Wednesday, 15 August 2012

Small steps for big changes

I still remember when I was in form 4 and form 5, everyone in my school was talking about K-Pop. How contagious K-Pop until me myself got infected. The first Korean music video I watched to in my secondary if I'm not mistaken is Timeless. I don't take much attention who was the singer as I just enjoyed the plot in the music video. The video is not like the one that most of K-Pop groups done today. Good choreography, movement and even the outfit. 

After that, I started to listen to Big Bang's songs. I don't know among the premier K-Pop groups, I listened to Big Bang's songs the most. I updated their new songs, download it and replay in my mp3. It just happened so sudden that I didn't realize that I had addicted.

The Korean wave ten continue to infect me. I gave myself a chance to introduce to other K-Pop group such as 2 PM, Beast, CN Blue. You name it. I even updated their stories in blogs.

Not just that, I also watched to Korean drama. Enjoying every episode which can be 20 episodes long. Until now, I still think why I have the time to download the Korean drama. Waiting about 1 hour to complete 1 episode and regularly monitoring the laptop in case the downloading process might crash. Whew~ I could use the time for other purposes.

And I still feel guilty for dragging some of my friends to K-Pop who do not have much interest on K-Pop at first.

Small steps for big changes

**********

But it was a past story. Now I'm not that curious to know about K-Pop music, yet I'm still update a few new songs by Big Bang. I wish I can stop completely.

Maybe because currently they have been a lot of groups are born. 
Maybe I'm tired of listening to something that only comfort my ears but not my soul.
Maybe I feel something is not the right when I just listen to the song without knowing the meaning.
Maybe my mind has started to think why am I idolized their appearances but give nothing beneficial for me.

And maybe He has opened my heart to listen and saying something that is more beneficial to my soul.

Zikrullah.

How has I ruined my life the past few years doing something that does not given 'rewards' and investment for now and hereafter.

"...(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
[Ar-Rad : 28]

I hope that He will give me the strengh to istiqamah. Insya-Allah.. Ameen.
Together, let's us strive for Jannah!!

Note to myself.

Tuesday, 14 August 2012

Ruh Ramadan

25 Ramadan 1433H

Kali terakhir aku dalam bulan Ramadan penuh bersama keluarga adalah ketika darjah 6, tahun 2004 dan selepas itu sehingga tahun 2011, bulan Ramadan aku sambut dengan kawan-kawan di sekolah dan kolej.

Pengalaman Ramadan sebelum itu tak banyak yang aku ingat. Mungkin kerana masa kecil aku tak banyak didedahkan dengan istimewanya bulan Ramadan. Lain dengan anak-anak zaman kini yang masih kecil sudah mengkhatam al-Quran malah menghafaz al-Quran. Subhanallah hebat adik-adik kini. 

Memori yang masih ada adalah ketika aku darjah 6 dan sebelum ke surau berek polis, aku akan panggil "Aifa, Aifa" dari bawah blok F sebelum kami sama-sama menuju ke surau.

Kalau di SEKOLAH MENENGAH dulu, solat tarawikh adalah yang pastinya ditunggu-tunggu ketika bulan Ramadan. Diimamkan oleh Ustaz Amin atau Ustaz Ruzaiza atau Pak Kamil (cikgu Fizik sebenarnya) yang majoritinya makmumnya adalah pelajar perempuan. Roh Ramadan di sekolah lebih terasa kerana kakak-kakak EDAR dan ustaz-ustazah mengisi Ramadan kami dengan perkara bermanfaat.

Petang kami bertadarus. Kadang-kadang menonton Jejak Rasul bersama. Khamis malam Jumaat aktiviti MUFAZ diisi dengan pengisian daripada ustaz. Di hujung Ramadan ada Majlis Khatam Al-Quran. Kadang-kadang ada Qiam berjemaah. Bersendiri itupun kalau ada kawan kejutkan.

Di KOLEJ, Ramadan bagi aku pun ada roh kerana masing-masing berlumba-lumba untuk beribadah. Kalau seorang kawan mengaji selepas setiap solat fardu, rasa rugi kalau tak mengaji sama. Kalau ada yang bangun Qiam dan sahur, rugi kalau tak join sama. Sungguh manis rasa bila sama-sama tunggu Subuh masuk dan solat berjemaah di ruang tamu sambil sofa-sofa ditolak ke tepi yang mana imam akan bergilir-giliur mengikut bilik.

Solat tarawikh pula bergilir-gilir mengikut rumah yang mana selepas itu tuan rumah perlulah menjamu sedikit moreh selepas solat. Imam dan makmum sudah semestinya majoriti perempuan.

Namun, kenapalah eh dah hujung-hujung nak habis a-level, kami baru rasa nak berjemaah Maghrib dan Isyak? Padahal sebenarnya punya masa yang cukup banyak untuk berjemaah setiap solat fardu. Kesal dengan diri sendiri. Kan 27 tu lagi banyakkkk daripada 1? Bukan susah pun kan. Hmm..

Dan tahun 2012 ini, satu bulan penuh Ramadan saya disambut di rumah. Alhamdulillah masih mempunyai kudrat untuk solat tarawikh di surau Kampung Kurnia yang mana majoriti makmumnya golongan-golongan emas. Subhanallah masih bertenaga mereka untuk sama-sama solat jemaah.  

Harapan ramadan tahun hadapan, semoga saya masih terus mempunyai kudrat untuk melakukan solat tarawikh dan amalan-amalan yang bermanfaat dengan kesedaran Ruh Ramadan yang lebih mendalam.
Semoga saya lebih menghargai Ramadan dan tak mensia-siakan kedatangannya yang sekali dalam setahun.
Semoga saya diberi peluang untuk bertemu Lailatul Qadr dan beribadah dengan penuh kekhusyukan tanpa ada rasa mengantuk atau sayang pada tidur.

Dan. Semoga saya ketemu lagi dirimu, Ramadan.

**************

Q : Kenapa Lailatul Qadr itu diturunkan kepada umat Nabi Muhammad?
A: Kerana Lailatul Qadr adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan purata umur umat Nabi Muhammad adalah 60-70 tahun sedangkan umur umat terdahulu beratus tahun. Maka, beruntunglah orang yang bertemu Lailatul Qadr kerana amalan yang dilakukannya umpama amalan yang dilakukan selama seribu bulan. Wallahualam.

- Diulas berdasarkan jawapan dalam Tanyalah Ustaz.

Mujahid Kecil

Bermain dengan kanak-kanak memang sungguh melekakan. Tiap kali  aku terpandangkan anak kecil, tidak kira di jalanan, di pasar lambak atau sedang dipimpin oleh ibunya, mata aku takkan lepas untuk memandang menoleh sambil buat muka hai-adik-comel. Walaupun kadang-kadang reaksi yang akan aku dapat berbeza-beza, ada yang membalas balik lambaian, ada yang hanya tertunduk malu dan ada juga yang jual mahal kerana diri terlampau comel dan selalu menjadi perhatian masyarakat sekeliling, namun kau tak kisah sebab kanak-kanak lah yang takkan berfikir apehal-kakak-sorang-ni-tegur-aku.

Namun, ini cuma situasi di Malaysia. Sebab apa? Sebab aku belum pernah ke negara lain untuk melihat perangai kanak-kanak comelnya.

Bukan itu yang aku cuba sampaikan. Cuma kalau diperbandingkan situasi kanak-kanak di Malaysia dan di negara-negara yang sedang bergolak pasti banyak bezanya. Syria. Palestin. Rohingya. Banyak lagi. Anak-anak di sana sedari kecil ditanam istilah JIHAD. Ada yang masih kecil sudah bersama dengan tentera bebas. Ada yang dari kecil sudah bersedia untuk menjadi mujahidah. Masya-Allah. Dalam tulus hati kecil mereka, berani untuk syahid kerana Allah.

Kadang-kadang anak kecil yang aku tegur, malu-malu dan menyorok di belakang ibu bapa mereka. Mungkin kerana muka aku kelihatan seperti Kak Ros Upin Ipin yang garang dan mahu memarahnya. Namun, tiada lagi istilah melindungi diri bagi kanak-kanak di Syria apabila mereka dan keluarga mereka turut sama dibom. Hanya syahid yang menanti mereka.

Sadis jika aku sedang bermain dengan Zafran dan Rayyan dan terbayang sekecil mereka yang tak tahu apa-apa dibunuh dengan kejam.

Cuma yang aku pelik, kenapa media massa menggelar mereka yang berjihad untuk bebas daripada belenggu kekejaman sebagai PEMBERONTAK. Seakan-akan menyatakan kebangkitan mereka adalah untuk menentang kerajaan. Seakan-akan mereka tidak berhak menyerang tentera kerajaan yang sebenarnya lebih banyak telah menyerang penduduk tempatan.

TENTERA PEMBEBASAN SYRIA. Itukan lebih adil.

Aku pernah terbaca satu pos ini


Kenyataan berbentuk fitnah yang dikeluarkan oleh sebuah page terhadap mujahidin Syria dan juga perjuangan rakyat yang telah mempersembahkan beribu-ribu syuhada' dalam menuntut keadilan dan kebebasan.

Bukan soal pihak pemerintah ataupun pembangkang, tetapi soal kezaliman regim Basyar terhadap saudara seakidah dengan kita yang wajib untuk kita menyatakan sokongan dan dokongan terhadap mereka tidak
kira siapa kita.

Bukankah nabi S.A.W pernah bersabda :

"من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم"

Bermaksud : "Barangsiapa yang tidak mengambil cakna tentang perihal saudaranya yang lain, maka mereka bukan dari kalangannya (Muslimin)"

(Al-Hadith)


Sesungguhnya kita akan dipersoalkan di akhirat kelak terhadap apa tindakan yang telah kita lakukan apabila saudara kita dizalimi dan ditindas.
Sumber: [link]
*********
Tidak tahu dan tidak mengambil tahu itu berbeza. 
Tahu tapi tak buat serta tahu dan buat sesuatu itu berbeza.
Jangan diharap maklumat dan berita akan datang sendiri depan mata kalau tak dicari.
Jangan dibilang "Aku tak tahu pun pasal tu" kalau tidak mengambil tahu.

Tapi mungkin ramai di antara kita yang tahu tapi cuma tak tahu bertindak bagaimana.
Macam aku.
Mungkin juga ramai yang tahu dan dalam lafaz doanya disertakan buat saudara-saudara di sana. Insya-Allah itu kami.

Sunday, 12 August 2012


Saya harap semua ini akan bersatu semula. Saya harap. Dengan izin Allah.





Bersatu di jannah juga...

Memori yang dipinjam

 Cuti ini banyak aku luangkan masa dengan anak-anak jagaan mak, Amni, Zafran, Rayyan.


Mereka dah aku anggap macam adik sendiri. Atau sepatutnya yang kecil tu macam anak buah sebab Izatie pun lebih kurang berapa bulan muda je dengan Rayyan.

Amni dah 5 tahun. Emak mengasuh Amni sejak lepas pantang lagi. Dalam handphone mak pun ada video Amni belajar nak cakap. Seorang yang sangat petah bercakap kalau sudah kenal lama. Kakak Zafran.

Amni : Kakak tau tak perangi tu ape?
Aku : Perangi? Emm.. perangi tu perang la.
Amni : (Masih tak puas hati dengan jawapan) Perangi tu dekat langit kan kakak.
Aku : La... tu pelangi la Amni
Amni : Oooo.. ha pelangi la Amni nak tanya.
Aku : Amni tau tak perang tu ape? (sekadar ingin menguji)
Amni : Perang tu bunuh orang.
Aku : .... (mungkin itu pemahaman perang bagi seorang kanak-kanak)

Amni memang suka tanya kalau jumpa dengan perkataan baru yang pelik bagi dirinya. Naluri kanak-kanak kan. Suka belajar.

Zafran, 1 tahun lebih
Baru belajar bercakap. Tak banyak yang boleh dituturkan. Sepatutnya mereka anak-anak asuhan ni panggil mak, Mama tapi sebab aku panggil emak, mak, Zafran pun panggil MAK. Mungkin sebab perkataan tu senang dan praktikal. Mak. Mak. Mak. Zafran, Zafran.
Oh, Zafran dekat rumah dipanggil Baby tapi bila dekat rumah sini bila dipanggil Baby, Zafran geleng kepala dan tunjuk pada Rayyan. 

Rayyan, 8 bulan lebih
Seorang bayi yang saaangat aktif. Kuasanya ketika diriba boleh menolak anda ke belakang dengan hanya menolak kepala dan badannya ke belakang. Suka menjilat apa saja yang ditemuinya. Sangat laju menyusur sehingga butang baju boleh terbuka. Boleh menangis dan melalak sekuatnya sambil keluar air mata jika tidak diangkat daripada buaian dan selepas diangkat boleh menukar ekspresi dengan senyuman lebar dan gelak tawa terkekek-kekek.


Hobi Zafran dan Rayyan di waktu lapang. Bermain bersama-sama.

Mereka semua menggembirakan hidup saya pada waktu cuti ini. ^^

Mereka itu, kami ini

Sebenarnya sudah banyak catatan kehidupan yang aku lupa untuk karangkan di sini. Idea bertimbun hanya kan muncul apabila mahu melelapkan mata. Niat di hati nak dikarang pada keesokan pagi, tapi idea tu seolah-olah telah bercampur gaul dalam mimpi dan tidur dan terus lenyap dalam kepekatan dan keayikan tidur di waktu malam. heh.

Namun, dengan bantuan gambar-gambar yang ditangkap, yang diupload, aku akan cuba menyorot kembali catatan kehidupan tersebut yang mana aku rasa tiap satunya ada pengajaran dan pengalaman yang cuba disampaikan jika aku amati dengan naluri kesusasteraan aku. ewah.

******************

Ada satu pengalaman yang seakan-akan mahu untuk diingat kembali selepas aku membaca sebuah cerpen bertajuk Seorang Yatim di Pinggir Kali, karya Norziati Mohd Rosman, Pancaindera 5 Ogos 2012.

Diceritakan dalam jalan cerita, seorang kanak-kanak sepuluh tahun dari Rumah Anak-anak Yatim Darul Hanan yang mengalami masalah pertuturan tidak suka dengan kehadiran kumpulan individu yang datang hanya sekejap melawat mereka pada bulan Ramadan untuk meraikan mereka. Sedangkan pada hari-hari biasa, hidup mereka kembali seperti biasa. Kosong dan berseorangan.


Teringat aku ketika kali pertama aku berkunjung ke Rumah Titian Kaseh. Walaupun tujuan utama aku pada ketika itu hanya sekadar untuk mengikuti aktiviti kelab yang aku sertai serta memberi nilai tambah pada personal statement aku, namun aku sedar semua tu tidak patut aku tanamkan dalam diri. Keikhlasan dan ketulusan itulah yang patut aku utamakan.

Mak Pah, pengasas Rumah Titian Kaseh pernah berpesan. Aku ingat lagi. Mak Pah kata, anak-anak kecil ini sebenarnya lebih suka kalau ada yang datang jenguk mereka tiap-tiap bulan. Mereka akan rasa lebih dihargai. Mereka akan lebih tertunggu kedatangan kita. Dan kedatangan sehari kita untuk aktiviti amal sebenarnya hanya akan menimbulkan perasaan sedih pada diri mereka kerana selepas hari itu, kami-kami ini semua akan terus senyap tanpa khabar berita.

Ada betulnya di situ dan aku tak pernah pun cuba menyelami apa yang mereka rasa dengan kedatangan satu hari yang kononnya bersandarkan kerja amal ini.



Dan ini ketika kali kedua aku ke Rumah Titian Kaseh. Kali ini, masih bersandarkan kerja amal bagi kelab yang aku sertai. Aku sudah lupa nama kanak-kanak comel ini. Hanya pada hari itu dan ketika itu saja aku dapat mencurahkan rasa kasih kepada mereka. Hanya pada ketika itu aku dapat memeluk erat dan bermain dengan mereka.

Sehingga ke hari ini, aku dan yang lain-lain hanya sepi tanpa khabar berita. Mungkin alasan sebagai pelajar yang akan kami berikan. Tiada kenderaan, tiada masa. Tapi aku yang sebenarnya silap dari awal kerana tujuan asal aku adalah untuk bergiat aktif dalam kelab. Khilaf aku.

Memori itu semacam kaku dalam gambar. Pada waktu itu dan ketika itu sahaja.

Janji aku pada diri sendiri,
andai aku dewasa nanti dan punya kerja yang tetap, kehidupan yang stabil, aku mahu luangkan masa aku untuk mereka. Seminggu sekali, atau sebulan sekali, yang mana aku sempat yang mana aku mampu. Itu janji aku. Insya-Allah

Kembali

Sudah lama blog ini dibiarkan senyap tanpa sebarang kata yang menyatakan si penulis berehat, penat, atau sudah semakin malas serta ketandusan idea.

Padahal hal yang sebenarnya, penulis sedang bertarung dengan perasaan sendiri sambil membilang hari menunggu keputusan A-Level Edexcel. Kawan-kawan yang mengambil A-Level Cambridge pastinya sedang berdebar-debar-debar dengan keputusan yang keluar esok hari.

Sehinggalah keputusan saya keluar pada 16 Ogos barulah saya berasa tenang dan pada ketika itu mungkin seribu perasaan bakal terluah. Insya-allah saya mengharapkan yang manis-manis belaka, yang indah-indah belaka.

Dan semoga Allah memakbulkan doa hambanya yang kerdil dan lemah ini.
Kurniakanlah kejayaan kepadaku dan rakan-rakanku dalam peperiksaan A-Level ini, ya Allah. Dan Kau tetapkanlah hati kami dalam jalan ini untuk menuntut ilmu dan berjuang di hanya kerana-Mu Ya Allah. 

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...