Thursday, 31 October 2019

[1] Cuba

"Kalau macam Amal, Amal ok ke yang lagi muda?"

Tersipu-sipu aku nak jawab sambil pandangan aku lempar jauh ke luar. Tak sanggup aku nak pandang mata dia. Aku ingat dia takkan tanya soalan ni.

Aku diam beberapa saat. Cuba nak susun ayat.

"Err, kita okay je. Err yelah, kadang kalau muda pun ada kematangan tu jugak. Err tapi, ye lah salu perempuan tak kisah je kot. Lelaki la selalu concern kalau perempuan lagi tua."

Aku rasa jawapan tu kira selamat lah untuk aku tak cukup perasan.

Dia angguk je. Tak tanya lebih. Boleh tahan segan la aku nak control muka aku daripada tak blushing. Gila tak segan. Pandangan aku dah jauh ke luar tingkap. Tak sanggup nak tengok reaksi muka dia macam mana.

Dia pun macam faham. Aku dah segan. Lepas tu masing-masing senyap. Main-main botol air nak hilangkan nervous.

Serious aku rasa macam dalam novel. Dua-dua jenis cuba control tak terlalu over dan tak terlalu perasan. Hahaha. Perasan.

Aku nak tanya dia ok tak kalau perempuan lagi tua, macam tak berani dan perasan lah pulak.

Tapi dia ada hint kata kos dia ada senior perempuan lagi tua bagitahu suka dia tapi dia tolak sebabnya dia macam rasa kenapa perempuan lagi tua nak suka dia sebab dia takde apa-apa pun sekarang.

Aku angguk je.

Nak tanya lebih, aku takut perasan.

Bagi aku, dia dah cukup matang di mata aku. Seriously, he doesn't look young to me. I can see him as someone I can depend on, someone I can rely on.

Haih. I don't know what is this. Tapi aku taknak perasan.

I pray to Allah to show me the way.

Saturday, 10 August 2019

Irfan

Ada scene dalam KKKG ni, Kajol menangis pada orang yang terbaring. Irfan yang waktu tu tiba2 dtg dr dapur tanya, "Kenapa dia nangis? Dia mati?"

"Irfan, Irfan tau tak mati tu apa?" Saja aku tanya.

"Mati tu kena tembak?"

"Bukan," aku jawab.

Irfan teka lagi, "Mati tu kena cucuk?"

"Bukanlah Irfan. Mati tu, tak hidup kat dunia lagi."

"Mati tu kena angkat?" Irfan bertanya.

Aku pulak pelik. Macam mana Irfan dapat idea tu.

"Angkat ke mana Irfan?"

"Angkat ke tempat lain."

You almost there kid.

Kadang-kadang waktu umur macam ni lah kita kena mula sembang dengan kanak-kanak macam orang dewasa. Sembang untuk bagi dia faham makna kehidupan. Sembang untuk bagi dia berfikir. Sebab waktu ni, otak dah boleh mula mencerna maklumat. Kalau kita tak bagi maklumat yang betul, kita tak boleh salahkan kalau dia cari maklumat kat tempat lain.

Aku terkesan macam mana Ko Ji Yong dalam Return of Superman bercakap dengan anaknya, Seungjae. Dengan usia 4 tahun, Seungjae dah boleh mencerna maklumat macam orang dewasa. Sebabnya, mak dan ayahnya dah biasa bersembang dengan memberi input dan teori yang betul.

Pada masa yang sama, Seungjae masih macam kanak-kanak biasa. Bermain, meneroka dunia. Cuma yang membezakan adalah sisi pandang dia melihat dunia.

Tapi tu lah, Irfan cuma anak buah aku je, yang mana sekali tak sekala pun aku boleh jumpa. Tugas mendidik dan membesar masih terletak pada ibu dan ayahnya untuk mencorakkannya. Mungkin Irfan dan Irdina adalah medan untuk aku bersedia membesarkan anak sendiri pula nanti.

Bila? Entah.

Paling-paling aku rasa mungkin kematian akan menjemput aku dahulu.

Friday, 31 May 2019

Silam

Dah lama aku tak menulis kan. Tak sangka, pada tahun 2019 ni, aku masih berlegar-legar dalam dunia blog yang sudah tidak ada membaca. Biarlah, blog ini menjadi diari harian aku. Biarlah menjadi tempat luah-luahan aku. Dunia masa kini tak macam dulu. Heh. Dulu masih aku ingat, saat ketidakpuashatian selalunya dilontarkan dalam Friendster dan Myspace. Lepas tu, FB status. Sempatlah aku melalui zaman menulis-nulis bersembang-sembang di wall FB. Hahah.

Tak lama lepas tu, orang lari pulak ke Twitter, Instagram. Kini, selalu update diri senang terus dalam WhatsApp status. Nasib baiklah 24 saja. Bayangkan status itu bertahan lama. Memang bila buat throwback, keluarlah segala bebelan tidak puas hati yang entah apa apa. Haha.

Sekarang, aku cuma rindu masa silam aku. Aku tak masuk dalam dimensi zaman sekarang. Aku beruntung, dalam kalangan mereka yang hampir sebaya dengan anak buah (bukan kandung) aku, ada beberapa yang masih menerima aku sebagai kawan. Ye lah, dengan jarak 5 tahun, status aku dah macam kakak yang bekerja, bukan sekadar rakan sekelas (yang malas belajar).

Aku tak minta lebih daripada persahabatan ini. Ah, aku tak layak pun sebenarnya. Menagih-nagih persahabatan yang sepatutnya dalam diri aku sekarang aku patut capai yang lebih tinggi. Aku cuma harap, aku beri contoh yang baik buat mereka. Aku tak pernah anggap diri aku dewasa. Aku masih rasa diri aku sebaya. Cumanya, mungkin pengalaman aku lebih sikit dari mereka.

ps: Zu, Athirah, Diana, Mimi - aku taktahu hidup degree aku macam mana kalau takde korang. 

Sangkut

Tiba-tiba hari ni aku search ticket flight ke Manhester. Lebih kurang RM3k. Entahlah. Semenjak dua menjak ni rasa nak pergi ke sana lagi. Cuma kewangan tak mengizinkan. Apatah lagi kat Malaysia sekarang pun aku masih dilanda badai perasaan. Haha. Entahlah.

Perjalanan aku masih belum selesai. Masa yang terbaki-baki ni aku masih kira untuk menamatkan pengajian. Sakit. Waktu hujung-hujung semester ni rasa begitu perlahan masa berlalu. Sampaikan aku dah rasa penat dah nak lalui semua ni. Aktiviti yang aku terlibat pun hanya sekadar untuk mengisi masa-masa lapang aku supaya fikiran aku tak menerawang jauh memikirkan nasib diri. Ya aku tahu. Itu semua dalam fikiran tapi fikiran aku sendiri pun dah tak mampu nak berhenti dari berfikir tentang aku dan masa depan.

Hari tu panjang lebar aku membebel di Facebook tentang Satisfaction dan Self-Accomplishment. Memang bukan mudah aku nak dapat semua tu dah. Orang nampak aku buat itu ini ke sana ke sini. Tapi mereka taktahu yang aku buat semua tu sebab aku rasa nak lari dari kesedihan. Aku cuba menjadi produktif dan proaktif supaya dapat buang rasa bersalah aku pada diri. Rasa bersalah kerana melalui semula masa-masa pembelajaran yang panjang.

Ya. Aku tahu. Semua itu dalam pemikiran. Bukan sekali dua aku dapatkan konsultasi daripada pensyarah aku, seorang Psikologis Klinikal. Berapa banyak kali beliau mengajar aku untuk mengubah cara aku berfikir. Kadang-kadang aku boleh, kadang-kadang aku hanyut juga dalam pemikiran yang entah ke mana ini. Sudah banyak kali beliau kata bahawa umur hanya sekadar angka. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Sudah banyak kali beliau nyatakan aku dah buat yang terbaik dan dia nampak potensi aku. Sudah banyak kali.

Tetapi, aku tetap aku. Selagi pembelajaran ijazah ini tak selesai, selagi itulah aku rasa perjalanan aku masih tersangkut-sangkut. Selagi itulah aku akan bandingkan terkebelakangnya diri aku dengan orang lain. Dah banyak kali aku cuba untuk bertenang, teruskan jalan ini dengan sesuatu yang aku suka, bila bersama yang lain, aku pakai topeng bahagia. Tapi, bila aku kembali seorang diri, pemikiran-pemikiran yang menjatuhkan self-esteem aku, kembali menguasai diri. Aku tewas dalam perasaan kalahnya seorang manusia. Padahal aku patut tahu yang ujian dan cabaran buat aku membesar dan matang dalam kehidupan. Aku tahu.

Aku masih tersangkut dalam rasa bersalah pada diri..

Wednesday, 29 May 2019

Ketua

Sebagai seorang pemipin wanita, aku cuba sedaya upaya untuk bersifat cool dan tidak bersikap meroyan dan emosional sekiranya berhadapan dengan situasi yang tercabar.

Ye lah, macam tak pernah dengar suara-suara sekiranya bos anda seorang perempuan,

"Biasalah lah tu, emo, tak kahwin lagi."
"Dah kahwin ke dia? Belum. Biasalah tu. Anak dara tua memang macam tu."
"Perempuan kan, adalah tu masa-masa dia tengah emo."

Bukan apa, ada kala bila reflek balik, mungkin salah aku juga ada perkara terlepas pandang. Semua orang ada fasa berbeza. Nak letak ekspetasi tinggi-tinggi pun, bukan boleh. Orang nak belajar pun dah kira bersyukur la tu. Mungkin sebenarnya kau dulu pun pernah macam tu. Tapi ketua kau sabar. Tak ke?

Akhirnya, aku tarik napas, tenang-tenang, delegate kerja balik kepada orang sepatutnya. Semua orang ada fasa belajar masing-masing. Nak membebel lebih pun, nanti aku jugak yang sakit hati sebab tak memaafkan dan tak reda. Huwaa.

Tapi aku harap sangat dik, bila tanggungjawab tu dah diberi, tolonglah kasi settle sampai habis.

Aku ni, sungguh tak boleh hidup tenang kalau ada urusan tertangguh. Tapi tu lah, orang lain boleh kot bertenang. Semua orang lain, Amalina! Ingat tu.

*Nangis bucu dinding T_T

Tuesday, 29 January 2019

Writing

Sometimes, I am thinking of writing a blog that can benefit other people. Writing about my passion in mental health or arts, talking about my thoughts and journey. But when it come to writing about some academic stuff, I am afraid, I am afraid that I could deliver a wrong information. I believe in the importance of having the right resource and information before writing somethings.

At this point, apart from believe in what I have learnt and write it down in writing, I hope to have someone that can check my writing, a proofreader that can comment my writing before I publish it somewhere. Especially the one that involve knowledge and information.

Just before this, I am thinking of writing a blog. Instead of thinking, just do it! I think about so many things including what kind of writing should I start with.

I always have the thought to become someone else qualified before writing some academic stuff. First, because I care about the ethical issue, second, I believe on giving the right information so that people can benefit out of it.

Thursday, 10 January 2019

Rewritten #2

Aku rasa tahun 2019 ni tahun yang sesuai untuk aku menulis dan membaca semula. Dah banyak yang aku lalui, dah banyak perasaan yang aku rasa, dah banyak kerenah yang aku hadapi tapi sebenarnya semua tu manis bagi aku. Mengajar aku satu perjalanan panjang yang aku takkan dapat pada dimensi yang lain. 

Tapi dalam banyak perkara ni, aku masih terasa masa berlalu begitu lambat. Menunggu-nunggu di saat aku akhirnya bergraduasi ijazah sarjana pada usia sebegini, aku kira, Dia sudah aturkan aku hidup yang begini sebab Dia menyediakan aku dengan sesuatu yang lebih besar pada masa hadapan. Bukan semua orang lalui apa yang aku rasa. Bukan semua orang dapat tafsir riak muka yang selalu ketawa tapi dalam jiwa penuh dengan perlawanan perasaan yang bergelodak.

Satu-satu jalan kehidupan aku lalui dan aku kutip-kutip batu pengalaman yang terjumpakan. Dengan harapan, batu-batu ini nanti yang akan menolong aku melangkah ke ruang perjalanan yang lebih berliku nanti.

Cuma, tak dinafikan, terkadang rasa terkilan dan sedih itu ada. Di saat kawan-kawan seusiaku sudah punya kerjaya dan keluarga, aku masih di sini mencari-cari makna diri dalam meneruskan kehidupan. Belajar bidang Psikologi sebenarnya adalah satu ilham Allah yang aku rasa sangattt aku bersyukur. Di saat aku rasa tak punya arah ke mana aku harus teruskan pembelajaran, Dia datangkan ilham untuk mengambil bidang Psikologi yang mana aku rasa secara langsung dan tidak langsung banyak mengajar aku untuk bangkit semula.

Bukan sekali dua dalam kelas aku rasa sebak dan memujuk diri. Terutama kelas yang bermain dengan emosi, Aku rasa aku dah punya jawapan sendiri. Dan aku yakin, Dia letakkan aku di sini sebab Dia tahu aku mampu hadapi semua ini.

Dan memang betul. Tempoh masa 4 tahun banyak mengajar aku tentang diri.

Rewritten #1

Living in a world of different dimension is really difficult for me. It is like you are in an adult body but stuck in a teenager's timeline. There is a lot of thing you see in a different perspective because you have been living in many surroundings, yet you have to bear with the current surrounding that don't allow too much your skills to be expanded. It is like you want to contribute so much for others, but you have to go back to see what resources you have now.

So, it started with being the leader of the society in my current university. To be honest, I am not the kind of pupil who likes to be the leader in an organization. I am more a preserved person rather than being extrovert in front of people. When people see me nowadays, they might think that I am a prefect during my school. In elementary school, yes but not in high school. I am not bold enough in front of my teacher's eyes to become a leader to others.

But it is all change during my Form 4, when my chemistry teacher was in the process of screening students to become the participant of innovation contest which is annually held for SBP level. I was glad that I was among the four students that was chosen to take part in the innovation competition. While the rest of the students chosen were prefects, I am the only non-prefect student to be chosen. I would say that I was proud enough. Also, I am just being me in my Biology class, doing the homework carefully and being proactive in the class. However, I don't even know what I am doing so good in Biology class that my teacher always mentioned my name as an example student. And to my surprise, it just not stop there, my name was mentioned to other junior as well as someone being excellent and well-behaved (hewhew) in class.

From that point I realize that, sometimes, I don't get what I want. (I really want to become the prefect because they always get the privilege - I want to proudly wear the suit - so childish hehe) but I just have to be patience. There will be someone or some people that will see the other side of me. And from that, nothing is more genuine that having people remembered your deeds more than what you said.

I think I need to write in Malay pulak. Lol what a closing.

2019; Self-Reflect

Actually it has been a long time since I have not write anything. I stop writing before because I feel so empty and very unmotivated to even write about something. I realize in myself that the condition of my current situation affect a lot in directing what kind of writing I should write. The current emotion is very important to me to express in a subtle way in writing.

I still remember those times when I feel annoyed towards myself of other people, I expressed it through writing that only me can interpret and understood. Other people will view it as something normal that I observe about my surrounding but only me understand what the story behind it.

Sigh.

I miss reading. I miss writing. I miss indulge in my own world without feeling disturbed by things that happen around me. I think I should write again. And this time, not just to let people read, but most importantly to reflect on myself, how far has I gone and how good I had stood up, after a long episode of falling down.

2019; I am actually eager to reach 2020.

It is a looooong journey that I have been through and I am glad that I still survive.

Sunday, 18 November 2018

Car


Growing up whom my father can repair the car himself, I take for granted about the car I drive every day. The basic stuff like changing the black oil (I am not sure if it really called black oil in English LOL), top the water, inflating the tire, go the workshop or change the water break (is that really a term) are things I took for granted because my father has settled it for me. Well, it is not that I am not try to be independent, but when it is the time for the car service, my father had took his charge without even I realize (justifying myself here XD)

However, it changed when my father is not around for umrah and I have no one to refer to when it come about the car stuff. I realize that the side bumper has loosened and it is kind of waiting for the time to take off. I don’t know if I have ever bumped into something but what I did remember is that I have once make it loosened when I accidentally made a wrong estimation to park 8 years ago after I got my license. And since that, it may be a bit loosened and after 8 years, it cannot hold anymore. Well, some conspiracy theory when people ask me, “Did you bumped into something? How does it happen?”

The first solution I should have known is go the workshop and even my friends and siblings told me to just go, they may be able to reattach it. And that is how the conflict begins. All people experience a first time of everything. Going to the school, attend the university, talking to people etc. As for me, this is the first I need to go the workshop by myself. Alone. I don’t know how to describe the feeling but it just that the uncomfortable feeling being in a place full of men and you are like the woman who doesn’t know anything, asking to repair your car and even you are not sure the name of the part that drop off.

I know that there are workshops nearby in my house. I started the engine, drove there and look around. Along the way, I think a lot of things, the possibility, the scripts what should I explain the mechanics. When I slowed down at one of the workshop, I feel that people were staring at me. As if I went into the wrong shop and I seemed to be lost.
I decided not to stop. I continue to drive to look for another workshop with less people so that I can explain what happen to my car without bothering a lot of people staring at me. But yeah. All the thoughts keep lingering In mind that I actually don’t go to any of the workshop and just drive back to my home.

I don’t regret not going because I am really too shy to ask. But I just worry what will happen the next day because I will be driving the car to PICC and can the side bumper stay for a long time?

To be continued…

Wednesday, 5 September 2018

Keluar

Jujur aku tak tahu apa semangat apa yang menyeru aku kembali untuk bangkit. Jujur aku rasakan macam baru bangkit dari tidur yang lena. Sedar-sedar aku sudah berada dalam ruang dimensi yang segar dan memberi inspirasi.

Jujur aku katakan yang masa-masa terkebelakang dah terubat sedikit dengan semangat yang baru. Semangat yang menghidupkan 'aku' yang baru. Semangat yang buat aku rasa, jalan ini cukup indah disusun untuk aku. Melukis renyah-resah kehidupan dalam lakaran yang paling cantik dan terindah.

Pada usia ini, tipulah aku kata kalau tak pelik aku tidak disibukkan dengan hal kerjaya dan keluarga. Apatah lagi pada usia ini aku sepatutnya mengikut jangkamasa manusia norma yang direncana untuknya perjalanan yang lurus.

Sungguhlah!

Sebenarnya, sungguh aku tak rasa bazir dalam waktu yang diberi untukku. Mula-mula tu adalah. Heh siapa kata aku pasrah dan akur. Jiwa rebel ni tetap ada lah. Tapi lama-lama, bila membesar dalam kematangan, jigsaw puzzle kehidupan aku tercantum-cantum menjadi corak pemandangan yang cukup indah.

Aku tak tahu apa lagi yang bakal ter-rencana pada masa depan. Yang aku tahu sekarang, aku sudah keluar dari kegelapan gua yang mencengkam yang menyembunyikan diri aku dari terkena sinaran cahaya yang memberi pengharapan.

Jiwa rebel aku dah kembali. Ah, sumpah! Aku tak boleh duduk diam!

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...