CHAPTER 2
Namun begitu, keadaan Mc. Gemox tidak kekal lama kerana chemical yang disuntik masih dalam tempoh kajian. Kesannya, Mc. Gemox telah berubah menjadi spesies pathogen yang lain. Professor amyrus seakan-akan tidak mahu bertanggungjawab. Muju pula semakin konfius sama ada mahu tinggal dengan ibu dan bapa angkatnya kerana mereka juga bagai lepas tangan terhadap perkara yang berlaku kepada Mc. Gemox. Huh, nampaknya kehidupan Muju semakin bercelaru. Mak Cik Bo dan Pak cik Tox, iaitu bapa angkat Muju menyedari muka Muju yang penuh dengan kekeliruan. Mana tidaknya, setiap saat, dahi Muju berkerut mengalahkan Menteri Pasola yang memikirkan masalah negara. Dalam kehidupan Muju yang semakin bercelaru di Planet Gutan, tiba-tiba Muju terjumpa seorang jejaka berkepala botak dan berkumis nipis sewaktu Muju membeli itik untuk makan tengah hari. Jejaka itu bernama Buyot Bucess.
Sedang dia tersyok tengok jejaka “kacak”nya tersebut, tiba-tiba kilang ubat Prof. Amyrus yang berdekatan telah meletup menyebabkan Muju terkena free radicals yang berbahaya dipanggil caseinogen. Lalu keadaan Muju bertambah buruk dengan tak rasminya. Lelaki botak yang berdekatan itu pun terkena efek sekali. Mereka berdua jatuh pengsan dengan stunt yang hebat sekali. Insiden itu disaksikan oleh Ir. Ezzati Kedekut (Pezakut). Memang sah la dia punya kedekut, sedikit pertolongan pun dia tak nak berikan. Namun, apabila wartawan dating membuat liputan mengenai insiden tersebut, barulah Pezakut gatal-gatal nak tolong. Kononnya mahu tunjuk baik dan tambah pahala. Padahal hatinya lagi busuk mengalahkan bau ammonia gas. Pezakut pun membawa kedua-dua mereka balik ke makmalnya. Di sana, Pezakut telah memberikan treatment yang paling bagus habis la. Padahal bagi ubat sikit je. Kedekut tahap cipan le tu.
Sudah jatuh ditimpa tangga, Prof. Amyrus terpaksa mencari inisiatif lain untuk menaggung diri. Pezakut pula sebenarnya merupakan professor klon yang tak berapa nak klon. Kononnya ingin menjadi seperti Prof. Amyrus yang terkenal. Tanpa diketahui, Pezakut merupakan dalang kepada letupan kilang ubat Prof. Amyrus dan tujuan dia menyelamatkan muju dan Bucess pun bersebab. Mc. Gemox pula tetap setia bersama Muju apabila bertukar menjadi pathogen.
4 comments:
haha!
aku perasan ko dah ubah sikit citer nih!
no hal!
aku sker due2 version!
aku bg real sket ngn Ir tuk ety tuh..ahah
Asal tak letak nama
Timah Bucess?
Hahahaha MC GEMOXX
timah bucess??ni ko ngutuk skola kite ke mnde??hahha..buyot bucess tu sbnrnye Julie nye jejaka idaman.tym rmbgn tgk formula 1 form 4 dlu..adelah mamat mat saleh ni yg julie sgkut..n dy memakai BRACESS..buyot tu aku tatau mne datangnye..dipendekkan jd le BUCESS..hahaha
Post a Comment