Sunday, 12 August 2012

Mereka itu, kami ini

Sebenarnya sudah banyak catatan kehidupan yang aku lupa untuk karangkan di sini. Idea bertimbun hanya kan muncul apabila mahu melelapkan mata. Niat di hati nak dikarang pada keesokan pagi, tapi idea tu seolah-olah telah bercampur gaul dalam mimpi dan tidur dan terus lenyap dalam kepekatan dan keayikan tidur di waktu malam. heh.

Namun, dengan bantuan gambar-gambar yang ditangkap, yang diupload, aku akan cuba menyorot kembali catatan kehidupan tersebut yang mana aku rasa tiap satunya ada pengajaran dan pengalaman yang cuba disampaikan jika aku amati dengan naluri kesusasteraan aku. ewah.

******************

Ada satu pengalaman yang seakan-akan mahu untuk diingat kembali selepas aku membaca sebuah cerpen bertajuk Seorang Yatim di Pinggir Kali, karya Norziati Mohd Rosman, Pancaindera 5 Ogos 2012.

Diceritakan dalam jalan cerita, seorang kanak-kanak sepuluh tahun dari Rumah Anak-anak Yatim Darul Hanan yang mengalami masalah pertuturan tidak suka dengan kehadiran kumpulan individu yang datang hanya sekejap melawat mereka pada bulan Ramadan untuk meraikan mereka. Sedangkan pada hari-hari biasa, hidup mereka kembali seperti biasa. Kosong dan berseorangan.


Teringat aku ketika kali pertama aku berkunjung ke Rumah Titian Kaseh. Walaupun tujuan utama aku pada ketika itu hanya sekadar untuk mengikuti aktiviti kelab yang aku sertai serta memberi nilai tambah pada personal statement aku, namun aku sedar semua tu tidak patut aku tanamkan dalam diri. Keikhlasan dan ketulusan itulah yang patut aku utamakan.

Mak Pah, pengasas Rumah Titian Kaseh pernah berpesan. Aku ingat lagi. Mak Pah kata, anak-anak kecil ini sebenarnya lebih suka kalau ada yang datang jenguk mereka tiap-tiap bulan. Mereka akan rasa lebih dihargai. Mereka akan lebih tertunggu kedatangan kita. Dan kedatangan sehari kita untuk aktiviti amal sebenarnya hanya akan menimbulkan perasaan sedih pada diri mereka kerana selepas hari itu, kami-kami ini semua akan terus senyap tanpa khabar berita.

Ada betulnya di situ dan aku tak pernah pun cuba menyelami apa yang mereka rasa dengan kedatangan satu hari yang kononnya bersandarkan kerja amal ini.



Dan ini ketika kali kedua aku ke Rumah Titian Kaseh. Kali ini, masih bersandarkan kerja amal bagi kelab yang aku sertai. Aku sudah lupa nama kanak-kanak comel ini. Hanya pada hari itu dan ketika itu saja aku dapat mencurahkan rasa kasih kepada mereka. Hanya pada ketika itu aku dapat memeluk erat dan bermain dengan mereka.

Sehingga ke hari ini, aku dan yang lain-lain hanya sepi tanpa khabar berita. Mungkin alasan sebagai pelajar yang akan kami berikan. Tiada kenderaan, tiada masa. Tapi aku yang sebenarnya silap dari awal kerana tujuan asal aku adalah untuk bergiat aktif dalam kelab. Khilaf aku.

Memori itu semacam kaku dalam gambar. Pada waktu itu dan ketika itu sahaja.

Janji aku pada diri sendiri,
andai aku dewasa nanti dan punya kerja yang tetap, kehidupan yang stabil, aku mahu luangkan masa aku untuk mereka. Seminggu sekali, atau sebulan sekali, yang mana aku sempat yang mana aku mampu. Itu janji aku. Insya-Allah

Kembali

Sudah lama blog ini dibiarkan senyap tanpa sebarang kata yang menyatakan si penulis berehat, penat, atau sudah semakin malas serta ketandusan idea.

Padahal hal yang sebenarnya, penulis sedang bertarung dengan perasaan sendiri sambil membilang hari menunggu keputusan A-Level Edexcel. Kawan-kawan yang mengambil A-Level Cambridge pastinya sedang berdebar-debar-debar dengan keputusan yang keluar esok hari.

Sehinggalah keputusan saya keluar pada 16 Ogos barulah saya berasa tenang dan pada ketika itu mungkin seribu perasaan bakal terluah. Insya-allah saya mengharapkan yang manis-manis belaka, yang indah-indah belaka.

Dan semoga Allah memakbulkan doa hambanya yang kerdil dan lemah ini.
Kurniakanlah kejayaan kepadaku dan rakan-rakanku dalam peperiksaan A-Level ini, ya Allah. Dan Kau tetapkanlah hati kami dalam jalan ini untuk menuntut ilmu dan berjuang di hanya kerana-Mu Ya Allah. 

Thursday, 17 May 2012

Tersepit

Apa yang akan anda lakukan apabila disuruh untuk mengubahsuai rumah yang anda tinggal sekarang namun dalam masa terdekat anda akan meninggalkan rumah tersebut. Anda disuruh oleh seorang individu yang prihatin dengan rumah tersebut yang banyak rosak dan perlu diperbaiki.

Namun anda bukan seorang, ada beberapa kawan serumah anda yang akan turut membaiki rumah tersebut tapi lain orang lain pendapatnya.

Si A kata, "Alah, buat apa kita nak sebok-sebok baiki rumah ni sedangkan kita takkan tinggal kat sini lepas ni?"

Si B pulak kata, "Diorang yang nak duduk sini, diorang lah yang baiki sendiri."

Si C mencelah, "Aku ok je nak tolong. Asalkan dorang tolong sekali."

"Takpelah, dah alang2 kita juga yang sebabkan kerosakan ni semua, jadi kitalah bertanggungjawab, " kata D.

Pada ketika itu, anda rasa berbelah bagi. Kalaupun nak dirikan rumah ni sorang, anda takkan mampu. Namun anda tidak keseorangan sebab ada lagi individu yang prihatin untuk membantu.

Jauh dalam hati anda, anda harap rumah itu siap dibaiki namun dengan cara sepakat.
jauh dalam hati anda, anda nak keluar dari rumah tu dengan hati yang tenang. Demi kebaikan penghuni selepasnya.
Jauh dalam hati anda, anda seperti sudah mahu tutup mata, pekakkan telinga dan lepas tangan daripada semua perkara.
Jauh dalam hati anda, anda menyimpan perasaan putus asa.
Dan jauh dalam hati anda, anda sudah muak dengan urusan yang terbengkalai.

Kalau diberi peluang untuk memilih, cara paling senang, pergi tanpa siapkan apa-apa pun.
Tapi adakah hati akan selesa? Baru dicabar dengan jalan yang susah, hati memberontak untuk putus asa.

Sebab apa?

Sebab jalan menuju kebaikan itu susah, sukar, payah, perlu pengorbanan.
Tambah sukar apabila anda berada dalam perjuangan dunia antara masa kini dan masa hadapan.

Dan lagi satu, sebab harga tiket untuk ke syurga itu mahal.


Wahai orang-orang yang beriman, Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

Muhammad : 7


Tak semua perkara yang dikhabarkan akan ditafsir dengan sempurna.

Sunday, 6 May 2012

Last chapter in UCSI

This chapter has come to an end

Final Chemistry Lab

Pot Luck Gathering with lectures :D

All the best to you guys! and for those that will seat for final A-level and IB exam especially for my dearest schoolmates of STF.
Our journey is still very far...
Insya-Allah semoga kejayaan jadi milik kita bersama

Usaha, usaha, usaha, doa, tawakal

Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkanmu, maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang mukmin bertawakal

[Ali Imran : 160]

semalam yang telah pergi

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

************

Hanya sekadar cebisan lirik Cerita Hati - Hafiz Hamidun

ps : Gelak sikit sambil tersipu-sipu tutup mulut ya. kihkih

Thursday, 23 February 2012

[6]

Jumaat

Sebolehnya aku mahu cepat sampai ke LRT Masjid Jamek. Along mungkin sudah lama menunggu aku di situ.

"Eh, kau kat mane?" suara Wan di hujung talian.

"Err. Baru nak naik teksi ni. Ko solat Jumaat dulu kat masjid Jamek sempat lagi ni. Baru masuk Zohor pun."

Keluar dari pintu pagar Angkasa, satu teksi pun tak kelihatan. Hari Jumaat kan. Solat Jumaat. Pemandu teksi bangsa lain pun mesti tak menang tangan menghantar warga kota ke sana sini ke destinasi masing-masing.

Mulanya, aku bercadang untuk naik teksi di perhentian bas itu. Namun, bas Rapid KL yang berhenti seakan-akan menunggu aku dengan menawarkan tambang RM1 berbanding dengan menaiki teksi, RM5.

Hujan renyai ketika itu. Beberapa orang warga asing yang mana pada perkiraan aku mahu solat Jumaat terkejar-kejar ke bas tersebut. Aku juga tidak melepaskan peluang untuk berlari-lari anak bersama untuk menaiki bas itu.

Sebelum menaiki tangga bas, sempat aku bertanya pada pemandu bas tersebut sama ada bas itu berhenti di LRT BTS atau tak. Dan dia mengiakan.

Selangkah aku naik, aku berkira-kira untuk turun semula. Semua penumpang adalah lelaki. Semua. Namun, apalah dayaku untuk turun semula sedangkan bas sudah mahu bergerak.

Aku tetapkan diri untuk berdiri di depan dekat dengan pemandu bas. Aku buat muka segagah mungkin agar tak kelihatan seperti kecuakkan. Hati memujuk, mereka semua ini dalam perjalanan menuju Allah.

Alhamdulillah. Selamat sampai pun kat LRT BTS. Terus swipe Touch n Go. Destinasi, Masjid Jamek. Keluar dari LRT, pemandangan bawah ke masjid penuh ketika itu. Sangat penuh. Hingga ke keluar masjid. Satu pasangan warga asing sempat menjengah ke bawah dan seperti terpaku seketika.

Aku harap yang mereka lihat dan fikir adalah syumulnya agama Islam. Seluruh muslimin berhenti sebentar dengan urusan kerja dan bersama-sama bersujud kepada Yang Maha Esa. Terus aku cepatkan langkah kaki turun ke eskalator bimbang Along sudah terlalu lama menunggu.

Tapi langkah dan pandangan aku seakan-akan terhenti setelah melalui kawasan berhampiran kaunter tiket. Penuh muslimin bersujud. Di laluan pejalan kaki sebelah jalan raya juga. Aku tahu, mungkin ini perkara biasa bagi warga kota bagi tiap-tiap tengah hari Jumaat. Tapi tidak bagi aku. Suasana ini yang pertama kali aku lihat.

Dan ketika itu, ayat hafazan tingkatan 5 yang menjadi silibus pelajaran, seakan-akan kepingan puzzle minta diselesaikan.



Wahai orang-orang yang beriman ! Apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi, carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung.

[Al-Jumu'ah : 9-10]


Islam itu cara hidup.

Friday, 10 February 2012

Entah.

I just prefer doing something that no one will ever know.

Kan dah kata,
Manusia beku yang halimunan


Air tangan manusia seni

Susunan lagu yang pada mulanya aku rasa macam camca merba
Satu baris merangkak-rangkak aku cuba olahkan
Terlalu metafora. Seperti mahu dibuka semula buku rujukan kajian komsas belek2 yang mana satu hiperbola yang mana satu perbandingan

Berkali-kali dengar aku mula jadi manusia ingin tahu. Makna terselit di baris lagu.
Dan pastilah zaman menekan keyboard hanya perlu bertanya pada saudara Google.
Oh, memang ada insan sang pentafsir. Diolah setiap rangkap, dikupas setiap baris.
Sedikit-sedikit aku dapat gambaran. Bolehlah aku buat kesimpulan mengikut pemahaman aku sendiri.

Lagu apa?

Lagu ini.


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

.....................................




Saturday, 4 February 2012

Racun hati

Tak sukar bercakap yang baik-baik
Tapi sukar untuk bercakap yang tak baik-baik
yang tersurat tu konon tak selari dengan niat
tapi yang negatif takut terjadikan amalan

Sedangkan bakteria dalam badan pun boleh jadi resistant
Inikan pula penyakit keruh dalam hati
Yang pahit pada pandangan
Simpan kemas-kemas dalam hati
Takut kalau diutarakan akan jadi umpatan

*daripada manusia beku yang halimunan, penakut sebab hanya tau monolog dalaman

Tergamak

Khianat manusia kerana iri
Dengki manusia kerana benci
yang haram jadi halal
yang najis jadi wangi
Semuanya demi memenuhi kepuasan hati
Entah di mana rasa bersalah dalam diri
Tergamak merendahkan martabat akal yang diberi
Biar Allah saja yang mengadili...

Al-Fatihah...

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...