Sunday, 5 April 2015

untuk tidak tahu perihal orang lain
yang dulu kau pernah kisah

kau temui ketenangan

ketenangan untuk tidak tahu perihal orang lain
ya.
sebab saat kau diuji dengan kelapangan,
mereka diuji dengan kesibukan


Tuesday, 17 March 2015

#kembarabasikal - i

Petang itu panas macam biasa. Cuma hari ini angin banyak menampar muka. Matahari tak terlalu terik. Di sebahagian kawasan terpayung dengan setompok awan. Dari sini memang kelihatan Banjaran Titiwangsa yang memanjang seberang sana. Ayah kata, kalau di Sekiah Makmur lagi dekat dengan Banjaran Titiwangsa. Memang lagi sejuk nyaman kat sana.

Ah. Rugi kalau dibiar cuaca sebegini. Apatah lagi basikal sudah di depan mata. Dituntun basikal milik ayah dan direndahkan sedikit tempat duduknya. Pelahan ditolak pagar rumah yang kedengaran perlahan bunyi geselan karat lalu dinaiki basikal ke luar kawasan rumah.

Perlahan dikayuh.

bersambung...

________________

ewah main sambung-sambung pulak dia. XD

[Source : link]

[e-class] a.k.a IKHLAS

ewah tajuk nak hipster je. pfft

"Akak, akak nak tau tak. Adik ada terbaca satu artikel ni. Boleh jadi, dalam golongan-golongan yang masuk neraka, ramai antara mereka daripada kalangan pendakwah," random pengisian seorang adik lelaki kepada kakaknya yang pada waktu itu orang lain sibuk berbual topik lain.

Aku yang pada ketika itu konon-konon tengah tengok tv sebenarnya sibuk juga memasang telinga dengan perbualan adik beradik merangkap sepupu tadi.

"Oh ye? Kenapa tu dik?" Mungkin si kakak ingin mendengar penjelasan lanjut. Ye lah, macam serkap jarang pula dengan golongan pendakwah padahal mereka antara golongan yang bekerja keras menyebarkan Islam.

Aku yang pada ketika itu curious nak tahu jawapan pun sibuk memasang telinga.

"Dia kata dalam ni, antara sebab utama adalah perasaan riak." Adik lelaki berhenti sekejap. Mungkin artikel itu dibaca sepintas lalu di laman FB atau di surat khabar.

"Akak," sambung adik lelaki "riak tu apa ya?"

Dari situ aku dapat rasakan yang si adik bukan sahaja membuak-buak rasa ingin tahu namun rasa ingin belajar tentang Islam tu ada dalam diri.

Si kakak menjawab bersahaja, "Riak tu sifat menunjuk-nunjuk. Macam berlagak dengan apa yang dibuat. Terutama kalau buat kebaikan."

"...dan riak juga sebab tak ikhlas buat sesuatu kerana Allah," tapi jawapan itu aku balas dalam hati saja. Hmm

Telinga aku lepas tu dah fokus ke lain dan mungkin juga perbualan kakak-adik tu berakhir di situ.

______________________________________

Puzzle soalan itu bersambung lagi untuk aku sebenarnya. Antara curiuos dengan tuduhan golongan pendakwah banyak masuk neraka (sumber artikel berkenaan tak dapat pulak nak dikenalpasti memandangkan aku cuma curi dengar. heh) dan kenapa disabitkan macam itu sekali sedangkan golongan pendakwahlah yang mewarisi penyampaian risalah Rasulullah.

Kenapa, kenapa? That claim is just so bias. Tak adil!

_____________________________________

Tapi puzzle soalan tu semacam dicantum satu-satu saat terbaca buku dari Denyut Nadi Dakwah, tulisan Dr Majdi Al- Hilali, yang mana topik pertama yang dibincangkan di situ ialah IKHLAS 

IKHLAS

Banyak huraian yang dinayatakan dalam buku tu kenapa ikhlas disabitkan antara yang pertama dalam denyut nadi dakwah. 

Antara satu kisah yang mana diceritakan apabila Umar Al-Khattab melihat Muaz bin Jabal menangis di kubur Rasulullah dan bertanya kepada Muaz kenapa dia menangis, lalu Muaz menjawab, "Aku telah mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Sesungguhnya sedikit daripada riak adalah syirik dan sesungguhnya Allah menyukai orang bertakwa yang menyembunyikan amalan, yang apabila mereka tiada, manusia tidak merasai kehilangannya dan sekiranya mereka hadir, mereka tidak dikenali. Hati-hati mereka adalah lampu penyuluh petunjuk, mereka selamat daripada segala kegelapan debu."
dan lagi diceritakan bertapa sahabat-sahabat, tabi'tabiin dan golongan terdahulu seboleh-boleh mahu menyembunyikan amal ibadah mereka daripada orang ramai.

Seperti pertanyaan Aisyah r.a kepada Nabi "Wahai Rasulullah, mereka memberikan pemberian dan mereka takut? Sepatutnya orang yang mencuri, berzina dan meminum araklah yang takut pada Allah." Baginda bersabda, "Tidak, wahai anak perempuan Abu Bakar, tetapi orang yang solat, berpuasa, dan bersedekahlah yang takutkan Allah s.w.t (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Hatim)

Seperti Musawwir bin Makramah yang tidak berupaya mendengar ayat Al-Quran kerana begitu takut.

Seperti As-Sarri yang merasakan sepanjang 40 tahun Allah memandangnya dalam keadaan marah dan amalan-amalan beliau menjadi bukti.

Seperti yang diceritakan Hasan Al-Basri terdapat seorang lelaki yang tidak ketawa selama 40 tahun.

Seperti Abu Ayyub As-Sakhtiani (yang diceritakan oleh Salam bin Abi Mut'ei) yang bangun di tengah malam senyap-senyap dan apabila hampir menjelang subuh, dia akan mengangkat suaranya seolah-olah baru bangun ketika itu.

Seperti Mansur bin Muktamin yang banyak bersembahyang malam dan puasa pada siangnya. Namun pada siang hari, beliau akan bercelak, meminyakkan rambut dan mengilatkan bibir seolah-olah beliau tidak melakukan amalan yang banyak di malam hari.

Allahu. Banyak lagi kisah. Kisah mereka yang menyembunyikan ketaatan untuk menjadi ubat kepada riak. Ubat kepada ujub dan takbur.

________________________________

Ni baru hapdet status baik dapat like banyak dah kembang semangkuk. Belum lagi dikenali ramai tu. *Fuh, menembak diri sendiri tepat ke jantung
________________________________

Teringat satu video lepat dan anaknya Aminah.

"Amboi, cantik anak aku. Demam-demam pun cantik lagi," saja Lepat memuji anaknya, Aminah yang waktu itu terbaring di atas sofa sebab demam. Nak motivasi lah sikit perasaan budak kecil rasanya.

"Ini bukan Aminah punya. Ini semua Allah yang punya," jawab Aminah dengan innosennye.

Terpempan si ayah dengan jawapan anak. Tiada pulak didraf skrip untuk Aminah baca sebelum merakam situasi berkenaan melalui handphone-nya

Allahu. Macam tu sekali kau dik kau merendah diri dan mengembalikan semula pujian pada Allah. *terpempan juga diri

_________________________________

Nah, puzzle tu dah cantum sendiri kan. 

Well, second lesson learnt, adik sepupu lelaki tu sebenarnya pada masa yang sama menunjukkan yang dakwah boleh dilakukan di mana-mana pun kan. Good job, adik! Huu

Saturday, 7 March 2015

All this while, I thought they were leaving me
but instead I was the one who left them.

with questions and confusion

*tergamaknya daku. sigh

[pudar]

sabar seorang ayah
banyak aku belajar yang dari sedikit-sedikit perkara ke sebesar-besar perkara.

sabar seorang ibu
terbendung yang kecil-kecil yang tersorok dari raut wajah

entah. aku rindu yang waktu dulu
yang kami berenam

gaduh. sakat. nangis. rajuk

waktu seakan berputar laju
tanpa sempat aku sedar --

aku sudah besar

dan
masa-masa bersama keluarga
banyak terbunuh dalam kejauhan

"Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil. "
Al-Israa' : 24

 [source : link]

laundry story. eh, that's rhyme!

An old woman in transport for disable was hardly trying to insert a coin to start up the dryer.We, without hesitation offered some help to her. She didn't refuse and passed the coin to us.

"Thanks lovely," she said with a smile. We returned to the bench that we occupied before.

"You must be 16 years old, don't you?" She asked us. This time she looked at us up and down.

"No, we already 20-ish year old," we replied

She was a bit shock by the explanation but continue the conversation, "Awh, you guys are cute," This time I assumed it was because of our height and not-yet-mature face. Lols

"Well, that is how asian looks alike," we giggled a bit. I don't know to feel happy or disappointed of that comments.

"I bet that you already have a boyfriend." It took us some time to figure out what the question was about because Mancunian accent was hardly understood by outsiders. At least by me.

I think that is the mindset of older people that are young people should have couple etc.

Pause. We were trying to arrange our sentences carefully.

"Not really. Not until we are ready to get married." Yeah. Well, that was at least an honest answer, grandma.

She smiled and gave us a nod for that answer.

Wednesday, 4 March 2015

Ilham Bebelan wahaa tajuk -.-'

Something is disturbing. I just don't know where to start. I talked to myself that I am recovering but deep inside, it is really not as simple as that. Indeed, I have heard that this one quote saying that, it is not the fail that matter but how you quickly you stand up to fix things back. It is easier said than done. Lucky for people who has someone to push them, Lucky for people to have that strong determination. Lucky for people blablabla

Wait.

Looking up high at people who has something better does not change much huh. Why don't you look down a bit. Look around you what He has been given you all this while that keeps you alive? Dear self, don't you have a note on Syukur you wrote earlier? Don't you remember that trials and circumstances are the proves that He loves you?

Don't you remember Al-Ankabut ayah 2?

Pause.

__________________


I have always this kind of thought that I want to tell everything to the world, what is in my mind all this while. What happen to me after so long I try to detach to the outside world (lol). And to do that, I choose to write. However, some twist (or might be miracle) just happened. When I have something in mind and would like to pour it out in writing, Allah gives me the feel of motivating myself instead. He just gave me some kind of self motivation that makes me think again all the hikmah behind this. And you know, it goes very smoothly, without I'm trying to figure out the structure of my sentences or drafting my writing or something.

Like this.

Actually I have something that I have been thinking to write about something but I think the writing will stop here (not gonna be elaborating further lols)

Well, I think this is enough for some sort of short escapism.

___________________

kan dah cakap takde ape. bebelan merepek je ade lah lols

Friday, 20 February 2015

[9] Fatma

Ketika itu, saat menonton 99 Cahaya Di Langit Eropah, aku cukup tak puas hati apabila Fatma bertahun-tahun tak berbalas khabar emel si Hanum.

Bukan susah, nukilkan sahaja apa-apa yang terbuku biar si Hanum tak tertanya-tanya hidupkah ia, sihatkah ia, ke manakah ia. Biar si Hanum tak rasa semacam bertepuk sebelah tangan beriya-iya mahu mengerat silaturahim. Biar si Hanum dapat membantu segala apa yang terbenak di hati Fatma.

tapi baru sekarang aku rasa apa si Fatma rasa, rasa terbuku yang biar tersimpan semacam mahu bebas dengan ikatan dunia. Saat kebergantungan hanya pada Dia, saat meminta-minta hanya pada Dia, saat manusia-manusia tak mampu sama berkongsi rasa.

saat orang lain, hanya tahu yang di penghujungnya.

sebab waktu itu aku rasa Fatma sudah cukup kuat untuk bangkit sendiri dan reda dengan hanya Allah tempat mengadu.

Sunday, 15 February 2015

celoteh dulu di musim luruh kahkah

Waktu itu, ditanya aku mahu menulis puisi atau tak, untuk dimuatkan dalam buletin MALECS. Sebetulnya, sudah lama tidak aku kekalkan momentum menulis, sudah lama aku tinggalkan dunia yang aku minat.

Tapi disahut cabaran itu. Satu aku belajar, takkan dapat menghasilkan jika tidak dipaksa sepenuh hati. Setiap diri mampu, jika dipaksa sepenuh hati. Letaklah di mana pun, dibuatnya sepenuh hati. Haih.

dan karya itu sudah pun disiarkan. cumanya, mungkin apabila dirangkum begitu, aku sendiri nampak macam ruangan puisi majalah sekolah yang mana tak semua berminat baca. Heh. Hanya sang pengkarya dan pencinta seni.

Macam masuk dalam kedai buku, galeri atau muzium. Hanya yang benar2 minat akan satusatu dibacanya, satusatu dihayatinya.

bukan itu yang dikhuatirkan.

yang aku khuatir diri ini lebih, bila mana tidak dibuat sepenuh hati (dalam apa sekalipun) manakan didamba sesuatu yang bermanfaat pada orang lain? Hmmph

Diri, cubalah jadi yang bersemangat dan rajin.

Ada seorang senior yang mana markah dia dalam pelajaran boleh tahan tinggi. Graduate dengan first class dikatanya, "Kalau hangpa tengok result aku macam ni, aku tak pandai sebenarnya. Aku tak pandai. Sebab aku tau aku tak pandailah aku banyak belajar. Belajar rajin2."

Sentap di situ. Sampai ke situ kaitannya dengan perenggan pertama

Jadi, yang di bawah ini, catatan di satu ketika di musim luruh

_____________________________________-

sang dahan tak lagi
erat bergandingan --
berbagi nikmat kehidupan --
dengan si malar hijau dan si kembang mekar
bila putaran masa bergantian

lantaran awal penciptaan
wujud yang cuma kitaran
bekalan penghidupan
tanpa bayaran

jadilah
umpama daun yang gugur---
usai berbagi nikmat
dan akur pada putaran alam,
hujungnya, masih membahagiakan
rona lusuh kekuningan
berlatar biru serakan sang langit dan awan---

Hukum daunan,
ajari aku---
makna penciptaan
kerna di pengakhiran,
perlu pulang aku,
pada yang menciptakan.


#NotaSendiri : SYUKUR

Syukur

Syukur bertambah nikmat (14:7)
... dan seseorang itu lebih cenderung untuk syukur bila ternampakkan hikmah di sebalik kejadian. Allahu. Tak mahu sekadar itu. Kalau boleh, biar sehari-harian. Biar sepanjang keberadaan. Biar sepanjang kehidupan. Syukur dengan segalanya.

Nikmat, ujian. Asam garam yang Allah rencahkan dalam kehidupan untuk menguji hambanya.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya menyatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? 
Al-Ankabut : 2

Nikmat. Cuba bilangkan nikmat Tuhanmu. Sedari kau di perut ibumu

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani agar kamu BERSYUKUR
An-Nahl : 78 
.. dan apa lagi nikmat tuhanmu? Bilangkan

Dan adalah kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, agar kamu beristirahat pada malam hari dan kamu mencari sebahagian kurnia-Nya (pada siang hari) agar kamu BERSYUKUR kepadanya
Al-Qasas :73 
 dan dari apa yang kau makan, yang kau peroleh dari perut bumi

Dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah bumi yang mati (tandus). Kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan darinya biji-bijian, maka dari (biji-bijian) itu mereka makan
Dan Kami jadikan padanya di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan daripada beberapa mata air,
agar mereka dapat makan dari buahnya, dan dari hasil usaha tangan mereka. Maka mengapa mereka tidak BERSYUKUR?
Yaasin : 33-35 
Hujan, yang datangnya dari langit itu rahmat, menyubur tanah, menghijau tanaman

Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian dengan (air hujan) itu Dia mengeluarkan pelbagai buah-buahan sebagai rezeki untukmu; dan Dia telah menundukkan kapal bagimu agar berlayar di lautan dengan kehendaknya, dan Dia telah menundukkan sungai-sungai bagimu.
Ibrahim : 32
Ilmu itu, yang di dalam dada, hati dan akalmu

 Seorang yang mempunyai ilmu dari Kitab berkata, "Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkelip." Maka ketika dia (Sulaiman) melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, dia pun berkata,"Ini termasuk kurnia Tuhanku, untuk mengujku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (nikmat-Nya). Barang siapa bersyukur, maka sesungguhnya dia BERSYUKUR untuk (kebaikan) dirinya sendiri, dan barang siapa ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku, Maha Kaya, Maha Mulia.
An-Naml : 40 
Nah. Banyak bukan? Cuba hitung2 lagi nikmat mana lagi yang kau mahu dustakan?

Islam itu cantik dan syumul, yang mengajar untuk mensyukuri segala macam benda yang dikurnia. Heh tapi berpada. Takkan diletakkan syukur kerana diberi peluang berdiri dengan artis korea di atas pentas?

"Syukur pada rasa yang bila mana bersama-sama dengan mereka yang juga mencari dan menuju Allah, iman tu rasa melonjak-lonjak naik. Syukur pada rasa itu, gapailah rasa itu dan buahkan-lah dengan amal," antara satu konklusi sepanjang kebersamaan itu.

Alhamdulillah. Utamakan menyebut kalimah yang satu itu tika mana diuji dengan nikmat atau ujian

_____________________________________

Tak lain tak bukan, memang untuk nota sendiri
Mabit | 15022015

Wednesday, 4 February 2015

[8]

Untuk yang sekalian kalinya, Mawar buka lagi profil kawannya. Tiada apa yang baru. Tiada apa yang menarik. Saja untuk melihat-lihat keberadaanya kawannya di seberang sana.

Malam itu sepi macam biasa. Diambil bahan bacaan himpunan risalah Hassan Al-Banna. Pada satu bahagian, disebut untuk Manfaatkan Persaudaraanmu di kala mahu membina saf-saf yang kuat, untuk membina satu kekuatan. Macam generasi sahabat-sahabat terdahulu, dikasihnya demi Allah.

Mawar teruskan pembacaan. Kali ini, As-Syahid Hassan Al Banna mengambil daripada ayat al-Quran bagaimana Allah firmankan dalam Al-Anfal ayat 63

Dan Dia (Allah) memepersatukan hati mereka (orang yang beriman) walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi nescaya kamu tidak (juga) dapat mempersatukan hati mereka. Akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.
Satu mesej masuk dalam inbox Whatsapp

"Hai. Awak buat ape tu?"

"Takde ape. Saje bace buku ni ha."

Mawar kemudiannya menghantar gambar ayat berkenaan dan dihantar kepada sahabatnya yang baru menghantar whatsapp tersebut

"Hai, ade tengah rindu siapa2 ke tu?"

"Hmm takdelah kak. Saje je share ayat ni. Sweet kan?" Sambil diletak emotikon bermata love love.

Belum sempat sahabatnya balas, Mawar sambung lagi

"Akak, pernah tak rasa rindu pada suasana, pada sesiapa tapi rasa je diri perlu move on."

Mawar taip lagi, "Dia rasa macam hmm, nak tegur tapi rasa macam nanti buat apalah nak rasa camtu padahal orang lain tak rasa apa."

Selang beberapa saat, sahabatnya balas,

"Awak nak cakap yang awak rasa rindu tapi tanak cakap. Ego lah ni kiranya eh?"

Haha. Mawar gelak dalam hati.

Sahabatnya sambung lagi, " Kita pun pernah macam tu. Ada suatu ketika tu sampai lama tak contact dengan kawan sendiri sebab taknak rasa attach. Tanak rasa macam kebergantungan akan hilang bila manusia takda di samping kita. Walhal, kebergantungan yang utama hanya pada Allah kan?"

Kali ni Mawar sengih. Sahabat Mawar sedang menaip lagi. Mawar tunggu seketika.

Sahabat Mawar tulis lagi, "Tau tak, lepas tu akak belajar untuk jadi hati batu. Eh tak, maksudnya hati kental. Heh."

Mawar pula jawab, "Kannn. Jomlah jadi hati kental. Lagipun dalam ayat tu Allah dah kata yang Dia yang mempersatukan hati-hati kita kan? Jadi, apa nak takut kita dilupakan manusia kan?"

Mawar sambung dalam hati, sedang aku pun mesti ada je yang terlepas pandang lupa pada orang lain.

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...