Malam itu sepi macam biasa. Diambil bahan bacaan himpunan risalah Hassan Al-Banna. Pada satu bahagian, disebut untuk Manfaatkan Persaudaraanmu di kala mahu membina saf-saf yang kuat, untuk membina satu kekuatan. Macam generasi sahabat-sahabat terdahulu, dikasihnya demi Allah.
Mawar teruskan pembacaan. Kali ini, As-Syahid Hassan Al Banna mengambil daripada ayat al-Quran bagaimana Allah firmankan dalam Al-Anfal ayat 63
Dan Dia (Allah) memepersatukan hati mereka (orang yang beriman) walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi nescaya kamu tidak (juga) dapat mempersatukan hati mereka. Akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Satu mesej masuk dalam inbox Whatsapp
"Hai. Awak buat ape tu?"
"Takde ape. Saje bace buku ni ha."
Mawar kemudiannya menghantar gambar ayat berkenaan dan dihantar kepada sahabatnya yang baru menghantar whatsapp tersebut
"Hai, ade tengah rindu siapa2 ke tu?"
"Hmm takdelah kak. Saje je share ayat ni. Sweet kan?" Sambil diletak emotikon bermata love love.
Belum sempat sahabatnya balas, Mawar sambung lagi
"Akak, pernah tak rasa rindu pada suasana, pada sesiapa tapi rasa je diri perlu move on."
Mawar taip lagi, "Dia rasa macam hmm, nak tegur tapi rasa macam nanti buat apalah nak rasa camtu padahal orang lain tak rasa apa."
Selang beberapa saat, sahabatnya balas,
"Awak nak cakap yang awak rasa rindu tapi tanak cakap. Ego lah ni kiranya eh?"
Haha. Mawar gelak dalam hati.
Sahabatnya sambung lagi, " Kita pun pernah macam tu. Ada suatu ketika tu sampai lama tak contact dengan kawan sendiri sebab taknak rasa attach. Tanak rasa macam kebergantungan akan hilang bila manusia takda di samping kita. Walhal, kebergantungan yang utama hanya pada Allah kan?"
Kali ni Mawar sengih. Sahabat Mawar sedang menaip lagi. Mawar tunggu seketika.
Sahabat Mawar tulis lagi, "Tau tak, lepas tu akak belajar untuk jadi hati batu. Eh tak, maksudnya hati kental. Heh."
Mawar pula jawab, "Kannn. Jomlah jadi hati kental. Lagipun dalam ayat tu Allah dah kata yang Dia yang mempersatukan hati-hati kita kan? Jadi, apa nak takut kita dilupakan manusia kan?"
Mawar sambung dalam hati, sedang aku pun mesti ada je yang terlepas pandang lupa pada orang lain.
No comments:
Post a Comment