18 tahun menginjakkan diri,
rasanya baru bermula titik perjuanganku di alam fana,
baru sahaja aku mengenal erti sebenar yang penuh ranjau dan onak duri,
seringkali aku terasa kerdil dengan kekurangan diri,
namun dunia telah membuka mata hati
untuk memandang lebih jauh dan teliti,
bersyukur dengan nikmat yang telah Kau beri.
bukan kebahagiaan dunia semata-mata yang aku cari,
bukan kemewahan yang melimpah-limpah yang bakal menutup mata hati,
namun biarlah kebahagiaaan hakiki di syurga hakiki,
dengan bertambah umur ku ini ya Allah,
aku mohon pada-Mu untuk menjaga hati ini,
bimbinglah aku ke jalan yang Kau redai
aku bersyukur pada-Mu ya Allah kerana telah meminjamkan nikmat yang begitu besar,
hindarkan diriku daripada perbuatan lalai dan sia-sia,
amin ya rob..
No comments:
Post a Comment