Tuesday, 14 August 2012

Mujahid Kecil

Bermain dengan kanak-kanak memang sungguh melekakan. Tiap kali  aku terpandangkan anak kecil, tidak kira di jalanan, di pasar lambak atau sedang dipimpin oleh ibunya, mata aku takkan lepas untuk memandang menoleh sambil buat muka hai-adik-comel. Walaupun kadang-kadang reaksi yang akan aku dapat berbeza-beza, ada yang membalas balik lambaian, ada yang hanya tertunduk malu dan ada juga yang jual mahal kerana diri terlampau comel dan selalu menjadi perhatian masyarakat sekeliling, namun kau tak kisah sebab kanak-kanak lah yang takkan berfikir apehal-kakak-sorang-ni-tegur-aku.

Namun, ini cuma situasi di Malaysia. Sebab apa? Sebab aku belum pernah ke negara lain untuk melihat perangai kanak-kanak comelnya.

Bukan itu yang aku cuba sampaikan. Cuma kalau diperbandingkan situasi kanak-kanak di Malaysia dan di negara-negara yang sedang bergolak pasti banyak bezanya. Syria. Palestin. Rohingya. Banyak lagi. Anak-anak di sana sedari kecil ditanam istilah JIHAD. Ada yang masih kecil sudah bersama dengan tentera bebas. Ada yang dari kecil sudah bersedia untuk menjadi mujahidah. Masya-Allah. Dalam tulus hati kecil mereka, berani untuk syahid kerana Allah.

Kadang-kadang anak kecil yang aku tegur, malu-malu dan menyorok di belakang ibu bapa mereka. Mungkin kerana muka aku kelihatan seperti Kak Ros Upin Ipin yang garang dan mahu memarahnya. Namun, tiada lagi istilah melindungi diri bagi kanak-kanak di Syria apabila mereka dan keluarga mereka turut sama dibom. Hanya syahid yang menanti mereka.

Sadis jika aku sedang bermain dengan Zafran dan Rayyan dan terbayang sekecil mereka yang tak tahu apa-apa dibunuh dengan kejam.

Cuma yang aku pelik, kenapa media massa menggelar mereka yang berjihad untuk bebas daripada belenggu kekejaman sebagai PEMBERONTAK. Seakan-akan menyatakan kebangkitan mereka adalah untuk menentang kerajaan. Seakan-akan mereka tidak berhak menyerang tentera kerajaan yang sebenarnya lebih banyak telah menyerang penduduk tempatan.

TENTERA PEMBEBASAN SYRIA. Itukan lebih adil.

Aku pernah terbaca satu pos ini


Kenyataan berbentuk fitnah yang dikeluarkan oleh sebuah page terhadap mujahidin Syria dan juga perjuangan rakyat yang telah mempersembahkan beribu-ribu syuhada' dalam menuntut keadilan dan kebebasan.

Bukan soal pihak pemerintah ataupun pembangkang, tetapi soal kezaliman regim Basyar terhadap saudara seakidah dengan kita yang wajib untuk kita menyatakan sokongan dan dokongan terhadap mereka tidak
kira siapa kita.

Bukankah nabi S.A.W pernah bersabda :

"من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم"

Bermaksud : "Barangsiapa yang tidak mengambil cakna tentang perihal saudaranya yang lain, maka mereka bukan dari kalangannya (Muslimin)"

(Al-Hadith)


Sesungguhnya kita akan dipersoalkan di akhirat kelak terhadap apa tindakan yang telah kita lakukan apabila saudara kita dizalimi dan ditindas.
Sumber: [link]
*********
Tidak tahu dan tidak mengambil tahu itu berbeza. 
Tahu tapi tak buat serta tahu dan buat sesuatu itu berbeza.
Jangan diharap maklumat dan berita akan datang sendiri depan mata kalau tak dicari.
Jangan dibilang "Aku tak tahu pun pasal tu" kalau tidak mengambil tahu.

Tapi mungkin ramai di antara kita yang tahu tapi cuma tak tahu bertindak bagaimana.
Macam aku.
Mungkin juga ramai yang tahu dan dalam lafaz doanya disertakan buat saudara-saudara di sana. Insya-Allah itu kami.

2 comments:

nobody but me said...

Betul Amalina.
Aku pun suka tegur budak, especially baby.
Tp ramai yg respon balik dgn menangis terus (lagi teruk kot aku), mcm muka aku ni muka Darth Vader.
Tp, bila aku tgk video kanak-kanak dkt negara-negara bergolak ni, aku mesti tahan air mata. Aku terbayang adik aku Johan kat tempat diorang tu. Sedihnye...
Aku hanya mampu mendoakan yg terbaik utk diorang, and kalau syahid tu jalan yg terbaik, aku redha.

AmalinaSamar said...

Tu la kan. Rase macam sakit ke lecur2 kene api sikit rasa macam kecil je kan kalau nak dibandingkan dengan dorang.

I second that. "Kalau syahid jalan yang terbaik, aku redha."

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...