Sunday 27 February 2011

Pembalikan perspektif dua dimensi

Tempat : Ti-Ratana
Tarikh : 26 Februari 2011
Masa : 9.00a.m -12.00 pm

Satu kerja amal telah aku lakukan seperti tempat yang dinyatakan di atas. Ti-Ratana ni merupakan rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim yang majoritinya Chinese dan beragama Buddha. Tujuan utama nak memberikan keriangan dan keceriaan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Tapi setelah penelitian tak semua apa yang kita fikirkan pada mereka yang berada di sana.

Aku bersama dua rakan yang lain sempat sembang dengan seorang popo ni. Berdasarkan penyataan beliau, beliau bukanlah diabaikan oleh anak-anak. Setiap hari, anak-anak popo ni akan datang teman beliau makan tengah hari. Suap moi katanya. Bubur. Popo ni orang Taiping.

Tapi dalam banyak-banyak tu ada juga kerenah yang tak senang dengan kedatangan kami. Tapi kitorang tak ambil pusing pun. Orang berusia kadang sensitif. Apatah lagi kami yang takde sangkut paut dengan diorang.

Sempat juga beramah mesra dengan dengan kanak-kanak yang majoritinya berumur 10 tahun ke bawah. Mula-mula buat performance lagu Rasa Sayang. Tapi nampaknya silap masuk channel la. Terpinga-pinga je diorang tengok. Tapi kitorang dah siap dengan lagu Cina. Ha, tajuk dia Han Koa Lan dengan apatah lagi satu tu.

*******************

Tempat: Yayasan Sunbeam
Tarikh: 26 Februari 2011
Masa: 1.00-3.30 pm

Kerja amal pun diteruskan kat rumah yang dinyatakan di atas. Rumah ni pulak majoriti penghuninya Christian. Umur dalam lingkungan 3 hingga belasan tahun la.

Tapi berdasarkan apa penelitian aku, diorang hidup taklah sehelai sepinggang, kais pagi makan pagi tu. Tak tak. Mungkin sebab diorang banyak sponsor dan ada yang dah besar. Nak tolong-tolong bersihkan rumah pun macam tak perlu sangat sebab diorang dah ada jadual kerja masing-masing.

Budak-budak tu pun macam endah tak endah je dengan aktiviti dan games yang kitorang buat. Mungkin dah banyak sangat orang datang nak buat kerja amal kat sana sampai diorang pun take for granted je. haih =.="

Waktu mengemas-ngemas bilik diorang, aku tergamam jap. Ada air-cond woo.

Untuk berfikiran positif, penilaian aku, mungkin daripada segi material diorang semua cukup tapi dari segi lain kita tak tau. Dan sikap mereka kepada orang-orang macam kitorang yang nak buat kerja amal ni pun taktau aku nak tafsirkan. Baik tersalah tafsir daripada terlepas cakap.

Pendapat aku, kerja amal kat Rumah Titian Kasih lagi menimbulkan impak yang lebih mendalam. Aku lagi rasa diorang hargai kedatangan kitorang, games yang main bersama-sama. Entah. Sebab aku masih ingat hingga saat dan ketika ini.

Light up lives.

No comments:

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...