Friday, 11 March 2011

Kelas pertama semalam buat jantung aku macam nak pecah. Laju je denyut nadi.

Usaha sudah. Ikhtiar sudah dan semalam keputusan.

Terketar-ketar aku pegang slip peperiksaan tu.

Dan dengan perlahan aku tatap...

Alhamdulillah.

Cuma physics yang terasa macam mencucuk dan menikan jantung dengan tajam.

Walaupun markah yang lain macam tak strong dan sepatutnya aku kena kumpul saham berganda sebelum menempuh cabaran berganda-ganda, tapi itulah hasilnya.

Physics oh physics. Ini baru unit 1 belum lagi 2,3,4,5

Aku ada 2 pilihan:
  1. Retest paper physic jun ni dengan bayaran rm195-lecturer cakap memang perlu untuk tambah saham.
  2. Untuk subjek lain, yang mana nak strongkan markah, hold dulu sampai unit 2 dan 3, tapi kalau tak kuat jugak, sila redha untuk retest lagi tahun depan.
Kesimpulannya, aku rasa macam ada batu bedebuk jatuh atas kepala sambil bintang-bintang berterbangan.

Lepas ni, tolong jangan main-main.

Buat kawan-kawan yang akan ambil AS Edexcel bulan Jun ni, semoga berjaya kepada anda dan kita semua. Tapi yang sekali harung AS A2 tu bersedialah anda fizikal dan mental.

2 comments:

sangpelangi said...

amalina, sabar ye, Allah nk uji kau kot...insyaAllah my dear, jangan putus asa,

AmalinaSamar said...

thnks.aku kene belajar lebih kuat ni.hoho

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...