Thursday, 26 July 2018

Wujud

Hah. Wujud lagi sang pencari ini

The journey is longer than what I thought. Heh. Just enjoy it. Cherish it while it last.

No. I may not be hiding anymore but I won't even care if no one search for me. I am the one who create my world to be like this. To be as alien as it is.

Really. I get confused of myself. Searching for the smallest thing that I will enjoy.

Oh wait, one thing for sure, my stream of thoughts are no longer in Malay. I don't know whether it is a good or the other way round but I just miss my random thoughts in Malay. I try. I tried. But it may sound so awkward at the end.

Sungguh lah aku rindu pada gelodak jiwa yang berbahasa puitis. Bukan sepuitis mana pun. Cukuplah untuk menyentuh jiwa dengan gaya bahasa yang santai. Ah. Lihat! Apa entah aku merepek.

Matlamat

“What do you think you want to achieve now?” Soalan random keluar. Waktu tu aku dah pusing stereng ke kanan selepas dah pastikan memang takde kereta di hadapan.

“I think, I am more like fulfilling my needs first. Well, you know like the Maslow’s hierarchy of human needs. Yada2. I think I am in the phase of the fulfilling my emotion, basic needs, psychological etc,” teman bual yang duduk sebelah kerusi driver melontarkan pandangan diri.

Kereta dan masuk ke kawasan UPSI. Membelok ke kiri sebab tu jalan sehala.

“Well, I also think that I am still in the phase of adolescent based on Psychosocial phase. The adolescent part. Role identity and confusion. I am still thinking about my identity and I don’t know whether I am confused either. But yeah, as for me, I am still wondering about myself.” Panjang lebar kawan yang sebelah ni menerangkan apa matlamat yang di fikir sekarang untuk diri dia. Aku sekadar mengangguk. Memberi ruang kepada kawan yang kat sebelah ni.

“Well, how about yours?” Kali ni dia pulak memberi soalan yang sama. Waktu tu jarak perjalanan masih berbaki dalam 2 3 minit sebelum sampai ke tempat yang dituju.

“Me? Well, as for me, I think I am in the phase of…,” waktu tu aku berhenti kejap. Cuba menyusun ayat yang dirangka dalam kepala. Idea tu dah ada. Cuma nak luahkan dalam bentuk perkataan tu rasa payah sangat.

"I think I am in the phase of hmm thinking about contributing something to the younger generation like making them to be empowered by knowledge etc. Maybe about to build a better nation kot. Entah. Sometimes I feel that I am too ambitious about this." Aku menarik nafas kejap. Cuba nak susun ayat yang selepasnya.

Kawan yang kat sebelah angguk-angguk. "I think if want to refer the Erik Erikson theory, maybe you are in the phase of adult already like very high from mine. The generativity and stagnation. Eh, that so high already," kawan yang kat sebelah tu memberi komen.

Waktu tu aku tak tahu nak tergelak ke nak bangga tapi betul jugak apa yang kawan aku cakap. Aku dah macam tak fikir sangat pasal stage Erikson's Young Adult tu. Intimacy and Isolation.

Aku sambung," Hmm. Maybe la. At certain part. Maybe last time sometimes the  thought of marriage and having someone as partner has come to my mind. But I am also surprised that currently I am not thinking about relationship or whatsoever. It is not that I don't want to get married or whatnot but it just that my focus now is more on other thing and if that (marriage issue) appear, then maybe I know the time has come (for me to get married). For the time being, I am focusing more on my career future etc." Panjang pulak bebelan aku.

"Hmm yeah maybe you have achieve the higher stage young adult but for me I am still thinking about fulfilling my basic needs." Kereta waktu tu dah nak berhenti kat simpang.

"Eh, I drop you here lah eh." Aku berhentikan kereta kat simpang sebelum pintu keluar. Nasib la tak banyak kereta. Memang ikut suka hati je lah nak berhenti kat tepi ni. Heh.

"Ya, sure sure. Here should be fine." Kawan aku yang mengajak teman makan kat Secret Recipe dah keluar menapak dari kereta nak ke bus stop. Nak tunggu bas ke Bahtera dan kejap lagi nak kemas-kemas balik ke rumah dia.

_______

That insightful thoughts really enlighten my day. Still, I am blessed to meet a few friends that can talk about deep stuff like this. At least at their age.

Tuesday, 10 April 2018

Calar

Suicidal thoughts is not a joke.
Perasaan worthless dan useless is not a joke.

Waktu minda dan jiwa terbungkam hitam
tak semua menghulur tangan
atau mereka juga mungkin penat dengan--
ajakan tak diendah

Sang diri juga buntu jalan
Bangkit yang dibuat-buat
hanya cerminan kekuatan yang ternampakkan

Sumpah bukan mereka yang salah
seribu rasa tak mahu menyusahkan
hanya diri yang tak hargai di saat mereka ada
mereka juga punya jalan kan?
kau juga punya jalan kan.

kita cuma kenangan yang tersurat

kau dah bangun balik ni pun dah cukup besar
walau sisa-sisa sakit tu masih mencalar
cuma sekarang---
aku buat apa yang aku suka.

bahagia dan ketenangan itu insha Allah menjelma

Wednesday, 14 February 2018

Kembali

Mulanya aku ingat betul-betul aku nak lari dari kisah silam aku. Aku nak lari dari ruang blog ini yang banyak aku membesar cerita tentang diri. Aku nak padam segala kenangan yang buat aku teringat masa lampau yang aku rasa sangat perit dan sakit untuk diingatkan. Tapi aku silap. Sampai bila aku nak biar segala kekusutan membelenggu diri aku.

Aku mungkin la dapat lari daripada persekitaran dahuu tapi aku tak dapat lari pengalaman yang mengajar aku erti kehidupan. Bila dibaca kembali tulisan-tulisan dahulu, sungguh aku rindu. Biarlah tulisan ini menjadi pedoman untuk aku. Nah, siapa lagi yang akan membaca tulisan di blog? Memang bukan untuk orang lain tapi untuk aku. Jika suatu hari diselongkar kisah aku, inilah kisah aku. Jika satu hari aku mengecap kejayaan, aku akan ingat segala pengalaman yang mengajar aku membesar.

Mungkin dah sampai masa untuk aku luahkan yang terkebelakang. Mungkin dah masanya aku terima ujian yang tidak semua dapat rasainya. Mungkin dah masanya aku muntahkan titik-titik perjalanan aku. Menjadi satu jurnal digital yang tak mungkin terbayar dengan masa.

Insha Allah aku akan menulis kembali di sini. Yang perit, yang pedih, yang semua orang belum tahu. Sebab baru tadi aku blogwalking terjumpa satu blog yang usianya sudah 10 tahun dan aku lihat tulisan terkini 2017 walaupun jumlah tulisan semakin berkurang. Entah macam mana, atau siapa, membaca kembali blognya, mungkin dia sekarang seorang pensyarah atau insan berkeluarga yang sudah berjaya. Tapi saat membaca nukilan-nukilan awal, sungguh, memang cantik apa yang telah Allah rancang.

2018. Dua tahun setelah itu. Aku kembali.

Tuesday, 19 April 2016

Moved

..and I moved to here for a while. Bye bye blog! You have been a good friend of mine. Lols

Saturday, 19 December 2015

Suatu dulu pernah aku rasa jiwa ini terlalu rapuh. Diejek, nangis. Digelakkan pun nangis. Apatah lagi kalau dicakap itu ini, meraung tak tentu pasal.

Sampailah satu masa bila saat aku membesar, melalui mehnah dunia atau yang lebih utama, mengenal kembali kepada fitrah, aku mula menjauh dari penilaian manusia. Biarlah manusia kata aku itu ini, mula memang perit. Lagi-lagi aku jenis yang susah menerima teguran. Lama-lama bila dalam tarbiyah, aku ingat lagi kak Dewi cakap

Kita yang menegur kena berhemah
... dan kita yang ditegur kena menerima dengan hati terbuka

Waktu tu air mata aku cuba tahan dari keluar. Iyalah. yang menegur juga ada. Yang menjadi perantara juga ada. Aku tahan sebab teguran memang ada betulnya.

Akak, bacaan Iyyakanak budu waiyya ka nas ta'in akak tak tekankan Iyya tu. Waktu tu memang sakit sebab ada orang lain jugak. Tapi nasib baik si kakak perantara neutralkan keadaan.

,,, dan dari saat tu, aku mula faham erti teguran dan penerimaan

_____________________________

2015 - Kem Aulad

"Akak, tadi Alia cakap muka akak macam kartun." Sungguh inesen aduan seorang adik peserta perempuan dalam umur 8-9 tahun macam tu.

Waktu tu tak pasti nak marah ke nak gelak tapi yang pasti lepas tu aku gelak dengar jawapan tu. Tak pasti la Alia maksudkan kartun sebab memek muka ke comel ke (ahakz) atau pelik ke tapi yang pasti itu aduan paling rare pernah aku terima. haha

Wednesday, 9 December 2015

Talhah bin Ubaydillah

Uhud jadi saksi bisu
tika Quraisy menyinga kehausan nyawa
mencarik kemenangan Islam
mendusta makna kebenaran
yang diasak lapar kebatilan

terluka keningnya, terpisah giginya
tertumpah darah
---dengan asakan garuda Quraisy

dan harum syurga perlahan kau gamit
aku ya Muhammad, aku!
demi pencinta akidah yang satu
dan sekalian alam jadi saksi dirimu, Talhah
dalam perjuangan tidak bernoktah
berperisai tangan, menghunus tangkas
garuda Quraisy tak berperasaan
walau tertitik darah pahlawan

dihambat Quraisy demi akidah sanggup kau tahan
inikan pula juang berpaksi kebenaran

dan sekalian hari itu milik kau, Talhah
saat jari tercerai tangan
luka beribu menconteng badan
lalu kau diangkat takhta syahid yang hidup
walau tanah belum mengkambus badan

Manakan nama terbisu daripada bicara
Talhah si dermawan
tak dibutakan harta dunia
...............
.....................

Detik akhir hayat
kau dilempar lembing berbisa
oleh pengecut buta kebenaran
yang tersuntik api kebatilan
walau akur kau dalam perang Jamal
ada busuk fitnah sang pendurjana persaudaraan







-sifat pemurah, perang jamal, damai di syurga dgn 10 sahabat lain


Sunday, 18 October 2015

#tulisan

"Jangan pernah berhenti menulis"

Sebaris ayat yang dikongsi Dr Umi Kalthum Ngah di Bengkel Penulisan Gaya Bebas seakan mula menusuk jiwa saat pulang ke rumah. Waktu ketika suasana bersekitar antara aku dan fikiran. Mengarang baris-baris ayat yang terhambur daripada fikiran. Sebaris ayat yang dikongsi daripada seorang sasterawan negara kepadanya suatu ketika dahulu ketika di saat beliau mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan.

Kini, ayat semangat itu disuntik pula pada jiwa-jiwa pelapis karya yang diharap akan ada semangat baru untuk menyusun tulisan-tulisan. Sekurangnya-kurangnya untuk aku yang sudah lama menyepi dalam ruang bicara yang mana saat sekitarnya sepi.

" Idea hanya akan keluar apabila anda rasa ditekan," antara lagi bait-bait perkongsian Dr Umi ketika aktiviti pertama usai dijalankan. Boleh tahan rasa ditekan apabila perkataan demi perkataan diucap oleh Dr Umi dan peserta perlu membentuk ayat atau cerita sambungan daripada ayat tersebut. Syaratnya, pen harus sentiasa berlari-lari di atas kertas.

Memang benar. Saat otak dipaksa untuk bermain aksara dan menghambur idea spontan, yang terkeluar lagi mengesankan jiwa. Sesuatu yang tidak dijangka dan terus merangka-rangka idea seterusnya. Sebagai pemanasan, aktiviti ini memang menjana idea pelbagai yang sudah lama tidak dimuntahkan.

Melalui buku Keajaiban Haiwan yang Mengubah Dunia, diceritakan bagaimana ilham buku itu ditulis daripada cabaran Prof Emeritus ..... (alamak lupa dah nama beliau) agar tulisan thesis dan ilmu-ilmu daripada pengkajian dapat dikongsi dengan masyarakat di luar.

"Benar, thesis yang kita tulis mungkin disiar di jurnal-jurnal, menjadi rujukan pengkaji-pengkaji seterusnya. Tapi sayang bukan, jika ilmu itu tidak dipanjangkan pada masyarakat luar. Sayang bukan jika tulisan-tulisan tersebut tidak diterjemah dalam bahasa mudah untuk difahami untuk rujukan segenap generasi." Begitulah ayat Dr Umi yang sudah diubahsuai mengikut kesedapan rasa diri sendiri. Heh.

Hasilnya, sebuah karya yang ditulis bersama pelajarnya Zulkifli Zainal Abidin (kini sudah mendapat Ph.D) dengan 100% illustrasi berwarna.

"Nina, (panggilan cucu Dr Umi kepadanya, mungkinlah camtu ejaannya) my friend in school showed me this book (referring to Keajaiban Haiwan yang Mengubah Dunia) and suggested me to read it as well. You know what, she told me that this book is very good and I must read it," teruja cucu Dr Umi yang berumur 10 tahun kalau tak silap menceritakan perihal tersebut kepada ninanya.

Lihat, ilmu yang kita rasa perlu pada tahap pengkajian dan penganalisian orang dewasa mampu digarap oleh anak sekecil itu. Konsepnya mudah, menggunakan konsep penceritaan dan bahasa yang mudah digarap segenap lapisan.

Dalam al-Quran pun Allah menggunakan teknik penceritaan kepada kita. Macam kisah dalam Surah Yusuf Nabi Yusuf . Macam dalam Surah al-Kahfi. Macam dalam kisah Musa dan Firaun. Macam dalam kisah Nabi Sulaiman dan Balqis. Banyak lagi.  

...bersambung lah sikit lagi nanti kehkeh


Thursday, 2 July 2015

Hanyut

Apabila detik waktu yang berlalu rasa memeritkan dan seakan perlahan-lahan membaham rasa ketenangan dalam jiwa,

Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilang semua yang (biasa) kamu seru, kecuali Dia. Tetapi ketika Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling (dari-Nya). Dan manusia memang selalu ingkar (tidak bersyukur).
 Al-Israa : 67

Monday, 4 May 2015

#kembarapendakian

PROLOG

9.15 pagi
Laju kaki menuruni Bukit Broga. Permukaan tanah yang agak licin dan ramai orang (jarak antara satu sama lain dekat) menyukarkan lagi langkah untuk turun dengan cermat. Pijakan orang ramai pada tempat yang sama menjadikan tanah lecak dan seringkali rasa mahu tergelincir. Mujur kasut yang dipakai masih belum haus, masih berbunga untuk melangkah turun saat matahari perlahan-lahan naik menyimbah cahaya.

____________________

6.30 pagi
Suasana masih gelap dan cahaya matahari belum kelihatan. Lampu picit tersedia di tangan untuk bercahaya dalam kegelapan. Jarak antara satu kumpulan pendaki dengan pendaki yang tidak berapa jauh membatalkan hasrat untuk menggunakan lampu suluh. Lagipun, jalan mendaki sudah ada, tinggal mengikut jejak dan berhati-hati dalam pendakian.

Baru beberapa langkah sudah rasa berat langkah. Termengah-mengah mengambil nafas sambil kaki masih dipaksa-paksa untuk gagah melangkah. Mungkin kelemuan (lemu tu bahasa jawa, pandai2lah cari dalam bahasa Melayu haha) membuat langkah semakin terbeban dan pundak semakin memberat.

Mungkin situasi ini bukanlah situasi langsung seperti dalam ayat ini
Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mauoun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui
At-Taubah : 41 

tapi situasi yang memberi pen-tadabur-an; walau seberat manapun rasa yang terbelenggu dalam jiwau, tapi demi jihad di jalan Allah, gagahi jua, tempuhi jua. Matlamat untuk mencapai ke puncak bukit sana. Sebab apa? Sebab itu yang terbaik untuk kita. Jihad itu, pengertiannya besar.

Dari Abu Hurairah R.A telah berkata, Rasulullah S.A.W telah ditanya, yang bermaksud

"Wahai Rasulullah S.A.W, apakah yang menyamai jihad di jalan Allah?" Baginda menjawab, "Kamu tidah akan mampu melakukannya." Mereka telah mengulangi pertanyaan itu dua atau tiga kali, semuanya telah dijawab dengan "Kamu tidak akan mampu melakukannya" Kemudian baginda bersabda, "Perumapamaan orang yang berjihad di jalan Allah adalah seperti orang yang berpuasa berqiamulail dan membaca Al-Quran, dia tidak berbuka daripada puasanya, tidak berhenti daripada solatnya dan tidak berhenti daripada membaca ayat-ayat Allah sehingga orang yang berjihad di jalan Allah pulang (semula ke tempat tinggalnya)."
Kuoted daripada Denyut Nadi Dakwah, Dr Majdi Al-Hilali

Nah. Jihad jangan disempitkan dengan mempertahankan diri dan berperang saja ya. 

_____________________________

9 Nov 2014 - Snowdonia



Perlahan kaki memulakan langkah mendaki bukit yang separa landai. Bukit Snowdon terletak di belakang kawasan perumahan dan tanah yang meninggi semakin kelihatan tatkala kaki melangkah di kawasan berbatu kemas dan rata.

Udara sejuk sedari awal sudah menyapa saat turun dari bas. Jaket dizip ke atas dan mafla bercorak ala palestin dililit kemas pada leher. Pendakian dimulakan dengan semangat untuk sampai ke puncak yang dikhabarkan terlitup salji. Mukadimah langkah dari kaki bukit ke checkpoint pertama masih belum habis namun kepenatan otot kaki dan mengah nafas perlahan membunuh semangat jiwa.

Beberapa kali tertinggal di belakang Shabirah dan Anis. Kejap-kejap langkah terhenti. Dalam nafas ditarik. Berjalan lagi, Kadang-kadang berselisih dengan dua tiga orang sisters dan hanya mampu tersenyum dan mengangguk tatkala ditanya, "Are you okay?"

Hujan batu mula turun. Habis lencun seluar dan jaket. Kacamta walau dikesat beberapa kali masih tetap kabur dan berwap. Lagi dilihat jalan di hadapan, lagi berkabus kaca mata. Waktu itu nekad, pandangan ditala ke bawah dan berjalan sejauh mana yang mampu untuk sampai ke puncak yang lebih tinggi.

Semakin tinggi pendakian, semakin mencabar jalan yang berbatu. Angin tiba-tiba bertambah kencang. Manakan ada pohon malar tinggi untuk mengkanopi diri. Pandangan lapang ke belakang akan terlihatkan tasik menakung dan bukit batuan.

"Anyone who wish not to continue hiking can start going down now and the rest can continue their journey to the peak."

Wuish siapa taknak daki sampai ke atas.

Namun cuaca tak mengizinkan. Hampir beberapa kali terpaksa berdiri tegak sebab angin yang sangat kuat

"We have to go down now. If not, we are not able to make to the feet of the mountain before dark."

Lebih kurang pukul 4 hari akan mula gelap.

Walau tak sampai ke puncak bukit. Cukuplah untuk satu pengalaman yang cukup mahal.

______________________________

EPILOG - Bukit Broga

Turun bukit dalam keadaan sedikit berlari rupanya lebih kurang sakit kerana kurang tekanan di hujung jari. Cuma perlunya pandai berhenti dan mengawal langkah supaya tak tersasar langkah.

Tempo langkah kononnya sudah dapat. Tapi rupanya lupa yang tanah memang jelas licin dan kemudian hilang pertimbangan lalu apa

Bukkk

Jatuh tersungkur ke hadapan dengan tersembam muka ke tanah.
Laju bangkit dengan mengatakan oh ok je ok je dengan orang belakang.

Dalam hati, "Padan muka aku nak tunjuk lagak jalan laju sangat."

.... tapi tahu tak kesakitan itu tarbiyah paling manis daripada Allah untuk pendakian kali ini, selain pemandangan indah yang tersaji di puncak bukit sana.

Sunday, 5 April 2015

untuk tidak tahu perihal orang lain
yang dulu kau pernah kisah

kau temui ketenangan

ketenangan untuk tidak tahu perihal orang lain
ya.
sebab saat kau diuji dengan kelapangan,
mereka diuji dengan kesibukan


Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...