Sesi tersebut bukan ceramah namun lebih kepada penceritaan keadaan sebenar Iraq yang dicerita sendiri oleh warga Iraq dalam bahasa Arab dengan penterjemahan terus kepada bahasa Melayu.
The Humanitarian Situation in Iraq.
Anjuran Lujnah Iraq, Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa IKRAM
Cukuplah apa yang aku dapat simpulkan
- Neraka dunia dalam penjara cukup meruntun hati.
- Warga Iraq sekejam-kejamnya ditindas
- Senjata mereka hanya bom tangan bukan kereta kebal
- Mati syahid adalah sumber kekuatan
- Golongan kurang upaya sudah kekeringan air mata untuk menahan kesakitan
- Syahidnya salah seorang anggota keluarga diterima dengan penuh keredaan walau sakit untuk ditelan
- Tertindas di tanah air sendiri
- Sesiapa sahaja boleh berperang asalkan punya keberanian
Pengganaskah Islam kalau bangkit untuk mempertahankan tanah air sendiri?
Dunia sedia maklum yang ditindas bukan di negara mereka tapi di negara yang mereka anggap pengganas.
Adilkah kalau mereka guna kereta kebal dan peralatan canggih sedangkan hanya dibalas dengan bom tangan buatan sendiri?
Berapa sangatlah nisbah kematian mereka kalau nak dibandingkan dengan kematian yang telah mereka sebabkan.
Masanya akan tiba. Hijab kebenaran pasti akan tersingkap. Dunia akhir zaman dan itu memang satu kepastian.
Kerdil rasa diri kerana hanya doa yang mampu aku panjatkan.
Iraq Salam membuka ruang kemanusiaan. Insya-Allah niat yang baik akan dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment