Ketika itu, saat menonton 99 Cahaya Di Langit Eropah, aku cukup tak puas hati apabila Fatma bertahun-tahun tak berbalas khabar emel si Hanum.
Bukan susah, nukilkan sahaja apa-apa yang terbuku biar si Hanum tak tertanya-tanya hidupkah ia, sihatkah ia, ke manakah ia. Biar si Hanum tak rasa semacam bertepuk sebelah tangan beriya-iya mahu mengerat silaturahim. Biar si Hanum dapat membantu segala apa yang terbenak di hati Fatma.
tapi baru sekarang aku rasa apa si Fatma rasa, rasa terbuku yang biar tersimpan semacam mahu bebas dengan ikatan dunia. Saat kebergantungan hanya pada Dia, saat meminta-minta hanya pada Dia, saat manusia-manusia tak mampu sama berkongsi rasa.
saat orang lain, hanya tahu yang di penghujungnya.
sebab waktu itu aku rasa Fatma sudah cukup kuat untuk bangkit sendiri dan reda dengan hanya Allah tempat mengadu.
Friday, 20 February 2015
Sunday, 15 February 2015
celoteh dulu di musim luruh kahkah
Waktu itu, ditanya aku mahu menulis puisi atau tak, untuk dimuatkan dalam buletin MALECS. Sebetulnya, sudah lama tidak aku kekalkan momentum menulis, sudah lama aku tinggalkan dunia yang aku minat.
Tapi disahut cabaran itu. Satu aku belajar, takkan dapat menghasilkan jika tidak dipaksa sepenuh hati. Setiap diri mampu, jika dipaksa sepenuh hati. Letaklah di mana pun, dibuatnya sepenuh hati. Haih.
dan karya itu sudah pun disiarkan. cumanya, mungkin apabila dirangkum begitu, aku sendiri nampak macam ruangan puisi majalah sekolah yang mana tak semua berminat baca. Heh. Hanya sang pengkarya dan pencinta seni.
Macam masuk dalam kedai buku, galeri atau muzium. Hanya yang benar2 minat akan satusatu dibacanya, satusatu dihayatinya.
bukan itu yang dikhuatirkan.
yang aku khuatir diri ini lebih, bila mana tidak dibuat sepenuh hati (dalam apa sekalipun) manakan didamba sesuatu yang bermanfaat pada orang lain? Hmmph
Diri, cubalah jadi yang bersemangat dan rajin.
Ada seorang senior yang mana markah dia dalam pelajaran boleh tahan tinggi. Graduate dengan first class dikatanya, "Kalau hangpa tengok result aku macam ni, aku tak pandai sebenarnya. Aku tak pandai. Sebab aku tau aku tak pandailah aku banyak belajar. Belajar rajin2."
Sentap di situ. Sampai ke situ kaitannya dengan perenggan pertama
Jadi, yang di bawah ini, catatan di satu ketika di musim luruh
_____________________________________-
sang dahan tak lagi
erat bergandingan --
berbagi nikmat kehidupan --
dengan si malar hijau dan si kembang mekar
bila putaran masa bergantian
lantaran awal penciptaan
wujud yang cuma kitaran
bekalan penghidupan
tanpa bayaran
jadilah
umpama daun yang gugur---
usai berbagi nikmat
dan akur pada putaran alam,
hujungnya, masih membahagiakan
rona lusuh kekuningan
berlatar biru serakan sang langit dan awan---
Hukum daunan,
ajari aku---
makna penciptaan
kerna di pengakhiran,
perlu pulang aku,
pada yang menciptakan.

#NotaSendiri : SYUKUR
Syukur
Syukur bertambah nikmat (14:7)
... dan seseorang itu lebih cenderung untuk syukur bila ternampakkan hikmah di sebalik kejadian. Allahu. Tak mahu sekadar itu. Kalau boleh, biar sehari-harian. Biar sepanjang keberadaan. Biar sepanjang kehidupan. Syukur dengan segalanya.
Nikmat, ujian. Asam garam yang Allah rencahkan dalam kehidupan untuk menguji hambanya.
Nikmat. Cuba bilangkan nikmat Tuhanmu. Sedari kau di perut ibumu
Islam itu cantik dan syumul, yang mengajar untuk mensyukuri segala macam benda yang dikurnia. Heh tapi berpada. Takkan diletakkan syukur keranadiberi peluang berdiri dengan artis korea di atas pentas?
"Syukur pada rasa yang bila mana bersama-sama dengan mereka yang juga mencari dan menuju Allah, iman tu rasa melonjak-lonjak naik. Syukur pada rasa itu, gapailah rasa itu dan buahkan-lah dengan amal," antara satu konklusi sepanjang kebersamaan itu.
Alhamdulillah. Utamakan menyebut kalimah yang satu itu tika mana diuji dengan nikmat atau ujian
_____________________________________
... dan seseorang itu lebih cenderung untuk syukur bila ternampakkan hikmah di sebalik kejadian. Allahu. Tak mahu sekadar itu. Kalau boleh, biar sehari-harian. Biar sepanjang keberadaan. Biar sepanjang kehidupan. Syukur dengan segalanya.
Nikmat, ujian. Asam garam yang Allah rencahkan dalam kehidupan untuk menguji hambanya.
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya menyatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?
Al-Ankabut : 2
Nikmat. Cuba bilangkan nikmat Tuhanmu. Sedari kau di perut ibumu
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani agar kamu BERSYUKUR
An-Nahl : 78.. dan apa lagi nikmat tuhanmu? Bilangkan
Dan adalah kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, agar kamu beristirahat pada malam hari dan kamu mencari sebahagian kurnia-Nya (pada siang hari) agar kamu BERSYUKUR kepadanya
Al-Qasas :73dan dari apa yang kau makan, yang kau peroleh dari perut bumi
Dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah bumi yang mati (tandus). Kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan darinya biji-bijian, maka dari (biji-bijian) itu mereka makan
Dan Kami jadikan padanya di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan daripada beberapa mata air,
agar mereka dapat makan dari buahnya, dan dari hasil usaha tangan mereka. Maka mengapa mereka tidak BERSYUKUR?
Yaasin : 33-35Hujan, yang datangnya dari langit itu rahmat, menyubur tanah, menghijau tanaman
Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian dengan (air hujan) itu Dia mengeluarkan pelbagai buah-buahan sebagai rezeki untukmu; dan Dia telah menundukkan kapal bagimu agar berlayar di lautan dengan kehendaknya, dan Dia telah menundukkan sungai-sungai bagimu.
Ibrahim : 32Ilmu itu, yang di dalam dada, hati dan akalmu
Seorang yang mempunyai ilmu dari Kitab berkata, "Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkelip." Maka ketika dia (Sulaiman) melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, dia pun berkata,"Ini termasuk kurnia Tuhanku, untuk mengujku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (nikmat-Nya). Barang siapa bersyukur, maka sesungguhnya dia BERSYUKUR untuk (kebaikan) dirinya sendiri, dan barang siapa ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku, Maha Kaya, Maha Mulia.
An-Naml : 40Nah. Banyak bukan? Cuba hitung2 lagi nikmat mana lagi yang kau mahu dustakan?
Islam itu cantik dan syumul, yang mengajar untuk mensyukuri segala macam benda yang dikurnia. Heh tapi berpada. Takkan diletakkan syukur kerana
Alhamdulillah. Utamakan menyebut kalimah yang satu itu tika mana diuji dengan nikmat atau ujian
_____________________________________
Tak lain tak bukan, memang untuk nota sendiri
Mabit | 15022015
Wednesday, 4 February 2015
[8]
Untuk yang sekalian kalinya, Mawar buka lagi profil kawannya. Tiada apa yang baru. Tiada apa yang menarik. Saja untuk melihat-lihat keberadaanya kawannya di seberang sana.
Malam itu sepi macam biasa. Diambil bahan bacaan himpunan risalah Hassan Al-Banna. Pada satu bahagian, disebut untuk Manfaatkan Persaudaraanmu di kala mahu membina saf-saf yang kuat, untuk membina satu kekuatan. Macam generasi sahabat-sahabat terdahulu, dikasihnya demi Allah.
Mawar teruskan pembacaan. Kali ini, As-Syahid Hassan Al Banna mengambil daripada ayat al-Quran bagaimana Allah firmankan dalam Al-Anfal ayat 63
"Hai. Awak buat ape tu?"
"Takde ape. Saje bace buku ni ha."
Mawar kemudiannya menghantar gambar ayat berkenaan dan dihantar kepada sahabatnya yang baru menghantar whatsapp tersebut
"Hai, ade tengah rindu siapa2 ke tu?"
"Hmm takdelah kak. Saje je share ayat ni. Sweet kan?" Sambil diletak emotikon bermata love love.
Belum sempat sahabatnya balas, Mawar sambung lagi
"Akak, pernah tak rasa rindu pada suasana, pada sesiapa tapi rasa je diri perlu move on."
Mawar taip lagi, "Dia rasa macam hmm, nak tegur tapi rasa macam nanti buat apalah nak rasa camtu padahal orang lain tak rasa apa."
Selang beberapa saat, sahabatnya balas,
"Awak nak cakap yang awak rasa rindu tapi tanak cakap. Ego lah ni kiranya eh?"
Haha. Mawar gelak dalam hati.
Sahabatnya sambung lagi, " Kita pun pernah macam tu. Ada suatu ketika tu sampai lama tak contact dengan kawan sendiri sebab taknak rasa attach. Tanak rasa macam kebergantungan akan hilang bila manusia takda di samping kita. Walhal, kebergantungan yang utama hanya pada Allah kan?"
Kali ni Mawar sengih. Sahabat Mawar sedang menaip lagi. Mawar tunggu seketika.
Sahabat Mawar tulis lagi, "Tau tak, lepas tu akak belajar untuk jadi hati batu. Eh tak, maksudnya hati kental. Heh."
Mawar pula jawab, "Kannn. Jomlah jadi hati kental. Lagipun dalam ayat tu Allah dah kata yang Dia yang mempersatukan hati-hati kita kan? Jadi, apa nak takut kita dilupakan manusia kan?"
Mawar sambung dalam hati, sedang aku pun mesti ada je yang terlepas pandang lupa pada orang lain.

Dan Dia (Allah) memepersatukan hati mereka (orang yang beriman) walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi nescaya kamu tidak (juga) dapat mempersatukan hati mereka. Akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Satu mesej masuk dalam inbox Whatsapp
"Hai. Awak buat ape tu?"
"Takde ape. Saje bace buku ni ha."
Mawar kemudiannya menghantar gambar ayat berkenaan dan dihantar kepada sahabatnya yang baru menghantar whatsapp tersebut
"Hai, ade tengah rindu siapa2 ke tu?"
"Hmm takdelah kak. Saje je share ayat ni. Sweet kan?" Sambil diletak emotikon bermata love love.
Belum sempat sahabatnya balas, Mawar sambung lagi
"Akak, pernah tak rasa rindu pada suasana, pada sesiapa tapi rasa je diri perlu move on."
Mawar taip lagi, "Dia rasa macam hmm, nak tegur tapi rasa macam nanti buat apalah nak rasa camtu padahal orang lain tak rasa apa."
Selang beberapa saat, sahabatnya balas,
"Awak nak cakap yang awak rasa rindu tapi tanak cakap. Ego lah ni kiranya eh?"
Haha. Mawar gelak dalam hati.
Sahabatnya sambung lagi, " Kita pun pernah macam tu. Ada suatu ketika tu sampai lama tak contact dengan kawan sendiri sebab taknak rasa attach. Tanak rasa macam kebergantungan akan hilang bila manusia takda di samping kita. Walhal, kebergantungan yang utama hanya pada Allah kan?"
Kali ni Mawar sengih. Sahabat Mawar sedang menaip lagi. Mawar tunggu seketika.
Sahabat Mawar tulis lagi, "Tau tak, lepas tu akak belajar untuk jadi hati batu. Eh tak, maksudnya hati kental. Heh."
Mawar pula jawab, "Kannn. Jomlah jadi hati kental. Lagipun dalam ayat tu Allah dah kata yang Dia yang mempersatukan hati-hati kita kan? Jadi, apa nak takut kita dilupakan manusia kan?"
Mawar sambung dalam hati, sedang aku pun mesti ada je yang terlepas pandang lupa pada orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Survivor
Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...
-
17 Dec 01:27 am " Life is no straight and easy corridor which we travel free but a maze of passages, through which we must seek our way...
-
Assalamualaikum Sebenarnya dah lame cik aero tag benda alah ni. Tapi baru sekarang rase nak buat. Heh. Bukan ape, cume rase diri ni tak lay...