Sunday, 12 August 2012

Mereka itu, kami ini

Sebenarnya sudah banyak catatan kehidupan yang aku lupa untuk karangkan di sini. Idea bertimbun hanya kan muncul apabila mahu melelapkan mata. Niat di hati nak dikarang pada keesokan pagi, tapi idea tu seolah-olah telah bercampur gaul dalam mimpi dan tidur dan terus lenyap dalam kepekatan dan keayikan tidur di waktu malam. heh.

Namun, dengan bantuan gambar-gambar yang ditangkap, yang diupload, aku akan cuba menyorot kembali catatan kehidupan tersebut yang mana aku rasa tiap satunya ada pengajaran dan pengalaman yang cuba disampaikan jika aku amati dengan naluri kesusasteraan aku. ewah.

******************

Ada satu pengalaman yang seakan-akan mahu untuk diingat kembali selepas aku membaca sebuah cerpen bertajuk Seorang Yatim di Pinggir Kali, karya Norziati Mohd Rosman, Pancaindera 5 Ogos 2012.

Diceritakan dalam jalan cerita, seorang kanak-kanak sepuluh tahun dari Rumah Anak-anak Yatim Darul Hanan yang mengalami masalah pertuturan tidak suka dengan kehadiran kumpulan individu yang datang hanya sekejap melawat mereka pada bulan Ramadan untuk meraikan mereka. Sedangkan pada hari-hari biasa, hidup mereka kembali seperti biasa. Kosong dan berseorangan.


Teringat aku ketika kali pertama aku berkunjung ke Rumah Titian Kaseh. Walaupun tujuan utama aku pada ketika itu hanya sekadar untuk mengikuti aktiviti kelab yang aku sertai serta memberi nilai tambah pada personal statement aku, namun aku sedar semua tu tidak patut aku tanamkan dalam diri. Keikhlasan dan ketulusan itulah yang patut aku utamakan.

Mak Pah, pengasas Rumah Titian Kaseh pernah berpesan. Aku ingat lagi. Mak Pah kata, anak-anak kecil ini sebenarnya lebih suka kalau ada yang datang jenguk mereka tiap-tiap bulan. Mereka akan rasa lebih dihargai. Mereka akan lebih tertunggu kedatangan kita. Dan kedatangan sehari kita untuk aktiviti amal sebenarnya hanya akan menimbulkan perasaan sedih pada diri mereka kerana selepas hari itu, kami-kami ini semua akan terus senyap tanpa khabar berita.

Ada betulnya di situ dan aku tak pernah pun cuba menyelami apa yang mereka rasa dengan kedatangan satu hari yang kononnya bersandarkan kerja amal ini.



Dan ini ketika kali kedua aku ke Rumah Titian Kaseh. Kali ini, masih bersandarkan kerja amal bagi kelab yang aku sertai. Aku sudah lupa nama kanak-kanak comel ini. Hanya pada hari itu dan ketika itu saja aku dapat mencurahkan rasa kasih kepada mereka. Hanya pada ketika itu aku dapat memeluk erat dan bermain dengan mereka.

Sehingga ke hari ini, aku dan yang lain-lain hanya sepi tanpa khabar berita. Mungkin alasan sebagai pelajar yang akan kami berikan. Tiada kenderaan, tiada masa. Tapi aku yang sebenarnya silap dari awal kerana tujuan asal aku adalah untuk bergiat aktif dalam kelab. Khilaf aku.

Memori itu semacam kaku dalam gambar. Pada waktu itu dan ketika itu sahaja.

Janji aku pada diri sendiri,
andai aku dewasa nanti dan punya kerja yang tetap, kehidupan yang stabil, aku mahu luangkan masa aku untuk mereka. Seminggu sekali, atau sebulan sekali, yang mana aku sempat yang mana aku mampu. Itu janji aku. Insya-Allah

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...