Friday, 11 June 2010

BAB 8

CHAPTER 8

Malam pun tiba. Selepas menunaikan solat maghrib berimamkan Prince Alistair yang hensem tuh, diorang menapakkan kaki untuk dinner. Punyelah berselera diorang makan lemak tempoyak cilia pi yang Muju masak. Macamlah tu je populasi lemak tempoyak yang ada kat dunia ni. Lepas makan, apalagi bertenggeklah due ekor Pathogen dan Prince Alistair tu. Si Muju pula, konon nak tunjuk baik, basuh ler pinggan yang ade. Bucess yang kebosanan tahap cipanzi mati anak sengaje je duduk dekat Muju. Yang minah sewel tu, entah apa khusyuk sengat basuh pinggan macam tengah study Science Bab 4 Form 3, tak sedar Bucess sedang leka memandangnya.
“Hmm..walaupun muka orang macam tak cukup saraf, marah macam mak ayam marah kat cacing, die ni boleh tahan gak, except bibir yang cam nak cium orang tak memasal tu la, ala-ala Angelina Jolie tak cukup chromosome,” tersengih En. Bucess yang seekor tuh. Peh, kutuk orang cam hensem sangat.

Muju yang sedang khusyuk basuh pinggan perasaan bagai ada sepasang mata sedang memerhatikannya. Lantas kepalanya toleh ke belakang. Huh, patutlah..ade kerang busuk rupenye.
“Yang ko tersengih ni pehal lak?” Muju bersuara.
“Takde, saya suka tengok awak, manis je tapi kalau pakai tudung lagi cantik kot,” Bucess membalas.
“Eh, suka hati kau je nak komen orang,” Bucess hanya membalas dengan senyuman meleret cam badut sarkas kepala dongga. “Ah, malas aku layan ko!” sambung Muju lagi.
Muju lantas membasuh dan mengelap tangannya dan meninggalkan Bucess yang terpinga-pinga.
Ding dong ding dong

“Perhatian kepada Muju, Alistair, Pathogen dan Bucess, anda dikehendaki ke ruang tamu sekarang. Harap maklum,” bergema suara PA system.
“Pergh, tak payah la nak war announcement segala bagai. Taulah Prof. Amyrus ni nak show off kilang dia yang gempak nih,” ujar Muju tak puas hati.
Mereka berjalan ke ruang tamu dan tersergahnlah tempat yang lip-lap gitu. Pathogen yang perak sikit tak sabar-sabar dan terus berlari ke tempat tersebut.
Doom..pap..Pathogen terjatuh.
Prof. Amyrus yang berada di ruang tamu tersebut bergegas ke tempat kejadian.
“Maaflah ye. Sliding door ni dah lambat sikit detect motion pasal terbakar ari tu. Tu la tak terbuka-buka sampai jatuh ha Pathogen ni,” lancer Prof. Amyrus menerangkan tanpa sekelumit pun rasa bersalah.
“Pathogen, u ok tak?” Prof Amyrus buat-buat la bimbang dengan keadaan Muju disebabkan ramai mata=mata yang memandangnya.
“Kuang asam nye pintu. Malu aku tak pasal=pasal jatuh free camni. Ah, nak wat pe ni..huh, pura-pura pengsan je lah,” ujar Pathogen dalam hati dan terus memejamkan matanya kuat-kuat.
Berharap benar kalau Prince Alistair angkat dia. Tapi lame benar tunggu tiada apa-apa respons pun. Cis, diorang sampai hati blah camtu je.

No comments:

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...