Thursday, 1 January 2015

ketika bicara tentang manusia

Ketika bicaranya kalian (dan aku), tentang si fulan dan si fulan. Asalnya hanya mencurah rasa, yang mana sakit tersimpankan sendirian. Terkongsikan rasa agar ada yang menyesyor jalan. Sebelum sempat dihabis namanya, nanti..

Kita bicaranya tentang manusia, bukan?

Manusia berkata tentang manusia. Pendirian kadang pasti akan tersasar, tembakan pasti akan ada tak mengena. Istigfar. Sebelum bicara tentang manusia. Wajarkah dimuntah sepenuh rasa pada satusatu jiwa sedangkan yang lain angguk2 akur mendengar. Kejap pandangan ke arah lain, kejap telinga terpasang tajam. Cuma duatiga bersaranan, cuma duatiga kisah cerita kalian.

Istigfar. Kita bicaranya tentang manusia. Bersatudua yang bersaranan (saranan, bukan yang menambah api yang marak) lebih baik daripada berlima-enam yang memasang telinga.

Kita, bila mahu bicaranya tentang manusia,
dulukan bicara pada Dia yang mencipta, ya?


#darisisterIreland
#notetoself

_________________

"Akak, hari tu saya baca satu novel ni tapi ending dia rupanya daging yang dia guna untuk masak tu daging manusia yang dia bunuh. Entah apa lah rasa daging manusia :3"

Heh. Sekadar menduga je. Tak rasa pun nak rasa. :3

"Awak cubalah mengumpat orang lain, macam tu lah kot rasanya."

Erk.

terpujuk

kau tahu, suatu saat bicara seharian banyaknya diam. waktu yang mana terkecamuk rasa untuk bermadah. laju-laju pada ketipan papan kekunci, yang munculnya pada malam tua berjanggut, ruang baru dan sakit rindu. waktu itu, fikiran semacam lari ke tempat jauh, minta diasak pulang ke realiti.

________

suatu dulu, tertakdirnya Allah mengilhamkan ayat pujukan dalam aplikasi android pada saat diserang kekusutan

Tidak ada musibah yang menimpa (seseorang) kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu

At-Taghabun : 11

Ayat selepas itu lebih menusuk menjadi menunjuk apa perlu buat selepas ditimpa musibah.

Kembali.

12. Dan taatlah kepada kepada Allah dan taatlah kepada Rasul. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanah) Allah dengan terang.

Kembali.

13. (Dialah) Allah, tidak ada Tuhan selain Dia. Dan hendaklah orang-orang mukmin bertawakal kepada Allah
__________________

... dan waktu itu juga, pujukan demi pujukan dari insan yang sempat aku belajar darinya, dari mereka.

"Kak Amal, 57:22-23."

Allahu. Tak ke sweet bila mana dijernihkan rasa resah hati dengan kalam-kalam Tuhan. T_T

22. Setiap bencana yang menimpa di bumi dan menimpa dirimu sendiri, semuanya tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.

23. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri,
_________________

Allah-centric. Makrifatullah

jumpakan

Tulisan ini semacam serasa tepat dalam jiwa.

aku, seperti biasa menjadi sang pembaca2 sunyi tapi dalam diam alangkah bahagianya satu saat
tertemunya aku oleh Dia dengan orang-orang begini..

yang mana, tulisan-tulisan jadi pembicara sepi
antara insan yang tak pernah mengenali
cukup,
dalam madah sepah dan renyuk aksara

berbagi rasa

Masa itu seakan kembali
tak serupa tapi sama--
saat aku masih bertatih (sekarang mahu berjalan laju, doakan)
menapak satu2 
entah berapa kali aku jatuh
tipu kalau yang manis cuma
saat yang terbuku dalam dada,
sampaikan, sampaikan

faham dan amal

perit yang buat aku belajar,
pahit kan manis akhirnya
lambat, kadang tersasar perasaan
tapi hujungnya masha Allah,

hanya Allah pemberi rasa

jumpa. menggilap. yang mahu atau mencari.

"Awak, tiba masanya awak berbagi apa yang awak rasa."

5:35

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah pada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung.


Sunday, 30 November 2014

Hampir aku lupa aku bajet2 ada tumblr kihkih

Jemputlah kalau anda tahu saya di sini

Wednesday, 29 October 2014

[Hawa]

Hawa --- al-Hawa (45:23)

-- buat jiwa (diri) yang bergelojak campuran---

sebati, tergaulkan
antara al-hawa dan kebatilan
bertahun-tahun
menanah tak berubatkan
dalam renyuk kehidupan
dan kucar impian
cahaya pengharapan
takkan pernah padam

sujudlah pada Tuhan
yang Maha Menciptakan

sejahteralah
secara keseluruhan (2:208)

___________Muntalaq Bab 1

al-Hawa -

Adakah engkau lihat orang yang mengambil al-hawanya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya selepas didatangi ilmu kepadanya
 [Al-Jatsiyah 45: 23]


Friday, 24 October 2014

Costa; kelat

di hadapan ruang Costa
di celahan langkahan pantas
dan sibuknya jalan

ada sesusuk tubuh
yang disebalik kerut muka, uban di kepala
dan mendung tubir mata

punya cerita kehidupan

rintik hujan membasah
sepersalinan lusuh
masih diam di situ
dingin
dan masih
diam

esok di situ jua
menunggu se ada mampu
rezeki-rezeki dari tuhan
yang terselindung
di balik pengharapan

saat ada insan yang berbagi nikmat,

"Thank you. I really appreciate that."

si pakcik tua senyum
walau terlihat kelat

yang ada sedikit,
berbagi seadanya

kerna
dari tubir mata, kubaca
bukan diminta,
meminta-minta


pejalan kaki




Monday, 13 October 2014

lesap

Terkedu. Waktu buku nota yang terkandung ilmu-ilmu yang ditimba lembab basah tertimpa resapan air. Habis lembik helaian-helaian kertas terkandung catatan-catatan nota penting. Kembang dan terserak warna pen dakwat basah stabilo variasi warna dan terbentuk corak hambar. Tulisan pen dakwat bebola warna hitam saja yang terbaki, walau hujung pangkalnya entah ke mana. 

Ilmu yang kononnya tersusun kemas dengan tulisan berwarna warni lesap. Ilmu yang kononnya dah teratur rapi untuk dibaca nanti dan indikasi "aku-pernah-dengar" lesap dek resapan air.

Lalu terkial-kial menyelak satusatu muka. Ah. Sesal. 
______________________________________________

Seperti yang telah dikisahkan dalam cerita hidup Imam Ghazali.

Sepulangnya dari perguruan, Imam Ghazali membawa ilmu yang dicatatnya atas helaian-helaian kertas dalam sebuah beg. Berjalan pulanglah Imam Ghazali ke tempat asalnya dan membawa beg yang berisi ilmunya.

Di suatu ketika, kafilahnya dirompak. Habis semua beg diperiksa dan waktu giliran Imam Ghazali, " Ambillah apa saja yang kau mahu, namun jangan beg ini,"

Beg itu lantas diselongkar perompak disyaki punya barang berharga namun kesal kerana yang ada hanya helaian-helaian kertas hambar tak berguna bagi mereka.

Lantas ketua perompak menyoal, "Apakah ini dikatakan barang berharga bagimu, apa yang akan kamu lakukan dengan kertas buruk ini"

"Ini," jawab Imam Ghazali. "adalah hasil aku belajar bertahun-tahun selama ini, semua catatan yang aku ambil daripada guruku. Jika kamu rampas nota-nota, maka hilanglah ilmu yang aku pelajari selama ini,"

"Jika begitu, kamu adalah orang yang paling bodoh, catatan yang kamu tulis bukanlah ilmu jika kamu tidak memahami, mengingati serta menghafalnya. Bayangkan sekiranya aku merampas nota-nota ini, bagaimana keadaanmu" Ini bererti ilmumu dapat dicuri," balas ketua perompak.

Imam Ghazali terpegun mendengar hujah si ketua perompak yang telah secara tidak langsung mengajarnya tentang ilmu. Mulai saat itu, Imam Ghazali menghafal dan memahami kembali semua ilmu yang dipelajarinya, supaya ia bukan sekadar catatan ilmu, tetapi ilmu yang membuahkan amal.

____________________________________

Gulp. Lesap sudah pula, namun yang terhadam?



Sunday, 5 October 2014

Threshold stress setiap orang berbeza. Aku? Suka bila threshold stress aku agak tinggi jugak lah (aku rasalah)

ataupun sebab aku kurang ambil kisah? :3

Heh dah mula aku ke tempat lain untuk berkata-kata. Ya lah, di sini ruang kau berbicara yang mana sekitarnya seakan sepi. Suka. Terlari kejap dari mentaliti kepingin simpati.

aidiladha

"Berapa bajet orang yang korang masak?" Sempat bertanya kepada tuan rumah lepas satu jam usai rumah terbuka di rumah kami.

Waktu tu orang ramai datang. Boleh tahan cuak jugak la kalau makanan tak cukup dan waktu makan tengah hari pulak. Haih memanglah suka rakyat2 Malaysia di sini xD

"Ada la dalam 60 orang. Tapi kitorang lebihkan dalam 80 orang jugaklah," jawab tuan rumah tamah melayan tetamu-tetamu yang hadir. Suasana kat ruang tamu dah meriah dengan suara-suara sang perantauan. Eh.

... dan tiba2 macam cuba ingat balik semalam masak berapa orang eh kitorang bajet untuk datang?

"Eh Ina (bukan nama sebenar) semalam kita masak untuk berapa orang eh?"

"Entahlah. Seperiuk besar rendang, seperiuk besar kuah lodeh dan seperiuk sederhana besar kuah kacang."

Jemputan? Entah. Main tekan2 invite kat FB dan whatsapp.

Tapi Alhamdulillah. Tepat jam 1 pm (seperti yang dijadualkan untuk habis), makanan yang terbaki-baki pun habis. Tak kurang tak lebih, Cukup cukup (err bahaya jugak tu sebenarnya)

___________________________________

Situasi lain di belakang tabir.

"Petua orang-orang dulu (dan juga ibadah) kalau masak ni selawat2 insha allah nanti cukup."

"Ha, ingat tak waktu perang khandak pun ada kisah yang mana makanan yang sikit cukup untuk ramai orang," Rendang yang separa siap masih dikacau ligat di atas api.

".... dan waktu tu nabi yang hidangkan makanan dan tak buka pun penutup bekas makanan atas api tu," sambung lagi.

"Ok camtu esok kita kena tutuplah periuk tu. Nak hidang baru buka, gitu?"

Pun boleh.

*******************

Err konon2 itulah sedikit sebanyak #notarayadiperantuanpuiihaha

Saturday, 30 August 2014

Makna-i

"Nanti sebelum mula belajar, sebelum mula baca buku, solat taubat pada Allah, minta pada Dia tunjukkan jalan keluar.."

Perbualan di luar kedai Uncle B fish and chips di kawasan Rusholme dengan kakak Z yang berlaku tanpa dirancang sebenarnya Allah dah susun cantik-cantik

Kakak Z sambung lagi, "...Boleh jadi, susahnya kita menimba ilmu, susahnya kita menghafal ilmu-ilmu sebab dosa-dosa kecil yang hadir tanpa kita sedari. Itu dulu apa yang mak akak kata, yang mak akak selalu pesan,"

Pandangan terus dialih pada orang yang lalu lalang. Entah. Butir-butir jernih yang bertakung di butir mata sempat ditahan daripada terus melimpah.

*diam sejenak

Perbualan disambung. Kali ini lebih mencucuk-cucuk jantung untuk difikir dan dihadam jelas.

*diam dan hadam

Balik ke rumah, cuba aku memaknai perkataan TAUBAT. Allahu. Kenapa perkataan itu masih belum mencucuk jantung. Kenapa perkataan tu tak mampu buat aku sujud lama dan beristigfar banyak.

*pause

dosa-dosa lampau yang tanpa kita sedari atau kita sedari tapi kita buat lagi

Jawapan yang mungkin core problem...

...IKHLAS itu masih perlu disemi rapi

____________________________________________


Sebenarnya aku lupa yang Allah dah bagi dalam manual hidup, cuma aku yang jarang cari,

"maka aku berkata (kepada mereka), Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun,
Niscaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu,
Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu."
[An-Nuh : 9-12]

dan ini, Tadabur of the day yang buat aku terpempan sendiri

Taubat. Minta ampun pada Allah. Nanti kesenangan itu Dia akan beri. Kalau dalam Al-Quran Allah gambarkan hujan, kebun dan sungai sebagai nikmat-nikmat dunia tapi kalau dalam situasi kita sekarang, nikmat dunia boleh Allah manifestasikan dalam pelbagai cara, dalam pelbagai bentuk,

yang kita terkadang lupa

Dia boleh tarik balik nikmat tu

pada bila-bila masa...




Baitur Rizq 1.0 dalam kenangan 

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...