Friday, 17 January 2014

[7]

Sudah lama aku tak bercerita gaya begini. Jadi, aku kumpul cerita itu dalam label Nota Pendek Kehidupan dan ini cerita aku yang ketujuh.

________________________________________

Granada.

Bukan senang mahu jumpa kedai makanan halal di sini. Apatah lagi yang murah dan berpatutan. Awal-awal lagi tugas mencari kedai makanan halal sudah dibahagikan kepada Syafiyyah dan Mimi. Alhamdulillah. Tidak sesukar mana pun untuk mencari. Berpandukan GPS dan gerak hati sampai kami di kedai makanan halal.

Kedai kebab yang satu ini tak berapa jauh dari tempat penginapan.

Sepanyol. Kekangan komunikasi adalah yang paling mencabar.

"Kedai ini halal?" sempat kami tanya pada pemilik kedai kebab berkenaan. Semestinya bukan dalam bahasa Malaysia.

Si pemilik kedai angguk. Alhamdulillah. HALAL. Satu perkataan yang semua Muslim akan tahu makanan itu boleh dan selamat dimakan. Itu baru sepatah dua perkataan yang mutual. Kalau semua orang Islam tahu berbicara Arab, subhanallah! Senang bila bersua. T_T

Komunikasi dengan pembuat kebab itu sangat terhad. Ingin rasanya berbicara walau sekejap. Bertanya pasal Islam. Bertanya pasal dari mana asalnya.

Entah aku lupa macam mana tiba-tiba boleh bermula komunikasi antara kami dan si penjual kebab selepas makanan ditempah.

Dia kata asalnya dari Syria tak silap. Dulu belajar di universiti di Sepanyol.

... dan antara butiran percakapannya antara dengar dan tidak, aku dengar dia kata semua keluarganya sudah meninggal dunia. Sebab waktu itu yang tertangkap di telinga hanya perkataan "Mosque" dan "kill". Si pekedai juga mengisyaratkan seperti tangan memotong leher dan kepala tersendeng ke sebelah.

Kebab yang masih berbaki aku suakan ke dalam mulut. Perlahan aku kunyah dan telan. Pada masa yang sama aku cuba menghadam cerita kehidupan si pemilik kedai kebab.

Mungkin dia sudah lama di Sepanyol dan untuk kembali ke negaranya tidak mungkin kerana dia sudah tidak punya apa.

... dan kemungkinan itu terus tidak berjawab.

_____________________________

Sebenarnya agak teruja bila terjumpa masyarakat Islam di Sepanyol. Alhamdulillah di Granada ramai orang Islam dan kalau berjumpa, disapanya kami dengan salam. Tidak seperti di Seville dan Malaga yang mana kehadiran kami dibalas dengan pandangan yang asing dan janggal.

Heh, memanglah! Dah muka pelancong. Cakap bahasa yang mereka tak faham. Memang orang pandang asing.

Bukan. Maksud saya jauh lagi dari itu. Tentang asing dan janggal itu.

Friday, 10 January 2014

Momen penyentapan diri

Momen minda semalam
menjengah datang
bagai aku pulang ke rumah
terlayan dan terbuai rasa rindu
dengan keletah si Izzatie bersama ibunya

semalam aku pulang ke rumah
berjalan dengan emak ayah
rasa itu dekat
perasaan itu hampir
sampai dalam mainan minda itu
aku tahu yang hanya sebuah mimpi

dan ternanti2 saat malam
bila roh bersama dalam dunia yang misteri

__________________________________

Heh. Homesick sikit. Betul, mimpi buat aku rasa bagai escapism untuk rasa pulang ke rumah. Rasa berada dalam keadaan yang minda aku cuba ciptakan sendiri.

Walaupun anak bongsu, heh, kental jugak la jiwa rasanya sebab belum pernah lagi menangis sedih bila telefon mak ayah. Bukan ego, cuma tak mahu mereka lihat aku lembek dan cengeng. Nak sangat belajar jauh2 tapi menangis kerinduan. Tak macho beb.

Dan sekarang aku mula sedikit terkilan. Hanya 12 tahun masa yang habiskan penuh dengan mak ayah dan keluarga. Selepas umur 13 tahun, aku banyak bersama mereka yang asing. Mereka yang datang dan pergi, mereka yang bertukar ganti. Kawan. Sahabat. Ya. Tapi tak mungkin akan ada bersama dalam setiap langkah kehidupan.

Buat aku terfikir jugak, lepas habis belajar, harap Dia masih panjangkan jodoh kami sekeluarga, bersama emak dan ayah untuk aku rasa membesar dengan mereka. Walau aku tahu, umur 21-22 tahun ni lah banyak godaan nafsu dunia yang aku rasa semua maklum. Aku tak mahu katakan.

Untuk menempuh itu, aku belum bersedia sebab masih ada amanat yang belum terlaksana,

72. "Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh manusia itu sangat zalim dan bodoh,

73. sehingga Allah akan mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, orang-orang musyrik, laki-laki dan perempuan; dan Allah akan menerima taubat orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan. Dan Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

[Al-Ahzab 72-73]
Aduh!

Amanat yang masih belum tertunai untuk aku sampaikan pada keluarga. Amanat yang kadangkala buat aku lupa dalam lautan dunia walhal sudah jelas Allah berfirman,

"Barangsiapa mengkehendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa mengkehendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat."

[Asy-Syura : 20]

Oh, untung jual beli dengan Allah, yang mana mahu, beli satu dapat satu percuma yang lebih best?

Atau beli satu dapat satu je?

*pause

Wallahi. Detik aku menekan keyboard ini, adalah untuk aku mengingatkan diri. DIRI. (Sebab aku yakin heh siapalah yang akan baca tulisan tak seberapa ini. Paling-paling pun si Anis Nasyitah. Itupun jika dia bukak akaun blogger dia. kehkeh. Hai Anis! - jika dia baca sampai sini)

Ohhoi siapa tak nak Allah jemput ke dalam syurga-Nya macam dalam ayat Az-Zukhruf : 70



"Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan pasanganmu akan digembirakan"

Dan siapa tak gentar bila menjelangnya hari kiamat tu, 


"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa." [Az-Zukhruf : 67]

TAKWA yang menyatukan.
_______________________________________

Tik tik tik
Jarum jam itu terus berdetik








Cermin pandang sisi
















di luar jendela itu
selalu aku lihat sang burung
berduaan di atas tembok kesat
dan pintu usang berkulat
berkawanan datang
besar, kecil, sederhana
hitam, putih, kelabu

menjamah makanan dari bekas tergantung
di bawah bumbung cerun yang lembap
sentiasa penuh diisi si tuan rumah,

seorang lelaki separuh abad
yang separa memutih rambutnya


Amalina Samar,
Manchester, 9 Jan 2014

__________________________________


saja aku post jugak kat sini sebagai koleksi

dan memeriahkan blog yang dah lama menyepi
kehkkeh





Thursday, 9 January 2014

Penipu

Buat kau, sang biasan cermin,

Selalu kau katakan pada diri ---
yang melalaikan itu perkara dunia
mengejar sang dunia sementara ibarat
berenang dalam lautan luas dan dalam
yang hanya buat kau cenderung tenggelam

Selalu kau katakan pada diri yang ---
jiwakau mutlak milik yang hakiki
walhal selalu tersadung dalam lumpur dunia
yang likat

Selalu kau katakan pada diri ---
Sayang dikorban dunia yang temporari
sedang yang menunggu dunia infiniti

Tapi rupanya sejuta kali kau menipu diri

Aduhai~

KaktusBiru
Manchester 09012014

Wednesday, 8 January 2014

Pagi di Cafe Nero

jalan pagi itu
di bangku luar Cafe Nero
seperti hari-hari lain
dia--
bercakap seorang diri
dua botol diet coke di sisi
dua cawan diisi separuh
tak hirau sekelumit pada pandangan sepi

kadang bangun mencantas hujah
kadang berdoa pada Tuhannya
kadang menyapa si pejalan kaki

dia---
mungkin punya cerita
yang hanya dia mengerti


Sunday, 29 December 2013

[Nota Permusafiran Spain 1]

Siapa tak haru---
Dua hari berjalan dengan pandangan asing. 
Sekali sekala kau disapa ucapan salam.

Awal2 sudah dilarang untuk solat dalam binaan Islam yang pernah gah suatu masa dulu. 
Yang mungkin akan ada bisikan kecil balas--
Itu dulu kini kau bukan siapasiapa. Haru.

Siapa tak haru---
Waktu mengah nafas mendaki bukit ke Mezquita de Granada 
kau disambut laungan azan Maghrib yang terpantul syahdu. Syahdu.

Walau tanpa pembesar suara.

Tuesday, 3 December 2013

kaca mata

Kaca mata dulu dan sekarang berbeza
Kalau dulu rasa bangga sekarang mungkin rasa kecewa
tapi tak mudah nak kesat kaca mata kita
minta orang pakai
sebab power lain-lain

yang boleh kongsi
pandangan yang terlihat
berkaca mata ini

dan harap,
kaca matanya terkesat
lambat laun

walau terakui yang
kaca mata ini
masih berhabuk


Wednesday, 20 November 2013

balas (baca : reply - bukan dendam)

bila yang menyentuh tak kena cara
zalim kepada yang nak disantuni

dan mereka makin lari
jauh

"hikmah. hikmah"

betul,
kerana individu tak kena cara
habis tertolak kebaikan sedikit
walau hakikat mungkin akan semuanya
sayang
kan sayang tu

dan yang jauh ini boleh buat apa
yang jauh ni memang tak faham apa
situasi dan keadaan

kerana yang jauh ni masih tempang juga
dan lama sudah tak tersambung ikatan

__________________________

sila beritahu aku boleh buat apa :S

Sunday, 17 November 2013

random I

semalam jumpa aku dengan seorang
di program yang diajak suami ('seorang' itu)
menarik - sebab dia punya jiwa citra yang berbeza
kembara ke dunia eropah bukan seperti kita yang belajar
kembara mencari pengalaman 
dan mengejar sesuatu yang mungkin takkan terkejar suatu hari nanti
idea minda seni yang terlontar
daripada seorang penulis kreatif
yang kalau diulah logam dalam diri
akan terbentuk cantik dalam jalan hidup nanti

kembara mereka kembara mencari .... 
aku harap di sampingnya 'diri'
dan pencarian menjadi aset ukir seni yang terarah

dan satu,
aku lihat mereka seperti

fynn dan tri

_______________

jujur aku harap dapat kenal lagi dengan dia ini

Tuesday, 12 November 2013

kosong

Sudah lama tiada yang baru. Kosong. Hambar.
Mana tah dicampak rasa ingin bertinta

Sekadar di minda
tak sempat terluahkan
banyak yang tersimpul
tak sempat diuraikan

atau tersalahkah matlamat
hendak gamit suka atau komen berhimpun

manusia.
di depan manusiakah mahu kau dikenali
atau di hadapan Dia kah mahu kau diadili?

____________________

yang kau harus tahu
di sini
ruang kau bertinta
walau sekitarnya sepi
 

Wednesday, 25 September 2013

bayangbayang

Gelap hitam terbancuh pekatnya malam
atau siang mendung terlindung awan yang membungkam

dia ada. menyusul tingkah
baik jalannya, situlah perginya
simpang halanya, situlah ikutnya

sebab bila bercahaya dia meneman
tandangnya gelap, seoranglah ia

berseorangan. Fizikalitinya.
yang tampak dan terlihat

dia ---
bayang-bayang.
persoalkah kau derapan langkah ini?

gulp.

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan suatu benda yang diciptakan Allah, bayang-bayangnya berbolak-balik ke kanan dan ke kiri, dalam keadaan sujud kepada Allah, dan mereka (bersikap) rendah hati."

[An-Nahl : 48]

---dengan lafaz Bismillah
Bayang-bayang, mari langkah bersama ke Tahun Dua!

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...