Ketika itu, saat menonton 99 Cahaya Di Langit Eropah, aku cukup tak puas hati apabila Fatma bertahun-tahun tak berbalas khabar emel si Hanum.
Bukan susah, nukilkan sahaja apa-apa yang terbuku biar si Hanum tak tertanya-tanya hidupkah ia, sihatkah ia, ke manakah ia. Biar si Hanum tak rasa semacam bertepuk sebelah tangan beriya-iya mahu mengerat silaturahim. Biar si Hanum dapat membantu segala apa yang terbenak di hati Fatma.
tapi baru sekarang aku rasa apa si Fatma rasa, rasa terbuku yang biar tersimpan semacam mahu bebas dengan ikatan dunia. Saat kebergantungan hanya pada Dia, saat meminta-minta hanya pada Dia, saat manusia-manusia tak mampu sama berkongsi rasa.
saat orang lain, hanya tahu yang di penghujungnya.
sebab waktu itu aku rasa Fatma sudah cukup kuat untuk bangkit sendiri dan reda dengan hanya Allah tempat mengadu.
No comments:
Post a Comment