Monday, 14 February 2011

Kekasih awal dan akhir

Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan, Rasulullah S.A.W.

Salam Maulidur Rasul 1432 H

Pengorbanan dan jerit perih baginda mnyebarkan Islam buat aku sayu. Aku bersyukur dilahirkan dengan iman dan Islam sedari kecil. Akidah sudah terpahat cuma diri yang perlu diperkuat.

Ambil masa dan renungkan perjuangan baginda. Dicemuh, dicerca, dihina tapi tak pernah mengalah malah terus bangkit demi perjuangan akidah yang suci.

Nabi sayangkan umatnya. Lebih daripada kasih seorang ibu kepada anaknya. Mahu lidah aku agar sentiasa basah berselawat ke atas baginda. Kecintaan aku padanya tidak mahu hanya diungkapkan dengan bicara tanpa melakukan apa-apa. Tapi aku lemah. Cukup mudah hanyut dengan syurga dunia.

Astagfirullah.

Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda dan sahabat baginda amnya.

Ingin terus aku suburkan kecintaan ini bukan setakat hari ini malah hari-hari lainnya.







Umati, umati...


*********
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Dan sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya

Pemergianmu, In Team





No comments:

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...