Saturday, 30 August 2014

Makna-i

"Nanti sebelum mula belajar, sebelum mula baca buku, solat taubat pada Allah, minta pada Dia tunjukkan jalan keluar.."

Perbualan di luar kedai Uncle B fish and chips di kawasan Rusholme dengan kakak Z yang berlaku tanpa dirancang sebenarnya Allah dah susun cantik-cantik

Kakak Z sambung lagi, "...Boleh jadi, susahnya kita menimba ilmu, susahnya kita menghafal ilmu-ilmu sebab dosa-dosa kecil yang hadir tanpa kita sedari. Itu dulu apa yang mak akak kata, yang mak akak selalu pesan,"

Pandangan terus dialih pada orang yang lalu lalang. Entah. Butir-butir jernih yang bertakung di butir mata sempat ditahan daripada terus melimpah.

*diam sejenak

Perbualan disambung. Kali ini lebih mencucuk-cucuk jantung untuk difikir dan dihadam jelas.

*diam dan hadam

Balik ke rumah, cuba aku memaknai perkataan TAUBAT. Allahu. Kenapa perkataan itu masih belum mencucuk jantung. Kenapa perkataan tu tak mampu buat aku sujud lama dan beristigfar banyak.

*pause

dosa-dosa lampau yang tanpa kita sedari atau kita sedari tapi kita buat lagi

Jawapan yang mungkin core problem...

...IKHLAS itu masih perlu disemi rapi

____________________________________________


Sebenarnya aku lupa yang Allah dah bagi dalam manual hidup, cuma aku yang jarang cari,

"maka aku berkata (kepada mereka), Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun,
Niscaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu,
Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu."
[An-Nuh : 9-12]

dan ini, Tadabur of the day yang buat aku terpempan sendiri

Taubat. Minta ampun pada Allah. Nanti kesenangan itu Dia akan beri. Kalau dalam Al-Quran Allah gambarkan hujan, kebun dan sungai sebagai nikmat-nikmat dunia tapi kalau dalam situasi kita sekarang, nikmat dunia boleh Allah manifestasikan dalam pelbagai cara, dalam pelbagai bentuk,

yang kita terkadang lupa

Dia boleh tarik balik nikmat tu

pada bila-bila masa...




Baitur Rizq 1.0 dalam kenangan 

Wednesday, 16 April 2014

[Sesak]

Dah lama aku nak buat macam ni. Tulisan dalam lukisan. Tapi sebab aku tak pandai melukis. Jadi.... 

Jazakillah Diyana for the doodle. Padahal dia yang offer bagi quote. Wahaha. Kiranya cam tumpang sekaki je.



Aku pun. Dia pun. Mereka pun. Cerita kita, ada yang pusing sama.

Siapa mahu, sekadar bertatih 
bila dia tahu yang ---
dia boleh berjalan dan terus berlari


______________________________

ps: best jugak buat siri2 refleksi macam ni

Tuesday, 15 April 2014

Prolog SCUK 2014

lihat diri
bertatih kah kau masih
atau
berlari macam dia
yang dulu kau jumpa
gagah cuba bangun

lihat diri
lajukah langkah
bila disua seribu kata
ditelan seribu bicara
didatang seribu liqa

yang keluar,
tak pun terkeluar.

kau tipu apa?

_________________________

Pasca puisi
Belchamps Scout Center, Essex
SCUK 2014




Thursday, 3 April 2014

mendefinisi waktu lapang

Tahu aku rindukan apa?

Waktu dulu, yang mana tak pernah hirau untuk online FB selalu
Waktu definisi online hanya bila aku buka laptop

seminggu tidak online?
ah. tiada masalah
buku kan ada
tv kan ada.
Al-Quran kan ada. T_T
keluarga, amni, zafran kan ada
kawan serumah kan ada

sekarang
mahu aku campak saja
benda kotak skrin sesentuh itu 
yang selalu buat aku leka
selalu buat ruang tak bernyawa

ah.
sekarang?
masih kau nak salahkan teknologi?
kenapa kau tak salahkan diri?

Wednesday, 2 April 2014

ruang nyawa

pasti rimas bukan
bila kau pulang ke rumah
hempas badan ke katil
golek sana golek sini
skroll handphone atas bawah sampai bateri menjerit kehabisan
lepas tu kau bangkit

360 darjah kau pusing
hanya bilik kecil yang kau nampak

sebab ruang yang lain
rasa tak bernyawa
walhal ruang yang lain
patut ada nyawa

ah. 

Friday, 7 February 2014

yang tersimpan

Rupanya tanpa sedar
aku cenderung mengarang lagu dan menulis lirik rupanya.

Haha.

Aya Sofea. NISE.

mereka yang terkumpul kerana minatnya sama. Heh


kau pilih merangkak atau berlari?

Ada suara tanya

"Kau dulu macam mana?"

"Entah. Aku dulu masih aku yang sekarang. Statik yang payah untuk gerak."

aku rasa aku belum tertampar
atau sebenarnya
aku yang belum cukup berusaha

sila tampar dan sedarkan aku sekarang

Cukuplah merangkak
Mari
Mari berlari menuju sorga

Thursday, 30 January 2014

Bila terluahkan yang tak sepatutnya
kau digelar begitu.

Sentap.

Salah bicara sebenarnya
memuntahkan rasa yang
terpalit lumpur hitam

heh/

Lepas ini jangan bercakap---

bercakap yang tak sepatutnya.

________________

Menulis nota renyuk yang hanya kau sorang paham kadang terkesan bila kaubercerita tanpa perlu memuntahkan semua
... dan tanpa perlu membuka aib di dada dengan sumpahseranah kau-sialan
... dan cukup buat kau ingat kau telah dijentik dengan satu peringatan

yang hanya Dia dan kau faham

Monday, 20 January 2014

Racun Penawar

Hati kalau dihiris pasti terluka
Kalau tertoreh pasti berdarah
Tapi luka itu sekejap
Sakit sementara untuk buat kau belajar
Hidup bukan selalu yang kau impikan
Merendahkan ego bukan sukar
Cuma perlukan sedikit rendah diri
Hipokritlah aku mendabik dada rasa betul
Busuk hati aku
Kalau jiwa tak disirami dengan

kalimah Astagfirullah


Dulu punya ni. Simpan dalam draft sebab dia dibukukan dalam satu buku. kehkeh. Perasan. Ok. Boleh post balik kat sini.

Di luar kotak realiti

Tiap kali malam menyapa, bibit-bibit alpa terus segar.
Segar aku dalam tidurku dek terbuai dunia di luar kotak realiti.

Kelmarin aku kembali ke masa lampau.
Semalam aku melangkah ke masa depan.
Hari ni aku terkedu dengan ujian.
Dan esok masih terbuku untuk dikarangkan.

Permainan tidur. Suka aku kalau ianya indah.
Peringatan buat aku kalau ianya gundah.

Tapi aku takut kalau aku terus ternanti-nanti malam untuk dibuaikan.
Takut aku alpa dengan permainan tidur yang terlalu mengasyikkan.
Takut aku bangun pada paginya, semuanya jadi gelap.



"Tiada satu detik pun di dunia ini menyerupai kenikmatan yang dirasai oleh ahli syurga kecuali apa yang dirasai oleh golongan yang berjaya memujuk hati-hati mereka untuk merasai kenikmatan bermunajat di waktu malam"

[Kitab Ihya' Ulumudin]
Qiamulail - Perintah yang ditinggalkan


Peringatan untuk aku.

Dulu punya ni. Simpan dalam draft sebab dia dibukukan dalam satu buku. kehkeh. Perasan. Ok. Boleh post balik kat sini.

21 Rejab 1432H

Friday, 17 January 2014

[7]

Sudah lama aku tak bercerita gaya begini. Jadi, aku kumpul cerita itu dalam label Nota Pendek Kehidupan dan ini cerita aku yang ketujuh.

________________________________________

Granada.

Bukan senang mahu jumpa kedai makanan halal di sini. Apatah lagi yang murah dan berpatutan. Awal-awal lagi tugas mencari kedai makanan halal sudah dibahagikan kepada Syafiyyah dan Mimi. Alhamdulillah. Tidak sesukar mana pun untuk mencari. Berpandukan GPS dan gerak hati sampai kami di kedai makanan halal.

Kedai kebab yang satu ini tak berapa jauh dari tempat penginapan.

Sepanyol. Kekangan komunikasi adalah yang paling mencabar.

"Kedai ini halal?" sempat kami tanya pada pemilik kedai kebab berkenaan. Semestinya bukan dalam bahasa Malaysia.

Si pemilik kedai angguk. Alhamdulillah. HALAL. Satu perkataan yang semua Muslim akan tahu makanan itu boleh dan selamat dimakan. Itu baru sepatah dua perkataan yang mutual. Kalau semua orang Islam tahu berbicara Arab, subhanallah! Senang bila bersua. T_T

Komunikasi dengan pembuat kebab itu sangat terhad. Ingin rasanya berbicara walau sekejap. Bertanya pasal Islam. Bertanya pasal dari mana asalnya.

Entah aku lupa macam mana tiba-tiba boleh bermula komunikasi antara kami dan si penjual kebab selepas makanan ditempah.

Dia kata asalnya dari Syria tak silap. Dulu belajar di universiti di Sepanyol.

... dan antara butiran percakapannya antara dengar dan tidak, aku dengar dia kata semua keluarganya sudah meninggal dunia. Sebab waktu itu yang tertangkap di telinga hanya perkataan "Mosque" dan "kill". Si pekedai juga mengisyaratkan seperti tangan memotong leher dan kepala tersendeng ke sebelah.

Kebab yang masih berbaki aku suakan ke dalam mulut. Perlahan aku kunyah dan telan. Pada masa yang sama aku cuba menghadam cerita kehidupan si pemilik kedai kebab.

Mungkin dia sudah lama di Sepanyol dan untuk kembali ke negaranya tidak mungkin kerana dia sudah tidak punya apa.

... dan kemungkinan itu terus tidak berjawab.

_____________________________

Sebenarnya agak teruja bila terjumpa masyarakat Islam di Sepanyol. Alhamdulillah di Granada ramai orang Islam dan kalau berjumpa, disapanya kami dengan salam. Tidak seperti di Seville dan Malaga yang mana kehadiran kami dibalas dengan pandangan yang asing dan janggal.

Heh, memanglah! Dah muka pelancong. Cakap bahasa yang mereka tak faham. Memang orang pandang asing.

Bukan. Maksud saya jauh lagi dari itu. Tentang asing dan janggal itu.

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...