Sunday, 12 August 2012

Memori yang dipinjam

 Cuti ini banyak aku luangkan masa dengan anak-anak jagaan mak, Amni, Zafran, Rayyan.


Mereka dah aku anggap macam adik sendiri. Atau sepatutnya yang kecil tu macam anak buah sebab Izatie pun lebih kurang berapa bulan muda je dengan Rayyan.

Amni dah 5 tahun. Emak mengasuh Amni sejak lepas pantang lagi. Dalam handphone mak pun ada video Amni belajar nak cakap. Seorang yang sangat petah bercakap kalau sudah kenal lama. Kakak Zafran.

Amni : Kakak tau tak perangi tu ape?
Aku : Perangi? Emm.. perangi tu perang la.
Amni : (Masih tak puas hati dengan jawapan) Perangi tu dekat langit kan kakak.
Aku : La... tu pelangi la Amni
Amni : Oooo.. ha pelangi la Amni nak tanya.
Aku : Amni tau tak perang tu ape? (sekadar ingin menguji)
Amni : Perang tu bunuh orang.
Aku : .... (mungkin itu pemahaman perang bagi seorang kanak-kanak)

Amni memang suka tanya kalau jumpa dengan perkataan baru yang pelik bagi dirinya. Naluri kanak-kanak kan. Suka belajar.

Zafran, 1 tahun lebih
Baru belajar bercakap. Tak banyak yang boleh dituturkan. Sepatutnya mereka anak-anak asuhan ni panggil mak, Mama tapi sebab aku panggil emak, mak, Zafran pun panggil MAK. Mungkin sebab perkataan tu senang dan praktikal. Mak. Mak. Mak. Zafran, Zafran.
Oh, Zafran dekat rumah dipanggil Baby tapi bila dekat rumah sini bila dipanggil Baby, Zafran geleng kepala dan tunjuk pada Rayyan. 

Rayyan, 8 bulan lebih
Seorang bayi yang saaangat aktif. Kuasanya ketika diriba boleh menolak anda ke belakang dengan hanya menolak kepala dan badannya ke belakang. Suka menjilat apa saja yang ditemuinya. Sangat laju menyusur sehingga butang baju boleh terbuka. Boleh menangis dan melalak sekuatnya sambil keluar air mata jika tidak diangkat daripada buaian dan selepas diangkat boleh menukar ekspresi dengan senyuman lebar dan gelak tawa terkekek-kekek.


Hobi Zafran dan Rayyan di waktu lapang. Bermain bersama-sama.

Mereka semua menggembirakan hidup saya pada waktu cuti ini. ^^

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...