cuma aku kesal dengan diri
selalu dalam kepompong bayang-bayang
berselindung disebalik kelemahan dan kekusutan
tak pernah cuba untuk keluar sebab aku tahu aku tak mampu keluar
aku hanya tahu berselindung
aku pernah cuba tapi terkaku
sungguh tiada kata neutral
mungkin memang itu bukan aku
bukan aku yang kau baru kenal
bukan aku yang kau nampak hanya bayang-bayang
cuma kadang aku rasa lebih selesa dalam kepompong aku sendiri
walaupun punya naluri untuk keluar
tunggulah sampai aku punya noktah kata
aku tak salahkan sesiapa
aku hanya kesal
kesal pada diri
******
aku yakin pada DIA
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Bersama kesulitan ada kemudahan."
[Asy-Syarh : 5-6]
aku yakin pada DIA
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Bersama kesulitan ada kemudahan."
[Asy-Syarh : 5-6]
1 comment:
bangun
berdiri dan terus berlari
kau punya kaki untuk bangun
untuk berdiri dan langsung terus berlari
bukan kelemahan kau tidak berkaki tetapi kerana otak yang telah meracuni
baik kau kesalkan kerana kau telah mencuba
walau hasilnya tidak seperti yang kau impikan
dari,
kau kesalkan kau tidak mencuba
p/s : duh.lepas bgn tido petang terus bace.ayat super busuk.gagah jugak nak balas.
Post a Comment