Assalamualaikum
Hujung minggu di rumah. Rajin la pulak saye nak balik rumah hujung minggu. Motifnya nak teman si Farah balik Tg Malim. Naik ketapi Tanah Melayu. Suka? Masuk je gate A tu, ku jadi keliru betul ke tu tren ke Ipoh. Selalunya tren tu kat sebelah sini, ni asal pulak sebaliknya? Dush. Keretapi kan boleh tukar lane. Rasa seperti mahu menampar2 muka sendiri.
Sabtu
Pagi2 lagi dah mengayuh basikal. Basikal ayah beli untuk latihan mantapkan kardiovaskular. Ha, betul apa. Ayah kata, akhir2 ni IPD buat excercise dengan mengayuh basikal. Jumaat lepas, ayah kayuh basikal ke Slim Village. Jauh tak jauh, mengah la jugak kot. Keluar ikut jalan besar, masuk dalam selekoh2. Tapi boleh pulak ayah kata, ada sorang teman ni kata
"Hang buang tebiat ke kayuh basikal pegi Slim Village ni?"
-dialog rekaan semata-mata
Dekat gym tu ha orang sibuk nak kayuh2 basikal tak gerak. Tambah resistance je (uit aku le tuh). Nasib baik la kan masuk gym percuma, kalau tak mimpi la nak masuk gym semata-mata nak tingkatkan kardiovaskular konon.
Basikal tu bukan main tinggi. Terkial-kial jugak aku naik dan kayuh. Ok fine. Kaki aku tak panjang. Sempat la jugak round2 kawasan sekolah rendah. Masa tu, budak2 tengah ada kokurikulum kot. Macam gegak gempita je suasana. Aku pun mengayuh dengan yakin dan muka gembira masuk ikut gate belakang. Dengar la suara sayup2, "Siape tu weyh?" Aku jerit kuat2 "Ni bekas pelajar sekolah sini la weiii!!!" Tapi malangnya aku sorang je yang dengar dalam hati. Jangan risau la, aku bukan pengganas dikehendaki dunia yang sanggup meledakkan bom dan menimbulkan huru hara kat kawasan sekolah. =.="
Kesimpulannya, aku rindu nak kayuh beskal macam kecik2 dulu. Turun bukit laju2 sambil angin menampar-nampar muka. Tambah best kalau lepas tangan dari handle. Lepas tu, rasa yakin dan selamat walaupun brek tak makan sebab dah pro brek pakai kaki sampai tapak selipar haus.
Okeyh, esok saya mahu mengayuh lagi.
2 comments:
kehkehkeh si pendek.
Suka! HAHAA
Eh, yang mengate tuu kaki panjang ke idakk???
Post a Comment