Thursday, 16 December 2010

[3]

Ligat tangan ayah menukar gear sebelum stereng dipulas ke kiri dan masuk ke simpang pekan Slim. Tanpa ditanya, ayah membuka bicara

"Malas nak ikut jalan terus tu sebab ada trafik light."

Ok. Saya faham.

Pekan Slim bukanlah besar sangat. Kecil dan kompak. Mudah untuk dibawa ke mana-mana. Erk. Bangunan-bangunan lama masih dikekalkan dengan reka bentuk tipikal yang selalu jumpe kedai lot kat pekan-pekan lama.

Kereta meluncur perlahan melalui jalan yang sebelahnya deretan kedai. Dari kejauhan, nampak seperti bungkusan hitam kat tengah jalan. Apa pun aku tak pasti. Sewaktu kereta ayah dipandu bersebelahan betul-betul dengan objek hitam tersebut. Masyaallah.

Anak kucing.

Nampak sudah tidak bernyawa dan seperti baru dilanggar. Terlantar kaku di tengah jalan. Kesal. Terkilan. Aku hanya melihat. Entahkan masih hidup atau tak. Pandangan dibiarkan berlalu...

Itu cerita anak kucing, yang mana mungkin mengikut telahan aku masih bertatih untuk mengecap kehidupan namun Allah lebih mengetahui.

Tapi ini cerita bayi. kebejatan sosial yang tiada sudah-sudahnya. Berita muka depan harian metro

Kaki pancing menangis teresak-esak lenyek bayi.

Astagfirullah. Tajuk besar yang cukup padat tu pun dah buat hati sayu dan ngeri. Bungkusan hitam yang disangka sampah ditengah jalan rupa-rupanya mengandungi bayi kecil yang baru dilahirkan. Masih bertali pusat namun menjadi mangsa manusia yang tak berperikemanusiaan. Berani buat tapi tak berani tangung. Nak menuding jari pun tak berguna. Sudah banyak dibahaskan namun kebejatan sosial macam racun yang tiada penawar.

Dunia akhir zaman.

Wednesday, 15 December 2010

refleksi

Apabila barang lama digodek-godek dan diselongkar, macam-macam barang akan terjumpa termasuklah kertas yang satu ni. Satu kertas soal selidik (mungkin) masa program BTN, dah form 4 time tu. Aku tau, aku sorang je yang skema masih simpan mende alah pelik ni. Kuiznya berbentuk begini. Anda diberi 10 minit untuk selesaikan...

AKU TAHU

  1. Tahun pertama pilihan raya umum
  2. Tarikh kemerdekaan
  3. tarikh pembentukan Malaysia
  4. Sistem pemerintahan Malaysia
  5. Kerusi Parlimen 2008
  6. Nama perdana menteri
  7. Perkara 3 dalam perlembagaan
  8. Perkara 153 dalam perlembagaan
  9. Kontral Sosial
  10. Jus Soli
  11. 13 May 1969
  12. MAGERAN
  13. DEB
  14. Onn Jaafar
  15. Lagu Terang Bulan
  16. Nama Bendera Malaysia
  17. Rukun Negara
  18. Malayan Union
  19. Berapa lama Malaysia dijajah
  20. Pejuang Melayu menentang Inggeris
  21. Nama perdana menteri mengikut turutan
  22. Islam Hadhari
  23. Tsunami
  24. Projek mega
  25. Melayu glokal
  26. Towering personaliti
  27. Meritokrasi
  28. 31 Ogos
  29. Majoriti mudah
  30. ISA
Aaa..memang mencabar daya pemahaman sejarah aku masa tu. Kalau kelas Sejarah tak tido masa tu, memang bukan aku namanya. Tapi betul Pn. Nakimah, jiwa saya memang nasionalisme namun apakan dayaku untuk melawan anggukan kepala kebenaran fakta sejarah itu. Sekarang bukan bulan kemerdekaan apatah lagi bulan Ogos, tapi teringat tang sejarah bila baca balik novel RAM, Bagaikan Puteri.

Laksama Sunan.

Mungkin mata kita dibutakan dengan fakta sejarah yang direka-reka. Kebenaran yang mengagungkan negara kulit putih. Kita disogokkan dengan pembukaan Tanah Melayu pada kedatangan Parameswara. Tapi, bukankah sebelum tu, memang sudah wujud bangsa Melayu, asli, orang Laut yang menjadi penduduk Melaka. Cuma tiada nama. Hanya perkampungan. Dan aku teringat cerita geografi, Cikgu Shamsul pasal ketamadunan Melayu. Kalau ada petempatan, tentu ada komunikasi dan wajarlah jika ada sumber bertulis. Namun, sukar dijumpai naskhah pada zaman sekarang yang melakar petempatan di Melaka sebelum kedatangan Parameswara. Mitos atau fakta, buku-buku hasil penduduk Melaka dikatakan telah dibawa belayar yang kononnya mahu direkodkan dengan lebih sistematik. Tragiknya, kapal yang membawa muatan karam dan lenyaplah sejarah yang belum terungkai. Wallahualam. Sejarah kekal menjadi sejarah dan kita perlu maju pandang ke depan.

Melayu sudah ada ketika Parameswara ke Melaka

Memang, ketika Parameswara mengasaskan kerajaan Melaka, kawasan itu sudah ada penduduk tempatan. Namun mereka tidak ada kerajaan sendiri. Hal ini samalah dengan pembukaan Amerika, Australia, New Zealand, bahkan hampir semua negara besar yang ada sekarang. Malah ia juga tidak jauh berbeza dengan penubuhan kerajaan Islam di Madinah oleh Rasulullah s.a.w.

Sebelum kerajaan dibuka kawasan tertentu, memang sudah ada penduduk asal di kawasan berkenaan. (Namun ia berbeza dengan Pulau Pinang yang kononnya dibuka Francis Light padahal pulau itu asalnya adalah sebahagian daripada negeri Kedah).

Begitu jua dengan Singapura, apabila dikaitkan dengan Sang Nila Utama, jelas majoriti penduduk Singapura adalah Melayu sebelum pendatang Cina Masuk ke pulau itu hingga menjadi bangsa dominan dan majoriti sekarang. Dan paling menyedihkan apabila bangsa Melayu dijadikan sebagai suku kaum, seolah-olah setaraf dengan suku kaum Jawa, Banjar, Bugis, Boyan, Kadazan, Murut dan sebagainya. Melayu sepatutnya ddikekalkan sebagai bagnsa yang mempunyai bahasa dan adat resam tersendiri.

Lihatlah kehebatan kerajaan Melayu Melaka walaupun kini sudah tidak ada raja lagi. Biarpun Kota Melaka ditakluki Portugis pada 1511, kerajaan Melaka tidak bubar, apa lagi terkubur. Bahkan tiada seorang pun Sultan Melaka yang ditawan. Kerajaan Melaka Cuma memindahkan pusat pentadbiran ke Pahang, ke Kampar, ke Bentan, dan akhirnya ke Johor.

Dari situ sultan-sultan Melaka terus mentadbir wilayah yang semakin mengecil (namun bukan lupus) serta melancarkan serangan ke atas Kota Melaka yang dicerobohi penjajah dair semasa ke semasa.

Dipetik dari

Artikel : Zainuddin Ayip
Milenia Muslim


Laksamana Sunan.

Watak yang diwujudkan Ramlee Awang Murshid. Seorang pemuda Tanah Melayu yang merantau ke Aceh setelah difitnah dan pulang menjadi pahlawan yang gagah namun tawaduk dalam beribadah.

Mungkin tanpa kita sedari, masih ramai lagi pahlawan Melayu yang namanya tak tercatat dalam memori sejarah Tanah Melayu.

...dan saya rindu untuk bersilat, meneruskan warisan seni mempertahan diri Melayu yang cukup gah satu waktu dahulu...





Melangkah lagi

Semester 1 kat UCSI baru je menamatkan langkah. Selalunya orang dok sibuk cuti lepas final exam tapi lain pulak ceritanya kat kolej ni. Study week cuti memanjang sampai 1 bulan. Balik kolej, start exam. Ha, pulun lah ko study kat rumah, dengan tv dan makanan terchenta. Kalau nak mengadap buku 24/7, layan homework tak ingat dunia. itu bukan aku namanya. Sungguh aku ni tak reti nak study betul-betul macammana. Walaupun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Insaflah wahai manusia yang sedang berkata-kata...hadoi

Sepatah dua kata caption untuk gambar di atas, diambil waktu majlis ala-ala makan malam kelab OASIS. Nama kelihatan familiar dan sedikit gah, tapi takde kena mengena dengan oasis di gurun sahara mahupun astro OASIS. This OASIS stands for Organization of A-Level Students Islamic Scholar, khusus untuk pelajar tajaan kat kolej ni. Ramai mana yang kat dalam gambar tu, ha, memang tu je lah student malay dan Islam yang ada. Tak sikit, kurang je.

Start kolej, 10 Jan 2011, maka langkah aku pun bermulalah untuk exam buat julung-julung kalinya di bumi nigger..opps tanah air terchenta. Exam kat sini ikut Edexcel board. Exam diambil ikut sem dan Unit. Untuk first sem ni, batch aku ambil unit 1 saje untuk bio, chem, phy (phy kena ambil juga sebagai backup plan XD) dan core 1,2,3 untuk math. Sistem ni mamang sangat menguntungkan kerana boleh focus untuk satu2 topik dalam satu masa namun sekali gus menimbulkan sedikit kontra bila kena tang study. Mulalah nak praktik study lepak, result gempak. Hehs. Perangai ini tidak seswai ditiru di rumah.

Berbalik pada cerita komuniti, lepas exam bulan jan ni, senior pun bakal melambai-lambai mengucapkan babai kepada kami. Diorang dah final sem. Majoriti medic dan farmasi. Dan bermula saat itulah, batch '10 akan mengalami kekosongan junior sampai kemasukan pelajar SPM 10. Calon2 SPM 10 mesti tengah gelabah-gelabah isi borang sana, isi UPU, matrik, tajaan itu, kolej ini. Memang gelabah ayam, aku tau. Been there, done that. Selamat berjuanglah ke titisan darah yang terakhir.

Kerana itu, hendaklah orang-orang yang menjual dunia untuk kehidupan akhirat berperang di jalan Allah dan barang siapa berperang di jalan Allah lalu gugur atau memperoleh kemenangan, maka akan kami berikan pahala yang besar kepadanya.
[An-Nisa : 74]

Saturday, 4 December 2010

Kau bukan abstrak
Takut aku memandang
Jauh aku berkalih
Setapak mara aku ke belakang
Gusar aku leka
Terbuai godaan sang durjana
Hapuskan hasutan dunia
Hindarkan titik noda
Perasaan adalah fitrah
Namun jangan biarkan diri terpalit noda
Sudah termaktub di Loh Mahfuz
Masanya akan tiba

Mukhayyam Khoriji 2010


Nahnu mujahidah!!!

Peluang ini muncul bukan selalu. Aku ikutkan kata naluri, aku tanamkan dalam hati. Tujuan aku hanya satu, lillahi taala. Pergi aku bukan untuk bersuka-suka, bukan untuk ketawa dan berjenaka. Dalam dasar hati aku yang kecil, terbisik satu suara,

"Aku rindukan tarbiyah. Aku rindukan pengisian rohani. Jiwa rasa kurang terisi,"


Sedalam-dalamnya aku katakan, apalah kiranya RM30 kalau nak dibandingkan dengan wang yang dah aku belanjakan? Cukup sikit. Terlalu sedikit yang aku belanjakan di jalan-Mu ya Allah.

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Lalu aku garap peluang itu. Peluang untuk aku membentuk jati diri, mentarbiyah diri dan memperbaiki diri. Bertitik tolak dari situ, bermulalah perjalanan aku menuju ke satu destinasi yang bakal mengubah cara hidup aku, perjalanan hidup aku. Dengan izin Allah. Insya-Allah

Kem yang bakal aku ikuti dianjurkan khusus oleh Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang berkolaborasi dengan JIM. Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan buat Mak Cik Ani dan Mak Cik Azariah selaku naqibah kami. Walaupun suasana di sini asing dengan nilai-nilai islamik, sekurang-kurangnya, jiwa kami tidak terlalu kosong. Masih terisi dengan nilai-nilai islamik. Alhamdulillah.


Bertempat di Kem Raudhah, Gombak, perjalanan ke sana bersama dengan pelajar PPUKM perubatan. Subhanallah, aku kaku seketika tatkala melihat ukhuwah mereka. Kami bukan pernah kenal antara satu sama lain, apatah lagi bersua muka. Namun tak terlintas ada benteng pemisah. Ikatan persaudaraan sesama Islam yang mengeratkan. Bersuai kenal di dalam bas, baru aku mengerti mereka adalah pelajar perubatan tahun keempat dan ada yang tahun akhir. Sungguh aku terlalu kerdil. Jauh lagi perjalanan yang bakal aku tempuhi berbanding mereka yang telah menerusi jalan yang berliku.

Satu sesi yang buat aku cukup bermuhasabah diri, refleksi diri ialah tatkala seorang fasilitator yang merangkap pelajar perubatan PPUKM meluahkan isi hati beliau.


"Saya sampai ke tahap ini bukan seperti yang korang semua bayangkan. Dunia terlalu prejudis untuk membuat kesimpulan, dia begitu sebab keluarganya memang begitu. Diajar menutup aurat total sedari kecil. Hukuman yang tidak tepat namun ada sedikit kebenaran. Kita punya akal dan fikiran. Abaikan pandangan orang pada yang negatif. Perubahan kita ke arah kebaikan adalah satu titik tolak yang kita perlu pertimbangkan dalam kehidupan."


Sungguh aku cuba ingat setiap nama kalian. Biar sekali sebut terus melekat di hati. Namun, apalah daya ingatan seorang insan yang masih merangkak-rangkak menghafal DNA replication, protein synthesis dan teori-teori Sciences yang lain. Masih lemah -.-"

Indahkan ukhuwah itu. Baru kenal tapi hati terus bersatu. Subhanallah






Saturday, 20 November 2010

[2]

Dua tiga kali aku fikir. Betul ke aku boleh naik pengangkutan awam sendiri. Di kota metropolitan ni. Kalau berteman takpe juga. Fikir lagi. Aku jadi gelabah. Bukan tak biasa tapi bukan aku sendiri. Seorang tanpa berteman. Tapi sampai bila aku nak bergantung pada orang lain. Ini takut. Itu takut. Semua takut. Usaha tu lebih penting dari hasil.

Sampai kat transit, aku fikir-fikir lagi. Lepas ni kena tukar pula. Takde ke yang satu arah je. Semua stesen dia lalu. Berhenti kat mana-mana stesen je. Tapi dunia ni tak semudah itu. Bukan macam makan bubur. Telefon sel kan ada. Kalau rasa sesat tanya je along. Walaupun kadang-kadang aku terfollow the flow.

Masih menunggu. Masih berfikir dan masih bercelaru.

Seorang insan bertongkat datang dari belakang. Aku hanya lihat dengan ekor mata. Diraba-raba jalan dengan tongkat yang setia di tangan. Mata celik tapi hakikatnya hanya Tuhan yang tahu. Kita yang melihat pun boleh interpretasikan. Kita dikurniakan mata, akal dan pancaindera yang sempurna boleh konklusikan.

Tren sampai. Insan bertongkat masih meraba-raba jalan untuk masuk ke dalam. Aku kurang selidik ada sesiapa tak memimpinnya. Perlahan aku masuk sambil memberi laluan. Aku kagum. Aku yang celik ni punya pelbagai perasaan. Takut. Cuak. Gelabah. Tapi dia yang istimewa tabah meneruskan kehidupan.

Hujung mata aku tak lari dari memerhatikan insan istimewa itu.

Belajar daripada apa yang diperhatikan.

[1]

Kerusi ditarik dan aku pun duduk di situ. Di sebelah kiri meja ada satu family Cina dengan seorang wanita Indonesia. Orang gaji mungkin. Meja sebelah kanan, seorang ibu dan ayah sabar melayan anak-anak yang masih kecil. Nak air, diberi. Nak makan yang itu, disuapkan. Inilah ragam kota. Suasana di satu gerai yang buat aku menjadi pemerhati setia.

Ah Beng (bukan nama sebenar) datang ke meja sambil menyuakan satu raga.

Mau tengok CD baru?

Tak mahu. Itu jawapan aku.

Kalau dulu CD bukan asli bersepah-sepah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pasar malam, tepi jalan, kedai CD. Cakap saja nak cerita yang bagaimana. 

Walau kualiti hanya setaraf wayang pun janji beli. Janji orang tengok, aku pun tengok. Itu dulu. Sekarang kalau kau ada internet, memang semua di hujung jari. Purbakala, orang yang cari CD bukan asli tu. Pasar malam. Kualiti tak jamin tapi asal ada gambar.

Tapi sekarang susah mau cari makan maa. Kita yang kena cari pelanggan lo.

Memang itu hakikat. Cari makan dari makanan orang lain.

Ah Beng masih gigih jalan dari meja ke meja. Berharap hasil jualannya laku walaupun hanya 1 dalam 1000. Raga biru ala-ala bakul jual kuih-muih itu disua pada insan di meja hadapan.

Lihat kejap. Belek-belek. Dia ambil satu.

Not kaler merah diberi. Baki 3 not kaler biru dipulangkan.

Ah Beng pun meneruskan usaha penjualan.

Eh, kejap! Nak plastik letak ini CD, sambil panggil Ah Beng kat meja makan tu semula.


Sunday, 7 November 2010

Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang
Kalau tiada ombak masakn pantai berubah

Esok jangan biar otak beku
Esok jangan biar tangan kaku
Kaki biar sederap langkah
Hati jangan biar bernoktah
Mulut jangan sampai memangkah

Saat hati bersepadu
Naluri terus jitu
Minda dan akal menjadi satu
Mulakan dengan lafaz Bismillah

Dan esok,
Kaki kemas di garisan
Tembakan dilepaskan
Hati, janganlah kau rebah

Thursday, 4 November 2010

ini bukan aku

Hidup ni bukan selalu kat atas. Aku kene terima tu. Kita kene terima. Aku bukan iri ape lagi nak hasad dengan orang lain. Tapi memang tak dapat dinafikan, timbul satu perasaan yang aku sendiri pun susah nak rungkaikan. Bosan ke? Tak. Putus asa? Oh, lagi tidak! Mungkin sedikit terkilan. Terkilan sebab lihat orang lain bahagia dengan kehidupan UNIVERSITInya. Paling tak pun, kehidupan A-LEVELnya. Program direncana berduyun-duyun bak cendawan tumbuh lepas hujan. Kawan berkepuk-kepuk dalam genggaman. Oh, hiperbola. Tapi komuniti kat sini, batch aku sendiri dikira dengan jari tangan dengan kaki pun masih kurang.

Tapi,,,kenapa aku nak fikir NEGATIVE? POSITIVE kan ada. Aku kena yakin inilah jalan terbaik yang Allah dah aturkan. Aku masih lagi berpijak di bumi Malaysia, oh tanah airku, tanah tempat tumpah darahku~ Bukan kat mana-mana lagi. Masih majoriti penduduknya Islam dan Melayu. Kalau kat sini aku dah jatuh, aku dah putus asa, apa lagi kat tempat yang aku tak pernah jejak.

Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Aku kena yakin tu. Bukanke memang ini yang aku impikan? Takkan nak melangkah ke belakang semula? Tak. Teruskan perjalanan ini. Walaupun kadangkala men-tidakmenyeronok-kan. Jiwa kena tetap dan teguh. Jangan biar artherioclerosis menyebabkan heart attack. Jangan biar adrenaline meningkat lalu menyebabkan stress sekali gus high blood pressure. Setiap tindakan perlu ada negative feedback supaya tak terus malarat dan melarat dan melarat.

Ya, heart beat aku masih lagi baik. Harap tak terkena angina apatah lagi myocardial infarction. Selagi ventricle masih lagi contract, selagi aorta masih push blood to the whole part of the body, aku akan pastikan setiap cells akan menerima oxygen dan nutrient yang sufficient..

*maaf kerana menggunakan bahasa pasar malam, rojak pasembur dan sebagainya. Otak masih dihantui minggu exam. Esok gempur STUDY bayank. hailah~

Tuesday, 2 November 2010

exam mode

Minggu depan buat julung-julung kalinya saya akan menduduki peperiksaan secara "formal" di ucsi. Ikutkan usaha, memang masih tidak pernah cukup. Buku di sebelah tapi laptop masih di depan mata. Bukan mustahil nak score tapi usaha masih sekecil kuman.

"A-level bukan honeymoon macam SPM," kata Dr. Nalina, lecturer chem saya.

Tak pernah terlintas SPM tu honeymoon. Jadi, A-Level ini tahap ape sebenarnya?

Hati,
Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Mulut kata boleh, hati pun mau ikut sama.


9/11/10 (Tuesday)
9.00-10.30 am ~ Biology 1
2.00 - 3.30 pm ~ Core Maths 1

10/11/10 (Wednesday)
2.00-3.30 pm ~ Core Maths 3

11/11/10 (Thursday)
9.00-10.30 am ~ Chemistry 1

12/11/10 (Friday)
9.00-10.30 am ~ Physics 1

16/11/10 (Tuesday)
Core Maths 2



Usaha dan tawakal bergerak seiring. Semoga kita semua dikurniakan kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Insya-Allah.

Sunday, 31 October 2010

Rayyan Fantasi, Ramlee Awang Murshid
4 November 2010
Aku nantikan

Eh,yakin je. Entah. Mungkin.
Saspen apa yang 4 Nov incik RAM

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...