CHAPTER 9
Pathogen pun bangun dan buat muka terkulat-kulat. Segera dia menuju ke round table tempat mereka semua berkumpul.
Dengan perlakuan cam orang tiada perasaan, Pathogen dengan peraknya pergi ke round table tersebut.
“Ini macam...,” Pathogen bersuara.
“...hologram,” sampuk Bucess.
“Yes, ini hologram makmal Pezakut bin Kuda Laut,” Prof. Amyrus menyiakan. “Saya dalam peramcangan untuk menceroboh masuk ke dalam makmal Pezakut tanpa dikesan,” sambungnya lagi.
Prof Amyrus menekan sebiji punat yang bewarna merah di atas meja tersebut. Hologram makmal Pezakut bertukar menjadi trailer hidup Pezakut. Pergh, banyak sugguh kejahatan yang telah dilakukan Pezakut dalam diam. Semua mata tertumpu pada hologram tersebut tanpa berkelip mata sekali pun.
“Apa yang kamu lihat ni sebahagian daripada rancangannya. Rancangan dia yang paling besar adalah untuk menakluki Planet Gutan dan Bumi. Kesemua hidupan akan dihapuskan perlahan-lahan dan akan digantikan dengan klon yang diciptanya. Sebab itu aku perlu menghalang kegiatannya. Caranya adalah dengan menceroboh makmal Pezakut dan menghapuskan data-data yang dia simpan untuk aktiviti mengklonnya itu,” panjang lebar Prof. Amyrus menerangkan.
Semua orang terangguk-angguk faham macam dalam lagu ahli fiqir.
“Dan atas sebab tu lah, beta hadir ke mari dengan misi untuk membantu Planet Gutan yang telah lama menjadi sahabat planet kami. Dan beta pasti, Prof Amyrus juga tahu tujuan beta ke sini,” sambung Prince Alistair.
Prof. Amyrus mengangguk-ngangguk sedangkan yang lain terbangak-bangak melihatkan cara Prince Alistair bercakap. Tak sangka mamat ni boleh bercakap dengan gaya berkaliber.
“Aku yakin insiden kilang aku yang terbakar ni disebabkan Pezakut yang jadi Tok dalangnya kerana dia tahu aku akan jadi penghalang untuk meneruskan rancangan jahatnya itu. Aku juga silap kerana membina kilangku dengan barang yang mempunyai specific heat capacity yang rendah. Namun kali ini aku sudah tukar dengan material yang tidak mampu didetect oleh pancaindera. Sebab itulah kamu tidak dapat menyentuh kilang ini kecuali kamu berada di dalam,” jelas Prof Amyrus. Dia tak sedar pun keempat-empat budak tu tak dengar apa yang dibebelkan. Sibuk membuat hal masing-masing.
“Hish, aku cakap sorang-sorang pulak. Aku ada benda penting untuk disampaikan dan memerlukan respon kamu semua untuk melaksanakannya,” Prof Amyrus meninggikan sedikit suaranya untuk menarik perhatian keempat-empat mereka. Semua mata tertumpu pada Prof. Amyrus.
“Alamak, nervous lak. Serius betul pulak dorang ni,” desis Prof. Amyrus. “Pezalut telah mengklon 50% penduduk Planet Gutan. Mereka semua mempunyai genetic yang sama tetapi otak mereka telah deprogram untuk pembunuh pemilik DNA asal. Nyawa penduduk Gutan dalam bahaya. Sekarang ini Pezakut sedang beralih pada Bumi dan DNA manusia yang pertama yang diambil ialah kamu,” ujar Prof. Amyrus sambil memandang tepat ke arah Muju. Muju terkebil-kebil. Sempat pulak si Pezakut tu ambil DNA dia.
Prof. Amyrus meneruskan bicara, “Aku sudah ada idea yang baik punyer cilok dan aku memerlukan kamu untuk melaksanakan misi ini.”
No comments:
Post a Comment