Friday, 21 January 2011

Waktu Itu


Aku ada kawan. Lima tahun aku kenal sampai masa aku dan mereka ikut laluan sendiri. Walau besar jarak fizikal aku dan kawan tapi aku tak pernah lupa yang aku pernah ada kawan. Dan hari itu, aku cuba catat balik sejarah aku bersama mereka. Sehari ibarat sedetik bagi aku. Sekejap tapi cukup buat aku tersenyum hingga hari ini. Terima kasih kawan.

Bersantapan di Ayam Penyet.

Pecubaan pertama aku naik mende alah skaters ni berjaya

Ni ha muka-muka hampa kerana ketidakberhasilan memanjat ape-tah-taktau skaters tu.
Tyah, Botox. Nanti aku datang sana lagi korang mesti duduk di puncak ini ya. Hee.



Ahad
Bermalam di Intec, menginap di asrama Tyah. Bangun pagi dengan hasrat nak berjoging kat taman luar kolej. Padahal lebih banyak jalan. Ambil angin sambil cerita tentang kehidupan masing-masing. Tak sampai satu round, singgah jap kat satu warong mak cik ni. Tapau nasi lemak bungkus.

Morning stroll diteruskan. Suasana kat taman tu memang la meriah aii. Masyarakat daripada segenap golongan bertungkus lumus menyihatkan diri dengan senaman dan joging. Seruan kerajaan menjalani Gaya Hidup Sihat disahut sebulat suara oleh masyarakat sana. Salute la itu penduduk!!

Kebetulan pulak masa aku datang sana, adalah satu golongan ni anjurkan senamrobik. Aku yang teruja macam berkenan nak join dua kaki. Nasi lemak letak kat satu bench kat bahagian belakang court. Kitorang pun dengan sebulat suara masuk je line. Takdenye orang nak marah. Terasa sihat ha sampai berpeluh satu badan. Last part tu, diorang masuk line poco-poco. Hentam je la weyh. Aku step pun tak pernah hafal. Mana ade aku aplikasikan dalam kehidupan step poco-poco ni. Orang pusing belakang kitorang ikut tapi...

Weyh, ape burung gagak tu buat dengan food kite?

Burung gagak dah sedap-sedap patuk nasi lemak. Memang rezeki ko la encik gagak oii. Donat Tyah dan nasi lemak Izzati telah terkorban menjadi santapan burung gagak.

...dan mereka terpaksa beli lagi.


Tidak ketinggalan, Maisarah, Xylem, Didy

Aifa Farihah

Kawan punya kawan
Tehah
Nabihah

Sekejap tapi cukup bermakna.


Meet Ayam penyet. Bila lapar memang sedap. Kalau kenyang, biasa saja.

Pergh. Makan ABC kat seksyen 2, Fradoo. Memang terangkat la weyh. Mane nak dapat ABC spesel dengan ais krim topping, cokelat dan pelbagai juadah kecil-kecilan hingga penuh mangkuk dengan harga RM3? Fuhh~ cayalah Fradoo.



Petang tu perjalanan diteruskan ke UIA

Afiqah ~ terima kasih belanja makan
Aimi, Jieha ~ terima kasih sudi bawak round uia
Fairuz, Karen ~ terima kasih kerana meluangkan masa

Hajar dan Afiey main basketball.

Anis Adawiyah, Fitted



Terima kasih semua. Kalau senang nanti aku datang lagi. Korang jemputlah ke tempat aku pulak. Nanti aku try masakkan apa-apa yang spesel. Huh. Perasan terer masak. Datang tau! Boleh jumpe nigers kat sini. Hahaha

No comments:

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...