Friday, 31 December 2010

さようなら

poyo lah kan nak tulis jepun

5 months passed since I entered UCSI (which I had to google where the uni was situated). UCSI is not that boring though.

Hope Revive Club welcoming party
(the one and only club club I involved, for now)

See, all of us wearing GREEN in Go Green Week, organized by HRC

Sport Carnival. Playing DODGEBALL is cool huh. Haha

Charity Work at Rumah Titian Kaseh. Missed those kids -.-'

Jungle Trekking! Phew~ tawan the Bukit Putih, highest hill in...err Cheras.
(but this one we already in Look Out Point)
Straight away to TS after seated for Physic paper. Thanks to the roller coaster for cleaning up my stomach -.-"

OASIS Annual Dinner. First time organizing event. Thanks guy! Long live the juniors. Tee hee

Attending prom night for the first time in my life. Huh, it IS a dinner actually. And yeah, the theme was Hollywood Glamour. Hahahaha. Nothing to do with me.

And now, time to say goodbye for semester 1. Till we meet again next year


2010 melabuhkan tirai. 2011 bukak balik tirai.
Banyak lagi untuk diteroka
Sikit untuk membuang masa

............................







Wednesday, 29 December 2010

[5]

Tahun 1990-an

Bunga raya merah dipetik. Cukup tiga kuntum, budak itu kembali kepada rakannya yang setia menanti di bahagian tempat letak kereta berek. Oh, tidak lupa juga beberapa helai daun untuk dijadikan pinggan. Bunga tanjung juga dikutip untuk menambah bau dan rasa masakan.

"Nah ni bunga yang awak mintak. Hari ni kita masak sayur eh. Awak dah cari batu dengan alas? Nanti kami nak tumbuk bunga ni."

"Ni batunya. Kita tumbuk atas simen je lah. Nanti kita kaut pakai daun tu,"

Kelopak bunga raya dicerai satu-satu. Kemudian diletakkan di atas simen lalu ditumbuk. Bunga tanjung yang dikutip tadi ditambah dan ditumbuk sama. Pasir ditambah sebagai penambah perisa. Campuran bahan yang telah siap ditumbuk dikaut dengan daun lalu diletakkan di atas daun lain yang diasingkan dalam lima bahagian.

Siap mengisi, makanan dihidang untuk santapan rakan-rakan yang lain.

"Awak, esok kita main lagi eh. Kami tunggu awak semua kat sini jugak. Kita nak main apa eh?"

yang penting bukan computer games
sebab tak pernah ada di fikiran

apa lagi melayari internet
sebab itu bukan pilihan

ataupun PS3
oh, itu terlalu maju mendahului zaman.

* * * * *


Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghozali bertanya....

Soalan Imam al-Ghazali yang kedua

Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid -muridnya menjawab : "Negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang" .
Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawaban yang mereka berikan itu adalah BENAR.
Tapi yang paling benar adalah MASA LALU.











layan sikit la cerita nih.
anda bagaimana?
hahahaha

oh ya, yang kanan sekali tu ANDING budak nerd

Tuesday, 28 December 2010

Monday, 27 December 2010


17 Dec 01:27 am

" Life is no straight and easy corridor which we travel free but a maze of passages, through which we must seek our way, lost and confused, now and again checked in a blind alley. But always, if we have faith, God will open a door for us, not perhaps one that we would ever thought of, but one that ultimately prove good to us."

Thank you [Afza Qistina]

[4]

Kaki melangkah ke wad 9 bersama mak dan ayah. Melawat adik kepada seorang kenalan ayah yang khabarnya kemalangan. Suasana sayu di dalam wad. Si pesakit kaku terbaring bersama isteri yang setia menunggu dengan harapan si suami akan sedar walaupun sesaat.

Namun tiga hari penantian, harapan kian hampa. Si suami kekal kaku terbaring dengan bantuan mesin pernafasan. Oksigen ditujah-tujah masuk untuk memastikan otak berfungsi walaupun harapan untuk sembuh setipis kulit bawang.

Si suami mengalami kecederaan parah, rahang patah dan mengalami pendarahan yang banyak. Si isteri tabah bercerita. Kemalangan itu turut disaksikan si anak yang baru berumur 11 tahun. Bagaikan dihiris sembilu, si anak sayu merangkul bapa dalam pelukan sambil darah mengalir laju. Dengan air mata berjujuran, si anak berlari ke rumah mendapatkan ibunya demi mengkhabarkan kemalangan yang baru berlaku di hadapan matanya.

Harapan untuk hidup sangat tipis. Tiada lagi harapan yang dapat si isteri sandarkan melainkan redha dengan ketentuan Tuhan. Walau hidup sekalipun, kecedaraan yang dihadapi bakal menjadi barah seumur hidup. Si isteri sudah bersedia dengan perpisahan walaupun ianya memeritkan.

Esok menjelang. Si suami disahkan meninggal dunia. Si isteri pasrah kalau memang itu sudah ketentuan Tuhan.

"Di manapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh..."

[An-Nisa : 78]
Ouh. Belek balik novel [tunas] Hlovate, muka surat 221

Situasi
Benz membetulkan letak sila dan letak gitar di tangan.

Padi menjulingkan mata ke langit malam

Kashi yang tengah berdiri bercekak pinggang sebelah tangan dengan sebelah tangan lagi memegang gitar sambil menggeleng.

Kurt membawa kedua-dua belah tapak tangan dibuat ala-ala corong hailer ke mulut.

"Kita Kopitiam malam ni!"

Empty Decoration-Indecisive

I wake in the dark
With showers of life
Moments of emptiness around
Floating away
No other hope
Reality brings me

Into the ground
What can I do
What can I say
I need a place to hide away
Just for a while, just for a smile
Just for a life I used to know

The perfect song were filled with
Words of love and not with anger
What if they go
What if they leave me far behind

'Cause I don't wanna be alone... (uh oh)
Living life for on my own (uh oh)
I don't want to live my life in isolation
Filled with empty decorations
'Cause I want to be with people that I know

Who would do the things I do (uh oh)
Making all my dreams come true (uh oh)
I don't recognize the shadows at my door
Though I've seen them all before
Because the only thing I really want...
Is to be with you...

Ouh,kenapa dunia novel terlalu indah!

Saturday, 25 December 2010

Pie Apple versi karipap

Semalam chat dengan Teyn. Semangat dia promote resipi pie apple goreng yang diorang buat kat bumi irbid tu. Pagi ni aku pun bersemangatlah menyahut seruan cik kecik molek tu dan ni lah hasilnya tara...
Yang ni versi saye dan mak saye

Nampak tak inti dia macam kentang tapi sebenarnya apple yang dimasak dengan gula. Karipap tu ade la 4-5 aku kelim sendiri woo.. Rasanye..nyam nyam nyam~

Yang ni pulak versi Teyn

Dia buat bentuk petak dengan garfu tepi tu. Kiranya aku lagi terer kelim daripada dia r. Haha. XP

Kesimpulannya, ade kelainanlah kalau makan keripap inti apple ni, Walaupun takdelah sampai tahap McD punye tapi untuk santapan di waktu pagi memang sedap~!

*Actually buat apple pie karipap ni sebab nak menghabiskan apple yang dah seminggu beli sampai lebam2 badan dia dah.

Tagged by aero8

Assalamualaikum

Sebenarnya dah lame cik aero tag benda alah ni. Tapi baru sekarang rase nak buat. Heh. Bukan ape, cume rase diri ni tak layak untuk award2 camni. Haha. Tapi takpe, layan zaass. Tapi syarat yang ke-8 tu mungkin tak dapat dipenuhi sebab saye tak layak nak jadi judge ni. Eheh. Setakat suka-suki je boleh la kot. Ok, ni lah award yang dikatakan. Interesting ka? *gelak guling-guling jap.

Oklah untuk memenuhi permintaan si pemberi award, ni lah skema jawapan kepada soalan-soalan korang eh. Bagi markah up sikit eh even dah lame baru nak buat post ni. Eheh

#1 skylifetale.blogspot.com di mata kalian.

Sebuah blog yang agak menarik sebab penulisan merupakan kolaborasi dengan student-student LeBest yang menggelarkan diri mereka aero8. Eh, betullah la kot. Actually, salah sorang ahli kongsi gelap tu housemate aku kat space ni, Anis Nasyitah si perangai pelik. Haha. Sorry. Blog dorang banyak berkisar pasal kehidupan pelajar yang mana majoritinya tengah buat preparation untuk ke luar negara. Huh. Bukan calang-calang mereka ni semua. Dan secara tak langsung kenal la sikit2 kawan anis ni terutama TEHAH UOX. Asal uox? Ntah, itu nama yang anis save kat hp. Hee

#2 name blog anda & kenape anda letak name itu..

Ha, nama blog aku ni agak la panjang nye. Jap eh. Tarik nafas dulu. Esok...Mentari kan Terus Menyinar. Ape ke panjang punye nama da. Tapi ni sebenarnya quote dari buku La Tahzan. Desciption pasal blog tu pun, Kebahagiaan akan menghampiri kerana alam ini berputar, pun cilok dari buku tu. Maksud dia ala-ala hidup ni macam roda la. Kadang ko kat atas. Kadang ko terjelepuk jatuh ke bawah.

#3 name URL blog anda & dari mane datangnya idea tu...

URL blog? Alah senang aje. amalinasamar.blogspot.com. Kenapa letak nama ni eh. Sebab time tu aku takde idea nak letak ape. Tak kreatif nak fikir ayat2 bombastil. Guna je lah nama sendiri. Nak google pun senang. Huh. Perasan.

#4 apekah kaedah dalam penulisan blog anda

Kaedah fikir dan tulis. Kalau boleh nak buat macam dari lensa blablabla. Observe kehidupan orang pastu tulis tapi tak pernah nye nak menjadi sangat. So, jadilah karya picisan yang hampeh lagi tak membanggakan. Mohoho. Plus, suka menterjemah perasaan dengan bahasa yang konon puitis la. Tapi sebenarnya tu semuanya muncul di bawah tahap sedar. Hee.

#5 apa perasaan anda bila tengok blog org chantek & menarik sedangkan blog anda tidak (kadang-kdang blog sendiri menarik tapi merendah diri )

Memang la kadang-kadang rasa iri hati gak. Tapi nak buat camne, bakat orang semua lain-lain. Lagipun, saya menulis bukan constant sangat. Tak kisahlah ada orang nak bace ke idak. Tulis untuk kepuasan diri je kot. Itu yang penting la.

#6 bilakah blog anda diwujudkan

Blog ni wujud time bulan Jun 2010. Waktu tu tengah melangut sebelum dapat tau result JPA dan tengah bersedia kononnya nak masuk PASUM. Tujuan asalnye pun sebab nak publish story tahapehapetah yang bertajuk, Tidak Berpijak di Bumi yang Nyata. Hasil nukilan 4 budak takde keje time form 4.

#7 siapakah org pertama yg tahu dan menjadi follower blog anda

Cik Botox la kot sebab dia yang bersemangat suruh publish karya agung tu. Aku pun waktu tu hanya jadi pembaca blog senyap-senyap je. Jalan-jalan bace blog orang.

#8 sila tag 5 org lain untk menerima anugerah & pas kan syarat syarat ini.

Ha. Yang ni tak dapat dipenuhi la. Sebab tak layak nak judge and bagi anugerah kat orang. Bukan blog cantik-menarik-kau-memang-da-bom pun. Btw, terima kasih aero kerana mentagkan ana.

Friday, 24 December 2010

buat aku tersenyum...

Currently tengah semangat downloading ini cerita. Korea. Again. Tapi ni first time try cube download sendiri maa. Dulu main amek2 saja dari bro, kawan. Kali ni tekad nak try download. Even internet lambat, laju sikit je dari siput, dengan gelabah gong2 tanya bro lepas tu lepas ni nak buat ape. Hjsplit tu nak join camne. Thanks btw. Ahah. Lepas ni boleh buat bisnes besar-besaran untung ribu-ribu punya. Okeyh, tersasar. Taraa...mempersembahkan

Mary Stayed Out All Night


Okeyh. Agak lambat nak masuk line tapi kire masih tak lambat sangatlah. Masih on air lagi belum habis tayang semua episod. Nak cakap banyak pun takde guna. Tengok sendirilah macam mana. Memang buat aku senyum sorang-sorang. Hanya terkesan pada kipas-susah-mati Korea dan cerita korea saja.

Kepada housemate, lepas demam cerita ni

My Girlfriend is A Gumiho


Demam yang sama akan kembali menyerang. Bermulalah satu perjalanan download segala bagai OST Mary ni lak. Trademark jadi ringtone masing-masing. Suara JGS memang lemak berkrim la bak kata cik farah. Korang tunggu aku download eh, karang lepas exam kita layan cerita ni bersama. Tak larat bersama. Excited sama-sama. Eheh. Kalau tak sempat download sini, nanti sambung kat space lak. Yeah! Kali ni, kite tak boleh 'mereka' tengok dulu cerita ni daripada kita. Hahah. Perasan ade orang dengki.

Lepas ni demam ape polak? Ok. Kita nantikan.

Thursday, 16 December 2010

[3]

Ligat tangan ayah menukar gear sebelum stereng dipulas ke kiri dan masuk ke simpang pekan Slim. Tanpa ditanya, ayah membuka bicara

"Malas nak ikut jalan terus tu sebab ada trafik light."

Ok. Saya faham.

Pekan Slim bukanlah besar sangat. Kecil dan kompak. Mudah untuk dibawa ke mana-mana. Erk. Bangunan-bangunan lama masih dikekalkan dengan reka bentuk tipikal yang selalu jumpe kedai lot kat pekan-pekan lama.

Kereta meluncur perlahan melalui jalan yang sebelahnya deretan kedai. Dari kejauhan, nampak seperti bungkusan hitam kat tengah jalan. Apa pun aku tak pasti. Sewaktu kereta ayah dipandu bersebelahan betul-betul dengan objek hitam tersebut. Masyaallah.

Anak kucing.

Nampak sudah tidak bernyawa dan seperti baru dilanggar. Terlantar kaku di tengah jalan. Kesal. Terkilan. Aku hanya melihat. Entahkan masih hidup atau tak. Pandangan dibiarkan berlalu...

Itu cerita anak kucing, yang mana mungkin mengikut telahan aku masih bertatih untuk mengecap kehidupan namun Allah lebih mengetahui.

Tapi ini cerita bayi. kebejatan sosial yang tiada sudah-sudahnya. Berita muka depan harian metro

Kaki pancing menangis teresak-esak lenyek bayi.

Astagfirullah. Tajuk besar yang cukup padat tu pun dah buat hati sayu dan ngeri. Bungkusan hitam yang disangka sampah ditengah jalan rupa-rupanya mengandungi bayi kecil yang baru dilahirkan. Masih bertali pusat namun menjadi mangsa manusia yang tak berperikemanusiaan. Berani buat tapi tak berani tangung. Nak menuding jari pun tak berguna. Sudah banyak dibahaskan namun kebejatan sosial macam racun yang tiada penawar.

Dunia akhir zaman.

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...