Friday, 11 June 2010

BAB 6

CHAPTER 6

Pathogen nangis dah dekat sebesen sambil garu pipinya. Dia cite ler apa yang berlaku kat dia. Huh, betapa cruelnya Pezakut. Kalaulah Muju ada M16 masa tu... tengok syok menyiasat ala-ala CSI, baru Muju tersedar si Bucess tu takde.

“Aik, mamat ni cam biskut tol,”

Rupa-rupanya, masa tengah tengok-tengok makmal tu, si Prince Alistair tarik Bucess. Bucess terkejut berpeluh-peluh macam baru lepas lari 100m. Prince Alistair pun terangkan semua benda kat Bucess.

“Owh, kok gitu cerintanya,” Bucess berkata ala-ala endon dek terpengaruh dengan sinetron Bawang Putih Bawang Merah.

Kedua-dua mereka bergegas ke tempat Muju dan Pathogen, karang risau lak minah dua orang tuh. Sebelum Pezakut datang kembali ke makmal tersebut, mereka berempat lari bagai lipas kudung samapi oxygen tak cukup bernafas. Diorang pun lari le ke hutan yang berdekatan di Planet Gutan tu sebelum Pezakut cekup diorang. Punya la lama diorang lari, tau-tau je hari dah senja. Dah terlepas solat Asar. Dalam masa yang sama, Pezakut jerit giler-giler dengan kehilangan bahan eksperimennya itu.

Langkah kaki mereka akhirnya membawa mereka ke sebuah kilang yang sudah hangus terbakar. Walaupun agak pelik dengan keadaan kilang tersebut, namun Muju dan Bucess memberanikan diri untuk mara ke kilang tersebut. Perlahan mereka cuba menyentuh dinding kilang itu, namun pelik, kilang itu hanya seperti baying-bayang yang tiada zarah mahupun jisim.

“Ah, aku kenal kilang ini, TIDAK!!!” jerit Muju. Ingatannya pada letupan yang menyebabkannya terkena free radical jelas terbayang di minda.

“Maafkan aku, kalu bukan kerana kilang aku, kamu berempat tidak akan susah begini,” jelas Prof. Amyrus ayng muncul tiba-tiba dari kilang tersebut.

“Tapi kenapa saya tidak dapat menyentuh kilang ini sedangkan...ahh, ia begitu mustahil.” Protes Bucess tak puashati.

“Panjang ceritanya, mari masuk ke dalam,” pelawa Prof Amyrus lalu menjemput mereka masuk.
Tanpa berkata banyak, mereka berempat masuk ke dalam kilang itu demi merungkai jawapan yang terbuku dalam hati dan perasaan.

No comments:

Survivor

Aku sendiri pun macam tak percaya, pada tahun 2020, ruang blog ini masih wujud dan bernyawa. I'm glad that 4 years ago, I am still writi...