Sunday, 1 December 2019
Tadabur of the Day #1
Friday, 1 November 2019
[2] Tahu
Thursday, 31 October 2019
[1] Cuba
Tersipu-sipu aku nak jawab sambil pandangan aku lempar jauh ke luar. Tak sanggup aku nak pandang mata dia. Aku ingat dia takkan tanya soalan ni.
Aku diam beberapa saat. Cuba nak susun ayat.
"Err, kita okay je. Err yelah, kadang kalau muda pun ada kematangan tu jugak. Err tapi, ye lah salu perempuan tak kisah je kot. Lelaki la selalu concern kalau perempuan lagi tua."
Aku rasa jawapan tu kira selamat lah untuk aku tak cukup perasan.
Dia angguk je. Tak tanya lebih. Boleh tahan segan la aku nak control muka aku daripada tak blushing. Gila tak segan. Pandangan aku dah jauh ke luar tingkap. Tak sanggup nak tengok reaksi muka dia macam mana.
Dia pun macam faham. Aku dah segan. Lepas tu masing-masing senyap. Main-main botol air nak hilangkan nervous.
Serious aku rasa macam dalam novel. Dua-dua jenis cuba control tak terlalu over dan tak terlalu perasan. Hahaha. Perasan.
Aku nak tanya dia ok tak kalau perempuan lagi tua, macam tak berani dan perasan lah pulak.
Tapi dia ada hint kata kos dia ada senior perempuan lagi tua bagitahu suka dia tapi dia tolak sebabnya dia macam rasa kenapa perempuan lagi tua nak suka dia sebab dia takde apa-apa pun sekarang.
Aku angguk je.
Nak tanya lebih, aku takut perasan.
Bagi aku, dia dah cukup matang di mata aku. Seriously, he doesn't look young to me. I can see him as someone I can depend on, someone I can rely on.
Haih. I don't know what is this. Tapi aku taknak perasan.
I pray to Allah to show me the way.
Saturday, 10 August 2019
Irfan
Ada scene dalam KKKG ni, Kajol menangis pada orang yang terbaring. Irfan yang waktu tu tiba2 dtg dr dapur tanya, "Kenapa dia nangis? Dia mati?"
"Irfan, Irfan tau tak mati tu apa?" Saja aku tanya.
"Mati tu kena tembak?"
"Bukan," aku jawab.
Irfan teka lagi, "Mati tu kena cucuk?"
"Bukanlah Irfan. Mati tu, tak hidup kat dunia lagi."
"Mati tu kena angkat?" Irfan bertanya.
Aku pulak pelik. Macam mana Irfan dapat idea tu.
"Angkat ke mana Irfan?"
"Angkat ke tempat lain."
You almost there kid.
Kadang-kadang waktu umur macam ni lah kita kena mula sembang dengan kanak-kanak macam orang dewasa. Sembang untuk bagi dia faham makna kehidupan. Sembang untuk bagi dia berfikir. Sebab waktu ni, otak dah boleh mula mencerna maklumat. Kalau kita tak bagi maklumat yang betul, kita tak boleh salahkan kalau dia cari maklumat kat tempat lain.
Aku terkesan macam mana Ko Ji Yong dalam Return of Superman bercakap dengan anaknya, Seungjae. Dengan usia 4 tahun, Seungjae dah boleh mencerna maklumat macam orang dewasa. Sebabnya, mak dan ayahnya dah biasa bersembang dengan memberi input dan teori yang betul.
Pada masa yang sama, Seungjae masih macam kanak-kanak biasa. Bermain, meneroka dunia. Cuma yang membezakan adalah sisi pandang dia melihat dunia.
Tapi tu lah, Irfan cuma anak buah aku je, yang mana sekali tak sekala pun aku boleh jumpa. Tugas mendidik dan membesar masih terletak pada ibu dan ayahnya untuk mencorakkannya. Mungkin Irfan dan Irdina adalah medan untuk aku bersedia membesarkan anak sendiri pula nanti.
Bila? Entah.
Paling-paling aku rasa mungkin kematian akan menjemput aku dahulu.
Friday, 31 May 2019
Silam
Tak lama lepas tu, orang lari pulak ke Twitter, Instagram. Kini, selalu update diri senang terus dalam WhatsApp status. Nasib baiklah 24 saja. Bayangkan status itu bertahan lama. Memang bila buat throwback, keluarlah segala bebelan tidak puas hati yang entah apa apa. Haha.
Sekarang, aku cuma rindu masa silam aku. Aku tak masuk dalam dimensi zaman sekarang. Aku beruntung, dalam kalangan mereka yang hampir sebaya dengan anak buah (bukan kandung) aku, ada beberapa yang masih menerima aku sebagai kawan. Ye lah, dengan jarak 5 tahun, status aku dah macam kakak yang bekerja, bukan sekadar rakan sekelas (yang malas belajar).
Aku tak minta lebih daripada persahabatan ini. Ah, aku tak layak pun sebenarnya. Menagih-nagih persahabatan yang sepatutnya dalam diri aku sekarang aku patut capai yang lebih tinggi. Aku cuma harap, aku beri contoh yang baik buat mereka. Aku tak pernah anggap diri aku dewasa. Aku masih rasa diri aku sebaya. Cumanya, mungkin pengalaman aku lebih sikit dari mereka.
ps: Zu, Athirah, Diana, Mimi - aku taktahu hidup degree aku macam mana kalau takde korang.
Sangkut
Perjalanan aku masih belum selesai. Masa yang terbaki-baki ni aku masih kira untuk menamatkan pengajian. Sakit. Waktu hujung-hujung semester ni rasa begitu perlahan masa berlalu. Sampaikan aku dah rasa penat dah nak lalui semua ni. Aktiviti yang aku terlibat pun hanya sekadar untuk mengisi masa-masa lapang aku supaya fikiran aku tak menerawang jauh memikirkan nasib diri. Ya aku tahu. Itu semua dalam fikiran tapi fikiran aku sendiri pun dah tak mampu nak berhenti dari berfikir tentang aku dan masa depan.
Hari tu panjang lebar aku membebel di Facebook tentang Satisfaction dan Self-Accomplishment. Memang bukan mudah aku nak dapat semua tu dah. Orang nampak aku buat itu ini ke sana ke sini. Tapi mereka taktahu yang aku buat semua tu sebab aku rasa nak lari dari kesedihan. Aku cuba menjadi produktif dan proaktif supaya dapat buang rasa bersalah aku pada diri. Rasa bersalah kerana melalui semula masa-masa pembelajaran yang panjang.
Ya. Aku tahu. Semua itu dalam pemikiran. Bukan sekali dua aku dapatkan konsultasi daripada pensyarah aku, seorang Psikologis Klinikal. Berapa banyak kali beliau mengajar aku untuk mengubah cara aku berfikir. Kadang-kadang aku boleh, kadang-kadang aku hanyut juga dalam pemikiran yang entah ke mana ini. Sudah banyak kali beliau kata bahawa umur hanya sekadar angka. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Sudah banyak kali beliau nyatakan aku dah buat yang terbaik dan dia nampak potensi aku. Sudah banyak kali.
Tetapi, aku tetap aku. Selagi pembelajaran ijazah ini tak selesai, selagi itulah aku rasa perjalanan aku masih tersangkut-sangkut. Selagi itulah aku akan bandingkan terkebelakangnya diri aku dengan orang lain. Dah banyak kali aku cuba untuk bertenang, teruskan jalan ini dengan sesuatu yang aku suka, bila bersama yang lain, aku pakai topeng bahagia. Tapi, bila aku kembali seorang diri, pemikiran-pemikiran yang menjatuhkan self-esteem aku, kembali menguasai diri. Aku tewas dalam perasaan kalahnya seorang manusia. Padahal aku patut tahu yang ujian dan cabaran buat aku membesar dan matang dalam kehidupan. Aku tahu.
Aku masih tersangkut dalam rasa bersalah pada diri..
Wednesday, 29 May 2019
Ketua
Ye lah, macam tak pernah dengar suara-suara sekiranya bos anda seorang perempuan,
"Biasalah lah tu, emo, tak kahwin lagi."
"Dah kahwin ke dia? Belum. Biasalah tu. Anak dara tua memang macam tu."
"Perempuan kan, adalah tu masa-masa dia tengah emo."
Bukan apa, ada kala bila reflek balik, mungkin salah aku juga ada perkara terlepas pandang. Semua orang ada fasa berbeza. Nak letak ekspetasi tinggi-tinggi pun, bukan boleh. Orang nak belajar pun dah kira bersyukur la tu. Mungkin sebenarnya kau dulu pun pernah macam tu. Tapi ketua kau sabar. Tak ke?
Akhirnya, aku tarik napas, tenang-tenang, delegate kerja balik kepada orang sepatutnya. Semua orang ada fasa belajar masing-masing. Nak membebel lebih pun, nanti aku jugak yang sakit hati sebab tak memaafkan dan tak reda. Huwaa.
Tapi aku harap sangat dik, bila tanggungjawab tu dah diberi, tolonglah kasi settle sampai habis.
Aku ni, sungguh tak boleh hidup tenang kalau ada urusan tertangguh. Tapi tu lah, orang lain boleh kot bertenang. Semua orang lain, Amalina! Ingat tu.
*Nangis bucu dinding T_T
Tuesday, 29 January 2019
Writing
At this point, apart from believe in what I have learnt and write it down in writing, I hope to have someone that can check my writing, a proofreader that can comment my writing before I publish it somewhere. Especially the one that involve knowledge and information.
Just before this, I am thinking of writing a blog. Instead of thinking, just do it! I think about so many things including what kind of writing should I start with.
I always have the thought to become someone else qualified before writing some academic stuff. First, because I care about the ethical issue, second, I believe on giving the right information so that people can benefit out of it.
Thursday, 10 January 2019
Rewritten #2
Rewritten #1
2019; Self-Reflect
I still remember those times when I feel annoyed towards myself of other people, I expressed it through writing that only me can interpret and understood. Other people will view it as something normal that I observe about my surrounding but only me understand what the story behind it.
Sigh.
I miss reading. I miss writing. I miss indulge in my own world without feeling disturbed by things that happen around me. I think I should write again. And this time, not just to let people read, but most importantly to reflect on myself, how far has I gone and how good I had stood up, after a long episode of falling down.
2019; I am actually eager to reach 2020.
It is a looooong journey that I have been through and I am glad that I still survive.
Survivor
Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...
-
17 Dec 01:27 am " Life is no straight and easy corridor which we travel free but a maze of passages, through which we must seek our way...
-
Assalamualaikum Sebenarnya dah lame cik aero tag benda alah ni. Tapi baru sekarang rase nak buat. Heh. Bukan ape, cume rase diri ni tak lay...