak kan lupa yang INI SEJARAH KITA. Sejarah ISLAM yang pernah menempa nama namun diMANIPULASIkan dengan sejarah yang tertumpu pada sebelah pihak.

Dan pasti pelajar mahu mencari maklumat lanjut jika mereka tahu yang sebenarnya khalifah di zaman Turki Uthmaniyah pernah menghantar kapal dan tentera untuk membantu Tanah Melayu ketika diserang Portugal (insyaallah kalau tak silap) namun dihalang perjalanan mereka. Ini cerita benar. Betapa kita sebenarnya dekat dengan zaman khalifah tu.

Peranan khalifah waktu tu besar kan impaknya. Atas nama Islam, merentas laut pun mereka sanggup.

Ini kan pula zaman jet pejuang, roket, mesingan, kereta kebal namun saudara kita yang di sana tu terbiar tanpa mendapat bela.


Adakah kau lupa kita pernah berjaya
Adakah kau lupa kita pernah berkuasa
Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua melayar samudera
KEIMANAN juga KETAKWAAN
Rahsia mereka capai kejayaan




















Mengambil ibrah daripada pengisian 
INI SEJARAH KITA,

3 Nov 2012, Liverpool

Insyaallah nak mengambil peluang ke 
Turki
Sepanyol
Jordan

Agar dapat menelusuri rentetan sejarah itu semula.

Saturday, 20 October 2012

Tetapkan tujuan, betulkan niat

After two years living together,

Berebut rebut habiskan makanan
Mencipta plot kehidupan di meja makan
Promote tiap kali ada barang bagus yang dibeli
Struggling together for the exam
Kagum kagum dengan markah peperiksaan
Eksaited guling guling sebab awan biru
Berpeluh peluh ber-denise austin
Plan diet yang tak jadi
Berusrah daurah seminggu sekali
Marathon movie dan drama
Dan si farady dan berus gigi

And the list goes on...
Which sometimes replaying back in mind

Hope u guys doing fine.

One thing that gonna be missed,
LAUGHING is indeed the best medicine...
to hide the homesickness or the friendsickness

Ada satu ayat best daripada Al-Quran

"Dan barangsiapa  berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini di tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, kemudian KEMATIAN menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang ditujui, maka sungguh pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang."

[An-Nisa : 100]

Yup. Betulkan niat kita semua dengan penghijrahan ini. Kat mana pun dicampakkan. Tetapkan niat. Kat mana pun kita berada, Lillahi Ta'ala.

Mati itu pasti. Hidup Insya-Allah.

*dush dush terkena batang hidung sendiri jugak >.<




Sunday, 30 September 2012


Rintik rintik hujan
Ditadah tasik tak bersempadan
Tanah lecak dihenyak derapan
Tiupan angin tak berperasaan
Dan sang dahan pun membalas lambai
Diterjah damai ciptaan Tuhan

Subhanallah. Maha Suci Tuhan

Yang asing tak lupa disapa
Yang jauh tak pernah dialpa

Rintik rintik hujan
Langkah kerdil seorang hamba
Membelah jiwa membimbing akal


Amalina Samar, Lake District



Dan di antara tanda-tanda (kebesaran) - Nya adalah penciptaan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila Dia kehendaki

Asy-Syura : 29


Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...